Resepi Piza Mudah dan Sedap Citarasa Melayu

Assalamualaikum

Atas permintaan En bos yang nak bawa piza ke tempat training akhir #scouts10, saya kongsikan resepi piza yang saya belajar dari abah. Inilah yang kami selalu makan kecil-kecil dulu. Bila besar saya la pembuat piza tegar 😅 untuk family. Ni piza untuk tekak kita orang melayu.



Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan A Untuk Doh 
1kg tepung gandum
1 paket yis
1 sudu kecil garam
2 cawan air

Doh ini boleh dapat 6 loyang 9cm. Boleh repeat makan banyak kali.

Bahan B untuk Daging
2 pek daging cincang brand Ramli
1 biji bawang (sederhana)
1 pek kecil serbuk kari
Garam
Air

Bahan C untuk Hiasan
1 tin cendawan butang
1 tin nenas
1@2 Mozzarella cheese
1 biji lada benggala
Parmesan cheese
Sos prego atau sos cili campur sos tomato

Cara membuat doh piza


1. Bancuh yis dengan air suam. Biar kembang dalam 5 minit.
2. Masukkan tepung ke dalam bekas. Tabur origano bagi bau wangi. Letakkan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan yis tadi ke dalam tepung. Gaul lagi.
4. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh. Janji tak melekat pada tangan.
5. Biarkan doh rehat. Tutup dengan kain lembap atau plastik makanan.

Doh akan naik macam dalam gambar. Gebu gitu. Tumbuh doh keluarkan angin sebelum mencanai ke dalam loyang. 

Cara membuat daging 

Biasanya kalau di pizza hut atau domino, dagingnya jenis slice. Untuk resepi ni saya buat daging cincang masa kari. 


Cara-caranya macam ni:-
1. Bawang saya blend semua. Bawang putih dan halia saya tak letak sebab tak nak bau terlalu kuat. Boleh je kalau nak blend sekali.
2. Tumis bawang dan kari sampai naik minyak
3. Masukkan daging cincang dan biar sehingga daging masak.
4. Bila daging empuk, letak garam secukup rasa ye.

Cara persiapan bahan hiasan

Untuk hiasan di atas piza, terpulang pada masing-masing nak letak apa. Macam saya biasanya memang letak daging cincang kari atau sardin. Memang terasa homemadenye. Lagi naik selera. 

1. Potong kecil-kecil atau dadu Lada Benggala. Bagi meriah warna piza. Kalau rajin beli warna lain sekali.

2. Sos untuk sedapkan lagi rasa. Biasanya memang guna sos cili dan sos tomato. Dulu-dulu mana ada tin prego ni. Tu la yang abah ajar guna dua sos ni.


3. Topping cheese jangan dilupa. Bukan le piza tak ada cheese. Saya gunakan mozarella dan taburkan parmezan cheese sekali.


4. Hiris nipis cendawan butang dan nenas ye.


Cara menyiapkan piza

Selepas semua persediaan dibuat. Boleh la terus sediakan loyang-loyang pembakar.

1. Sapukan minyak atau butter pada loyang pembakar supaya tidak melekat. Sorry tak ada loyang piza. Guna loyang biasa aje. Saya guna loyang 9cm


2. Leperkan doh ke dalam loyang. Kali ni saya timbang doh dalam 300g untuk loyang saiz ini.  Nak mudah sapu minyak masa meleperkan. Kemudian cucuk-cucuk doh bagi pengudaraan.


3. Sapukan sos prego atau campuran sos tomato dan cili tadi. Taburkan parmesan cheese sedikit di atas sos.


4. Letakkan daging kari tadi di atas sos dan ratakan sekata.


5. Susunlah bahan hiasan piza tadi.


6. Taburkan cheese menutupi semua bahagian bulatan.

7. Bakar pada susu 160° darjah dalam masa 30 minit. Tarra... siap dan ngap.


8. Kita mungkin tak bakar semua terus. Buat je piza tu banyak-banyak. Tutup dengan plastik dan masuk ke tempat beku.

Nak makan nanti defroze dan bakar. Ni contoh yang defroze dan bakar.


Selamat mencuba!
Shidah Abdullah
Tentang penulis Shidah Abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...