Cara Hilangkan Contengan Anak Dengan Selamat

Awal tahun hari tu beli meja tv warna putih. Berbunga-bunga hati. Beli pulak brand ikea. Untuk menjaga keselamatan meja tv, semua alat tulis yang bersepah saya dah kutip siap-siap baru tenang hati. Bukan apa, kalau boleh nak elak la anak-anak menconteng.




Ooooh rupanya langit tak selalu cerah. Kalau dah anak-anak, kreatif tu dah tentu la kan.. memang selamat. Dah ada contengan guna Magic Color 😭 di meja putih..

Dah conteng lap sendiri 26/10/2017 dengan Basic H

Tu belum kat dinding, penuh dengan nama masing-masing "NUR AIN.. ". Ni masa mula-mula masing-masing pandai mengeja. Kali ni guna permanent marker.

Mula-mula biar.. tapi sakit mata tengok.

Testimoni Kak Sharifah 

Sharing kak pah tentang contengan glamour "ALEESHA" memang membantu sangat-sangat. Senang sangat nak buat.. apa kak pah buah
1. Bancuh Basic H. Letak beberapa titik je. Bau semulajadi je.
2. Kemudian masukkan dalam botol spray
3. Ambil spray dan kain untuk mengelap

Bila jadi macam ni, lebih baik kita didik anak-anak bertanggungjawab atas kesilapan yang dibuat. Kita suruh anak-anak sendiri lap. Baru diorang belajar jaga rumah. Tak sampai 30 minit contengan hilang. Tak payah nak cari thinner nak lap. Cat pun tak tertanggal.

Tu baru satu kegunaan basic H. Basic H memang selamat digunakan. Sangat lembut di tangan. Dihasilkan dari bahan-bahan organik dan tidak bertoksik tapi masih power dan pelbagai guna.



Kegunaan Basic H

1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.


2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.

6. Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran, pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.

9. Mengasah Pisau (titiskan ketika mengasah)

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya

11. Menghapuskan kutu di atas kepala.

12. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

13. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.

14. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)

15. Sakit Gigi

16. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)

17. Ulser dan mulut berbau

18. Penyubur tanaman dan pengembur tanah

19. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.

20. Cuci puting dan botol susu anak



Alhamdulillah, kerja-kerja yang susah lebih mudahkan sekarang. Hanya rendam dengan air yang dititiskan Basic H membantu gembirakan hati ibu-ibu. kini. Saya dah cuba, anda bila lagi?

Bagaimana nak dapatkan Basic H?

Cara Pertama : Anda boleh hubungi saya Shidah Abdullah, SID anda di no telefon 012-6240197. Saya akan membantu menguruskan pembelian dan berkongsi tips dan pengalaman saya.

Cara Kedua : Klik terus gambar BUY NOW dibawah untuk pembelian terus dari portal Shaklee. Selepas selesai membeli, anda hubungi saya terus untuk konsultansi penuh ye.
Salam sayang dari saya
Shidah Abdullah
012-6240197

Read More

Anak Puas Menyusu Selepas Amalkan Set Penyusuan Shaklee

Ibu berpantang biasanya akan makan jamu seperti saranan mak bidan. Tapi tak semua jamu sesuai dengan badan. Bila tak sesuai ada yang alami sembelit dan susu badan menjadi kering.


"Niat asalnya untuk pulihkan peranakan dan kembalikan tenaga tapi sebaliknya berlaku. Badan saya jadi makin letih dan mula rasa tertekan."  Pn Sakinah

Lebih menyedihkan anak meragam tidak puas menyusu dan meragam. Disebabkan nak merasai pengalaman penyusuan anak yang dikenang, Pn Sakinah google dan tertarik dengan set penyusuan shaklee. Masa tu hanya ada bajet untuk ESP, Alfalfa dan Ostemarix sahaja.

Selepas 1 Minggu



Pengambilan seminggu Set Menyusu Shaklee, anak lebih kenyang selepas menyusu. Itu pun dah cukup lega. Janji niat bantu proses penyusuan tercapai.


Selepas 1 bulan

Selepas sebulan, suami tegur perubahan pada diri saya. "Eh kedut-kedut streachmark kat perut saya dah nak hilang. Muka ayang pun nampak fresh." Memang pun waktu mengandung kulit sangat kusam.


Bagaimana Set Penyusuan Berfungsi

1. Alfalfa - Membantu tubuh untuk menyahtoksin (detox) dari dalam badan. Badan rasa lebih ringan dan bertenaga. Jerawat juga segan nak tidak tumbuh lagi.

2. ESP - Merupakan sumber protein terbaik, ianya menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan tisu badan yang lebih sihat. Oleh sebab itu kulit jadi semakin sihat, tidak lagi kusam dan streachmark semakin pudar.

3. Ostematrix - sumber kalsium yang bantu hilangkan lenguh-lenguh badan, kaki dan tangan. Kurang rasa kebas-kebas.

Bukan sahaja penyusuan lebih seronok, dapat result berganda-ganda. Memang berbaloi. Memang sangat disyorkan pada semua ibu menyusukan anak. Kulit jadi cantik, badan sentiasa bertenaga, streachmark hilang, tidak ada lagi masalah sebelit dan anak puas menyusu.

