JAGA-JAGA Difteria Penyakit Membawa Maut

Info perubatan dari KKM.Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus.

Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan berjangkit serta disebarkan melalui kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria.

Difteria amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari.

Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi serta orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun dan orang tua usia diatas 60 tahun sangat berisiko mendapat penyakit difteria.

Begitu juga mereka yang tinggal di lingkungan padat penduduk atau kawasan persekitaran yang kurang bersih dan mereka yang kekurangan gizi dan tidak diimunisasi vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk anti-toksin difteria yang melemahkan toksik dan antibiotik Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin.

Umumnya Difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Radang tekak atau pharyngitis, adalah suatu penyakit radang yang menyerang batang tekak.

Penyakit yang kerap disebut radang tenggorok itu ditandai dengan adanya penebalan/pembengkakan dinding tekak, berwarna kemerahan, ada bintik-bintik putih, disertai rasa sakit menelan.

Tanda-tanda dan Gejala Penyakit Difteri
*Ada membran tebal warna abu yang melapisi tekak dan tonsil (ciri khas)
*Sakit tekak dan suara serak
*Sakit ketika menelan
*Kelenjar di leher membengkak
*Kesukaran bernafas dan nafas cepat
*Keluar cairan dari hidung
*Demam dan menggigil
*Malaise
*Kanak-kanak tidak mahu bercakap
Batuk-batuk
*Sakit kepala serta keluar air mata

Awas Jika Anda Lambat Bertindak
*Pernafasan terhenti
*Radang pada otot jantung
*Kegagalan jantung
*Lumpuh saraf

Langkah-langkah Pencegahan Difteria
*Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
*Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
*Banyakkan minum air, jangan minum produk tenusu
*Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
*Rehat secukupnya
*Elak dari menghirup udara yang kotor
*Elak dari bakteria
*Amalkan minum madu/air asam jawa
*Jangan minum minuman berkafien
*Jauhi minuman yang beralkohol

Jika Defteria Berlanjutan
Jumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang akan di ambil.
Buang segera kelenjar tonsil supaya tidak merebak kerana kalenjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Read More

10 Perkara Buat Kedai Dobi Lagi Maju

Virl betul isu mesin basuh Suhaimi Saad dan isterinya Ina Naim. Hehe macam-macamkan. Saya pun sekarang pengunjung kedai dobi sebab mesin basuh rosak. Nak tukar baru sayang sebab tahu masih boleh dibaiki. Tapi panggil orang datang repair tak datang. So kami pun pilih ke dobi.

Mudah sangat sekarang. Sambil tu support perniagaan orang lain. Tapi hari ni nak share. Dalam banyak-banyak kedai dobi di sekitar, kami memang selalu berkunjung ke satu tempat je SEBABNYA

1. Kebersihan
Kedai Dobi Bubblelab di Taman Cempaka ni kami suka sebab kebersihan memang tiptop. Kalau ramai orang pun, boleh la yang menunggu duduk bersila sebab bersih sangat2. Kasut semua letak di luar. Lantai dibersihkan setiap pagi sebab pernah terserempak.

2. Tempat Melipat Baju
Meja dan kerusi panjang disediakan untuk yang nak terus lipat baju. Bila basuh dan keringkan di dobi baju tak berkedut. Kalau dilipat terus memang akan kemas

3. Bakul Emergency
Kedai dobi ni memang selalunya ramai. Bagus bila owner sediakan bakul emergency supaya next user boleh letak baju orang sebelumnya dalam bakul tu. Ye la kadang-kadang orang pergi makan dulu. Lambat sikit. Bila balik tengok baju tak ada akan tahu baju kita dalan bakul emergency sebab orang lain bantu keluarkan.

4. Environment selesa dan cantik
Kat sini macam laut-laut gitu. Ada ikan nemo lagi.. tenang je rasanya

5. Taman permainan 
Kalau bawak anak-anak ke sini memang syok la. Memang sakan la budak-budak main dekat situ. Kalau ada geng lagi la sampai tak nak balik.

6. Sabun percuma
Bagi yang terlupa sabun pun jangan risau. Guna je yang owner sediakan. Tak yah pening-pening. Kami selalunya bawa sabun Get Clean kami sendiri.



7. Mesin mudah digunakan
Kami pernah ada pengalaman guna mesin di kedai dobi lain. 2 kali pusing sabun tak keluar-keluar. Last-last cari kedai dobi lain. Dah rugi duit kami.


8. Kerusi Urut
Ni lagi tip top. Kerusi urut pun ada. Lenguh-lenguh tunggu, masuk je duit RM1 dalam mesin. Silap-silap boleh terlelap tau.

9. TV
Bukan la nak tengok sangat. Dah boring juga asyik godek hp. Ada tv bagus juga. Tapi yang saya perasan cerita kartun je. Harap owner consider bagi tengok channel movie. Alamat ada pulak yang tak balik. 

10. Mesin duit syiling
Mesin duit syiling paling penting. Kena make sure sentiasa ada tukarannya especially time peak macam weekend. Penah juga kehabisan dan kami call ownernya atau yang jaga. 

Komen tentang isu Suhaimi Saad tidak ada mesin basuh?
Untuk isu viral Suhaimi Saad, kami rasa ramai yang macam tu. Apa pun kisahnya tentu ada sebabnya. Selama mana keluarga dia bahagia dan tak mengganggu orang lain ok je.

Dah tengok ramai je family yang kaya kami tengok tak ada semua benda yang disebutkan macam sofa, mesin basuh, astro. Alhamdulillah seronok je life diorang. Anak-anak cemerlang je sebab semua berdikari. Yang penting betulkan niat dan berbaik sangka. Bila berniaga hati pelanggan kena suka.

Nak Get Clean?




TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN
BARANGAN RUMAH SHAKLEE

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=22d473c1ca36ddbf09e1dfaa2ed8552a




FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...