Awas KAYAP Bukan Gatal Biasa

Assalamualaikum.

Dah lama tidak update blog atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan. Hari ni just nak share apa sesuatu yang dialami oleh kak ngah anak kedua saya iaitu KAYAP. Ini pertama kali saya tengok kayap. Walaupun sendiri selalu kena sakit gatal-gatal di kulit tapi belum sampai tahap sampai kena kayap.




Gambar kat atas adalah kayap yang kak ngah alami. Asalnya dia sentiasa suruh garu dibelakang sebab gatal. Ingat gatal biasa. Selalunya saya akan suruh dia mandi dan tukar baju baru. Saya sapu herbal cream untuk kurangkan kegatalan. Alhamdulillah dia rasa lega. Selalu kalau ikut history kak long, badan memang tak boleh berpeluh. Lepas tu memang siap la ibu kena tolong garu.

Tiba-tiba pagi Sabtu lepas masa mandikan kak ngah, saya tengok gatal-gatal merah tu timbul. Yang lebih merisaukan bila gatal-gatal tu dah macam merayap sehingga ke  depan berdekatan puting kiri kak ngah. Terfikir dalam fikiran "Sah Kayap" walaupun memang tak pernah tengok.

Kebetulan kak long pun mengadu sakit tekak. Mungkin sebab minum ais banyak di bulan puasa ni. Terus dua-dua jumpa doktor. Kak long jumpa dulu dan... tonsilnya bengkak.. haha memang cucu opah.. Ada juga yang mengikut kami kalau demam tonsil bengkak.

Bila turn kak ngah jumpa.. Doktor pun terkejut dan siap cakap kenapa biar macam ni. Adoi bukan saje nak biar.. memang tak ada sebelum ni. Hanya macam ruam je. Babysitter pun tak cakap sebab selalunya dia akan pesan kalau ada apa2 yang luar biasa pada anak-anak. 

Apa yang doktor pesan tentang KAYAP
+ Kayap lebih kurang macam chickenpox.. gatal
+ Makan kena pantang terutama ayam
+ Akan rasa lenguh-lenguh badan. Memang pun sebab saya tengok kak ngah merengek2 tengah malam
+ Sapu Declovair cream dan makan antibiotik dan ubat gatal untuk bunuh virus kayap ni.

Untuk bacaan lebih mendalam, saya cadangkan korang baca di
http://www.myhealth.gov.my/index.php/kayap

Itu je nak share.. mungkin korang ada tip-tip, sudi-sudi la komen

Shidah Abdullah
012-6240197

==================================

Perokok memang mengakui yang MEROKOK membahayakan kesihatan
+ boleh dapat kanser paru-paru
+ boleh dapat kanser kerongkong
+ rokok tu beracun
+ boleh mati cepat

Tapi kebanyakkan perokok gagal bertindak untuk berhenti walaupun difatwakan HARAM

===============================

Beli Vivix 6 percuma 1

1 botol untuk rasa

3 botol untuk tenaga

7 botol untuk stop merokok serta merta

Pm 012-6240197


Read More

9 Tip Amalan Mengandung di Trimester Pertama

Disahkan mengandung oleh doktor pastinya melahirkan rasa gembira luar biasa. Maklumlah bakal menjadi ibu. Tidak kiralah anak pertama, kedua atau seterusnya. Pastinya semua ibu nak yang terbaik untuk baby dalam kandungan. Melalui Trimester Pertama pastinya yang paling mencabar. Oleh itu, mental dan fizikal ibu perlu bersedia. Apa nak buat?


Berikut adalah 10 Tip Amalan Mengandung di Trimester Pertama

1. Cari Maklumat 

Mengandung membuatkan keadaan jauh berbeza. Sebab itu ibu-ibu perlu mencari sebanyak yang boleh informasi tentang apa yang perlu dilakukan dan diketahui dalam tempoh dari trimester pertama hingga terakhir. Informasi boleh didapati dari bahan-bahan bacaan seperti PA&MA, ilmu dari ibu dan mertua dan juga pengalaman rakan-rakan. 

