Doktor Sarankan Set Hamil dan Bersalin Shaklee

Pengalaman hamil dan bersalin setiap ibu memang berbeza. Ada sesetengah tidak mengalami sebarang masalah. Namun bagi yang bermasalah, dah jadi macam mimpi ngeri setiap kali akan melalui fasa ini.

Ikuti Pengalaman Dr Najihah Abdul Mutalib

Masalah Kehamilan dan Berpantang

1. Sembelit dan Buasir
Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya. 

2. Kejang Kaki
Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku 1kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

3. Jangkitan dan Bernanah
Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut. 

4. Sakit Kepala Teruk
Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

Bertukar Jenama

Dr Najihah merupakan ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini beliau amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini).

Pengalaman 4 kehamilan dan berpantang sebelum ini buat beliau mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee. Penghujung 2011 adalah tahun beliau berkenalan dengan Shaklee.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada:-
1. Vitalea
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Ostematrix
5. ESP dan
6. Omega Guard

Hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu seperti sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Dan peristiwa yang paling dirisaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

Teruskan Pengambilan
Atas sebab keyakinan itulah Dr. Najihah teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini beliau bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Badan terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan. 

Saranan Dr Najihah kepada Ibu-ibu
Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!


Dapatkan Set PreNatal (Kehamilan) dan PostNatal (Bersalin)

Hubungi saya terus.
Shidah Abdullah Pengedar Sah Shaklee
(No. Ahli : 922949)
☎ 012-6240197
📲 http://shidahabdullah.wasap.my/
📮Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia atau
🏠 COD di sekitar kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas, Putrajaya
Tentang penulis shidah abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...