Gastrik Pulih Hanya Kenali Punca, Simptom

Gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik merupakan kerengsaan atau keradangan yang berlaku pada selaput perut (stomach lining) yang menyebabkan ia bengkak dan menimbulkan rasa sakit.



Bagaimana gastrik berlaku?

Kedua-dua perut dan duodenum memproses jus berasid pada kadar yang tinggi. Asid hidroklorik ini membantu menguraikan makanan kepada partikel-partikel kecil. Namun begitu, ia boleh menghakis dan merosakkan selaput perut.





Bagi melindungi daripada hakisan jus perud berasid, kedua-dua perut dan duodenum diselaputi dengan lapisan mukus. Selain itu, ion bikarbonat juga dirembes oleh kedua-dua perut dan duodenum. Ia menghalang asid hidroklorik dari menghakis selaput perut dan duodenum.





Tetapi....





Apabila lapisan mukus lemah atau perembesan ion bikarbonat berkurangan, ia menyebabkan lapisan tisu perut terhakis. Kawasan terhakis inilah dipanggil ulser.























Punca-punca terjadinya Gastrik

(1) Penggunaan jangka panjang ubat anti keradangan bukan steroid (nonsteroidial anti-inflammatory drugs, NSAIDs).
(2) merokok dan minum alcohol
(3) alahan makanan proses, buah sitrus, kafein, berempah
(4) masa makan yang tidak menentu



Apakah NSAIDs? Ubat yang biasa meredakan kesakitan terutama untuk pesakit buah pinggang, sakit kepala, artritis dan pelbagai lagi sakit keradangan. Ada juga yang diambil oleh pesakit jantung untuk mengawal paras kolestrol tinggi dan mencairkan darah. Malangnya, NSAIDs seperti aspirin meningkatkan rembesan asid perut dan boleh menyebabkan ulser perut.





Tanda-tanda gejala gastrik









Sangat penting untuk kita mengetahui bahawa kita menghidap penyakit gastrik kerana lama kelamaan selaput perut kita luka dan boleh menyebabkan ulser.
(1) Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.

(2) Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.




(3) Mual

(4) Muntah
(5) Hilang Selera



(6) Perut bahagian atas terasa penuh dan sneak selepas makan sedikit
(7) Hilang berat badan


(8) Pedih ulu hati












Penjagaan Pesakit Gastrik


Pengambilan makanan yang sesuai dan mengikut masa amat penting bagi pesakit gastrik. Kebiasaannya setiap penghidap lebih tahu makanan mana yang sesuai dan makanan mana yg memburukkan lagi penyakit. Antara makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gastrik adalah seperti berikut;-


(1) makanan berminyak
(2) makanan bergoreng secara terendam lama
(3) makanan segera
(4) makanan kaya marjerin
(5) coklat
(6) biskut
(7) daging merah
(8) minuman berkafein seperti kopi atau teh
(9) minuman berkarbonat




Boleh ke Gastrik Pulih Sepenuhnya?

Bagi seseorang yang mempunyai gastrik, hakikatnya memang sangat susah. Bukan sakit-sakit perut biasa. Gastrik memang buat betul-betul tak selesa dan sukar untuk melakukan aktiviti lain. Baru pedih hulu hati dah susah hati. Cepat-cepat cari gaviscon.



Tonton video sepenuhnya bagaimana Puan Farhana Sembuh Gastrik Selepas 10 Tahun











Anda dah dengar sendiri pengakuan Puan Farahana dari Shah Alam, bagaimana dia pulih selepas berpantang. Asalnya beliau mengambil set berpantang yang mengandungi 3 vitamin yang dapat membantu memulihkan gastrik.

Bagaimana ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger Membantu Memulihkan Gastrik?

(1) ESP Protein Soy

ESP membantu mengurangkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. ESP bersifat alkali bercampur asid perut akan mengurangkan hakisan pada dinding perut.

20 jenis sat dalam asid amino dalam ESP akan digunakan untuk membina sel baru dan tisu baru pada dindang.

(2) Ostematrix


Ostematrix ini kaya dengan kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keasidan perut. Itu sebab kita sentiasa disuruh minum susu bagi meneutralkan perut

(3) Peppermint Ginger

Seperti kita ketahui, halia memang sangat membantu membuang angin dari badan. Peppermint ginger membantu pencermaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Terdapat bahan-bahan seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis bagi memberi rasa keselasaan pada pesakit gastrik/


Berapa harga Set Gastrik Shaklee di atas?

Mari kita kira harga runcit setiap vitamin di atas;-

(1) Peppermint Ginger RM47.70

(2) Ostematrix RM64.66

(3) ESP RM159


Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran.


TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN






https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b





Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 012-6240197 






Bagaimana untuk mendapatkan harga ahli yang lebih menjimatkan?

