10 Cara Terbaik Set Pemikiran Positif Untuk Berjaya dalam Hidup

Assalamualaikum
Macamana mood hari ni? Weng? Meh-meh baca ni kasi relaks sikit.

Kalau sesiapa selalu tengok rancangan Dr Muhaya.com di tv dan dengar sesi motivasinya di radio ikim.fm, yang Kak Idah selalu ingat Dr selalu pesan

"Kita kalau nak berjaya, minda kena selalu positif. Baru kita dikelilingi orang-orang positif dan berjaya".

Bila dipraktikkan, memang betul pun. Dulu Kak Idah juga jenis cepat stres. Dah la ada "itu baran satu kapla" tapi alhamdulillah sekarang dah berjaya dikawal. Tugasan Kak Idah sekarang lebih banyak mendidik agar Kak Idah lebih bersabar, redha dan sentiasa positif. Insyallah yang nak dibimbing juga lebih positif dan lebih berdaya saing.
Ini nak share apa yang Kak Idah buat untuk kekal positif sejak akhir-akhir ni and yang penting kurang marah-marah. Memang "feel" dia best gilerrrrr.



 
1# Set target hidup "Vision Board".
Vision Board ni ialah merekod apa yang kita nak dalam tempoh masa tertentu contohnya dalam masa 5 tahun. Kena tulis spesifik yang boleh. Just nak share apa yang Kak Idah nak capai;

  • 30/9/2016 Capai pangkat Supervisor dalam Shaklee dengan 3000UV.
  • 2016 Menamatkan pelajaran dalam CIMA dan Master dengan jayanya.
  • 2017 menunaikan umrah bersama-sama Mak, Ayah, Syafiqah, En Hubby dan 4 Nur'ain, anak dara Kak Idah.
  • 2018 menunaikan Haji bersama-sama ibu dan ayah mertua, dan En Hubby
  • 2020 Membeli rumah semi-D dua tingkat, ada halaman luas ditepi.
  • 2020 Jadi keluarga Hafiz dan Hafizah
  • 2024 Menjadi surirumah berkerjaya dan ada perniagaan sendiri. Punyai lebih banyak masa dengan anak-anak


Kemudian Kak Idah translate dalam bentuk visual macam kat bawah ni. Letak la gambar-gambar untuk dibayangkan. Nak lagi canggih, korang buat benda ni dengan kawan-kawan atau family, lagi best.

Kak Idah apply kepada team member di pejabat. Baru Kak Idah tahu semua ada cita-cita hebat dan masa diorang menulis setiap perkara di template "Vision Board" masing-masing Nampak muka tu penuh dengan cita-cita.  Alhamdulillah aura positif tu dah mula menyerlah.
2# Doa berterusan.



Tiap kali doa Kak Idah sebut semua yang ada dalam senarai no 1 tadi. Memang mudah nak sebut dan terbayang-bayang setiap gambar-gambar.

 
Jangan tak percaya, dulu Kak Idah susah nak menyimpan dari duit gaji untuk capai semua senarai kat atas. Tapi sekarang selain berusaha dengan sumber Shaklee, Allah turunkan pula sumber yang tidak disangka-sangka dengan menjual "Homemade Brownies".
Subhanallah. 
 
Allah berfirman, maksudnya :

Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”

Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra

3. Fahami tanggungjawab
Setiap orang semua ada tanggungjawab yang berbeza dan banyak. Macam Kak Idah, seorang isteri, anak, ibu, sahabat, kakak, adik, menantu, ipar, majikan dan kakitangan. Banyakkan!. Kak Idah pasti semua macam ni. Tu yang buat kita cepat marah-marah. Tapi selama mana kita faham setiap tanggungjawab yang diamanahkan, kita akan buat dengan terbaik. Tak perlu stress sangat pun. Kongsi bersama-sama orang disekeliling,
Baca doa di bawah selalu semoga dipermudahkan segala urusan. Mulakan semua perkara dengan Bismillah. Insyaallah kita lebih tenang. Bila nak baca?
  • baca dalam kereta
  • tengah berjalan dari kereta ke pejabat
  • dari pejabat nak pergi mesyuarat
  • bila-bila boleh
4. Cakap baik-baik walaupun dalam keadaan marah
Hehe ni perkara paling mencabar nak buat. Bila dah buat bestnye usah cerita la. Rasa hebat sangat dan tenang betul.
Contohnya bila kita tengah drive, beratur nak masuk simpang waktu pagi nak pergi kerja. Tak lama lepas tu. ada kereta nak potong terus kehadapan dan menghimpit dari kanan. Dalam hati sure kita dah maki-maki dah kan! Tapi pastikan yang terkeluar dari mulut tu yang positif sikit bunyinya walaupun nadanya marah.
Bang! Agak-agak la. Cuba la sabra sikit semua orang beratur kot
Ha! Macam tu la nak cakap secara positif tapi dalam keadaan marah. Hehe bukan apa kita tak nak mood marah tu duduk di minda separa sedar kita dan lama-lama jadi kebiasaan. So buang perkara ni awal-awal supaya kita positif je.
5. Dengar motivasi setiap hari
Sekarang ni setiap pagi, Kak Idah dengar radio ikim.fm dengar celoteh DJ Pian dan DJ Luq. Selalu setiap pagi macam-macam topic menarik diorang berdua bincangkan dengan tetamu-tetamu jemputan. Memang best. Antara tu ada motivasi pagi diselitkan. Ada pulak doa dhuha dibacakan.
Oh! indah sungguh mood dipagi hari. Baru la kita bersemangat nak pergi kerja. Ada kata-kata positif dah masyukkk.
6. Berkawan dengan yang positif

Mak abah kita selalu pesan supaya pilih kawan yang elok-elok. "Elok-elok" tu memang banyak sangat makna. Kawan-kawan kita semua macam-macam jenis contohnya
  • Cantik menarik ko memang "the boom" tapi tak nak menolong
  • Rajin menolong tapi suka mengungkit
  • Mulut laser tapi hati baik
Macam-macam lagi la, sebenarnya tak kisah apa kita nak kategorikan kawan kita tu. Tapi yang penting ambil yang baik dari dia. Yang negatif kita tegur supaya sama-sama perbaiki. Cari kawan yang boleh berkongsi susah senang dan yang selalu dapat menegur kita. Tu la kawan yang terbaik.
7. Ambil ikhtibar dari orang lain
Kadang-kadang perasan tak Allah hantar pada kita orang yang dasyat-dasyat untuk kita handle. Adoi! memang fenin dibuatnya. Contohnya Allah hantar orang yang kerjanya asyik nak marah kita. Semua benda dia nak marah. Asyik kita je salah. Masa tu muka kita jangan cerita la merah padam macam makan cili. Meluap-luap aje. Ambil masa untuk bertenang.
Hehe Kak Idah ada kes macam ni. Kak Idah study sikit latar belakang orang ni dari kawan-kawan sekeliling nak tau pasal family dia, mak ayah, adik beradik. Oh! masa tu rasa bersyukurnya Kak Idah punyai family yang memahami berbanding kawan yang suka cari pasal ni.
Rupanya kita kena kesian dekat orang lain yang mungkin tak sama macam keadaan kita yang lebih baik keadaannya. Dia mungkin kurang disayangi atau kurang perhatian, tak ada tempat nak luah perasaan.
Allah hantar dia mungkin untuk kita membantu dia dan dalam masa yang sama mengajar kita untuk lebih bersyukur atas nikmat yang ada.
8. Bersyukur setiap hari
Dari cerita no. 7 tadi, sebenarnya semua perkara kita kena bersyukur. Tak kiralah yang datang tu perkara baik atau pun perkara buruk atau malang. Kita kena bersyukur banyak-banyak sebab Allah uji dan ajar kita dengan cara yang terbaik. Lebih banyak kita bersyukur, kita akan lebih tenang menghadapi kehidupan setiap hari tau!
Cara yang lebih hebat. Ambil buku atau dairi sendiri. Tulis setiap perkara yang kita lalui setiap hari. Tulis sebanyak-banyaknya tau. Contohnya macam ni..
21/5/2016 (Sabtu)
  • Bersyukur masih ada nyawa hari ini
  • Dapat bawa anak-anak pergi swimming dan main di taman dengan suami dan ikah
  • Hari ini berjaya detox hari ke-4
  • Kak Idah dah pandai memilih makanan dan kawal pengambilan gula. Hebatlah Kak Idah!

