Penginapan di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan

Sesekali kena bekerja luar kawasan ni seronok juga. Terbuka sikit minda ni ha.. Kali ni ke Kota Bharu Kelantan. Trip 2D1N haha.. Baru semangat walaupun datang untuk kerjakan. Pastinya ada agenda sampingan.


Saya nak kongsikan penginapan satu malam saya di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan. Berbaloi rasanya setelah penat lelah dapat berehat dengan selesa.

Ruang Lobi

Masuk je ada love besar tempat saya posing-posing.. Rasai dicintai tak.. Hahaha


Sementara menunggu pendaftaran selesai boleh la kita minum air detoks yang disediakan.


Di lobi dihiasi dengan lukisan-lukisan cantik yang boleh dibeli buat buah tangan pulang. Harga bersesuaian dengan lukisannya. Hanya pencinta seni yang tahu.. Hehe

Ruang Bilik


Saya dapat bilik di tingkat 8. Tentunya ada lif. Kalau tak semput teman. Saya berkongsi bilik dengan seorang rakan sekerja. Bilik 2 single bed yang cukup selesa untuk merehatkan diri. Ye la bertugas sepanjang hari dan akan bersambung lagi esok hari.


Pilih la katil masing-masing. Saya pilih yang mempunyai tag ucapan. Baru rasa special. Hehe.. Ucapan la sangatkan.. Tu pesanan save our planet supaya jimat air.


Bagusnya bilik ni yang saya suka, mereka menyediakan telekung dan sejadah untuk tetamu. Memudahkan tetamu beribadah. Kalau tak biasanya tercari-cari kain apa nak dibuat alas solat. Biasanya memang ambil tuala atau kain batik.


Ruang Bilik Air

Tempat seterusnya yang akan diskodeng adalah bilik air. Ye la sambil mencari tuala nak mandi dan bersiap untuk makan malamkan, tengok la siap-siap.


Selesai mandi dan bersiap nak pergi makan malam. Bergambar dulu di lobi sementara tunggu kawan-kawan turun.


Ruang Makan

Macam biasa duduk dihotel akan ada pakej breakfast free kan. Turun seawal 7.15 pagi supaya boleh ambil masa bertenang untuk makan. Makanan di sini memang terbaik. Rasa memang tiptop. Bukan ala kadar macam sesetengah hotel.


Luas tempatnya dengan hidangan roti, bubur, nasi lemak, mee goreng, laksam, laksa, roti jala. Memang asyik kena topup je sebab sedapkan. Ini antara sarapan yang saya sempat ambil gambar. Yang lain memang lupa terus.



Lega rasanya menginap disini. Memang saya bagi 5 star la. Selesa sangat untuk perjalanan yang memenatkan. Tak lupa bekalan ostematrix nak hilangkan lenguh-lenguh. Perut pun tak la meragam di tempat orang.

Bagi yang nak berkunjung di sini boleh hubungi Hotel Perdana : 

Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

For Booking & Reservation :
T: +609.7458888
F: +609.748 8855
Email : sales@hotelperdanakotabharu.com
 reservations@hotelperdanakotabharu.com


Read More

Cara Hilangkan Gusi Berdarah

Terbaca topik gusi berdarah dari website berita harian. Menarik juga topik ni untuk kita tahu. Kebiasaannya yang saya perasaan bila menggosok gigi adakalanya berdarah. Kenapa ye?

Penyakit gusi ni dialami hampir 80% penduduk dunia. Ia dipanggjl penyakit periodontium.





Gusi berdarah bermula berlaku disebabkan keradangan pada gusi yang dipanggil gingivitis. Biasanya tak ada tanda-tanda ni sehingga kita tidak perasan mempunyai masalah ini. Ia mesti dirawat.

Jangan dibiar kerana ia akan merebak lebih terukan nanti ia akan menjadi lebih terus.
.