1. Mendaftar sebagai ahli.

Hanya dengan RM78.90 anda akan dapat diskaun penjimatan untuk setiap produk. Boleh menjana pendapatan sendiri. Macamana nak jadi Ahli Shaklee? KLIK SINI atau hubungi saya 012-6240197


2. PM Shidah sekarang. Insyaallah kita bongkar bersama kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee.






FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA:
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom

































Read More

Jimat Bila Baiki Mesin Basuh Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nak kongsi pasal mesin basuh kami yang rosak dan macamana kami decide nak repair sendiri.
Lama juga mesin kami rosak dari bulan April 2016. Adoi jenuh betul tak ada mesin basuh. Ye la anak kak idah semua anak dara. Bab tukar baju memang cekap.
Selama tu kami asyik bawa ke kedai dobi favourite macam yang kak idah kongsikan dalam posting sebelum ni.
Kami dah usaha dah panggil orang datang. Soalan biasa dia tanya rosak apa dan mesin jenis apa.. lepas dah jawab idak juga dia datang. Kami siap tunjuk video part yang rosak. Bahagian dalam yang dah loose. Ketatkan pun loose gak.
Semalam husband decide nak repair sendiri. Dia pergi kedai hardware dekat Taman Semarak dan tanya. Tokei kata  "lu mali angkat itu balang datang sini". Laju je husband balik pergi amik.
Rupanya gigi pemutar tu dah rosak. Rezeki kami stok spare part untuk mesin kami ada. Baru RM75 compare orang datang tengok RM50 kalau tambah spare part mau nak dekat RM200. So repair sendiri memang jimat.
Sebab husband rajin repair sendiri dan berjaya menyelamatkan duit dari beli baru. Kak idah belanja satu performance drink baru RM87.94. Masih ada balance dari panggil orang repair

Read More

8 Tips Penjagaan Tumit Kaki Merekah

Tumit merekah akan membuatkan kita rasa tak selesa. Rekahan yang tidak dirawat akan menjadi bahagian tersebut keras dan mudah luka.
Antara punca-punca tumit merekah
1# Perubahan Cuaca - Keadaan cuaca sekarang yang terlalu panas dan kadangkala hujan membuatkan tumit kaki kita merekah.
2# Kekurangan Air - Kurang minum air boleh menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya akan merekah.
3# Pertambahan berat badan - Ia menyebabkan tumit pecah disebabkan kaki tidak dapat menampung bahagian yang melebar.
4# Faktor genetik - Ia juga antara penyumbang berlakumya tumit merekah. Kalau keluarga kita memang mempunyai masalah kulit kering, kebiasaannya kita akan cenderung menghadapi masalah yang sama.
5# Rekaan kasut - Pemilihan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat akan menyebabkan tumit merekah.
6# Tidak memakai stokin - Jika kita tidak memakai stokin seperti waktu berjogging atau bersukan, kulit kita akan mudah tercedera
7 Tips Penjagaan Tumit
1. Minum air secukupnya - Pastikan kita minum air yang cukup mengikut berat badan kita. Setiap 25 kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Amalkan membawa botol air sendiri ke mana-mana sahaja untuk memastikan sukatan air mencukupi. Jika cuasa panas, tingkatkan pengambilan air kosong.
2. Urut kaki - terutama sebelum tidur menggunakan losen seperti herbal blend. Ini dapat membantu melembapkan kulit dan melancarkan perjalanan darah.
3.
Read More

Air Asam Kicap

Tahun 2017 ni.. impian blogging dengan tekun setiap hari.. tak kisah topik apa pun.. mesti update setiap hari.. ni sebab pegi rumah mak makan ikan goreng mak masak.. sedap betul..
Resepi hari ini...

Air Asam Kicap


Bahan-bahan:-

1 biji bawang merah (dihiris)
1 biji cili masak/ cili padi (dihiris)
Kicap manis
Cuka

Cara-cara membuat:-
Masukkan bawang dan cili yang dihiris ke dalam satu bekas.
Kemudian, masukkan kicap dan cuka secukup rasa.
Memang sedap di makan dengan ikan goreng @ ayam goreng.
Selamat mencuba
Read More

Cara Mengurus Pasukan Kerja Lebih Effektif dan Bersemangat





Assalamualaikum




Hujung minggu korang semua buat apa?

Ada yang pilih untuk rehat di rumah je.
Ada yang suka pergi shopping @ window shopping
Ada yang bercuti dengan keluarga
Ada yang rajin pergi kelas hujung minggu











Saya pilih bawa suami dan anak-anak ke Hotel Sri Petaling. Sebenarnya saya dah register kelas Leader Build Leader by Master Norita & Naquib. Biasanya anak-anak join sekali ke kelas yang maknya. Tapi kali ni bagi diorang relaks kat bilik dengan ayahnya.Boleh la anak-anak berehat dalam bilik.








