Iron Philip Rosak Hantar Ke Pusat Servis Philip

Siapa yang guna iron philip ini di rumah? Rasa ramai yang pakai iron ni dah sekarang. Memang senang sangat. Masa nak beli dulu jenuh la saya main kutu Amway RM160 sebulan nak dapatkan iron ni. 10 bulan menunggu. Eh rasanya lebih sebab stok selalu tak ada. Jenuh mak kutu carikan dan queue.



Akhirnya bulan Feb 2017 saya dapar iron ni. Tapi minggu lepas hari jumaat 13 Oktober 2017, wap dibawah tapaknya keluar banyak. Dah buat decalc pun tak berjaya. Tu la heavy user sangat. Hari-hari gosok baju 30 pasang sehari. Mujur waktu cuti sekolah Deepavali dia sakit.


Hantar Ke Pusat Servis

Sebab umur iron yang baru tak sampai setahun jagung, kami bawa jumpa doktor di Pusat Servis Philip. Specialkan. Ada centre sendiri.

Ini alamatnya :
R-Logic Sdn Bhd
6, Jalan Kilang 51/206,
Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Hotline : 1800 880 180

Rupanya baru tahu rupanya ada beza iron yang kami beli dengan yang diluar. Iron yang dibeli melalui Amway kapasiti airnya 2.5 liter berbanding di luar 1.8 liter sahaja. Harga mungkin berbeza sedikit. Rupanya pun beza macam dalam gambar ni. Dua-dua kawan jumpa doktor.


Artikel Baru Di blog : 

Tempoh Waranti

Bila kita beli barang kena tahu tempoh waranti berapa lama. Iron kami beli ni 2 tahun warantinya. Lega masih dalam tempoh waranti. Tengok ada brother tu datang boleh tahan juga kalau bayar sendiri.

Penjagaan Iron Wap

Cerita la apa masalah iron kita tu. Ooo rupanya decalc tak payah tunggu lampu merah keluar. Buat je tiap-tiap minggu. Haha. Sebab air dalam tu bila lama buat berlumut dan berkeladak. Kena la tinggalkan dekat sini. Tengok semangat abang kita bercerita. Hehe. Jaga iron ni sama macam kita jaga kesihatan kita juga tau. Bukan hantam saje 😂.


PENTING! Panjangkan tempoh waranti iron anda!

Disebabkan harga spare part yang mahal, ada plan pemanjangan tempoh waranti dari 2 tahun ke 3, 4 dan 5 tahun. 

Tapi offer ni sekali je boleh buat. Kalau dah pilih 3 tahun hari ni dah tak boleh extend lagi akan datang. So better ambil ke 5 tahun. Ini under coverage insuran ye. So rasa lega sikit. Isi je borang. Tak susah. Saya punya dah extend tau. Customer service officer kata datang je ke centre untuk extendkan ye. 



Beli barang mahal sikit tak apa la.. janji ada after sales service. Anggaran masa siap lebih kurang seminggu. Harap dapat la sebelum start sekolah balik.

Sama macam beli vitamin juga. Jangan main beli je. Kena tanya yang pakar Shaklee sirap merah macam saya. 

Semoga bermanfaat ye. Jemput komen dan share.

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang -Nilai
COD di mana-mana sahaja
012-6240197
Tentang penulis Shidah Abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...