"Pada peringkat ini pesakit perlu memberi perhatian serius kerana tulang penyokong gigi juga musnah.

Malah, rawatan juga menjadi lebih rumit dan kemungkinan besar gigi terpaksa dicabut.

Namun, adakalanya ia tertanggal sendiri walaupun gigi tersebut tidak berlubang.

Beliau menegaskan, bukan semua radang gusi akan merebak menjadi periodontitis.

"Sesetengah individu yang mencecah usia 40 hingga 50 tahun menghidap penyakit radang gusi tanpa periodontitis kerana sistem pertahanan mereka kuat,'' jelasnya.

Menurut Dr. Rosnah, periodontitis bukan sejenis penyakit serius, ia hanya mengakibatkan gigi goyah sehingga terpaksa dicabut dan diganti dengan gigi palsu.

PUNCA
Pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di bahagian gigi berhampiran gusi adalah punca masalah ini.

Jika dibiarkan, plak yang berubah warna menjadi kuning dan kelabu ini menjadi lebih tebal.

Lama-kelamaan, plak yang tidak disingkir ini akan berubah warnanya menjadi kuning atau hitam, mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus).

Plak bakteria ini kemudiannya mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah serta membengkak.

Pada peringkat ini, ia dipanggil radang gusi. Bagaimanapun, jika tidak dikawal ia akan menjadi periodontitis.

Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi.

Kesannya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil pokok periodontium.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RADANG GUSI
Faktor etiologi primer - plak bakteria

* Plak bakteria adalah pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di permukaan gigi serta di bahagian gigi berhampiran gusi.

Plak di tahap minimum sukar dilihat secara kasar tetapi kehadirannya boleh dipastikan dengan menggunakan pewarna eritrosin.

Plak bakteria yang terdapat dalam mulut manusia mempunyai fungsi dan keperluan tertentu.

Bagaimanapun, plak bakteria yang dibiarkan membiak dan tidak dibuang akan menjadi lebih tebal sehingga memudaratkan gusi.

Lapisan plak yang tebal ini berwarna kuning atau kelabu.

Dalam beberapa minggu, plak ini akan mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus) yang berwarna kuning atau hitam.

Plak bakteria boleh mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi merah serta membengkak.

Peringkat ini yang dipanggil radang gusi jika tidak dikawal akan menjadi periodontitis.

Periodontitis ialah apabila plak bakteria serta kalkulus terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium dan tulang alveolus yang menyokong gigi.

Akibatnya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil poket periodontium.

Faktor etiologi sekunder pula terbahagi kepada:

a. Faktor ekstrinsik (setempat atau dalam mulut)

* Tampalan yang tidak sempurna atau permukaannya tidak licin.

* Karies gigi.

* Penggunaan alat seperti dentur atau aplians ortodontik.

* Kedudukan gigi yang tidak teratur.

* Kehadiran kalkulus atau karang gigi.

* Tabiat seperti menggigit benda asing dan bruksisma.

b. Faktor intrinsik (sistemik atau dalam badan)

* Penyakit yang berkaitan dengan pembekuan darah seperti leukemia, hemofilia dan Glanzmann's thrombaesthenia - gusi berdarah secara spontan.

* Penyakit diabetes mellitus (kencing manis).

* Penyakit HIV.

* Penyakit neutropenia seperti agranulositosis, cyclic neutropenia, chronic idiopathic neutropenia dan benign familial neutropenia.

* Pada awal kehamilan, wanita menghasilkan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan radang gusi bertambah teruk.

* Terdapat kemungkinan tumbesaran pada gusi (epulis penghamilan).

* Ubat-ubatan - yang dimakan oleh pesakit yang menjalani pemindahan organ (cyclosporin), ubat penyakit jantung (nifedipine) dan ubat penyakit sawan atau epilepsi (sodium dilantin) akan mengakibatkan pertukaran fibrosis pada gusi.

* Kekurangan vitamin C.

