Family Day Naila di Warisan Alam Kuala Pilah

Alhamdulillah anak-anak bersemangat betul bangun pagi-pagi dan bersiap nak berjalan. Memang ajaib juga sebab selalunya susah betul nak bangun apatah lagi mandi pagi. Tapi sebab ibu semalam dah pesan pada 3 dara cakap nak bawak diorang berkuda  dan memanah. Siapa lambat bangun nanti ibu tinggal. Tu yang bangun awal semua tu.





Shidah dan 3 Dara
Cabaran

Dap Dup Dap Dup jantung. Nervous sangat sebab hari ini sebab hari ni kena drive sendiri  ke Kuala  Pilah. Dah la tak pernah travel ke sana. Hanya mengharapkan Waze je nanti. Selalu "Big Boss" yang drive tapi hari ini "Big Boss" adalah kelas di Uitm. Makanya kena la berdikari.

"You have reach your destination!". Alhamdulillah baru pukul 8.15 pagi. Hmm tapi kat mana pulak ni.. mana tempat kudanya.. So parking kereta ke tepi dulu.. dah risau gila takut tak sampai tepat pada masa dijanjikan dengan Aini, koordinator porgram.. kuih muih breakfast semua ada pada saya..

Ok tenang shidah! Positive Shidah!..

Tempat ni familiar pulak rasanya.. Godek-godek whatsapp oh terjumpa! rupa-rupanya salah copy koordinat untuk set dalam Waze.. Ada ke pergi set koordinat AM Homestay.. patut la familiar.. Rupanya rezeki nak tengok persekitaran homestay yang diduduki oleh geng-geng Naila.

Dalam pukul 8.25 pagi, akhirnya kami sekeluarga sampai ke Warisan Alam. Pagar pun masih belum dibuka. Kami tunggu hampir 10 minit sebab masih awal. Sementara tunggu tu, apa lagi ibunya macam tour guide zoo negara tunjuk angsa, rusa, itik.

Bila pagar dah buka, kami anak beranak berjimba dulu la kat situ. Anak-anak nampak buaian. Saya mencari-cari tempat family daynya. So seorang staff tu tunjuk arah atas (macam Balairong). Bila naik atas, nampak la banner Family Day Naila macam yang Aini tanya.. Huish tak da orang! Cepat anak-anak! Jom kita Wefie!!. "Terpaksa" la kitorang rasmikan dulu.. Jangan marah korang.. Lepas tu siap-siapkan untuk meja pendaftaran, letak kuih di tempat makan.




Pendaftaran
9.00  pagi - Ramai yang mula datang register. Aini, Ainul dan Mr.Q, Aniey, Masliani, Kak Am, Riza, Kak Su, Zarith. Yang paling terkejut dapat jumpa Lyna Noh. Waaaa! terkejut seketika. Selalu hanya membaca statusnya di facebook dengan kata-kata positif. Sekarang jumpa live!. Alhamdulillah dalam hati. Saya sebenarnya hanya kenal Aini sebab dia junior di SERATA dulu. Ainul pun selalu di alam maya sahaja. Sekarang semuanya LIVE depan mata. Hebatnya cara membina ukhwah sekarang. Tak kisah siapa kita, dari mana asal kita.. Yang penting semuanya ikhlas. Semua yang hadir menjamu selera dulu. Karang lapar susah pulak terutama anak-anak masing-masing.


Geng-Geng Naila
Family Day Bermula
9.30 pagi - Majlis diteruskan oleh Aini "orang kuat Family Day" ni. Bermula dengan kata-kata aluan dan ucapan Ainul Malik selalu penganjur terhebat. Tanpa usaha dan semangat Ainul dan Mr Q mungkin perjumpaan ini tidak akan berlaku. Huish sedih pulak bunyinya!

