Serik Sembelit Ketika Berpantang Buat Wanita Ini Berubah

Tempoh berpantang adalah masa yang sesuai untuk berehat bagi ibu-ibu. Jaga diri dan perbaiki kesihatan sebaiknya. Bukan itu sahaja, perlu lebih banyak fokus pada anak yang baru dilahirkan. 


Bagi saya, tempoh berpantang saya yang pertama agak mencabar kerana mak hanya boleh bercuti dan tunggu dalam tempoh seminggu. Saya tetap teruskan berpantang di rumah mak tapi hanya berdua dengan anak. Kebiasaannya, mak akan siapkan makanan dan pelbagai pesan terutama bertungku dan berstokin. Yang mahalnya dan tak boleh lupa "kalau tak nak sakit akan datang, pantang elok-elok".

Masalah sembelit ketika berpantang

Dari hari pertama saya bersalin, saya perasan saya tak rasa nak membuang. Bila rasa tu sampai pulak, isi perutnya susah sangat nak keluar. Sejam duduk dalam bilik air pun kadang-kadang susah nak keluar. Perut dah mula sakit. 


Inilah masalah saya paling kritikal setiap kali berpantang. Mungkin sebab dah terkumpul dan isinya sudah masuk angin dan keras. Bila saya cuba meneran mengakibatkan saya rasa sakit yang teramat sangat. Bayangkan kita baru selepas bersalin dan sembelit pula. Adoi sakitnya tak boleh nak cerita. Macam jarum mencucuk-cucuk kulit.

Usaha rawatan yang dilakukan 

Saya terpaksa guna perangsang laksatif yang beli dari farmasi tapi masih tidak membantu. Bagi mengelakkan lebih teruk atau terkena buasir pula, saya terpaksa korek secara manual. Jangan la korang bayangkan ye. Jangan tanya pula macamana. Itulah yang saya lalui 3 kali berpantang. 




Itulah yang menghantui saya tiap kali nak bersalin. Bukan setakat risau nak bersalin tapi risau juga masalah nak membuang air besar.

Cara terbaik untuk mengelakkan sembelit

Sembelit sebenarnya kesukaran membuang air besar yang melinatkan pembuangan najis yang keras dan tidak kerap. Bagi yang menghadapi masalah ini biasanya terpaksa meneran dan tidak puas membuang air besar.

Antara amalan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah sembelit

1. Makan pelbagai jenis makanan terutama yang berserat tinggi. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran
2. Minum banyak air 6-8 gelas sehari
3. Lakukan senaman secara berkala. Jangan la kejap-kejap.
4. Jangan menahan untuk membuang air besar
5. Kurangkan pengambilan produk tenusu seperti coklat
6. Kurangkan pengambilan kafein seperti teh dan kopi
7. Kurangkan pengambilan ubat jenis opioid seperti morfin

Sebenarnya kita kena tahu tabiat kita membuang. Sekiranya tabiat membuang air besar berubah, mesti terus jumpa doktor untuk pemeriksaan. Jika kita jaga dengan baik, usus kita akan gembira.

Apa saya lakukan masa berpantang anak ke-4

Orang kata kalau tak kena batang hidung sendiri, kita mungkin tak sedar. Atas kesedaran dan pengalaman yang sendiri lalui, saya tak mahu ulang apa yang terjadi semasa berpantang anak pertama hingga ke 3.

Pengambilan Minyak Ikan Terbaik


Mengandung dan bersalin anak ke 4 saya lebih bersedia. Dalam tempoh mengandung, saya ambil minyak ikan omegaguard. Saya rasa mungkin berpantang anak pertama tidak sempurna, saya mengalami masalah ngilu di kaki. Omegaguard memang sangat membantu hilangkan sakit terutama ditumit.

Saya juga nak perkembangan dan pertumbuhan anak dalam perut terutama otak semasa dalam kandungan. Tambahan lagi, ia dapat mengelakkan kelahiran pra-matang. Anak ke 4, memang betul-betul ikut tarikh due, tak seperti masa berpantang kakak-kakak dulu.

Selain itu, omegaguard juga membantu
1. DHA dan EPA dapat membantu mengawal tekanan darah dan melincirkan saluran dan perdaran darah
2. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, athma, psoriasis, SLE dan buah pinggang
3. Omega 3 dapat mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon
4. DHA dan EPA membantu menstabilkan emosi dan dapat mencegah imsonia dan mengurangkan tekanan.


Memastikan kalsium diambil secukupnya

Selain minum susu setiap hari, saya ambil supplement ostematrix setiap malam sebelum tidur. Masyaallah memang berbeza sangat. Kali ini mengandung, saya cuma mengalami kekejangan kaki hanya sekali. Sekali tau. Kebiasaannya, setiap malam kejang dan terpaksa menanggung kesakitan.

Tambahan lagi, perut lebih tenang sebab setiap pagi membuang dengan gembira. Memang lawas setiap pagi. Posting Dr Zubaidi berkaitan kalsium lagi menambahkan semangat dan sayang betul saya pada Ostematrix ni.

Ostematrix ni lengkap dengan kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang bagiyang telah berumur secara berkesan.


Penjagaan Usus Terbaik


Selepas bersalin kali ke-4, ada juga masalah lain. Mungkin umur dah meningkat, doctor kata Rahim saya malas sehingga perlu ambil drip. Redha sahajalah. Tapi yang saya suka, saya dah boleh membuang dengan baik bermula dari hospital lagi. 

Berpantang biasanya pengambilan air perlu dikawal untuk elakkan kita kerap ke tandas dan luka lambat kering. Saya ambil pula herblax. Sangat membantu. Saya dah tak duduk dalam bilik air berjam-jam lagi. Dah tak risau dah. Herblax memang membantu "clear"kan najis yang tersekat dan merangsang usus mempercepatkan pembersihan dengan lembut. Kempis perut lepas tu.





Bakar Lemak Terbaik


Bila anak dah ramai, lemak-lemak juga dah berkumpul banyak. Saya memang kawal makanan bersungguh-sungguh. Saya ambil lecithin udan alfalfa ntuk membantu lemak-lemak terurai dengan lebih baik.

Bukan itu sahaja, bila saya mengalami bengkak susu, lecithin sangat melegakan dengan baik. Alfalfa pula membantu luka baik dengan cepat.







Saya berpantang lebih tenang TANPA SEMBELIT. Itulah pilihan saya untuk jaga kesihatan saya lebih baik. Mencari cara terbaik untuk selesaikan masalah sembelit saya sangat menggembirakan. Dah tak ada lagi duduk berjam-jam membuang air besar

Produk ini bukan untuk merawat atau menghalang sebarang penyakit.


Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin untuk usus yang lebih gembira yang sangat selamat ini, bolehlah menghubungi saya segera!


Shidah Abdullah
Whatsapp : 012-6240197 @ www.wasap.my/60126240197
Pengedar Shaklee Sah
Nilai, Sepang, Pajam, KLIA, klia2
Daftar keahlian bersama saya dan nikmati diskaun sehingga 15%



Tentang penulis Shidah Abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...