Sambung sepanjang-panjangnya senarai. Tulis setiap hari




9. Beri kata-kata semangat pada orang lain
Macamana dah mula rasa best tak bila kita dah mula fikir secara positif. Kongsikan kegembiraan, ilmu dan pengalaman yang kita ada dengan orang sekeliling. Sharing is Caring kan!.



Tengok kawan-kawan atau family ada masalah, duduk sebelah dan "slow talk". Jadi pendengar yang baik. Sambil mendengar tu, cari idea untuk berkongsi. Mungkin kita sendiri tak pernah lalui, tapi kita pernah dengan pengalaman orang lain. Beri pendapat agar yang ada masalah terbuka sikit mindanya untuk memilih jalan keluar mereka sendiri. Hah dah macam motivator kan!
10. Kongsi kegembiraan

Hari ini tiba-tiba bos bagi bonus. Wah! Kita sure happy kan. Dalam otak dah terfikir-fikir dah apa nak shopping atau pun bayar hutang. Masa ni memang excited betul la kalau keluar jalan-jalan, makan-makan, shopping-shopping. Betulkan.


Cuba "extend"kan "happiness" tu dengan orang-orang sekeliling. Bila pergi berjalan bawa mak ayah, anak-anak, suami dan adik beradik pergi makan besar. Masa tu baru BONUS tu lebih nampak bermakna sebab kita akan dapat tengok muka-muka seronok semua orang menikmati makanan yang kita sendiri belanja.

11. Luahkan perasaan
Adakalanya, bila kita terduduk juga dengan ujian datang. Lagi-lagi kalau ujian datang bertubi-tubi. Jangan pendam perasaan sorang-sorang. Cari sahabat atau keluarga untuk luahkan perasaan supaya beban yang tadi rasa berseorangan dapat dilepaskan. Mungkin tak dapat menyelesaikan masalah keseluruhan tapi dapat melegakan perasaan.
Kak Idah memang beberapa sahabat setia yang selalu mendengar luahan perasaan Kak Idah. Hehe pedih le telinga diorang dengar Kak Idah bercerita. Selalunya En Hubby atau seorang kakak di pejabat. Lepas dah cerita, leganya tak tahu la nak cakap. Kadang-kadang diorang akan bagi nasihat apa nak buat seterusnya. At least ada la idea kan.

12. Set Pemikiran Positif (SMP)

Last sekali, korang tahu tak ada Set Pemikiran Positif ni. Barangsiapa nak ubah diri jd lebih positif, pastikan konsisten amik set ni:-
  • LECITHIN
  • OMEGA GUARD
  • B COMPLEX
  • PERFORMANCE DRINK

