Khasiat dan Manfaat Ostematrix

Kalsium sinonim dengan susu. Susu pulak sinonim dengan tulang dan gigi. Penyakit seperti osteoporosis sentiasa dikaitkan dengan kalsium. Hakikatnya kalsium memberi lebih manfaat Pada badan kita.

Kenapa Kalsium Penting Pada Badan Kita?




Meringankan Tekanan atau Stress

Kalsium sangat membantu mengimbangkan tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf. Selain itu, ia juga memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Kalsium juga menggalakkan kita tidur lebih selesa. Apabila badan kita rasa tenang baru tidur malam kita lebih nyenyak. Kalsium juga membantu memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas

Adoi kalau kaki kejang jangan cerita la sakitnya. Biasanya ibu-ibu yang mengandung akan kerap mengalami kekejangan kaki pada trimester kedua dan ketiga.
Pengalaman Kak Idah makan Ostematrix untuk kandungan ke 4, alhamdulillah cuma sekali kejang berbanding yang sebelum-sebelumnya. Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur aka  memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

Pengalkalian Tubuh

Kalsium sangat berkesan memastikan keseimbangan PH badan kita. Ia bertindak dengan membantu sel menyerap nutrien lebih baik dan meransang detoksifikasi.
Biasanya dengan kalsium yang cukup, badan mendetok dengan cara melancarkan pembuangan najis lebih MANTOP. Dengan cara ini juga, ia menghalang obesiti atau kegemukan. Bahan-bahan yang tidak diperlukan akan dikeluarkan (detoks).

Menguatkan Tulang

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi dan sistem saraf.
Kalsium juga membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, gusi berdarah, kekejangan dan merangsang darah untuk memekat.


Memperbaiki Masalah Haid

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium Ostematrix dan magnesium meringankan rasa sakit semasa haid. Juga membantu membuang air kecil dan besar dengan mudah.


Bagaimana Ostematrix Shaklee Berfungsi?


Ostematrik mengandungi beberapa komponen utama iaitu Vitamin D, Magnesium, Zink, Boron, Manganes dan Kuprum. Setiap satu mempunyai fungsi tersendiri bagi menguatkan tulang dan fungsi tubuh badan. Setiap biji Ostematrix bersamaan dengan segelas susu yang kita minum.

kalsium shaklee 

kalsium shaklee

Vitamin D

  • Dinamakan Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets.
  • Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
  • Vitamin D bagus untuk mereka yang vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D.

Magnesium

  • Magnesium merupakan antara ion positif yang penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.
  • Membantu sistem saraf
  • Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung
  • Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus
  • Menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum

  • Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot,
  • Menyusun enzim yang diperlukan un tuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.

Hubungi Kak Idah untuk mendapatkan nasihat supplemen

Tentang penulis shidah abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...