6 Pesanan Untuk Maju Dalam Bisnes

Ramai nak berbisnes dan mungkin ada terfikir nak join bisnes shaklee.. Ini pesanan saya untuk anda

1. Guna sendiri vitamin tu dan rasa #shakleeeffect sendiri. Banyakkan minum air untuk buang toksik.

2. Banyakkan bertanya bila ada rasa perubahan sebab biasanya ada "body adjustment".

Contohnya gatal2 sebab badan detox dulu toksik. Jangan salahkan vitamin tak efektif sbb tu tugas dia adjust semula badan ke asal.

3. Bila dah serasi, kongsi dengan keluarga. Ajak consume sama2.

4. Bila dah berani, kongsi dengan kawan2 offline atau di fb. Ajak ramai2 join ahli untuk enjoy manfaat harga ahli dan manfaat yang lain.


5. Bila dah syok, join semua kelas shaklee; kelas marketing, produk, motivasi, conference.

6. Follow leader rapat. Mulalah bahagi masa dengan baik macam leader. Memang berliku tapi kita akan sampai ke destinasi.

Senangkan!
Guna produk
Kongsi produk dan
Bina Empayar

Daftar ahli dan bimbingan penuh dari saya:-
Shidah Abdullah 
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
No telefon 012-6240197 atau
whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Kereta Rosak Kita Ke Bengkel, Sel Rosak Kita Buat Apa?

Entry kali ni santai untuk buat kita berfikir untuk diri kita. Beberapa hari melepak di hospital sebab anak denggi buat terfikir sejenak. Kita kalau kereta rosak dan tak dapat bergerak, punyalah kita risau dan cepat-cepat cari mekanik untuk repairkan!




Tapi bila sel kita rosak dan buat badan kita tak berfungsi dengan baik, kita buat apa ye? 
  • Mula-mula kita terbaring dan tunggu sampai sesiapa tanya "Nak aku bawak pergi klinik?"
  • Pergi klinik dan dapatkan nasihat doktor
  • Dah dapat ubat, balik rumah, makan ubat dan rehat.


Betulkan! Saya pun macam tu juga. Bila sakit nak manja lebih. Tapi biasanya lebih suka berdikari dengan pergi klinik sendiri.


Kenapa mudah sangat sakit ni?

Sakit tu ujiankan supaya kita belajar tentang diri kita. Nak bagitau kita sel kita penat. Penat sebab hari-hari kita tak jaga dengan baik. Eh kenapa pulakan? Settle live macam biasa je. Bersiap pagi-pagi, pergi kerja, makan, balik dan berehat.

Rupanya dalam tempoh biasa kita tu punya banyak radikal bebas.

  • Kita lalu lalang dekat tempat orang merokok, sebelah kiri kanan asap kenderaan. Pencemarann merata-rata.
  • Makan biasa beli dekat cafe ofis. Ok je kan. Tapi kita sendiri tak tahu mana sumber makanan kita. Dari mana sayur dan buahnya. Ada racun serangga tak. Kalau rate rasa makanan memang 100% kualiti, tapi kalau kira zat mungkin yang tinggal separuh zat je. Bukan saya kata, ini dari apa yang saya baca ye. 
  • "Eh! kejap ye ada orang call". Adoi radiasi gadjet Samsung duduk dekat telinga. Nak elak macamana. 
Macam tu la kita setiap hari. 3 benda biasa tapi efek sel kita hari-hari. Mula-mula kena sel kita sado lagi. Kalau dah hari-hari kena. Rasa-rasa jadi lemau tak sel kita. 

Berapa lama dah guna handphone?. Kalau saya guna Nokia yang ada game ular dari tahun 2002 masa simkad masih harga RM200 lagi sampai sekarang dengan handphone di jari jemari. 16 tahun terdedah dengan radiasi.

Tiba-tiba sedar kenapa nak jaga sel?

Duduk di hospital menyantuni anak dara sakit demam denggi buat tersedar. Kalau aku sakit rasa-rasa siapa akan menyantuni aku. Mengalir sekejap air mata di pipi. Tak nak la susahkan orang.

Umur 30an rasanya masih muda. Tapi kulitnya fragile macam 50an. Teringat pula satu kelas konon nak belajar jadi cantik, sekali Dr ajar kelas biologi.