Ini pengalaman dan testimoni yang dah mencuba sendiri Set Penyusuan Shaklee. Pilih ikut kemampuan. Yang penting produk shaklee selamat dan semulajadi.


Bagaimana nak dapatkan Set Penyusuan Shaklee?

Cara PertamaAnda boleh berhubung terus dengan saya Shidah Abdullah, SID Shaklee anda di talian 012-6240197. Saya akan bantu berkongsikan tips dan pengalaman saya sendiri. 

Cara Kedua : Klik terus gambar dibawah untuk pembelian terus dari online portal shaklee. Selepas selesai pembelian, anda boleh terus berhubung dengan saya untuk konsultasi penuh ye.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=66d8acbdb9f1cd14f322c69f9fb9a896

Moga bermanfaat ye!
Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang Nilai
012-6240197

Read More

Kongsikan Pengalaman Menyusukan Anak

Hi semua!

Ada mommy yang selalu tengah terjaga malam-malam?. Tu la rutin dan perjuangan ibu-ibu superb kan. Memang mencabar. Kalau tengok anak saya yang kecik sekarang ni menyusu berpindah-randah. Macam-macam gaya. Saya selalu cakap dekat suami "abang cuba tengok adik ni, kakak-kakak tak ada pulak buat gaya macam dia" sambil tunjuk adik yang menyusu tertonggeng-tonggeng.




Macam-macam suka duka proses penyusuan anak-anak. Meh saya kongsikan simple story untuk setiap anak-anak saya.

Kak Long

Masa kak long dulu memang langsung tak reti pasal penyusuan anak ni. Dekat hospital nurse ajar tapi jenuh usaha. Salah satu sebabnya mindset dok cakap "puting pendek" susah kak long nak grab untuk isap. Masa ni memang pressure sangat sebab kak long asyik nangis. 


Saya terpaksa pam sahaja susu. Pakai la guna pam Medela Mini. Memang gigih sangat nak full breastfeed kak long. Tapi bila demand dari kak long tak ada sebab saya gagal ajar dia menyusu direct. Kak long hanya berjaya menyusu selama 6 bulan dan selebihnya susu lembu le kak long oi. Memang sedih sangat. 

Kak Ngah

Masa pregnant kak ngah dah target mesti full breastfeed. Lahir je angah dekat wad memang tekun gile. Tapi angah memang nurse bagi je dia memang pandai sangat isap susu. Tak perlu saya paksa langsung. Seronoknya. Tapi hati-hati ye kengkawan. Saya terlelap masa menyusukan kak ngah dan dia hampir lemas. Mujur saya sedar. Allahuakbar menyesal sungguh dan tak buat dah. Angah menyusu setahun 6 bulan sebab saya pregnantkan kak chik pulak. Terpaksa la stop dan dia sendiri macam faham dan tak nak. Pam Medela Mini masih menjadi pojaan hatiku.


Angah kena tahan wad. Dapat kirim botol je


Kak Chik

Time Kak Chik mencabar juga. Kak chik macam kak long. Susah sangat nak grab puting. Tapi kali ni ibu dia kental. Setiap kali dia tak berjaya menyusu dan menangis masa minggu pertama berpantang tu, ibu kena slowtalk "adik, adik kena belajar minum susu direct dengan ibu. Nanti adik lapar. Kita cuba lagi ye". Bila kak chik berjaya dengan cemerlang saya cakap "tahniah adik, pandai anak ibu". 


Kak chik menyusu penuh sampai 2 tahun sebab dia lambat dapat adik. Semangat penyusuan yang jitu kali ni yang berkenalan dengan Alfalfa Shaklee. Tu je budget yang ada. Alhamdulillah susu meriah. 

Adik

Adik macam kak chik. Exactly the same method kena apply. Memang ibu pujuk je masa adik nangis lapar nak susu tapi tak nak susu direct. Bagi botol sekali je dalam sehari bagi hilang dahaga. Adik ni magic sikit. Sekejap boleh. Eh lepas tu tak boleh. Lagi banyak ibu bisik-bisik dekat adik. Alhamdulillah adik juga berjaya sampai sekarang dengan gaya tersendiri. 


Adik masa dengan ayah di hospital

Masa ni saya up vitamin yang saya ambil ESP, Ostematrix, Vitalea, B-complex dan Vitamin C. Adik happy menyusu dan ibu segar menyusukan adik. Kongsi manfaat vitamin sama-sama. Segala gaya adik ada. Kuak lentang, tertonggeng, terjun tiruk.. tu la adik. Masih menyusu lagi dan tinggal 2 bulan je masa adik nak melekat dengan ibu. Masa ni sedihkan bila nak pisahkan penyusuan. 

Tips Penyusuan Dari Saya

🍼Set minda awal-awal untuk penyusuan penuh. Sebab apa pun halangan hati ibu akan kental hadapi

🍼Cabaran utama adalah cakap orang "dah la bagi je la botol. Larat tengok anak nangis". Sila kental. Sebab kadang-kadang mereka tak faham tentang penyusuan. SILA KENTAL!

🍼Berkawan dengan geng-geng yang tekun pam susu. Masing-masing akan kongsi tips

🍼Sentiasa create demand pada susu dengan menyepam secara konsisten. Set timing sendiri ikut jadual sendiri. Saya tak follow timing kawan-kawan saya sebab kekangan kerja saya berbeza tapi saya masih full breastfeeding.

