Kolam Renang Di Ethno Valley Resort Taiping Untuk Anak-Anak Bersantai

Salam Maal Hijrah untuk semua. Alhamdulillah diberi nikmat cuti 3 hari. So better kita manfaatkan sebaiknya. Kali ini, kami sekeluarga bercuti di rumah adik di Taiping. Cuti yang agak santai sebab fokus lebih kepada menziarah dan memberi peluang kepada ayahnya mencari port memancing. Specialkan! Lama benor dah gian nak memancingnya dari anak pertama lagi. Kita kasi can lah!. Rupanya ada teman sekapal yang sama-sama gian. Ok la tuh..

Tapi saya tak nak cerita pasal memancing ni. Topiknyakan pasal kolam renang. Sementara ayah-ayah memancing, ibu-ibu bawa anak-anak berenang-renang. Adik saya bawa ke tempat yang sangat selesa iaitu di Ethno Valley. Saya baru tahu ada tempat yang istimewa dan banyak aktiviti boleh dilakukan di sini.




Pemandangan dari atas (Kredit : Ethno Valley)
Tengok gambar pemandangan dari atas dah tahu tempat ni sangat cantik dan bersih. Swimming pool je dah memanggil-manggil untuk kita terjun ke dalam.




Kolam Renang

Main attraction di sini memang kolam renangnya. Tu je tujuan kami ke sini. Kolam renangnya sangat selesa dan selamat. Ada dua bahagian pool iaitu satu bahagian kanak-kanak dan satu bahagian dewasa. Tidak terlalu dalam. Kak Cik, anak saya ke-3 yang baru berusia 5 tahun pun boleh berdiri di dalam dengan steadynya. Since saya je dewasa yang join melompat ke dalam, saya la yang monitor semua. Bukan apa risau ada yang tersembam pulak muka dalam air.


Tengok diorang berposing



Bagusnya di tepi kolam ada kawasan berbumbung dan tangga bertingkat untuk parents yang menunggu dan memerhati anak-anak berenang. Ada la tempat nak lepak dan sembang-sembang. 

Mak comel sedang berehat
Tempat ini dibuka dari 9.00 pagi dengan caj bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. Bayaran dikenakan sangat berpatutan. Bayar dekat abang di kaunter ni 


Aktiviti-Aktiviti lain di Ethno Valley

Selain aktiviti berenang, ada aktiviti lain yang boleh kita lakukan. Antaranya :

1) Melawat taman herba dan haiwan-haiwan


Kat sini ada haiwan-haiwan comel seperti ayam, arnab-arnab comel dan burung-burung. Suka anak-anak membelek sangkar nak tengok apa isinya.


Ada juga burung macam pakai jaket. Comel dan stylo ok..



Kredit : Adik saya Atiqah

2) Memanah dan Berkuda


Bagi yang mencari tempat untuk melakukan aktiviti kem bina semangat, saya memang suggest tempat ni. Ada dua aktiviti sunnah iaitu memanah dan berkuda juga disediakan. Kedua-dua aktiviti yang memerlukan fokus yang tinggi




Mana gambar saya berkuda? Maaf la.. orang yang jaga kebetulan tak ada. Tak dapat nak tunjuk bakat tapi saya dah pernah cuba. Tengok sini. So harga pun tak sempat nak tanya.


3) Bilik Untuk Berehat


Bukan tu sahaja, tempat rehatnya sangat cantik. Port family day yang happening la saya rasa. Sebab so far kalau family day cikai kawan-kawan memang kami cari kawasan yang ada fasiliti-fasiliti macam ni la. Tempat pun terjaga baik. 



Kawasan di hadapan bilik-bilik

Nak cari tempat makan?


Di seberang jalan ada kedai makan. Ada juga kedai di dalam. Kebiasaannya di situ ada disediakan pakej tapi tak la tanya. Sebab pergi sekejap sangat. Call direct nombor contact di gambar ye.


Yang paling penting kena buat sekarang... jaga kulit balik.. udah gelap gara-gara berenang tengahari.. haha pandan muka lupa lagi bawa sunblock.


Ok boleh la pergi nanti ye. Nanti share pengalaman tau.


Shidah Abdullah
Tentang penulis Shidah Abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...