Fakta Tentang Sel Normal Kita...

Kulit semua orang tahu organ terbesar badan kita. Berjuta sel bersatu untuk membentuk kulit. Sel-sel ni juga yang membentuk organ-organ kita.

Sel yang normal akan membahagi dengan baik ikut keperluan. Bila dah mencukupi sel kita akan berenti membahagi sendiri. 

Sel kita akan ada yang rosak sebab radikal bebas. Tapi jangan risau sebab Allah dah bekalkan sistem "check and balance". Bila ada yang rosak, sel-sel ini akan diperbaiki. Badan juga ada sistem arahan bunuh diri (cell destruction) untuk sel-sel yang dah cacat dan tak boleh diperbaiki. Proses ini dipanggil Apoptosis. Bahasa mudahnya macam kilang la, bila ada yang reject terus buang. Hebatkan!

Tapi hati-hati... kita semua ada SEL ABNORMAL...

Sel kita jadi tak normal bila dia teroksida. Sel yang rosak merosakkan DNA kita. Kesannya ia memberikan arahan yang salah sel untuk berfungsi. Sepatutnya sel kita membahagi bila diperlukan, tapi Sel Abnormal ni dia tak nak bunuh diri dia sendiri dan terus menerus membahagikan sel yang rosak tadi tanpa berhenti. Berlambak sel rosak ni yang lama kelamaan menjadi kanser. Tu sebab kanser dalam diam menyerang. Semuanya berlaku di dalam tanpa kita sedar. Kita sedar bila dia merebak ke tempat-tempat lain dan efek fungsi organ-organ lain.

Apa boleh kita buat?

+ Menjaga kesihatan dengan memastikan cukup nutrisi seperti karbohidrat, protein dan serat sangat penting. Follow tip Kevin Zahari dalam menjaga kesihatan. Tipnya saya suka sebab saya masih boleh makan tanpa rasa takut

+ Bersenam 30 minit sehari dengan keluarga atau kawan-kawan. Youtube kan ada. Zumba boleh, Tabata boleh.

+ Mengambil vitamin yang mengandungi Resveratrol yang bertindak melindungi kulit yang sihat, menambahkan tenaga, memperbaiki sel yang rosak dan meningkatkan prestasi sel kita.


Bagaimana Resveratrol Berfungsi?

Resveratrol adalah bahan aktif yang paling banyak dijumpai dalam Muscadine grape, Purple Carrot, Polygonum Cuspidatum dan Elderberry. Resveratrol bertindaknya dengan 4 cara utama.

Langkah 1. Melindungi sel

Resveratrol berfungsi mempertahankan sel dari kerosakan biologinya disebabkan radikal bebas. Kajian menunjukkan bila kita makan "Fast food" sebab mudah, badan kita akan berlemak tinggi. Sel kita akan keluarkan "biomarker" macam signal atau indikator ada biological stress pada badan kita. Lagi tinggi stress tu, lagi cepat badan kita alami kerosakan. Resveratrol dari Vivix diberikan pada orang yang sama dan keputusan menunjukkan tanda "biomarker" tidak dikeluarkan kerana sel kita dilindungi dan dihalang oleh resveratrol. 

Langkah 2 : Membekalkan tenaga pada sel

Dalam setiap sel ini ada janakuasa sendiri yang dipanggil mitochondria. Selepas pengambilan resveratrol dalam Vivix, tenaga yang dihasilkan meningkat.

Langkah 3 : Memperbaiki sel DNA yang rosak

Resveratrol membantu sistem badan kita terus memperbaiki sel yang rosak. Bila dah melalui langkah 1 dan 2, pastinya ia upgrade sistem "Check and Balance" kita tadi untuk memperbaiki sel yang rosak dan menjaga DNA dari memberi arahan yang salah. Komander salah pening anak-anak buah kan! 

Langkah 4 : Meningkatkan prestasi sel

Antara yang menyebabkan sel kita cepat tua sebelum waktunya adalah AGE protein. Tugas resveratrol di dalam Vivix adalah menghalang AGE protein dari berlaku dan meningkatkan stamina sel di dalam mitochondrianya.

Antara Kesan-Kesan Pengambilan Resveratrol?