🍼Cipta moment penyusuan anda sendiri yang kita akan kenang sampai bila-bila.

Eh orang tanya pada saya kenapa kena ambil vitamin shaklee tu? 

Orang kata "tak kenal maka tak cinta". Kan! Masa dengan budget ciput dulu hanya dengan alfalfa pun saya dah happy. Keputihan memang ketara sangat bezanya. 

Sekarang udah anak empat. Saya perasan metabolisme dah tak sama macan dulu. Saya perlukan bantuan terutama kulit saya yang lebih fragile. Memang alergik.

1) Vitamin C buat kulit saya tak la nampak kusam sangat. Vitamin C kan agen antioksida. Elok la nak jaga badan kita dari anasir-anasir tak sihat. 

2) ESP kan protein. Makanan sel-sel badan kan protein. Jadi minum ESP dengan milo tu la kerja saya. Air lain tak berapa berkenan. Pagi-pagi minum ni la.

3) Ostematrix saya ambil untuk hilangkan kebas-kebas. Start dari mengandung adik saya dah ambil. Rekod terbaik kejang 1 kali je sepanjang pregnant. Tak ada nak mintak bantuan husband malam-malam.

4) Vitalea bekalkan  tenaga segera dan bantu lengkapkan nutrisi sebab diet tak seimbang kita. Ia juga bantu tingkatkan metabolisme badan.
5) B-complex ni untuk kawal stress. Kalau stress jadi apa mommy semua? Susu kurang. Oh no! No!. Makan la b-complex yang dapat meredakan tekanan.

Giveaway : Kongsikan moment anda menyusukan anak masing-masing di fb.

1. Mula-mula add saya di fb Shidah Abdullah 
2. Like dan Share Page Shidotdotcom
3. Jadi follower blog ni ye.. 
4. Buat satu posting di fb dan tag saya untuk saya pilih 3 pemenang dengan cerita paling best.


Senangkan! Sayang uols ketat-ketat.

Macamana nak dapatkan set penyusuan yang saya guna?


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=66d8acbdb9f1cd14f322c69f9fb9a896


Senang je.
1. Contact saya terus Shidah Abdullah di no hp 012-6240197.

atau


2. Klik pada gambar untuk terus membeli dari Shaklee Portal. Dah beli pm saya terus dan saya guide. Don't worry tau.

Tanya soalan macam-macam pada saya supaya kita dapat sama-sama kongsi info penyusuan bersama. 


Read More

Retak Di Lutut Kembali bercantum

Rasa macam tak percayakan. Tapi tu semua dengan keizinanNYA. Kita usaha je. Macam ni ceritanya dari seorang customer pasal mak dia.


"Mak saya jatuh sebelum puasa yang lepas. Bila bawa jumpa doktor, doktor kata lutut mak retak dan kena banyak berehat. Kata doktor ambik masa 6 bulan juga la kalau nak baik. Pilunya tak terkata tengok mak tak boleh buat aktiviti-aktiviti favourite dia"
.
"Sedih.. sedih juga. Saya cari ikhtiar supaya retak lutut mak boleh pulih cepat sikit. Google la macam-macam. Nak cari option yang selamat untuk mak. Tak nak la yang boleh bagi kesan dekat buah pinggang lak. Saya pilih bagi mak Ostematrix"
.
.
"Mak amik setiap malam 4 biji without fail hokey. Memang salute dekat mak tau. Alhamdulillah, 4 bulan retak di lutut ibu bercantum. Yeay! Mak dah boleh buat aktiviti harian mak macam biasa"
.
"Bukan tu je tau mak cakap. Ada kesan plus-plus lagi. Mak kata lagi mudah dan selesa tidur, membuang lebih lawas dan kebas-kebas di tangan mak pun dah hilang.

Ini semua penangan magnisium dalam ostematrix ni tau!


 Siapa yang mesti ambil kalsium?


1. Ibu hamil untuk menyokong tumbesaran tulang bayi dalam kandungan

2. Mengatasi masalah kaki cramp (simpul biawak)

3. Mengelakkan kesakitan gigi
Membantu mengatasi masalah sembelit terutama yang hamil dan di dalam pantang

4. Membantu dalam penghasilan susu ketika si ibu yang masih menyusu datang period (susu lazimnya akan merundum ketika period)

5. Mereka yg alergik dalam pengambilan bahan-bahan tenusu seperti susu.

6. Mereka yang mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum.

7. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

8. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.

9. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.

10. Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki.

11. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan

 PROMOSI 3 HARI


Sebab sangat gembira. PROMOSI gembira untuk sayang-sayang semua.
.
.
Beli 3 botol dpt diskaun 3% + Hadiah Misteri
.
🔥 PROMOSI Terhad🔥
.
Promosi dari 🕒 18/10/17 sampai 20/10/17 🕒
.
📦 Semenanjung FREE postage. 
📦 East Malaysia postage RM9 sahaja. 
.
.
Nak tahu lebih lanjut ?

Sudah tak sabar nak cuba??

WHATSAPP SEKARANG

Shidah Abdullah
012-6240197
Read More

Beli Rumah Orkid Di Nilai Impian Mac 2017

Assalamualaikum semua,

Sempena sambutan perayaan Deepavali hari ini saya ambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Deepavali" kepada yang merayakannya.