Bagaimana set ni berperanan utk jana pemikiran positif
Dalam otak kita ada neurotransmitter, yakni bahan kimia dalam otak yang berfungsi menghantar infomasi ke dalam sel saraf kita. Neurotransmitter ni macam posmen. Apa jadi kalau posmen tak bekerja? Surat/parcel tak sampai...
Ada tiga (3) jenis orang. So kita pilih yang mana?
Orang positif  mempunyai neurotransmitter (posmen) bagus. Posmen kerja dengan efisen dan akan pastikan semua surat (informasi) sampai tempat yang betul
Orang negatif mempunyai neurotransmitter (posmen) tak bagus. Posmennya malas dan asyik mengelat saja. Surat tak sampai lah, salah alamat lah... Sebab tu kadang-kadang orang cakap lain tapi org negatif terus fikir lain.
Orang gila mempunyai neurotransmitter (posmen) tak balance. Ni posmen blur. waze rosak agaknya. Dia tak tau apa yang betul apa yang salah. Surat pun tak kenal agaknya


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=84a4b37779ee88caf98a810ddc375033
KLIK GAMBAR UNTUK PEMBELIAN TERUS
SMP ni akan bertugas untuk membantu;-
  • Lecithin - membina neurotransmitter (tempat kelahiran posmen)
  • BComplex - mencantikkan neurotransmitter (tempat latihan posmen)
  • PD - memastikn kelancaran perjalanan neurotransmitter (motor, waze)
  • Omega - mengawal selia fungsi otak, 2/3 dr otak terdiri drp lemak.(penghulu kampung)
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?


Hubungi Kak Idah untuk
Konsultansi Percuma
Harga yang berpatutan
Peluang menjana pendapatan sehingga 6 angka
Shidah Abdullah (Kak Idah)
ID Shaklee :922949
012-6240197 (Call, Sms, Whatsapp)
FB Page : Rak Vitamin Sihat
FB : Shidah Abdullah





Read More

Cukupkah Air Yang Kita Minum? "Water Challenge" Solusinya



Sekarang hari memang betul-betul panas. Sampaikan aircond dah macam keperluan. Bil elektrik jangan cerita la kan. Kak Idah memang respect siapa yang mantain menggunakan kipas. Uols memang hebat.



Apa yang Kak Idah nak share hari ini adalah tentang keperluan air dalam badan kita. Cuba tengok pokok-pokok kat luar rumah atau tepi-tepi jalan. Warna kehijauan ke atau dah tukar warna coklat sebab kering? Macam tu la perumpamaan badan kita. Kalau kurang air, bahagian dalaman tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebab keletihan dan kekeringan.

Apa sebenarnya fungsi air dalam badan kita?

Membantu pencernaan dan metabolisme berfungsi dengan lebih baik

Minum air secukupnya memang membantu sistem pencernaan kita. Bukan tu sahaja, metabolisme badan dapat bekerja kapasiti yang maksima. Faktanya, penelitian terbaru dari University of Utah menyatakan bahwa kekurangan air dapat menyebabkan menurunnya metabolisme.



Berapa jumlah air sepatutnya kita minum? Yang ni Kak Idah belajar masa join "Water Challenge", setiap 25 kilogram berat badan, kita perlu minum sebanyak 1 liter air. Berat kak idah 65 kg/ 25kg = 2.6 liter air sehari. Hah macam tu la nak kira.


Memperbaiki kemampuan dan daya tahan tubuh

Kebiasaannya bila kita minum air dengan secukupnya, kita mampu membuat kerja lebih lama. Salah satu sebabnya adalah bekalan oksigen dari air itu sendiri membekalkan oksigen ke seluruh sistem badan yang membuatkan ia mampu bekerja lebih keras/berat. Air dapat menaikkan simpanan glycogen iaitu suatu bentuk dari karbohidrat yang tersimpan dalam otot dan digunakan sebagai tenaga semasa kita bekerja.

Tahan lapar

Rasa lapar kadang merupakan penyamaran dari rasa haus. Waktu kita mengalami dehidrasi (kekurangan air), kita mungkin rasa hendak makan akan meningkat sedangkan sebenarnya kita memerlukan air. Tu yang buat berat badan naik. Pengambilan air yang cukup dapat mencegah kita dari makan berlebihan.