Kajian dah ada. Boleh start search tentang resveratrol. Tapi saya sangat kagum dengan semangat dan usaha customer-customer ini dalam menjaga kesihatan. Apa kata mereka?

Sakit Lutut Lega Selepas Amal Vivix

Tak jadi Biopsi Selepas Ikhtiar


Makin nampak muda sebab sel sihat
Badan reject bendasing tak perlu dari badan


Bagaimana nak dapatkan VIVIX sekarang

Hubungi saya untuk order dan konsultansi penuh
Shidah Abdullah (No. Ahli : 922949) 
COD Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas 
No telefon 012-6240197 atau 
whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Masalah Selepas Bersalin Buat Wanita Hilang Keyakinan

Assalamualaikum

Selepas bersalin, macam-macam orang perempuan kena fikirkan. Bukan setakat kelahiran anak yang baru tapi masalah-masalah selepas bersalin. Antara yang biasa dihadapi
Gambar Hiasan

Masalah Kulit Kering
Cuba bandingkan kelembapan tangan sendiri sekarang berbanding dengan masa remaja. Ingat lagi dulu kalau pegang apa-apa berpeluh-peluh. Tapi berbeza lepas berkahwin dan bersalin. Perubahan hormon dan kekurangan nutrien menyebabkan

  • Kulit jadi kering, mengelupas dan kusam. 
  • Ada sesetengah bahagian jadi macam bersisik. 
  • Jerawat pula tumbuh dan tinggalkan parut hodoh. 😭
  • Tumit kaki jadi kasar dan pecah-pecah.
Sedih sangat tengok keadaan ni. Bukan tu sahaja.

Gastrik yang teruk
Badan dah berubah. Doktor kata injap pencernaan dan saluran jantung macam longgar untuk kawal dengan baik. Tu yang jadi angin dan pedih ulu hati. Dada rasa sempit dan pedih rasa susah nak bernafas.

Masalah Keputihan
Selepas bersalin, hormon tak stabil. Memang mengganggu banyak perkara

  • Masalah keputihan
  • Rambut banyak gugur
  • Haid tidak teratur.
Bila jadi macam ni, mood pun terganggu juga.


Sakit sendi
Menyusukan anak moment yang best tapi bila banyam duduk masa menyusu, pinggang sakit, tangan cepat kebas, leher pun sakit. Penat la asyik sapu minyak nak kurangkan sakit.

Vitamin Diamalkan Selepas Bersalin
Saranan vitamin yang sesuai untuk masalah selepas bersalin ini adalah;

  • ESP
  • Vitamin C 
  • B-Complex 
  • Vitalea
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Alfalfa
  • Peppermint
  • Vivix dan 
  • Colagen



Kesan Pengambilan Supplemen Tambahan

1. Kulit kembali normal. Kulit kurang kering dan kusam. Tumit merekah pun dah tak ada. Paksa diri minum air banyak. Sel cukup protein dari ESP, Vivix, Collagen dan  Vitamin C

2. Masalah keputihan sebab pengambilan alfalfa. Kitaran haid pun dah ok semula. Kulit glowing  jeragat ke parut takde.

3. Sakit pinggang makin kurang. Serasi nampaknya dengan ostematrix dan omegaguard. Kebas kaki tangan pun makin kurang.

4. Masalah gastrik masih ada lagi cuma adalah berkurangan. ESP buat perut bertahan dan tambah peppermint untuk buang angin. Sesuai sangat bagi ibu hamil yang alahan teruk.

5. Tenaga pun bertambah baik. Tak la letih selalu sebab cukup nutrisi dari multivitamin Vitalea

Testimoni Pengguna



Masalah mesti ada cara nak selesaikan. Nak dapatkan Set Bersalin hubungi saya;

Shidah Abdullah 
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) 
COD Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas 
No telefon 012-6240197 atau 
whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Kenapa Memilih Bisnes Shaklee Secara Serius?

Trend orang sekarang berbisnes kan!. Suka sangat dengan semangat orang-orang berniaga terutama yang muda. Idea sangat kreatif dan unik. Bukan tu sahaja, menggunakan social media sepenuhnya.




Jadi kenapa perlu saya tunggu. Umur makin meningkat. Memilih Shaklee sebagai platform bisnes dan insyaallah terus maju bersama. 

