5 Punca Diabetes Menyerang Rakyat Malaysia

Topik hari ni saya nak kongsikan yang saya fahami dari kelas kesihatan iaitu berkaitan Diabetes. Diabetes atau kencing manis adalah salah satu penyakit "silent killer".

Komplikasi Pesakit Kencing Manis

Pesakit Kencing manis atau Diabetes boleh  dapat komplikasi seperti berikut:-

1. Kerosakan buah pinggang,
2. Serangan jantung/strok
3. Masalah mata - rabun/buta
4. Masalah saraf - potensi lumpuh
5. Darah tinggi
6. Sex dysfunction
7. Kematian

Enam komplikasi sahaja dah buat kita rasa sesak nafas apatah lagi kematian.

Statistik Pesakit Diabetis

Pada 2015, negara kita dah mencecah 3.6 juta orang pesakit diabetes. Dinisbahkan 1 daripada 5 orang dewasa akan ada diabetes.

Anggaran pada tahun 2020 lebih tinggi, kita mungkin mencecah 4.5 juta orang yang ada diabetes.

Statistik yang menakutkan! Bila kita nak sedar?


Jenis-jenis Diabetes 

Diabetes berlaku apabila badan kita tak dapat mengawal kandungan gula dalam darah.

Tiga jenis diabetes iaitu
1. Type I
2. Type II
3. Gestational



1. Type I-badan tidak boleh menghasilkan insulin secara semulajadi
2. Type II- badan boleh hasilkan insulin tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik
3. Gestational- semasa kehamilan

90% orang yang ada kencing manis biasanya type II. Asalnya mereka adalah normal. Disebabkan diet yang tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat. insulin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Macam mana diabetes ni boleh berlaku?


Apabila kita makan, karbohidrat akan dicernakan menjadi glukosa. Glukosa seterusnya akan masuk ke salur darah untuk diagihkan kepada sel organ yang memerlukannya dan menjadi sumber tenaga kita


Hormon Insulin secara automatik akan dihasilkan oleh pankreas untuk membenarkan glukosa masuk ke dalam sel organ.

Ia berperanan macam gatekeeper atau kunci antara salur darah dan sel organ.

Apabila insulin membuka pintu, glukosa akan masuk ke dalam sel dan bekalkan tenaga untuk jalankan fungsi sel

Masalah berlaku disebabkan....



Diabetes/kencing manis terjadi apabila insulin tak dapat buka pintu antara sel organ dan salur darah.

Apabila banyak sangat gula disebabkan pemakanan tak seimbang kita, pankreas berkerja keras dan terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin.

Lama-lama pankreas terbeban (oxidative stress). Berlaku keradangan pada pankreas. Kesannya pankreas tak boleh lagi hasilkan insulin.

Bila insulin kurang dihasilkan, kurang pintu ke sel dapat dibuka. Glukosa akhirnya berkumpul dalam darah

Glukosa akhirnya terkumpul dalam darah dan kandungan glukosa yang tinggi dalam darah menyebabkan kencing manis.

Faktor-faktor  diabetes

1. Diet tidak sihat
Pengambilan gula yang tinggi dan tidak terkawal membuatkan badan kita berkerja keras. Lebih-lebih lagi sekarang pengambilan makanan segera seperti mcdonald, dalam tin dan jajan. Semuanya mempunyai kandungan gula yang tinggi.

2. Obesiti
Obes selalu dikaitkan dengan kencing manis
Apabila kita obes, lemak akan stuck dekat dgn kunci insulin kita, glukosa tak dapat masuk dalam sel. Glukosa akhirnya berkumpul dalam darah dan menyebabkan Glukosa yang tinggi dalam darah menyebabkan diabetes

3. Stress
Stress atau tekanan juga merupakan faktor penyebab kepada diabetes. Walaupun kita jaga makan tapi kita tak amalkan gaya hidup sihat juga masalah. Apabila badan kita stress, badan akan menghasilkan hormon adrenaline yang menghasilkan lebih glukosa untuk convert jadi tenaga.

Contoh apabila kita kena kejar anjing, jantung akan berdenyut laju, badan berpeluh2, kita dalam keadaan sedia untuk berlari sebab badan dah hasilkan extra glukosa.