Mengurangi risiko terhadap beberapa macam penyakit



Cuba tengok carta di atas di mana ia menunjukkan peratusan kandungan air dalam organ-organ badan. Ini bermakna semua bahagian memerlukan air untuk berfungsi dengan maksima. Cairan atau tepatnya air dapat berperanan aktif dalam mengurangi resiko terhadap beberapa penyakit seperti batu ginjal, kanser saluran kencing, kanser usus besar (colon).

Minum cukup air juga dapat menghindari sembelit. Kalau sembelit ni jangan ceritalah sakitnya nak membuang. Kak Idah sendiri menghadapinya. Dalam tempoh "Water Challenge" memang mudah sangat membuang. Selain tu, Kak Idah juga ambil Ostematrix dan Herblax untuk lebih lawas. 

Senjata melawan masuk angin atau virus

Antibodi dalam lendir yang melapisi kerongkong berfungsi untuk menjerat virus.  Apabila kita kurang lendir atau mengering disebahkan dehidrasi, tekak akan mudah terkena virus yang menyebabkan batuk. Itu sebab kebanyakkan doktor akan memeriksa kerongkong dan nasihatkan kita untuk minum lebih air sebagai cara paling efektif untuk mengurangi batuk.

Pelembab wajah

Dengan minum banyak air membantu kulit kita tetap kenyal dan tegang serta mengurangi garis-garis dan kerut pada wajah. Bagaimana ia boleh berlaku? Air adalah egen penyerapan vitamin dan mineral dari makanan.
Itu sebab jika kita mengambil vitamin C ia selalu dicadangkan diambil diwaktu pagi dan tengahari kerana kekerapan pengambilan air selalunya lebih tinggi.
KLIK GAMBAR UNTUK MEMILIKI VITAMIN C
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=42c6101a56e15d7ec3c8bd3695bea65d

Mengatasi migrain/sakit kepala

Dehidrasi dapat mengakibatkan migrain/sakit kepala. Jadi bila kita sering mengalami migrain adalah sangat penting untuk kita minum air dalam jumlah yang cukup. Air membantu mengurangkan ketegangan di minda.

Selain itu air juga berfungsi sebagai;

  • Membentuk sel-sel baru, memelihara dan mengganti sel-sel yang rusa
  • Melarutkan dan membawa nutrisi-nutrisi, oksigen dan hormon ke seluruh sel tubuh yang membutuhkan
  • Melarutkan dan mengeluarkan sampah-sampah dan racun dari dalam tubuh kita
  • Katalisator dalam metabolisme tubuh
  • Menstabilkan suhu tubuh
  • Meredam benturan bagi organ vital

Jom Cabar Diri Buat Water Challenge!

Kalau korang perhatikan rakan-rakan kita yang berbangsa cina, sentiasa bawa botol air ke mana-mana. Mereka telah dilatih di sekolah untuk minum air yang banyakSo, kita kena sahut cabaran water challenge adalah;
  • Untuk melatih diri untuk minum secukupnya
  • Persediaan harian untuk pastikan kita minum air
  • Set minda untuk konsisten dalam minum air dan botol air tidak ditinggalkan










Lepas dah selesai tempoh "Water Challenge" cuba evaluate sendiri warna urin kita ada tak perubahan. Selamat mencuba uols

#liveamazing

Lawati FB page Rak Vitamin Sihat

Shidah Abdullah 012-6240197

Read More

Cara Menghalau Tikus Yang Bermaharaja Lela

Tengah malam macam ni selalunya tengah buat thesis. "The best time" untuk settle kerja-kerja yang pending sama ada kerja rumah atau pun office.

Tengah duduk lepak dekat bilik belakang a.k.a bilik study. Dengar bunyi benda berlari-lari laju ke sana ke mari..

Oh! ini dah melampau.. dah la ko duduk bilik depan buat aku tak selera nak masuk.. sekarang dah berani berlari-lari ke belakang.


INI TIDAK ADIL... BERANI KO DATANG BERMAHARAJALELA...