Berdasarkan pengalaman menjalankan pelbagai bisnes sebelum ini, saya perhatikan perbezaan bisnes Shaklee sangat ketara.
1. Niat dan Motivasi Berbisnes
2. Sesi Perkongsian Ilmu Yang Mantap
3. Support Sistem Yang Hebat
4. Tingkatkan Ekonomi Keluarga
5. Syarikat dan Produk Yang Terbaik

7. Ganjaran yang Marvelous
6. Pencapaian Shaklee

Teruskan membaca ye!

Niat dan Motivasi Berbisnes

Berbisnes bukan hanya untuk kaya. Inikan ladang saham akhirat kita. Asas yang diterapkan oleh leader group iReach untuk berjaya dalam bisnes ini sangat menyentuh jiwa. Ingatan kebergantungan kita pada Allah dan terus berusaha untuk maju sangat menusuk kalbu.


Sesi Perkongsian Ilmu Yang Mantap

Saya bermula berkenalan dengan Shaklee hanya sekadar mencuba. Masa tu hanya dengan sebotol Alfalfa dan hanya untuk dapat murah. Kemudian, dia dimasukkan ke dalam group whatsapp dan hanya jadi "silent reader". Masa tu saya mengenali keluarga Shaklee dan aktiviti-aktiviti. Bermula dengan kelas blog RM20 yang saya  hadiri di Shah Alam atas saranan leader agak membuka mata saya. Sebelum ni saya pernah ke sesi blog dengan orang-orang terkenal dan habiskan RM800 dan balik agak blur. Dalam kelas ini walaupun asas, namun asas ini yang paling penting untuk dilakukan. 


Antara kelas lain yang disediakan kelas nutrisi, marketing, blogging, task tsunami harian dan kelas-kelas online yang lain. Bukan itu sahaja, Shaklee sendiri membuat sesi-sesi pembelajaran yang tetap untuk semua ahli mendalami nutrisi dan kebaikan produk seperti pengenalan produk terbaru YOUTH pada ahli sebelum launching kepada orang awam. 


Support Sistem Yang Hebat

Bermula dengan malu-malu je. Tapi saya gagahkan juga. Task tsunami saya mulakan dengan suam-suam kuku. Bila buat kerja berkumpulan dan support dari kawan-kawan untuk teruskan buat task sharing di fb membakar semangat. Teruskan momentum untuk terus berjaya. Ini antara kawan-kawan walaupun jauh tapi dekat betul di hati. Tanya la soalan dalam group pastinya ramai yang hulurkan jawapan. Sangat terharu.



Tingkatkan Ekonomi Keluarga

Sebelum ini, saya hanya makan untuk diri sendiri bertahun-tahun sejak 2013. Bermula tahun lepas baru betul-betul memahami dan mencintai bisnes Shaklee. Saya mula berkongsi lebih tekun di fb dan dengan kawan. Selama mana kita yakin dan kita dah rasa #shakleeeffect sendiri, kita akan mudah berkongsi dengan orang lain kebaikannya. Bonus setiap bulan meningkat. 



Syarikat dan Produk Terbaik

Berkongsepkan produk yang Selamat, Semulajadi dan Berkesan, Shaklee sememangnya memastikan setiap produk yang dihasilkan adalah yang terbaik. Antara yang dilakukan ;-
  • Ujian kawalan lebih 100,000 setiap tahun dilakukan agar produk betul-betul selamat dan berkesan.
  • Pengesahan dari pihak ketiga yang tidak dilakukan oleh syarikat nutrisi lain
  • 350 ujian pencemaran ke atas setiap bahan-bahan agar setiap vitamin yang dihasilkan betul-betul tulin.
  • USD300,000 dilaburkan untuk Research and Development (R&D)
  • Diterajui 60 orang saintis Shaklee
  • 55 paten dan paten yang masih pending kelulusan
  • Landmark Study
  • Tidak diuji ke atas haiwan
  • Tiada filter tersembunyi
  • 100% dijamin puas hati daripada testimoni pengguna
  • Tiada campuran benda asing dan bahan tiruan
  • Lebih 100 laporan saintifik diterbitkan. Boleh dirujuk di http://healthsource.shaklee.com


Ganjaran Yang "Marvelous"

Pembayaran bonus sebanyak RM26 bilion untuk perkongsian produk Shaklee. Shaklee Malaysia berkembang 1000% sejak 6 tahun lalu. Ia merupakan syarikat nutrisi nombor 1 di US. Selain bonus, Shaklee menyediakan:-
  • International Trip & umrah setiap tahun
  • Conference Trip
  • Bonus Kereta


Pencapaian Shaklee

  • Shaklee adalah syarikat pertama menerima sijil Climate Neutral & keseimbangan pembebasan gas CO2. Memang ia sangat menjaga persekitaran.