Yang lain-lain cuti pergi mana? Ok hari ni nak share impian nak beli rumah baru. Tak salah kan berimpian unthk keluarga kecil kami. Kami pergi showroom Sime Darby Property. Satu masa dulu masa kami beli rumah yang kami duduk, kami hanya berimpian dan start survey macam ni juga.




Orkid Launching Mac 2018

Ini rumah yang kami nak beli di Nilai Impian.


▪ Namanya Laman Orkid
▪ Rumah corner lot dua tingkat 22 × 65
▪ Ada 4 bilik. 3 bilik di atas untuk saya dan en bos, 2 bilik untuk anak-anak. 1 bilik lagi di bawah
▪ Bilik air ada 3; 2 di atas dan 1 di bawah
▪ Yang penting ada laman luas di tepi nak bercucuk tanam.


Harga

Rumah corner lot dalam anggaran RM560 ribu dan bagi rumah tengah dalam anggaran RM480 ribu. Tu la standard harga di Nilai.

Booking

Booking belum dibuka. Tapi boleh daftar untuk salesman inform directly melalui whatsapp, sms atau emel. Isi borang (sorry ada awan-awan. No telefon tak apa senang korang nak order vitamin shaklee) macam dekat bawah ni di showroom.


Semua orang yang berjaya bermula dengan berimpian. Ini impian saya. Korang pun tulis juga.


Shidah Abdullah 012-6240197
Read More

Aktiviti Riadah Anak Di Hujung Minggu

Hi semua. Korang macam saya tak? Bila hujung minggu terfikir apa aktiviti nak buat untuk dua hari dengan anak-anak. Ye la sekarang tak sama macam kita dulu, duduk rumah ada sahaja idea nak buat. Tapi sekarang kalau tak diisikan, asyik nak tengok handphone aje. 

Baru-baru ni bawa anak-anak beraktiviti di tempat yang lain. Biasa pergi taman dekat-dekat rumah sahaja, tapi kali ni pergi tempat baru.


1. Mandi Kolam di Dataran Gemilang

Sebelum ni lalu lalang di Dataran Gemilang cuma tahu ia sekadar roundabout. Ooo rupanya lebih dari itu. Saya tahu pun bila coach buat aktiviti HIIT sebab nak kurus sikit badan.

Baca : 5 Tips Nak Kurus

Happy sangat la anak-anak dapat mandi dekat kolam tu. Diorang dapat mandi masa second time datang sebab 1st time datang kolam tak bukak. Tempat ni sangat convinient untuk parent sebab banyak tempat boleh duduk menunggu sambil-sambil minum sebab ada orang jual air dan makanan. Yang penting anak-anak happy dan tak perlu bayar.





2. Bermain Layang-Layang dan Buih Sabun

Korang pandai main layang-layang tak?. Saya kecil-kecil dulu pernah la cuba tapi tak pernah naik. Haha. Tapi korang pergi dekat Putra Height start dari pukul 5.30 petang. Masa tu angin kuat dan memang sesuai main layang-layang. Lepas je memang naik layang-layangnya. Budak-budak seronok la tengok naik tinggi. Rasa la main di luar pula.

Tu layang-layang anak-anak

Selain tu, boleh main buih sabun sebab ada akak yang sewakan alatan main buih sabun di tepi. Satu talam RM7 dapat 2 kayu tiup buih sabun. Jangan kata budak bapak budak pun main.

Anak-anak main buih sabun

Snap gambar brother yg semangat buat buih besar


3. Bermandi di Laut

Saya perasan budak-budak sekarang pergi laut macam geli-geli. Sebab asyik pergi mandi dekat swimming pool. Bukan macam dulu-dulu, laut la tempat kita nak berenang-renang. So kami bawa family ke Bagan Lalang untuk berkelah. Siap bawa bekalan. 


Pergi pagi dalam pukul 9.30 pagi. Kami pergi di sebelah kiri pusat peranginan AVANI Sepang Goldcoast. Masa tu air tengah surut. Dapat la pergi tengok ketam-ketam berjalan-jalan. Dalam takut-takut, anak-anak mengejar juga la ketam-ketam tu.



Anak-anak boleh la explore sikit. Rasa macamana pasir di tengah pantai. Bila air start pasang, kami bawa anak-anak berendam ke tengah sikit. Lepas dah penat main, kami makan-makan dan tukar baju.

Sambung lagi dekat taman permainan tepi pantai. Memang selesa sangat dekat sini. Toilet dan surau semua bersih. Nak tukar baju dan mandi selesa sangat. Korang pergi tau!


Ini antara aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga dihujung minggu. Tak la terperap di rumah sahaja. Kos pun tak terlalu mahal dan yang penting semua happy.

Shidah Abdullah

Read More

Iron Philip Rosak Hantar Ke Pusat Servis Philip

Siapa yang guna iron philip ini di rumah? Rasa ramai yang pakai iron ni dah sekarang. Memang senang sangat. Masa nak beli dulu jenuh la saya main kutu Amway RM160 sebulan nak dapatkan iron ni. 10 bulan menunggu. Eh rasanya lebih sebab stok selalu tak ada. Jenuh mak kutu carikan dan queue.