2. Jaga Dehidrasi

Di trimester pertama, alahan seperti mual dan muntah boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami dehidrasi. Oleh itu, ibu-ibu kena banyak minum air, jus buah-buahan dan juga susu. Ia juga sangat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan masalah sembelit.

3. Makan Secara Sihat

Selalunya bila mengandung ada ibu-ibu mengambil peluang untuk makan lebih. Jangan begitu. Makan mengikut diet yang berpatutan. Pastikan di dalam diet ada

  • banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Bersarapan dengan karbohidrat seperti pasta dan nasi
  • Tambahkan dengan bijirin yang berasaskan serat
  • Tak lupa protein seperti ikan, daging, telur dan susu


4. Elakkan Penyebab Muntah

Antara penyebab muntah adalah bau-bauan yang kurang menyenangkan. Ada juga tidak tahan dengan bau masakan. Ibu-ibu boleh memilih untuk membiasakan atau mengelak terus dalam keadaan demikian. Elak mengambil asam untuk menghilangkan rasa mual kerana kesannya tidak baik untuk badan. Biasakan memberus gigi selepas makan untuk kurangkan penyebab mual.

5. Pemeriksaan Antenatal

Ibu-ibu perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12. Ia membantu doktor memantau kesihatan ibu dan perkembangan bayi.

6. Makan ikan

Beberapa kajian menunjukan minyak ukan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi diperingkat akhir kehamilan. Minyak ikan seperti Omegaguard menganduingi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Selain itu ibu-ibu digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin 2x seminggu.

7. Bersenam Selalu

Bersenam buat ibu-ibu lebih ceria dan membantu menangkis kemurungan semsa hamil. Senaman seperti berjalan, berenang adalah senaman yang sesuai untuk ibu-ibu hamil. Selain itu, senaman lantai pelvis juga dapat membantu proses kelahiran.

8. Kurangkan Kafein

Kafein yang diambil oleh ibu-ibu ketika hamil dapat memberi risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau boleh menyebabkan keguguran. Kurangkan pengambilan   teh atau kopi kepada 2 cawan sahaja sehari. Tukarkan kafein kepada ju buah-buahan

9. Pengambilan Suplemen

Pengambilan supplement sangat membantu kesihatan ibu dan perkembangan bayi. Beberapa supplement yang sesuai untuk ibu mengandung.
Click Di Sini!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=275612d39c2aacdf7b64836df54b9229
Semoga semua ibu-ibu mengandung dengan cergas dan ceria. Bukan itu sahaja, bayi yang dikandungkan sihat dan cerdas seperti ibunya.
Salam Ceria Sentiasa
Shidah Abdullah
012-6240197




Read More

Impian Shidah Projek 4 Angka

Menjalani tugas harian yang ketat setiap hari sebagai ibu berkerjaya sememangnya sangat mencabar terutama3 anak dara (Nur'ain) yang masih kecil yang memerlukan perhatian yang lebih. Ibu pula hanya dapat meluangkan menghiburkan anak-anak pada waktu malam dan hujung minggu  sahaja. Alhamdulillah, ayah seorang yang sangat memahami dan sangat membantu:). Dalam sibuk-sibuk tu, alhamdulillah ibu masih gagah menyusukan Umairah yang sudah berumur 1 tahun 8 bulan.
Disebabkan ibu sibuk dan selalu balik lambat, anak-anak dah mula merungut. Pelbagai rungutan Kak Long atau Kak Ngah menyedarkan ibu. Ini semua gara-gara ibu sering ambil mereka lewat dari rumah pengasuh.
"Ibu ni asyik ambil lambat je amik kitorang" kata Kak Ngah

Kalau ibu datang  awal sekali-sekala, punyalah happy anak-anak ini bukan kepalang. Terkedu kadang-kadang mendengar respon anak-anak comel ini. Pilu pun ada.