  • Pada awal 1990-an, NASA meminta Shaklee agar mewujudkan minuman rehidrasi untuk angkasawan mereka. Shaklee mengeluarkan satu minuman rehidrasi yang diberi nama Astro Aids - produk rasmi yang dicipta untuk NASA sebagai bekalan perjalanan ke angkasa. Di bumi ia dinamakan Performance Drinks.

Tidak perlu lagi diragui dan buat kajian terlalu banyak. Apa yang penting hanya perlu difahami. 


Bagaimana nak mulakan bisnes anda sendiri?

Langkah 1 - Daftar menjadi ahli dengan hanya RM79 sahaja. Whatsapp saya http://shidahabdullah.wasap.my
Langkah 2 - Fokus pada vitamin yang anda perlukan dan rasakan #shakleeeffect. 
Langkah 3 - Mulakan bisnes anda terus dengan promo set yang anda sendiri gunakan.
Langkah 4 - Mesti sanggup follow saya mentor anda rapat. Insyaallah empayar bisnes anda akan maju dengan cemerlang.

Mentor Bisnes Anda,
Shidah Abdullah
Founder Dhuha Fighter
012-6240197
Read More

Punca dan Rawatan Mengatasi Masalah Sakit Sendi

Sendi-sendi kita terdapat di tulang belakang, bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali, sendi jari kaki dan tangan. Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ia melicinkan pergerakan. 




Punca Sakit Sendi

  • Kesakitan kebiasaannya berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkat saraf. 
  • Mungkin disebabkan terseliuh atau ligamen atau otot terkoyak sedikit disebabkan aktiviti berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul
  • Berat badan berlebihan yang memberikan tekanan pada sendi-sendi
  • Kecacatan tulang belakang atau kaki dan tangan
  • Kecederaan berpunca dari kemalangan, bersukan dan lain-lain
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan
  • Penyakit sendi seperti arthritis


Cara Mencegah Sakit Sendi


  • Elakkan berdiri atau berjalan secara berbongkok. Ini bagi menjaga postur badan dan juga tulang.
  • Tidur di atas tilam yang keras bagi menyokong bahagian belakang
  • Elakkan mengangkat barang berat seorang diri. Gunakan alatan yang bersesuaian seperti trolley
  • Kerapkan bersenam untuk pastikan otot dan sendi berfungsi lancar
  • Kurangkan berat badan
  • Buat regangan jika duduk atau memandu terlalu lama.
  • Atasi masalah tekanan dengan cara yang betul


Rawatan Sakit Sendi Yang Disarankan


  • Bagi sakit sendi yang ringan, rehatkan sendi secukupnya dengan menggunakan pengampu (splint)
  • Gunakan "cold pack" atau ais yang dilipat dalam tuala pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk kurangkan bengkak dan keradangan.
  • Urutan lembut sangat membantu.
  • Hari seterusnya, selangkan pek sejuk dan panas. Pek panas akan meringankan ketegangan sendi.
  • Gunakan ubat penahan sakit seperti paracetemol.
  • Kurangkan berat badan dengan kawal pemakanan
  • Guna kasut bertumit rendah
  • Tangani masalah dengan bijak
  • Jika perlu, berjumpa doktor

Cadangan Vitamin Bagi Masalah Sakit Sendi

Langkah 1 - Menyelenggara dan Memperbaiki Sendi

Sakit sendi mengganggu fisiologi sendi kita dari segi kelebaran ruang sendi, pergerakan dan membuatkan kita tidak selesa. Vivix yang mengandungi Resveratrol membantu
  • Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi kita
  • Mengurangkan faktor yang menyebabkan masalah sendi
  • Mengatasi masalah keradangan, antioksidan 
  • Memperbaiki kerosakan DNA yang mengganggu perjalan tubuh badan termasuk sendi