Geram betul dengan tikus seekor yang datang masuk rumah ikut saluran dalam bilik air. Ingat lagi pagi tu tengah nak siap-siapkan kak long nak mandi. Tiba-tiba ada benda laju berlari lalu atas kaki dan melompat menjerit-jerit saya sebab geli geleman.

TIKUS! Eeeeee Geli!

Husband dah letak perangkap dengan ikan.. Ikan di makan perangkap tak jatuh.. Bijak betul.. Letak gam tikus.. Langsung dia buat x nampak je..

Geram-geram.. ape lagi google search cari cara terbaik nak halau tikus.. dalam 16 cara yang disebutkan dalam blog siraplimau saya pilih cara no. 6 dulu.



Serbuk Lada Hitam
Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.

Siap la ko cik tikus..
Read More

Tempahan Brownies untuk Majlis Perkahwinan, Khatam dan Jamuan

Alhamdulillah. Tempahan brownies kedut semakin menjadi-jadi. Tu la namanya rezeki. Datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Niat hanya nak makan tapi rezeki sampai dapat mengikut sunnah nabi iaitu berniaga.



Ni la antara gambar yang buat orang terliur. Hehe


Kami menerima tempahan untuk;
  • Majlis Khatam Al-Quran (1 pek = 6 pieces)
RM5/pek

Gambar brownies siap untuk delivery Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Perkahwinan untuk goodies (1 pek = 3 pieces)
RM3.00/Pek siap reben

Brownies sebagai goodies untuk tetamu

  • Jamuan Makan (1 kotak = 60 pieces )
RM50/sekotak

Brownies untuk jamuan makan


NAK TEMPAH BROWNIES BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN KAMI
SHIDAH ABDULLAH 012-6240197
HELMY IRWAN 019-3939895

Yang paling happy sekali bila dapat komen-komen "WIN" dari semua yang order. Maknanya semua happy makan. So kami pun happy sangat.


NAK TEMPAH BROWNIES BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN KAMI
SHIDAH ABDULLAH 012-6240197
HELMY IRWAN 019-3939895

The making.......
Semoga kami memberi kepuasan dalam setiap order korang ye. Insyaallah.
Read More

Blogspot vs Wordpress, Yang Mana Nak Pilih

Assalamualaikum

Lama tak visit dan menulis di blogspot. Sebab dok ding ding nak guna apa. Kalau orang tanya saya paling. Hmm setelah menggodek-godek kedua-duanya ada "Best Part" masing-masing. Meh nak share guna konsep SWOT analysis. Haha poyo sangatkan.

Blogspot Strengh - Kekuatan
  1. Nama url tu boleh tukar. Yang ni memang saya suka.. hehe sebab tah kenapa.. tapi at least kalau nak tukar masih ada ruang.
  2. Kalau siapa pandai coding, boleh edit rupa paras blog tu sendiri
  3. Boleh download mana-mana blogspot
  4. Banyak widget free
  5. Boleh upload/ paste widget luar
  6. Boleh tukar colour tulisan
  7. Design widget-widget nak letak mana boleh susun sendiri
  8. Link dengan google search dan google++
Sesuai untuk orang yang suka tukar-tukar sebab lebih flexible.


Wordpress - Strengh - Kekuatan

  1. Free template wordpress banyak cantik-cantik dan kemas
  2. Kalau guna hp update blog dia lebih mudah dan sama mcm yang kita buat dalam hp

Sesuai untuk yang tak suka nak godek-godek sebab dia fixed.

Haha tu je yang sempat test. So korang add on komen kalau nak tambah features yang korang nak share ye.

So untuk owner both blog platform mungkin boleh add extra features lagi.. haha malas nak komen negatif tak baik wo.. diorang dah bagi option pilih sendiri ma..



Lawati FB page Rak Vitamin Sihat ♡ Shidah Abdullah 012-6240197 ♡
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...