5 Tips Saya Belajar Dalam Jom Kurus

Saya tak gemuk. Statement berhantu yang buat kita makan lagi banyak 😂.. saya gemuk ke? Tak la gemuk mana tapi untuk seorang yang rendah tapi berat 69 kg tu dan BMI tidak ideal.. saya kategori comel-comel berisi.


Apa sebenarnya yang saya belajar nak turunkan berat badan?



1. Kawal Makan Ikut Had Badan Sendiri

Ada yang kata kalau nak kurus jangan makan nasi ganti dengan oat je. Ada pula yang cadangkan kurangkan makanan. 

Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak terseksa benar rasanya kalau tak makan nasi. Saya fikir cara terbaik untuk kurus tapi tak seksa diri. Tup tup keluar gambar pinggan ni dalam group Shaklee iReach. 




Saya lebih bersemangat antaranya sebab Cabaran Makanan Sihat iReach. Sampai Kak Haila yang selalu makan dengan saya tegur "Wah! Dah ada sayur la dalam pinggan".

Saya pastikan pinggan saya di susun macam ni. Saya apply semua yang saya cerita dalam post saya sebelum ni tentang saiz makanan. Memang saya buat betul kali ni.

Kenapa? Sebab saya sedar perut saya dah mengembang betul. 2 pinggan nasi relaks je makan. Tak de hal tau! Bila aim nak kurus, saya mula kecilkan sukatan nasi tu dulu. Tak drastik sangat kan. Tapi sekarang makan nasi besar saiz tangan dah rasa kenyang dah.

Yang penting pesan coach.. 

2. Hentikan Tabiat Mengunyah Memanjang

Ini tabiat yang memang buat jadi montel tau. Sampai dekat ofis tu ada sorang bos tu kalau nampak saya makan siap tegur "Shidah kalau tak nampak dia mengunyah tak sah". Ops! Nampak tak.. orang pun sedar. Ate deme sediakan kuih-muih dekat meja free, makan aje la. 

Tapi sekarang saya dah mula mengelak. Lalu kedai jual goreng pisang yang favourite pun saya tak singgah ok. Ambil masa cheat day. Tu pun ikut pesan coach ye. Jangan nak cheat sangat. Nanti jadi macam raya haji. Naik balik sikit. Mujur 0.5kg je..pun jenuh nak turunkan balik.


Kalau zaman saya diet sebelum ni weekend tu sehari sahaja cheat day, lepas tu satu meal sahaja cheatday bukan satu atau sabtu ahad tu cheatday. Sekadar amik syarat makan yang tak clean untuk lepaskan craving sahaja.


3. Timbang Berat Dengan Betul 

Bila nak kurus ni, teknik menimbang memang penting. Kalau boleh hari-hari nak timbang. Masa mula-mula start, saya timbang dekat gym. Tiap kali salin baju dekat gym saya timbang. Tengok asyik tak bergerak nombornya. Stressnya.


Rupanya tak boleh memanjang timbang. Ada cara rupanya nak timbang tak boleh hentam je. Kena pilih hari yang tetap dan banyak syarat-syarat menimbang yang lain. Baca 5 cara menimbang dengan betul.

4. Mulakan Bersenam

Saya dah tak toleh lagi. Lemak-lemak dah tepu. Kena la buat pembakaran dengan bersenam. Saya pilih berjogging setiap petang selepas pukul 6 petang. Saya set alarm mesti berbunyi 6.45 petang untuk saya balik. Tu komitmen yang saya pakat dengan suami. Alhamdulillah masih konsisten. Bila hujan singgah di gym naik treadmill. 

Untuk monitor performance larian. Saya guna apps Nike Run Club untuk tengok prestasi dan peningkatan.

Biasanya bila berlari berapa kilometer larian, pace (kelajuan) larian kita setiap kilometer dan berapa kalori terbakar. Lagi tinggi pace dan kilometer lagi banyak terbakar kalori.

5. Minum air secukupnya

Macam saya air yang paling saya suka air kosong. Pergi kedai pun air kosong juga yang saya order. Tipu la kalau kata saya tak minum air manis langsung. Biasa pagi minum milo. Dari secawan sekarang kongai berdua dengan suami. Tu la cara saya kurangkan. Bila mampu dielak, elakkan terus.



Kesimpulannya

Dalam tempoh nak menurunkan berat badan ni, orang sekeliling adalah sangat penting untuk memberi sokongan. Ada kawan-kawan berjogging dan share makanan-makanan sihat masing.

Bagi yang dah berkahwin, support pasangan lagi penting. Sebab biasanya makan semua sama-sama. Macam saya pagi biasanya breakfast dengan suami dan masing-masing order. Sekarang suami order saya kongsi. Kami berkongsi;-
▪ makanan supaya masing-masing mengurangkan kuantiti makanan

Alfalfa dan lecithin kami amik 3 kali sehari, waktu sarapan, tengahari dan malam. Alfalfa bantu detox toksik-toksik dalam badan dan lecithin bantu mengemulsi lemak-lemak yang kita ambil agar tidak tersekat dalam badan. 

Di sebelah malam pula, kami ambil 4 biji herblax bagi membuang kerak-kerak dalam usus. Memang clear dan rasa ringan badan.

https://shidotdotcom.blogspot.my/2017/02/turunkan-berat-badan-dengan-set-kurus.html

▪ bila saya beli kasut untuk jogging, suami saya juga beli kasut dan seluar supaya dia juga sama-sama bersukan.

Tunggu update saya seterusnya. Nak kongsikan makanan yang dibuat dalam tempoh nak kurus dan apa saya belajar di setiap sesi bersama coach.


PROMOSI ESP BULAN OKTOBER 2017


https://shidotdotcom.blogspot.my/2017/09/10-soalan-dan-jawapan-tentang-esp-yang.html

Shidah Abdullah
Saya Pengedar Shaklee Nilai - Sepang (COD/Pos)
Whatsapp/Sms : 012-6240197

Lawati dan kenali saya di
LIKE di FB page : shidotdotcomm
Add Friend di FB L Shidah Abdullah
Follow di Instagram : Shidotdotcom




Tentang penulis Shidah Abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...