Langkah 2 - Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Kolagen yang rosak menyebabkan lutut mula membengkak dan tulang pada lutut terutamanya mula membesar melebihi rangka lutut. Ini yang membuatkan kita berasa sakit


Collagen Shaklee yang diambil akan diserap oleh tubuh dan meresap ke bahagian sendi-sendi. Ia akan memperbaiki bahagian yang rosak dan menggantikan kolagen rosak kepada yang baru. Bengkak akan beransur pulih dan tulang terkeluar darii rangka lutut akan masuk semula ke tempatnya. Mengikut kajian yang dilakukan ke atas pesakit lutut, penggunaan selama 8 minggu dan ada juga yang seawal 3 hari merasai perubahan. 

Collagen Shaklee memberi manfaat pada sendi dengan 3 cara
  • Membantu menyokong pergerakan lebih lancar dan memberi regangan kepada sendi
  • Menjaga rangka lutut dan mengurangkan kesakitan
  • Memelihara tulang rawan yang mula rosak dan meningkatkan metabolisme badan

Langkah 3 - Mengurangkan Inflamasi


Omega 3 yang terdapat dalam minyak ikan Omegaguard ini membantu 
  • Melambatkan degradasi (penyusutan) tulang rawan. 
  • Mengurangkan reaksi keradangan pada sendi. 
  • Bertindak sebagai pelincir dan membantu bergerak lebih selesa. Pelincir dapat mengurangkan geseran antara dua tulang rawan.
  • Membantu mengurangkan gejala penyakit sendi

Langkah 4 - Mengekalkan Sel Tulang Yang Sihat


Ostematrix membekalkan kalsium yang penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium yang terkandung di dalamnya diperlukan untuk mengasimilasikan (penyerapan) kalsium ke dalam tulang bagi mencegah pembentukan kalsium dalam tisu dan sendi. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium membantu menguatkan tulang dan mengurangkan gejala arthritis.

Ostematrix membantu;- 

  • membekalkan kalsium yang cukup
  • Nutrisi di dalamnya seperti Magnesium, Boron, Mangan menjadikan tulang kita bertambah kuat dan mengurangkan risiko tulang rapuh

Testimoni 


Untuk dapatkan Set Sendi dan konsultansi penuh, hubungi saya.


Shidah Abdullah 
No. Ahli : 922949
No telefon 012-6240197 
Whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
COD : Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas 

Sumber
1. http://www.myhealth.gov.my/sakit-sendi/
2. Peter Fermi; Stepen Shepherd; Family Health Encyclopedia
Read More

Mulakan Dengan set Antioksidan Terbaik

Entry hari nak kongsikan tentang kebaikan vitamin ACE yang bertindak sebagai agen antioksidan yang baik untuk kita. Ye la, setiap hari kita terdedah dengan radikal bebas terutama asap. Bahaya bila ia diserap kulit kita dan badan kita tak ada perlindungan. Rosak sel DNA kita. Bila rosak macam-macam informasi dihantar salah dan badan bertindak pelik-pelik yang menyebabkan penyakit.

Tentu semua tak nak kan! Set ini mengandungi Caratomax (Vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E Berikut adalah kebaikan setiap vitamin dalam set ACE.


Kenali Fungsi Carotomax (Vitamin A)

Caratomax adalah Vitamin A yang lebih selamat. Pengambilan secara konsisten dapat membantu;-

  • Membantu mempertingkatkan daya penglihatan dan masalah mata seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic astigmatism, mata kering, kelesuan mata, glaucoma katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata
  • Meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur dan masalah jerawat
  • Penggunaannya luaran dapat membantu merawat pustule, scabie, acne dan ulser kulit
  • Melindungi lapisan luar kornea, rongga oral, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing dan ovari
  • Membantu melawan sel kanser dan oksidasi terutama kanser paru-paru dan payudara
  • Membantu meransang enzim membunuh kuman, mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori (pernafasan) seperti paru-paru, batuk, hepatitis, asma, selsema
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
  • Merangsang perkembangan kanak-kanak atau remaja dengan menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi
  • Membantu menghasilkan sperma yang sihat dan berkualiti