Anak-anak seronok
5 Tips Pengurusan


Kelas hari ini fokusnya adalah pengurusan diri. Ini saya olah sendiri ye sebab skill yang sama boleh digunakan di pejabat sebab saya pernah gunakan untuk uruskan team di pejabat tetapi tidak teratur seperti yang dikongsikan oleh Master.

Malam di Sri Petaling






(1) Beri ruang untuk team member berkongsi kelebihan diri sendiri

Setiap orang ada kelebihan sendiri. Contohnya dia lebih pakar untuk buat pengurusan fail ("Filing"). Sebagai supervisor kita wajib kembangkan bakat dia dalam bidang kepakaran tersebut dengan cara memberi tugasan khas untuk dia uruskan dengan cara di tersendiri.

(2) Tuliskan target bulanan

Tetapkan target bulanan dan tahunan untuk dicapai. Letakkan target lebih tinggi sedikit dari kemampuan. Orang kata jangan buat kerja Business as Usual (BAU). Tak akan dapat result yang luar biasa. Memang betul pun.  

(3) Senaraikan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan secara harian

Sebagai supervisor, kita bertanggungjawab memastikan mereka faham checklist tugasan mereka secara harian, mingguan dan bulanan. Minggu lepas, saya lakukan perkara yang sama dengan team saya dan memang nampak perubahan ketara. Pastikan aktiviti yang disenarai membantu untuk mencapai target.


(4) Kenali dan dekati team masing-masing menggunakan SWOT analysis

SWOT analysis ni kita dah belajar masa zaman sekolah dulu atau pun di tempat kerja. Tapi kita jarang guna untuk kehidupan harian. Sayang sangat. Kita boleh gunakan untuk mengenali seseorang dan meningkatkan produktivi dia jika kita kenali dia

Strength (Kekuatan) - bila kita kenal kekuatan dia dan gunakan sepenuhnya memang akan tiptop. Contoh kalau dia suka bercakap dan jumpa orang, jangan suruh dia duduk ofis. Rugi-rugi.

Weakness (Kekurangan) - kita semua ada kekurangan masing-masing. Tapi kalau dah kurang disitu contohnya ada sifat malu yang extra, tak bermakna kita tak berusaha perbaiki. Sebagai supervisor, kena bantu tingkatkan dan perbaiki.

Opportunity (Peluang) - Bila kita tahu kekurangan, kadang-kadang disitu kita Nampak peluang untuk dia perbaiki dengan cara-cara lain. Cadangankan pada mereka dan berikan kepercayaan untuk dia berkembang.

Thread (Ancaman) - Cuba tengok disekeliling atau tanya apa yang buat dia rasa susah nak bertindak. Mungkin ada sesuatu yang menghalang dia untuk berjaya. Mungkin kita ada idea-idea bernas untuk bantu selesaikan ancaman tu. 

Tulis atas kertas semua ni untuk dirujuk dan ditambah lagi.


(5) Monitor, monitor dan monitor
Tugas kita sebagai mentor tak pernah selesai. Dah guide, monitor la anak-anak buah kita. Kita sendiri kena ada specific time dan checklist nak monitor apa. Follow up selalu dan ingatkan.

Yang ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Insyaallah betulkan niat untuk membantu. Mereka akan berkembang dengan baik. Tegur dan ingatkan jika mereka tergelincir dari landasan.


Amacam ok tak tips...







Vitamin apa saya bawa kalau pergi travel kali ini?

Kali ni, Set Detox jadi pilihan kami travel. Kami baru bermula untuk detox seluruh badan. Setiap produk memberi manfaat yang berbeza. Kasi cuci dan support organ-organ dalaman.


Set Detox ini akan membantu detox toksin-toksin dan kerak-kerak dalam 5 bahagian organ badan iaitu Paru-paru,  usus, buah pinggang, hati dan kulit. Kelima-lima organ ini adalah tempat toksik masuk dan kita perlu bantu badan membuangnya.







Kenapa Berniaga?

Masyaallah, memang betul perniagaan adalah lapangan yang akan beri kita banyak sangat ilmu. Dalam membina empayar group saya sendiri bersama team dan mentor, saya sendiri perlu mencari skill kepimpinan untuk pastikan yang bersama dengan kita juga Berjaya.


Geng Tsunami Shaklee jumpa di kelas
Perniagaan Shaklee memang sangat berbeza. Saya dah join macam-macam jenis business, bermula dengan MLM lain, takaful dan menjual brownies dan puding hasil air tangan sendiri (nak order boleh ye), Shaklee memang sangat jauh bezanya. Saya sangat suka orang-orangnya tidak lokek berkongsi ilmu secara offline mahupun online. Perspektif saya tentang MLM bertukar dan saya memang banyak grab skill dengan Shaklee. 

Bersama cikgu



Jom jadi member Shaklee dengan saya, insyaallah kita belajar sama-sama untuk membina empayar perniagaan. Ambil handphone terus whatsapp saya dan isikan click borang keahlian Shaklee dan isikan detail korang terus,






TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b




FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom














Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...