Akhirnya bulan Feb 2017 saya dapar iron ni. Tapi minggu lepas hari jumaat 13 Oktober 2017, wap dibawah tapaknya keluar banyak. Dah buat decalc pun tak berjaya. Tu la heavy user sangat. Hari-hari gosok baju 30 pasang sehari. Mujur waktu cuti sekolah Deepavali dia sakit.


Hantar Ke Pusat Servis

Sebab umur iron yang baru tak sampai setahun jagung, kami bawa jumpa doktor di Pusat Servis Philip. Specialkan. Ada centre sendiri.

Ini alamatnya :
R-Logic Sdn Bhd
6, Jalan Kilang 51/206,
Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Hotline : 1800 880 180

Rupanya baru tahu rupanya ada beza iron yang kami beli dengan yang diluar. Iron yang dibeli melalui Amway kapasiti airnya 2.5 liter berbanding di luar 1.8 liter sahaja. Harga mungkin berbeza sedikit. Rupanya pun beza macam dalam gambar ni. Dua-dua kawan jumpa doktor.


Artikel Baru Di blog : 

Tempoh Waranti

Bila kita beli barang kena tahu tempoh waranti berapa lama. Iron kami beli ni 2 tahun warantinya. Lega masih dalam tempoh waranti. Tengok ada brother tu datang boleh tahan juga kalau bayar sendiri.

Penjagaan Iron Wap

Cerita la apa masalah iron kita tu. Ooo rupanya decalc tak payah tunggu lampu merah keluar. Buat je tiap-tiap minggu. Haha. Sebab air dalam tu bila lama buat berlumut dan berkeladak. Kena la tinggalkan dekat sini. Tengok semangat abang kita bercerita. Hehe. Jaga iron ni sama macam kita jaga kesihatan kita juga tau. Bukan hantam saje 😂.


PENTING! Panjangkan tempoh waranti iron anda!

Disebabkan harga spare part yang mahal, ada plan pemanjangan tempoh waranti dari 2 tahun ke 3, 4 dan 5 tahun. 

Tapi offer ni sekali je boleh buat. Kalau dah pilih 3 tahun hari ni dah tak boleh extend lagi akan datang. So better ambil ke 5 tahun. Ini under coverage insuran ye. So rasa lega sikit. Isi je borang. Tak susah. Saya punya dah extend tau. Customer service officer kata datang je ke centre untuk extendkan ye. 



Beli barang mahal sikit tak apa la.. janji ada after sales service. Anggaran masa siap lebih kurang seminggu. Harap dapat la sebelum start sekolah balik.

Sama macam beli vitamin juga. Jangan main beli je. Kena tanya yang pakar Shaklee sirap merah macam saya. 

Semoga bermanfaat ye. Jemput komen dan share.

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang -Nilai
COD di mana-mana sahaja
012-6240197
Read More

Cara Merawat Ulser Mulut

Kurus selalu jadi idaman semua orang terutama perempuan. Tapi tak semua yang kurus tu mengembirakan. Tahu tak kurus sangat boleh buat kerap kena ulser. Tak percaya?



Ni cerita Cik Laa yang kurus sampai bawah BMI juga bawa masalah pada Cik Laa. Dengan ketinggian 154 cm dan berat cuma 41kg, Cik Laa kerap hidapi masalah ulser Mulut. Adoi sakitnya. Siapa pernah kena tahu la rasanya.


Ulser Mulut

Ulser mulut atau nama lainnya mata ikan. Cik Laa alami sakit ulser ni bertahun-tahun dari sekolah rendah lagi. Setiap bulan mesti kena. Sampai ngeri nak makan. Ulser tumbuh di bibir, di gusi dan yang paling sakit kalau kena di anak tekak atau lelangit. 

Sampai kadang-kadang nak makan pun tak boleh. Ada masa tak boleh nak bercakap sebab sakit sangat. Lagi teruk sampai sakit gigi dengan kepala. Mana taknya sekali tumbuh bercantum dua tiga biji sekali dan luka jadi besar. Huhuhu


Faktor-faktor terjadinya Ulser Mulut

Antara faktor-faktor boleh terjadi ulser mulut:
▪ sistem imunisasi yang abnormal ataupun rendah
▪ kekurangan zat besi
▪ mewarisi dari ibubapa kita
▪ stress
▪ kurang nutrisi seperti asid folik, vitamin B6 dan B12
▪ mempunyai masalah haid tidak teratur
▪ perubahan hormon yang mendadak
▪ masalah resdung
▪ masalah eczema
▪ kurang air

Petua yang boleh diamalkan

1. Minum air secukupnya sebab ulser mudah menyerang kalau badan kita kurang air. Oleh itu, minum air secukupnya 5 - 6 grlas sehari. 
2. Guna garam ditempat ulser. Ini boleh membunuh bakteria. Kena tahan sikit sebab pedih tapi memang cepat baik. 
3. Gunakan ketul ais redakan bengkak dan denyut-denyut di tempat ulser tu. Ini boleh kurangkan keradangan.
4. Sapukan bonjela atau sapu oral aid lotion. Boleh beli dari farmasi je. 
5. Letak asam keping atau asam gelugur di tempat ulser. Ulang la 2-3 kali.
6. Kerap kumur dengan listerin yang membantu mencegah bakteria dari menjangkiti luka ulser. 

Vitamin Cadangan bagi Masalah Ulser

Set rendung adalah set cadangan yang dapat mengurangkan masalah ulser. 4 vitamin yang dicadangkan iaitu ESP, Vitamin C, B-complex dan Vitalea yang menggantikan Zinc. 