Kenali Fungsi Vitamin C


  • Membantu membentuk kolagen yang baru
  • Membantu memperbaiki simptom pendarahan
  • Meningkatkan sistem imun tubuh badan melawan penyakit
  • Agen antioksidan yang merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh
  • Mencantikkan kulit dari dalam
  • Memperbaiki masalah kesukaran tidur malam (insomnia)
  • Mengekalkan kadar kolesterol badan yang sihat


Kenali Fungsi Vitamin E


  • Melindungi jantung
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • Anti-penuaan
  • Anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas
  • Meningkatkan kelestarian seksual dan memberikan tenaga
  • Memperbaiki masalah sendi (Arthritis)
  • Menghalang keguguran 
  • Memperbaiki parut pada kulit

Untuk dapatkan harga istimewa dengan menjadi ahli Shaklee. 
Hubungi saya seperti berikut;-
Shidah Abdullah
SID 922949
Sms I Whatsapp 012-6240197
FB : Shidah Abdullah
COD Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
Read More

4 Langkah Dapat Kulit Sihat Dengan The Radiant 4 Shaklee

80% kulit kita bermasalah berpunca dari luar. 20% lagi ada dari dalaman. Untuk memastikan kulit dan sel kita dilindungi dengan baik, The Radiant 4 iaitu set kulit sihat yang membekalkan nutrisi yang cukup untuk kulit. Jom berkenalan dengan set ini.




Vitamin Dalam Set The Radiant 4

Set ini mempunyai 4 vitamin penting iaitu
1. Energising Soy Protein (ESP)
2. Collagen Powder
3. Sustained Release Vita C
4. GLA Complex 


Bagaimana Setiap Vitamin Bertindak?

Sudah pastinya set ini bertujuan untuk mencantikkan kulit kita supaya lebih berseri dan cantik. Bukan hanya sekadar bermake up.

Langkah 1 : Membina Kulit Sihat Dengan Energising Soy Protein (ESP) 

Badan kita terdiri daripada protein. Untuk kulit yang sentiasa sihat, kita perlu bekalkan protein yang cukup. Protein yang cukup membolehkan fungsi-fungsi badan dibawah berjalan dengan baik;- 

  • Mengoptimumkan fungsi kulit dengan membekalkan asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan untuk penghasilan tenaga. 
  • Memberi perlindungan dan sokongan untuk penghasilan sel kulit yang sihat.
  • Memperbaiki dan membina semula sel dan tisu kulit baru yang sihat.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim yang bertenaga untuk kulit yang cantik.
  • Membantu penghasilan asid amino glutathione untuk perlindungan dari kerosakan kulit akibat sinaran UV.

Langkah 2 : Tegangkan Kulit Dengan Collagen-powder


Dalam entry saya sebelum ini, saya ada jelaskan tentang lapisan kulit yang menghasilkan kolagen di mana lapisan ketiga iaitu hypodermis berfungsi memhasilkan kolagen pada kulit.
Kolagen adalah struktur yang penting yang memastikan kulit kekal anjal dan mencegah kedutan, parut dan kendur. Tetapi, apabila usia meningkat penghasilan kolagen dalam badan juga semakin berkurang dan kita terdedah kepada kulit berkedut dan kendur. Lambatkan tanda penuaan mula nampak jelas dan ketara.

Mulakan langkah penjagaan dengan mengamalkan pengambilan kolagen setiap hari untuk;- 

  • Kulit lebih elastik.
  • Kulit lebih lembut dan anjal 
  • Mengurangkan kedutan terutama di wajah
  • Kesan parut akan mula pudar dan hilang

Langkah 3 : Memberikan perlindungan dan antioksidan dengan Vitamin C


Vitamin C adalah agen antioksidan yang memberikan kulit sihat dan meneutralkan radikal bebas. Kulit kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri dan hanya dapat diambil melalui pemakanan. Pengambilan vitamin C secara tetap setiap hari dapat membantu :

  • Mengurangkan penghasilan kedutan
  • Meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kulit kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan penghasilan set kulit yang baru.
  • Menghalang dari radikal bebas daripada diserap oleh kulit.

