Tips Sambung Master Di UiTM

"Ya Allah, rasa tak mampu nak habiskan belajar ni. Penat sangat rasanya". Tapi...

Bila teringat pengorbanan mak abah, suami dan anak-anak setiap minggu sementara nak menghabiskan kelas, takkan nak undur diri saat akhir. Di paper terakhir "dissertation".

Assalamualaikum semua.. tu la perasaan bulan September 2016. Hampir nak give up weih!. Semalam akhirnya penamat perjuangan. Yeah semalam saya dah KONVO!

Sebelum tu intro sikit bagi yang nak sambung belajar terutama Master di UiTM.

1. Pilih Course yang bersesuaian

Master di UiTM ada dua jenis. Satu master by research dan satu lagi master by coursework.
▪ By research tak perlu pergi ke kelas. Pilih topic supervisor dan topik research sendiri. Hanya perlu buat jadual jumpa supervisor untuk update progress.
▪ By coursework pula kena pergi kelas untuk habiskan silibus dan ambil exam macam ambil diploma dan degree dulu. Paper terakhir baru ada 1 paper dissertation mcm kena buat research. 

Clearkan!

Saya pilih master by coursework. Kenapa?
▪ saya lebih suka belajar dan mengadap lecturer
▪ saya rasa banyak knowledge dah saya lupa sebab tak apply.
▪ yang penting saya risau tak cukup tekun mengadap supervisor selalu nak buat by research.

2. Fahami Tempoh Masa Belajar

Kebiasaanya master perlu dihabiskan dalam masa 2 tahun iaitu 4 semester seperti yang disusun fakulti. Tapi maksimum boleh buat 4 tahun iaitu 8 semester.

Saya bermula tahun 2012 dan tamat 2016. Maknanya saya ambil semaksimumnya. 2 kali ambil cuti khas dan selebihnya tidak lengkap atas approval supervisor.

3. Yuran Pengajian  

Yuran setiap semester bergantung pada jam kredit yang diambil. Kebiasaanya dalam lingkungan RM2500 ke RM3000. 

Yuran-yuran ni saya bukan bayar sendiri. Kalau ikut komitmen, tak berapa nak ada sambung belajar. Carilah penaja. Saya ditaja. Rezeki saya dulu masa diploma denga  ijazah tak pandai cari sponsor dan guna PTPTN. 

▪ Tajaan pertama : myBrain yang taja RM10000 untuk sesiapa ambil masa. Ini antara sebab saya sambung. Menyahut cabaran kerajaan untuk rakyatnya belajar ke peringkat lebih tinggi. Chewah!

▪ Tajaan Syarikat : yuran selebihnya dibayar oleh syarikat tempat saya bekerja. Saya apply education sponsorship sebab dah kerja lebih 5 tahun dengan syarikat.

4. Ikut Kemampuan Diri

Dalam tempoh belajar ni, saya mengandung 2 kali. Kali pertama tahun 2012 dan kali kedua 2015. Dengan anak-anak kecil dan menyusu, memang mencabar terutama penyusuan. Anak-anak kalau menyusu ibu memang payah nak tinggal dengan orang lainkan. 

Tapi tetap lalu dengan kebal. Kadang-kadang saya dengan husband sama-sama ke kelas (husband tengah ambil degree). So mak la yang selalu jaga anak-anak. Bila petang je anak dah tak keruan. Saya kena cepat-cepat balik. 2012 sampai 2014 ok lagi sebab habiskan kelas dan exam. 

Hujung 2014 dan 2015 lebih mencabar sebab GST datang. Saya kerja bahagian akaun. Kena handle projek GST (sape nak tanya-tanya boleh la jawab sikit2). Balik malam sebab nak make sure sistem ok sebelum live 1 April 2015.

Masa ni la cuti khas saya ambil. Sem selepas tu tidak lengkap. Kerjanya bayar yuran sahaja. Tak apa la janji saya dapat teruskan. Sebab inikan pilihan sendiri.

5. Never Give Up

Di sem akhir dan saya dah tak boleh extend lagi. Saya pulun siang malam. Jumpa supervisor. Dalam tempoh ni kerja di ofis agak bertenang. Memang rasa nak nangis je. Asyik tanya diri sendiri "mampu ke nak habiskan ni". 

Saya kuatkan diri. Cakap kat diri sendiri "takkan nak give up sekarang". Dalam batch saya, ada seorang sahabat yang sama macam saya. Masi (nama manja) namanya. Kami bagi bagu semangat sama-sama. Bila ada yang nak give up. Sikit lagi. Teruskan. Kadang-kadang stuck mula la kami whatsapp dan share macamana masing-masing buat. Dan kami pastikan kami sama-sama submit.

Akhirnya..

14 Oktober 2017 semuanya berbaloi bila kami Konvo. Untuk kod kami. Hanya ada 4 orang aje. Geng tinggal keretapi. Orang lain semua dan konvo.. hahaha 


Ini gambar kami dekat Dewan Tunku Canselor semalam. Tengok muka-muka lega selepas berjaya menamatkan perjuangan. 


Apa yang penting, pesanan pada semua yang sambung belajar.
▪ Teruskan bersemangat. Allah dah aturkan.
▪ Ikutlah pace sendiri. Macam kita berlari. Ada yang lari pace 3 (3 minit/1 km). Ada yang pace 10. Tak kira pace mana. Janji ke garisan penamat.
▪ Mohon restu semua terutama keluarga. Selama mana mereka redha. Insyaallah semua berjalan lancar dan mereka terus menyokong.

Saya doakan semua terus bersemangat ye

Salam Sayang,
Shidah Abdullah 012-6240197

Tentang penulis Shidah Abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...