1) ESP ini protein daripada soya non GMO dapat membantu pembentukan sel baru. Ia akan mempercepatkan penyembuhan luka ulser pada bibir 

2) Vitalea pula mengandungi zinc yang sangat membantu dalam menyembuhkan luka. 

3) Vitamin C pula dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Bila sistem imunisasi badan dah kuat, akan dapat halang daripada ulser mulut terjadi.

4) B-Complex pula membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan. B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik. Bila badan kita cukup nutrisi, masalah ulser mulut dapat diatasi. Selain itu, B-Complex juga bagus dalam membantu menstabilkan hormon dan mengatasi masalah stress.


Kesannya

Ambil vitamin ni kena konsisten. Tu la yang Cik Laa buat tau. Ini dah membantu faktor-faktor yang sebabkan ulser tu dapat dielakkan. 

Sekarang Cik Laa happy sangat sebab dia dah jarang terkena ulser mulut. Mak dia pun tegur sebab dah tak dengar Cik Laa ngadu sakit-sakit lagi. Hahaha terbahak-bahak Cik Laa gelak. Memang syukur sangat.


Kalau ada ulser jadi lagi, dia dah tak risau sangat sebab 3 ke 5 hari je dah siap. Kalau tak berminggu tak baik. Dah tak ada lagi ulser yang akan ganggu emosi dan aktiviti kita seharian.


Ingat tau!

▪ Ambil vitamin-vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi tubuh badan kita. 
▪ Vitamin shaklee memang selamat, semulajadi dan sangat berkesan. 
▪ Rasa sendiri Shaklee Effect anda sendiri.


Nak order sekarang!

Senang sahaja. Hubungi saya terus:

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang - Nilai
012-6240197
Fb : shidah abdullah
Insta/Fb page : shidotdotcom
Read More

Cara Membantu Selamatkan Mangsa Virus Kencing Tikus

Ini En Amirul Badri yang terkena virus kencing tikus pada Oktober 2016. Beliau sendiri tak sangka akan alami sendiri. Biasa dengar-dengar cerita orang je. Bila sendiri kena baru tahu bagaimana rasanya.


Apa sebenarnya virus kencing?

Virus kencing tikus ni membunuh secara senyap. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Masih ingat pada Izwan Pilus dan Din Beramboi. Mereka antara celebriti yang meninggal dunia akibat jangkitan virus ini. Bahayakan tikus kecil ni!

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteri Leptospira. Bakteria ini dikenalpasti datang dari tikus. Tapi sekrang banyak haiwan lain yang boleh menjadi perumah bakteria ni. Tak kiralah haiwan peliharaan ataupun liar. Kadang-kadang haiwan-haiwan ini tidak menunjukkan sebarang tanda dijangkiti pun, hanya sekadar pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Penyakit ini disebarkan melalui haiwan dan jika tidak dirawat boleh membawa kematian.


Kenali Tanda atau gejala yang dialami

Semua penyakit ada tanda-tanda sendiri. Sebelum mengetahui penyakit sebenar, ini yang beliau alami.
1. Berak berdarah (hampir seminggu)
2. Gatal-gatal badan
3. Badan mulai rasa lemah
4. Sakit yang sangat kuat dibahagian belakang
5. Rasa bisa-bisa di badan
6. Demam menggigil, sakit keoala dan badan

Mengikut kata beliau hari ketiga deman, beliau sudah tak mampu bertahan dan terus meminta isterinya membawa ke hospital pukul 4 pagi.

Kebiasaanya masa pengeraman adalah di antara 2 hingga 26 hari dan akan mula demam dan melarat. Antara tanda-tanda lain:
1. Batuk tidak berkahak dan sakit tekak
2. Loya, muntah dan cirit-birit
3. Sakit sendi, tulang dan perut
4. Radang selaput mata
5. Mengalami pembesaran limpa atau hati, bengkak kelenjar, perubahan bunyi pada paru-paru.

Rawatan Di Hospital

Sampai sahaja di hospital bahagian kecemasan (sebab pagi-pagi) dan 5 jam di bahagian tersebut.
1. Terus dikategorikan KRITIKAL. Duduk atas katil kritikal. Betapa bahayanya kencing tikus ni.
2. Dimasukkan 8 botol air
3. Sentiasa diperiksa tekanan darah. Makin lama makin rendah.

Akhirnya selepas 5 jam terus dihantar ke ICU. Masa tu semua baru dia tahu dia kena virus kencing tikus.

Dalam tempoh rawatan

Di ICU, beliau mula rasa sakit dada. Muka dah start membengkak. Semua tak kena. Tidur dah rasa tak selesa dan rasa dah berdaya. Biasa sakit makan pun tak lalu. Ramai family, kawan-kawan dan jiran-jiran datang melawat bergilir-gilir.

Usaha keluarga

2 hari di ICU, kakaknya datang bawa Vivix dan Nutriferon. "Kakak saya bancuhkan Vivix ke dalan air botol jadi macam air sirap. Vivix ni memang pati anggur. Tu dia merah pekat dan jadi macam sirap. Saya minum je. Lepas tu dia pesan nutriferon tu tuang je 1 sachet dalam mulut".

