Tekanan @ Stress Buat Berat Badan Tidak Ideal dan Gemuk

Akhir-akhir ni semua pastinya sangat sibuk dengan perbagai tugas terutamanya anak-anak dah mula ke sekolah. Saya pun begitu. Kak long dah darjah satu dan Kak ngah dah tadika untuk 5 tahun. Banyak betul perubahan jadual sebagai ibu yang perlu dibuat. Mencabar rupanya. Stress juga nak mengubah jadual untuk memastikan anak-anak sampai ke sekolah tepat pada masanya. Memang banyak mengabaikan diri sendiri. Berat badan menjadi jangan cerita melambungnya. Hehe macam la deal sangat sebelum ni.
Apa itu Berat Badan Ideal?
Ni semua gara-gara terbaca Majalah Keluarga keluaran 2001 berkaitan Tubuh Ideal ada di Klinik Mediveron semasa bawa anak check-up sebab demam. Sementara menunggu tu selak-selak ternampak jadual Tubuh Ideal tu. Tengok ketinggian dan saiz rangka, memang dah banyak terkeluar landasan. Penting rupanya untuk tahu berat badan ideal untuk setiap ketinggian. Ini untuk memastikan kita tidak "overweight" di mana badan tidak lagi mampu menampung berat. Rasanya tak pernah peduli pun. Sibuk-sibuk ni lagi la banyak terabai.



Ini cara nak kira Berat Badan Ideal = Berat Badan Ideal  = (Tinggi Badan – 100) X 90%

Contohnya :
Jika Anda mempunyai tinggai badan 150 cm, maka berat badan ideal Anda adalah (150 – 100) X 90% = 45 kg.

Dari nilai di atas, dapat membandingkan hasilnya seperti dibawah ini:

* Hasilnya 10% atau 20% lebih besar dari 45kg -=Kelebihan Berat Badan / Overweight
* Hasil lebih dari 20% dari yang seharusnya = Kegemukan / Obes/ Obesity
* Hasil 10% kurang dari yang seharusnya = Kurus

Kalau nak lagi senang, boleh la pergi mana-mana mesin timbang di shopping mall yang boleh bercakap tu. Sure lantang dia bagi jawapan "ANDA GEMUK!".. Memang sentap
Tanda-tandanya "Overweight"
Ini mungkin antara tanda-tanda yang saya rasakan. Mungking korang boleh kongsikan apa yang korang rasa.
  • Kaki kita telah mula merasakan sakit akibat berat berlebihan ketika berjalan dan sangat terasa bila kita sedang berehat.
  • Lipatan berlebihan di bahagian perut, peha, ketiak, leher, dagu.
  • Gatal-gatal di bahagian berlipat di mana selulit sudah mula menunjukkan diri.
  • Mudah terasa lapar disebabkan saiz ruang perut yang telah mengembang
  • Mudah rasa letih, mengantuk dan malas

Apa orang akan mula kata?
  • Baju tu nampak dah kecil la. Kena beli baru tu.
  • Wah asyik makan je. Tak kenyang-kenyang ke?
  • Ko ni nampak etih je
  • Dagu dah berlapis-lapis dah aku tengok
Semua ni memang akan buat kita makan dalam tapi sebenarnya peringatan buat kita untuk jaga kesihatan.
Apa kita nak buat?
a. Pengambilan Vitamin
Untuk permulaan ni, saya memang nak kawal pemakanan dulu dengan cara mengambil semula secara teratur Vitamin-vitamin. Memang saya suggest untuk korang tolong diri sendiri. Bagi masa dan ruang untuk perbaiki yang mana terabai.

Fungsi Utama Vitamin ialah membantu fungsi badan kembali berkerja dengan sepatutnya.



b. Exercise
Pastinya semua orang suruh exercise. Antara cabaran besar untuk dibuat untuk orang yang sentiasa balik rumah lewat macam saya. Memang kena usaha bahagikan masa. Tengok kawan-kawan ada yang ke gim untuk kekal sihat. Jeles rasanya.

Fokus saya hanya exercise dengan cara membuat kerja-kerja rumah. Banyak sebenarnya terutamanya mencuci 2 bilik air. Memang berpeluh-peluh.


Yang penting kengkawan.. ISTIQAMAH


Lawati FB page Rak Vitamin Sihat ♡ Shidah Abdullah 012-6240197 ♡
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...