Langkah 4 : Kekalkan Kelembapan Kulit Dengan GLA


Gamma-Linolenic Acid atau GLA memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan kulit. Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang juga sumber terbaik Omega 6. Ia mampu menyerap dengan baik ke dalam tisu dan sel bagi mengekalkan kelembapan. Selain itu, ia juga;-
  • Mengurangkan kegatalan dan pengelupasan pada kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengurangkan keradangan.

Testimoni Pengguna Dengan The Radiant 4




Berapakah Harga Set The Radiant 4?

1. Energising Soy Protein (ESP) RM170.93
2. Collagen Powder RM315.88
3. Sustained Release Vita C RM103.35
4. GLA Complex  RM96.73


Tawaran Harga Murah Terbaik dengan hanya

Mendaftar sebagai ahli dengan hanya RM79 

  • Dapat penjimatan pembelian vitamin The Radiant 4 sebanyak 20%
  • Bonus tunai yang dikreditkan ke dalam akaun sebanyak RM25
  • Dapat memulakan bisnes anda sendiri
Best sangat kan! Jom cepat2 dapatkan promosi istimewa ini, lebih penjimatan untuk kekal awet muda tau!

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 012-6240197
PM di fb : Shidah Abdullah (SID 922949)
Pengedar Shaklee Di Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
Perkhidmatan penghantaran pos ke seluruh negara
Read More

Cara Menjaga Kulit Dari Dalam

Entry ni nak kongsi sikit tentang kulit dari sesi dengan Chris Kyrou iaitu Vice Presiden Beauty Research & Development Shaklee.

Sebelum tu.. kenal dulu kulit kita.. Kulit kita ada 3 lapisan penting dan mempunyai tugas berbeza.


Lapisan pertama Epidermis


Epidermis adalah bahagian kulit yang buat kita moist je. Terdapat stemcell yang bertindak seperti kilang untuk hasilkan sel baru.

Semasa kita masih bayi, kulit kita bertukar  (renewal) sangat cepat iaitu dalam masa 14 hari. Peralihan kepada zaman remaja, kulit mengambil masa anggaran 30 ke 40 hari untuk menghasilkan kulit baru. Hmm bayangkan kalau umur 50an, proses ini menjadi lebih perlahan iaitu 56 hari..


Lapisan Kedua Dermis

Dermis bertugas untuk kekuatan kulit. Ia juga berperanan mengatur suhu dan membekal darah yang membawa nutrisi kepada lapisan perta epidermis. Sebahagian air di simpan di lapisan ini.



Bayangkan dermis seperti jalan raya. Bila baru disiapkan,  mudah untuk dilalui dan perjalanan lancar ke destinasi. Apabila telah lama digunakan dan kurang maintenance, jalan rosak dan tak boleh dilalui.

Itulah perumpamaan lapisan dermis dalam kulit kita. Jika tidak dijaga dengan baik, nutrisi tidak dapat disalurkan dan memberi tenaga pada sel untuk berkerja dengan baik.

Lapisan ketiga Hypodermis


Lapisan foundation paling utama dalam penghasilan kolagen. Tapak rumah kena kukuh betul tak?. Macam itulah foundation kulit iaitu Fiberglass. Apabila berumur, fiberglass semakin kurang menghasilkan kolagen. Kulit semakin kurang anjal yang buat toin toin tu.

Apabila berlaku tapak asas yang tidak kukuh, telekomunikasi berkurang dan isyarat mula hilang kepada sel. Sel kita mula lupa hasilkan kolagen baru..  Ini menyebabkan kita mendapat perbagai penyakit seperti darah tinggi, diabetes, strok dan sebagainya.

Menarik sesi memahami tentang kulit dan kesannya. Rasa rugi tak jaga dari muda remaja.. main hentam je. Rajin exercise, makanan dalam keadaan moderate, makan sayur dan buah-buahan. Bila dah kerja tambah dengan ambil supplement macam Set Kulit Sihat khas untuk kulit sihat.

Itu secara dalaman. Secara luaran juga perlu dijaga terutama di muka. Nak flawless, putih dan gebu dengan set penjagaan muka YOUTH yang berada di pasaran bermula Mac 2018.

Harap entry ni bermanfaat.

Salam sayand dari akak bisik2
Shidah Abdullah

#YOUTH
#Tsunami2018

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...