Tapi stress kita zaman moden ni, bukan disebabkan fizikal. Kita stress sebab mental, banyak guna otak di pejabat, jam balik kerja etc.
Jadi tenaga extra yg badan hasilkan masa hormon adrenalin dirembeskan tu ditukar menjadi glukosa.

Bila banyak glukosa dalam darah jadi apa? Jawab la ye...

4. Kurang bersenam
Apabila kita bersenam, sel-sel dalam badan kita membuat lebih banyak  reseptor insulin yang terapung dan melekat pada bahagian luar sel-sel  otot dan organ-organ lain.

Ini menjadikan badan kita lebih mampu  untuk menggunakan insulin, dan kita menjadi kurang rintangan insulin.

Apabila kita berhenti  bersenam secara tetap, bilangan reseptor insulin pada permukaan  sel-sel kita jadi sedikit dan kurang dari masa ke masa.

Apabila bilangan  reseptor insulin menurun, insulin tidak boleh buka banyak pintu, dan  jadi kurang glukosa boleh masuk ke dalam sel-sel.

Glukosa berkumpul dalam salur darah

Lepas tu jadi apa?

Sebab tu perasan tak kalau orang yang sportive bila dah tak aktif bersukan, badan dia mesti naik berat

5. Penggunaan ubat ubatan steroid
Ubah chemical reaction dalam badan. Ia menyebabkan insulin tak dapat berfungsi dgn baik. Kalau badan tak dapat hasilkan insulin, kita kena cucuk insulin sendiri sepanjang hayat kita.

So sebenarnya faktor-faktor kat atas ni kita boleh control kan?

1. Tukar gaya hidup yang sihat. Diet yang sihat sangat penting. Kita kena amalkan diet yang sihat, cara hidup sihat, kurangkan stress dalam hidup kita dan kerap bersenam.

2. Baiki fungsi badan yang rosak dengan follow up doctor dan supplement. Jangan mengelak atau mengelat follow up dengan doktor walaupun dah ambil supplement.

Bagaimana Vivix membantu pesakit diabetes?

Dalam satu kajian INI berkaitan bagaimana resveratrol dalam Vivix berfungsi bagi pesakit diabetes.

1. Memperbaiki keseimbangan glukosa dalam darah.
Vivix menyebabkan sistem badan menjadi lebih baik dan berfungsi dengan yang betul seperti yang sepatutnya badan kita patut buat.

2. Kurangkan rintangan insulin.
Vivix membantu membetulkan fungsi kunci dan mangga tadi supaya glukosa boleh masuk dalam sel dan tak terkumpul di salur darah sahaja

3. Melindungi pankreas. 
Kita nak menyuburkan semula pankreas yang dah rosak dan terbeban tadi, supaya boleh berfungsi semula dengan baik. Kita tak nak cucuk insulin tiruan. Kita nak hasilkan sendiri insulin oleh pankreas kita. Vivix akan kurangkan keradangan di pankreas dan memelihara sel di pankreas supaya insulin akan meningkat ke paras normal semula.

4. Membaiki rembesan insulin. 
Apabila sel pankreas dah normal, insulin akan dihasilkan secara normal oleh badan kita.

5. Memperbaiki keseimbangan metabolisme dan fungsi tubuh
Jika buat checkup "fasting sugar" pun gula turun. Cek hbA1c pun akan turun.

Cara Pengambilan Vivix

1 sudu selepas sarapan sebab Vivix akan turunkan gula dengan laju.

Bagi yang mengambil insulin, jarakkan dalam tempoh 2 jam ye.

Apa kata mereka yang menghidap diabetes?




Moga entri ni buat kita lebih memahami tentang diabetes. Untuk diri kita sendiri dan bagaimana kita dapat membantu mereka yang menghidapi masalah kencing manis atau diabetes ini.

3 tips mudah yang sentiasa kena ingat
1. Pemakanan sihat
2. Bersenam
3. Ambil supplemen tambahan

Bagaimana nak dapatkan Vivix?

Hubungi saya terus.
Shidah Abdullah Pengedar Sah Shaklee
(No. Ahli : 922949)
☎ 012-6240197
📲 http://shidahabdullah.wasap.my/
📮Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia atau
🏠 COD di sekitar kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas, Putrajaya
Tentang penulis shidah abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...