"Yea! Yea! Ibu amik masa hari cerah" kata Kak Long
Walauapapun, ibu tetap perlu meneruskan perjuangan dalam apa sahaja yang ibu lakukan untuk menjadikan hidup keluarga kita lebih baik. Ibu kena kuat semangat dan badan kena sihat. Untuk Umairah yang masih menyusu, Alfalfa Shaklee ibu ambil untuk pastikan impian menyusukan Umairah sehingga 2 tahun tercapai. Walaupun asalnya makan alfalfa pun nak tercekik-tercekik sebab tak suka makan ubat biji. Memang tak sangka pergi sejauh ini sebab tak pernah anak ibu yang menyusu dengan gaya-gaya yang extraordinary.
Untuk ibu pastikan semuanya berjalan lancer di rumah atau di pejabat, fizikal dan mental ibu perlu terus kuat dan cekal. Jangan cerita la sakit belakang dan kaki yang sering dialami. Pastinya disebabkan sentiasa tegak di depan PC dan mesyuarat-mesyuarat yang perlu dihadiri. Ini bukan complaint tapi hakikat yang ibu terima sebagai tanggungjawab dan amanah. Ibu dah buat sesuatu untuk ia terus kekal sihat dengan bantuan Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet.
Melalui hari-hari ibu berkerjaya membuatkan ibu mencari satu kelainan. Mencari sesuatu diluar tugasan hakiki yang dapat dilakukan bersama anak-anak. Alhamdulillah anak-anak ibu memang rajin membantu terutama yang memang perlu kita keluar berjalan. Memang korang happy sangat. Shaklee bukan sebarang MLM. Shaklee lebih dari MLM kerana mentor-mentor dan sahabat-sahabat yang positif. Group yang sangat membantu memberi semangat dan berkongi cerita satu sama lain. Sentiasa mengingatkan tentang keimanan dan berserah sepenuhnya pada Allah. Ilmu blogging juga yang dipelajari dari blog sahabat-sahabat.
Dengan ini semua, ibu belajar membina impian yang lebih hebat dari sekarang dengan membaca kisah-kisah ibu-ibu hebat yang lain. Rupanya ibu bukan setakat menjadi ibu berkerjaya tetapi IBU LUAR BIASA.
Lebih menyeronokan memori ke Shaklee pada hari Sabtu 5/7/2014 bila dapat order Performance Drink dari sahabat di pejabat untuk tujuan bersahur. Ibu pergi bersama anak-anak ibu dan ayah ke Shaklee Empire Subang sebab dekat sangat dengan rumah opah. Ayah parking di P2 dan tunggu dalam kereta. Anak-anak je follow ibu.

Kak Ngah yang tersangat excited dengan laju masuk lift tak tunggu ibu dan tiba-tiba.... lift nak tutup. Nasib baik ibu sempat selit kaki kalau tak, tentu ibu menangis kat situ risaukan Kak Ngah. Bila ibu dapat masuk lift, lift pulak rosak. Guard kata naik tangga. Adoi yang terfikir kat otak naik tangga bawa 3 orang anak sampai tingkat 3. Naik-naik sampai tingkat 1 ada pagar. Adoi tak boleh naik ikut tangga sampai 3A. Turun semula ke Ground Floor dan baru tau ada lift lain ke 3A. Kak Long kata "Apalah ibu tak tau ada lift lain" Haha dah penat puasa, memang ibu tak terfikir dah. Memang PENGALAMAN HEBAT bersama anak-anak ke Shaklee.
Ibu perlu UBAH kehidupan kita sekeluarga agar lebih hebat dari sekarang dan membantu orang lain.
  • FINANCIAL FREEDOM itu yang paling utama iaitu jauh dari hutang rumah, kereta, festival loan, kad kredit dan segala jenis kredit yang ada.


  • AD DHUHA HEALTH & WEALTH mesti diteruskan walau apa juga rintangan yang datang.  Shaklee dah selari dengan nama syarikat dan juga aktiviti syarikat yang didaftarkan iaitu Takaful Kenderaan dan Agen Komisen


  • Berhenti FIKIR APA ORANG KATA, FIKIR APA LEBIH BAIK UNTUK KELUARGA

  • TERUSKAN BINA STRATEGI HEBAT tanpa perlu menoleh lagi apa yang telah terjadi kebelakang.

  • Buat perkara baik pada orang sekeliling dengan MEMBINA UKHUWAH. Insyaallah
Terus menggapai impian IBU NUR'AIN
Shidah Abdullah
012-6240197
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...