Selepas agak stabil, beliau dipindahkan ke wad biasa. Dalam 6 hari di wad biasa, hari-hari isteri beliau berikan vitamin. "Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu"



Bagaimana Vivix dan Nutriferon berfungsi?

Vivix

▪ Vivix adalah supplemen yang telah diuji di makmal di mana bahan-bahannya telah memberi kesan dan membantu badan pesakit melawan virus.

▪ Ia juga melindungi dan memperbaiki sel-sel yang rosak disebabkan serangan virus. Selain itu, vivix menggalakkan penghasilan pembentukan sel baru.

▪ Virus juga akan menyerang organ-oramgan diseluruh badan. Dengan pengambilan vivix, ia membantu melindungi organ dalaman dan meningkatkan sistem imun pesakit.

▪ Sebotol berharga RM504 dan boleh tahan 1 bulan

Nutriferon

▪ Nutriferon dihasilkan dari ekstrak 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle jepun dan biji plantago.

▪ Bahan-bahan ini membantu badan En Amirul mengeluarkan Interferon yang meningkatkan sistem imun badan dan mengerahkan pertahanan badan kita membunuh virus dan bakteria tidak berfaedah.

▪ Interferon ini banyak digunakan dalam rawatan penyakit hepatitis, kanser, anjing gila dan HIV. Ia mengurangkan infeksi dan meminimumkan rasa tak selesa pesakit seperti mual, muntah dan kembung perut.

▪ Sekotak nutriferon mempunyai 30 sachet. Sekotak berharga RM93.

Dapatkan penjimatan dengan mendaftar keahlian Shaklee

▪ Dengan keahlian shaklee yang berharga RM80 (termasuk pos), dapat jimat 5% - 15% harga vitamin shaklee.

▪ Selain itu, dapat menyertai group bisnes yang hebat dan mendapat ilmu yang bernilai ribuan ringgit dengan percuma

▪ Support team yang hebat untuk menjawab kemusykilan tentang vitamin dan bisnes

Jom sertai dan dapatkan vitamin untuk seluruh ahli keluarga anda. Hubungi saya;
Shidah Abdullah (SID : 922949)
Perunding Shaklee Nilai - Sepang
012-6240197




Read More

Tips Sambung Master Di UiTM

"Ya Allah, rasa tak mampu nak habiskan belajar ni. Penat sangat rasanya". Tapi...

Bila teringat pengorbanan mak abah, suami dan anak-anak setiap minggu sementara nak menghabiskan kelas, takkan nak undur diri saat akhir. Di paper terakhir "dissertation".

Assalamualaikum semua.. tu la perasaan bulan September 2016. Hampir nak give up weih!. Semalam akhirnya penamat perjuangan. Yeah semalam saya dah KONVO!

Sebelum tu intro sikit bagi yang nak sambung belajar terutama Master di UiTM.

1. Pilih Course yang bersesuaian

Master di UiTM ada dua jenis. Satu master by research dan satu lagi master by coursework.
▪ By research tak perlu pergi ke kelas. Pilih topic supervisor dan topik research sendiri. Hanya perlu buat jadual jumpa supervisor untuk update progress.
▪ By coursework pula kena pergi kelas untuk habiskan silibus dan ambil exam macam ambil diploma dan degree dulu. Paper terakhir baru ada 1 paper dissertation mcm kena buat research. 

Clearkan!

Saya pilih master by coursework. Kenapa?
▪ saya lebih suka belajar dan mengadap lecturer
▪ saya rasa banyak knowledge dah saya lupa sebab tak apply.
▪ yang penting saya risau tak cukup tekun mengadap supervisor selalu nak buat by research.

2. Fahami Tempoh Masa Belajar

Kebiasaanya master perlu dihabiskan dalam masa 2 tahun iaitu 4 semester seperti yang disusun fakulti. Tapi maksimum boleh buat 4 tahun iaitu 8 semester.

Saya bermula tahun 2012 dan tamat 2016. Maknanya saya ambil semaksimumnya. 2 kali ambil cuti khas dan selebihnya tidak lengkap atas approval supervisor.

3. Yuran Pengajian  

Yuran setiap semester bergantung pada jam kredit yang diambil. Kebiasaanya dalam lingkungan RM2500 ke RM3000. 

Yuran-yuran ni saya bukan bayar sendiri. Kalau ikut komitmen, tak berapa nak ada sambung belajar. Carilah penaja. Saya ditaja. Rezeki saya dulu masa diploma denga  ijazah tak pandai cari sponsor dan guna PTPTN. 

▪ Tajaan pertama : myBrain yang taja RM10000 untuk sesiapa ambil masa. Ini antara sebab saya sambung. Menyahut cabaran kerajaan untuk rakyatnya belajar ke peringkat lebih tinggi. Chewah!

▪ Tajaan Syarikat : yuran selebihnya dibayar oleh syarikat tempat saya bekerja. Saya apply education sponsorship sebab dah kerja lebih 5 tahun dengan syarikat.

4. Ikut Kemampuan Diri

Dalam tempoh belajar ni, saya mengandung 2 kali. Kali pertama tahun 2012 dan kali kedua 2015. Dengan anak-anak kecil dan menyusu, memang mencabar terutama penyusuan. Anak-anak kalau menyusu ibu memang payah nak tinggal dengan orang lainkan. 

