Turunkan Berat Badan dengan Set Kurus Pilihan Suami Isteri


Gemuk ke kurus sebenarnya semua persepsi diri sendiri dan biasanya berpunca dari komen-komen macam ni "Eh! Ko nampak dah naik badan ni" atau "bukan baru naik pantang ke?. Stress betul dengar komen-komen macam ni.

Bukan menambahkan semangat untuk kurus tapi menambahkan stress kita dan menyebabkan kita makan tak kenyang..  mandi tak basah.. tidur tak lena... nak tahu kenapa? Sebab bila kita stress, yang kita makan banyak-banyak tu tak diserap dengan baik.. macamana nak tidur lena kalau asyik rasa lapar.. macamana mandi nak basah kalau asyik tengok badan kat cermin dalam bilik air...


Haru.. haru...

Apa kata kita posi
tifkan diri.. bersyukur dulu dengan badan kita yang comel.. bila kita dah happy baru kita fikir macamana yang comel ni nak jadi cun pulak.. hah sure idea bertalu2.. sat nak pegi gim la.. nak pegi joging la..

Ops!Ops! Susun idea-idea tadi mengikut kemampuan terutama masa.. pilih la yang sesuai.. kalau mak-mak pilih la nak berpeluh dengan membuang sawang.. membasuh kain.. menyapu tanpa memasang kipas.. lebih bermanfaat..

Selain tu, kena check sama ada badan kita berfungsi sepenuhnya atau tak terutama usus. Di sini saya kongsikan produk shaklee yang kami suami isteri pilih untuk kekal sihat dan membantu kami menurunkan berat badan.


(1) Lecithin

Lecithin ni berasaskan kacang soya organik yang bukan GMO (tidak diubahsuai genetik). Setiap kapsul mengandungo 520mg lecithin soya, 80mg kolin dan 48mg inositol.
Lecithin ini memang penting sangat dalam membantu menyerap vitamin yang larut lemak terutamak vitamin A.D.E.K.

Bukan tu sahaja, ia dapat menghalang enapan lemak dihati yang boleh menyebabkan sirosis hati dan hati berlemak.

Lecithin bertindak juga sebagai "pembersih" saluran darah dan membantu memecahkankan lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh badan kita.

Bagi ibu yang menyusukan bagi atau yang mengalami bengkak susu, Lecithin amat membantu melancarkan aliran susu. Memang kena cuba!


(2) Alfalfa

Alfalfa pula berasal dari tanaman Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago Sativa. Ia ditanam secara organik di California yang bebas pestisid, herbasid dan hanya menggunakan baja kompos. Alfalfa mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan hanya dituai bila matang. Kemudian, ia dikeringkan dan dijadikan serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.
Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Semua nutrien2 ni membantu mengembalikan dan menormalkan badan yang berasid. Ia juga agen detox dengan menghilangkan toksid dari badan, membersihkan hati, kolon dan darah.

Selain itu, alfalfa membantu melegakan keletihan dan mencantikkan kulit dan otot badan kita.

Bagi isteri-isteri, ia bertindak merapatkan kembali bahagian intim. Suami pasti suka. Hebatkan!

(3) Herblax


Diperbuat dari 9 herba semulajadi. Herblax menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut dan sangat sesuai untuk tubuh badan kita.

Manfaat utamanya adalah membersihkan najis yang tersekat. Ia merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut.

Bagi yang mempunyai masalah sembelit, herblax sangat membantu mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan menyelesailan masalah sembelit.

Ia juga membantu mengempiskan perut dan membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.


Ketiga-tiga supplement ini sangat membantu kami suami isteri untuk sama-sama sihat dan memperbaiki sistem penghadaman masing-masing. Berat badan dah mula turun. Kan seronok usaha kurus bersama-sama.


Pesanan akhir dari saya...

  • Jom kita perbaiki diri untuk pastikan diri kita happy
  • Do justice to yourself.. jangan buat sebab orang lain.
  • Doa selalu agar sentiasa positif dan bersyukur. ALLAH kan ada

Nak buat pesanan KLIK TERUS pada gambar dibawah

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=db15b038c3c1d8960907e8ac5691498f


Atau hubungi saya terus ditalian 012-6240197 dan dapatkan konsultansi penuh dari saya tentang cara pengambilan terbaik untuk lebih efektif.


Salam sayang
Shidah Abdullah
shidotdotcom.blogspot.com
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...