Pengalaman Keguguran dan Tindakan Yang Dibuat

Assalamualaikum.

Saya pernah tulis entry berkaitan keguguran. Tapi uniknya posting kali ini, saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri keguguran anak kelima. Allah lebih sayangkan adik. Pregnant kali ni memang rasa lain. Instict ibu kot. Tapi tetap doa.

1. Kenali Tanda Awal

29hb Nov 2017 Bila saya ke tandas buang air. Saya perasan macam ada jalur merah lalu di air. Ish bleeding ke? Tapi sikit sangat. Tak ada pulak tanda di tempat lain. Ingat malam nak pergi la jumpa doktor scan baby. Hmm tapi malam tu tak pergi sebab tak ada tanda-tanda lain lagi.

2. Buat Pemeriksaan Doktor

30hb Nov 2017 Bangun macam biasa untuk buang air dalam pukul 3 pagi. Eh ada lagi darah tapi besar sikit saiznya. Kali ni nekad untuk pakai pad.



Dalam 8.30 pagi terus pergi checkup doktor. Dr cakap saiz baby kecil. Kalau ikut kiraan dah 8 minggu tp baby baru 6 minggu. Pesanan doktor banyakkan berehat. Saya diberi rehat 1 hari dari bekerja. Ada sesetengah ibu hamil akan dirujuk ke hospital.

3. Banyakkan Berehat 

1hb dan 2hb Dis 2017 Memandangkan hujung minggu cuti yang panjang, keluarga belah suami adakan family day. Memang saya hanya duduk berehat di dalam bilik. Kalau berkumpul, memang hanya duduk dan makan. Masa ni masih bleeding tapi tak banyak sangat. Tapi rasa sakit pinggang macam masa period pain.

Kata makcik, dia pun pernah hamil begitu. Memang berehat sahaja. Cik Ana juga bagi tips sentiasa letak kaki ke atas.


4. Rasa Contraction

3hb Dis 2017 terbangun dalam pukul 5.30 pagi di rumah. Masa ni dah terasa sakit. Contraction macam nak bersalin terasa. Tapi lebih mild. Terasa seperti sakit period pain. Saya tahu ni la masanya melepaskan baby keluar. Allah dah janji. Dalam keadaan berbaring saya dapat rasa 3 kali rasa contraction. 15 minit sekali.

Tak selesa nak baring risau darah banyak. Saya terus bangun nak ke toilet. Masa ni contraction masa berdiri. Bertahan di situ dan terus ke toilet. Masa di toilet rasa seketul keluar. Memang lega sangat.

5. Simpan Ketulan 

Alhamdulillah nampak yang keluar seperti satu ketulan daging yang complete dan bersama uri. Lega rasanya. Tapi saya ambil dan letakkan dalam balang kuih. Kami letakkan dalam plastik hitam.

6. Berjumpa Pakar 

Terus bersiap ke klinik untuk dapatkan referal letter ke hospital. Kami ke Ipoh Specialist dan berjumpa pakar untuk pemeriksaan. Kami tunjuk pada doktor ketulan yang disimpan. Alhamdulillah doktor kata sebahagian besar dah keluar tapi masih ada yang ada dalam rahim. Semua akan keluar bersama darah kotor nanti. Akan ambil masa 1 - 2 minggu untuk clear.

Bersyukur sangat tak perlu d&c iaitu prosedur mencuci rahim dan saya juga tidak perlu ditahan di wad.

7. Tanam Ketulan

Kami bersihkan dan tanam disekitar rumah. Ini bagi mengelakkan ada haiwan yang mengorek ia keluar.
Ustaz Dusuki pesan ...
 "...jika kita mengandung, anak itu gugur, walaupun kandungan tu baru seminggu atau sebulan, beri nama  kepada anak itu. 
Jika belum tahu dia lelaki atau perempuan, maka berilah mereka nama lelaki kerana dia akan ada di akhirat nanti. 
Dia tunggu untuk berkasih sayang dengan kita di syurga nanti. Jangan bersedih jika keguguran, kerana anak itu sedang menunggu kita. Buatlah amalan kebaikan di dunia dan semoga kelak bertemu dengannya di dalam syurga" 

8. Berpantang

Mertua saya kata, pantang keguguran lagi kena jaga dengan baik. Sebab lukanya berbeza. Saya tetap akan berpantang seperti bersalin normal (kecuali bertungku dan berurut)
a. Jaga makan. Bermulalah pengawalan makanan semula. Elak makanan gatal-gatal dan berangin.
b. Sentiasa berstokin bagi mengelakkan sejuk pada urat-urat.
c. Ambil suplemen bersalin supaya badan recover cepat. Muka tidak pucat dan sentiasa bertenaga
d. Sentiasa terus positif dan yakin Allah yang tetapkan segalanya. Jangan bersedih. Allah gantikan yang lebih baik. Insyaallah.

Sedih juga atas kehilangan. Bila terkenang bergenang juga air mata. 

Ibu kuat,
Shidah Abdullah
Tentang penulis Shidah Abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...