Tapi tetap lalu dengan kebal. Kadang-kadang saya dengan husband sama-sama ke kelas (husband tengah ambil degree). So mak la yang selalu jaga anak-anak. Bila petang je anak dah tak keruan. Saya kena cepat-cepat balik. 2012 sampai 2014 ok lagi sebab habiskan kelas dan exam. 

Hujung 2014 dan 2015 lebih mencabar sebab GST datang. Saya kerja bahagian akaun. Kena handle projek GST (sape nak tanya-tanya boleh la jawab sikit2). Balik malam sebab nak make sure sistem ok sebelum live 1 April 2015.

Masa ni la cuti khas saya ambil. Sem selepas tu tidak lengkap. Kerjanya bayar yuran sahaja. Tak apa la janji saya dapat teruskan. Sebab inikan pilihan sendiri.

5. Never Give Up

Di sem akhir dan saya dah tak boleh extend lagi. Saya pulun siang malam. Jumpa supervisor. Dalam tempoh ni kerja di ofis agak bertenang. Memang rasa nak nangis je. Asyik tanya diri sendiri "mampu ke nak habiskan ni". 

Saya kuatkan diri. Cakap kat diri sendiri "takkan nak give up sekarang". Dalam batch saya, ada seorang sahabat yang sama macam saya. Masi (nama manja) namanya. Kami bagi bagu semangat sama-sama. Bila ada yang nak give up. Sikit lagi. Teruskan. Kadang-kadang stuck mula la kami whatsapp dan share macamana masing-masing buat. Dan kami pastikan kami sama-sama submit.

Akhirnya..

14 Oktober 2017 semuanya berbaloi bila kami Konvo. Untuk kod kami. Hanya ada 4 orang aje. Geng tinggal keretapi. Orang lain semua dan konvo.. hahaha 


Ini gambar kami dekat Dewan Tunku Canselor semalam. Tengok muka-muka lega selepas berjaya menamatkan perjuangan. 


Apa yang penting, pesanan pada semua yang sambung belajar.
▪ Teruskan bersemangat. Allah dah aturkan.
▪ Ikutlah pace sendiri. Macam kita berlari. Ada yang lari pace 3 (3 minit/1 km). Ada yang pace 10. Tak kira pace mana. Janji ke garisan penamat.
▪ Mohon restu semua terutama keluarga. Selama mana mereka redha. Insyaallah semua berjalan lancar dan mereka terus menyokong.

Saya doakan semua terus bersemangat ye

Salam Sayang,
Shidah Abdullah 012-6240197

Read More

Hati Ibu Bila Anak Demam

Di pagi hari ni tiba-tiba terasa sangat sayu. Kenapa? Ini sebabnya..

Adik Demam

Adik demam tu biasa sahaja. Tapi bila adik demam, ibu kena bagi attention lebih sikit. Memang tak boleh tinggal pada babysitter. Babysitter terima je kalau adik demam..

Tapi sebab adik special. 37°C je adik dah boleh kena sawan. Dari ibu risau tak tentu arah. Baik ibu emergency leave.

Indahnya jika ibu sentiasa di rumah

Tu la yang buat ibu sayu. Bila ada anak-anak yang demam, rasa nak berhenti kerja. Tu la antara dalam wishlist ibu adik. 

Sentiasa menjalankan tugas di rumah. Fokus pada ayah, kak long, kak ngah, kak chik dan adik. Nak juga jadi supermom macam kawan-kawan yang lain. Happy update menu harian memasak di rumah. Ibu? Balik pun lambat.

Kenapa adik asyik demam?

Ibu tak boleh jawab bila ada orang tanya ibu soalan ni adik. Bukan ibu mintak adik demam selalu. Pada ibu, Allah mungkin nak ibu lebih beri perhatian pada keluarga dalam kesibukan kerjaya. Ibu kena bersyukur untuk itu adik.

Bagi makan apa asyik demam je?

Soalan ni lagi menguji minda ibu adik. Mungkin juga salah ibu. Tapi tak ada beza apa adik makan dan kakak-kakak makan. Sama sahaja. Cuma Allah jadikan adik berbeza. Memerap sentiasa dengan ibu. Tak ada yang lain selain ibu. Adik special hampir 2 tahun masih belum cakap. Tapi bila nangis masih terdengar panggilan untuk ibu.

Adik special sebab suka sangat makan vitamin. Adik suka vitamin sampai botol ibu adik punya juga. Adik paling suka vitalea for children. 

Ibu masih bersyukur sebab adik tak la teruk mana. Ramai lagi yang Allah duga lagi hebat. Kita sama-sama kental ye.

La Tahzan Jangan Bersedih

Betul la kata-kata Allah dalam Quran; Surah At-Taubah ayat 40 yang bermaksud "Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita"



Allah lapangkan hati ibu dengan dapat melihat kak chik buat haji dalam program Celik Haji Aulad 2017. Allah bagi lagi masa dengan adik jalan-jalan. Allah bagi lagi ibu daftar haji untuk ibu dengan ayah. Tak payah ada IC pun boleh. Banyaknya Allah legakan..

Moga hari ini lebih baik. Teruskan menyokong saya. Nak vitamin dan konsultansi percuma hubungi saya terus. Moga ini la amalan saya ke sana dengan membantu orang lain sihat beribadah. 

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang - Nilai. 
COD everywhere ok
012-6240197
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...