Strok dan Punca Strok Terjadi

Apakah sebenarnya strok?
Strok adalah gangguan pada otak yang boleh menyebabkan kematian. Ia berlaku apabila terdapat halangan seperti darah beku yang menghalang darah sampai ke otak atau pendaran dalam otak.

Apabila strok terjadi, sel di dalam otak yang terkesan mula mati dan otak tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Ia akan mengganggu kebolehan seseorang seperti berjalan, bercakap, makan, melihat, membaca dan perkara yang boleh dilakukan sebelum terkena strok.

Ada yang terkena strok sehingga menyebabkan kematian dan ada juga yang mengalami masalah seperti mengingati sesuatu, memahami dan bercakap dengan betul

Kesan Strok
Bagi yang mengalami masalah strok, ia akan mengganggu sistem kawalan otak yang mengawal tindakan, deria rasa, perasaan dan kemahiran berfikir. Ini semua bergantung pada tahap kerosakan otak akibat strok.

Kesan ini berbeza bagi setiap orang. Ada yang pulih dengan cepat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Ada yang mengambil masa yang lama untuk pulih.

Siapa yang boleh terkena Strok?
Kebiasaannya ia terjadi pada orang yang berumur. Namun begitu, di New Zealand 1/4 adalah orang muda yang masih bekerja. Ada juga kanak-kanak dan bayi.

2 jenis Strok yang Utama

Strok iskemia
Ia terjadi apabila terdapat gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:
1. Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah.

2. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak dan menghentikan bekalan darah.

3. Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.

4. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.

Strok berdarah
Ia  berlaku di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah dan menyebabkan pendarahan. Antara puncanya adalah penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:
1. Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.

2. Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri.

3. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.

Jaga kesihatan dengan jaga pemakanan dan berbadan. Mulakan makan makanan sunnah dan bervitamin

Sumber : Stroke Foundation of New Zealand,
Tentang penulis shidah abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...