Majlis cabutan bertuah dan tukar-tukar hadiah diteruskan. Aktiviti ini kena buat laju-laju sebab kuda-kuda dah warm-up lama sangat takut diorang fed up pulak. So Aini telah pecut selaju-lajunya. Sesi tukar hadiah la, ada yang tersilap-silap hadiah. Yang lagi nak tergelaknya, saya ngan Aini yang jadi ajk ni tukar hadiah pun berdua. Majlis sempoi ini ditutup dengan kata-kata perangsang Master Lyna Noh dan Master Zainol.





Aktiviti Riadah

Acara yang ditunggu-tunggu dah tiba.. wajah mak-mak dan ayah-ayah yang lebih terserlah "excited"nya.. Anak-anak lebih banyak mengundur ke belakang sebab ramai yang takut dengan kuda.. Dimulakan dengan taklimat keselamatan risau offer "excited" kita tak jaga keselamatan antaranya jangan duduk belakang kuda, nanti kena tendang. Tu je ingat.

Dan bermulalah..... Aktiviti yang mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W..
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim)
Sesungguhnya sangat menenangkan, menguji ketajaman minda dan ketangkasan.. Semuanya menyeronokkan. Walaupun hakikatnya seorang yang penakut dengan haiwan, cuba juga menunggang kuda. Bukan senang wei.. Hehe bawa sekali si kecik Umairah yang sepanjang perjalanan dua (2) round tu menangis sebut ayah je.

Aktiviti Memanah





Hari semakin terik.. Semua dah merasa nikmatnya berkuda.. Nak ulang banyak kali jenuh juga tu.. Berganjak ke aktiviti seterusnya iaitu memanah. Yang ni anak-anak lebih nampak "excited". Mungkin sebab tengok banyak ayam lalu-lalang kat depan. Boleh juga dipanah buat barbeque. Hehe bukan sebab tu mungkin aktiviti ni kurang menakutkan dan tidak melibatkan haiwan. Semuanya ada 3x je percubaan sebab anak panah (arrow) tu diberi 3 batang je sorang. Bergilir-gilir diorang memanah. Ye la ramai tu anak-anak yang ada. Satu round lima. Nak mengabiskan turn diorg, mak ayah masing-masing sabar je kat belakang.



Bila trainer kata tukar je kepada orang dewasa, ayah-ayah terus beratur dengan busur masing-masing. Masing-masing nak test power. Boleh tahan hebatnya bak pejuang-pejuang di zaman Rasullullah. 
Giliran mak-mak pulak.. Ayah-ayah kena takeover jaga anak-anak.. Lebih hebat lagi mak-mak punya "excited", masing-masing lebih dari 3x memanah. Dah letak busur, ambik balik punya seronoknya. Ayah-ayah jaga anak-anak lama sikit.


-----------------------------------------------
Semua dah mula rasa dahaga. Semua berkumpul  untuk minum dan makanan tengahari pun dah tersedia. Mengamcam! Makanan tengahari power! ikan salai, daging salai masak lomak dengan sambal belacan antara penaik selera. Nak pulak masakan macam yang dimasak di rumah. Masing-masing makan banyak sikit dan hilangkan mood diet untuk kali ini je. Lepas ni ada yang terus balik dan ada yang sambung aktiviti memberi makan.
Sesi memberi makanan kepada rusa diteruskan. Terjelir-jelir lidah rusa di lubang tempat pengunjung beri makanan. Yang ni memang tak mampu nak cuba. Basah je bila dijilat dek rusa. Tengok aje la anak-anak yang berani beri makan pada rusa-rusa tu.


 -----------------------------------------------
Memang inspiring diorang ni semua. Saya hanya mahu bersama semua orang-orang yang positif dan berjaya. Saya juga bercita-cita untuk menjadi WAHM.

Terima kasih untuk sebuah majlis yang hebat dan kenangan yang indah! Jumpa lagi Insyaallah. Naila Super Power!

Sayang korang semua!
Shidah Abdullah

TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b



FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom





Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...