* Penyakit Sindrom down - kekurangan faktor pertahanan.

* Masalah kekurangan air liur - akibat radioterapi, kimoterapi atau Sindrom sjogrens.

TANDA-TANDA

*Perubahan pada gusi

Gusi berubah warna menjadi merah kebiru-biruan, bengkak pada konturnya.

Pada peringkat ini, nafas pesakit mula berbau. Gusi yang sihat disokong dengan kuat oleh fiber periodontium dan tulang alveolus.

Ia berwarna merah jambu pucat, kukuh apabila disentuh dan tidak mudah berdarah apabila gigi digosok.

Bagaimanapun, sesetengah etnik yang berkulit hitam mempunyai warna gusi yang lebih gelap.

* Pempoketan

Gusi yang sihat dan tidak bermasalah akan rapat dengan gigi. Bagaimanapun, kemusnahan fiber periodontium serta tulang penyokong gigi menyebabkan berlakunya pempoketan.

Poket ini terbentuk apabila plak dan kalkulus menggantikan fiber periodontium.

Keadaan ini mengakibatkan gusi menjadi renggang. Kandungan poket yang terdiri daripada plak, kalkulus dan sisa-sisa makanan ini tidak boleh dibersihkan hanya dengan berus gigi.

Malah, penyakit ini dianggap telah kronik apabila berlakunya pembengkakan dan bernanah.

RAWATAN

Tunjuk ajar kebersihan mulut diikuti dengan rawatan mengikis plak dan karang gigi dikikis (penskaleran). Rawatan ini diikuti dengan menggilap permukaan gigi hingga licin (pengilapan).

Kerjasama pesakit untuk mengawal plak dengan berkesan amat penting supaya plak tidak berulang.

Bagaimanapun, jika radang gusi telah merebak menjadi periodontitis, gigi masih boleh diselamatkan jika kemusnahan pada tulang tidak serius.

Cara rawatan adalah sama seperti radang gusi, tetapi satu prosedur pengetaman akar gigi akan dilakukan.

Akar gigi yang berhadapan dengan poket periodontium dikikis untuk menghapuskan toksin yang melekat di permukaan akar gigi.

Ini bagi membolehkan fiber periodontium baru dibentuk dan gusi yang renggang itu boleh diperkukuhkan.

*Pembedahan

Jika masih terdapat poket periodontium selepas prosedur dilakukan, pembedahan periodontium perlu dilakukan.

Selepas pembedahan, kegoyahan gigi berkurangan dan nanah serta kejadian gusi berdarah akan berhenti.

Sebaliknya, jika penyakit itu di tahap lanjut terdapat kemungkinan gigi yang terbabit terpaksa dicabut. Rawatan periodontium mungkin mengambil masa yang panjang dan beberapa susulan.

Kejayaan rawatan periodontium juga bergantung kepada komitmen pesakit untuk meningkatkan kebersihan mulut supaya penyakit itu tidak berulang.

Pada masa yang sama, pesakit yang telah tamat rawatan disaran berjumpa doktor dalam fasa pengekal untuk memastikan ia tidak berulang.






SUSTAINED RELEASE VITAMIN C

Berfungsi untuk memperbaiki simpton pendarahan. Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah. Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vitamin C dengan pelepasan secara berperingkat dapat membantu menyalurkan vitamin C berterusan. Ia juga membantu dalam menyokong tulang,igi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Jom baca apa manfaat vitamin C kepada tubuh badan kita. 

✅ Melawan Kanser
Salah satu fungsi Vitamin C adalah melawan kanser. Mereka yang memilih makanan yang sarat dengan Vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payudara. Bahkan ada sumber mengatakan Vitamin C dapat dijadikan sebagai racun bagi sel-sel kanser tertentu.
✅ Memperbaiki Kulit
Vitamin C mengandungi antioksidan yang sangat di perlukan oleh kulit,di mana antioksidan berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang tersimpan akibat terkena sinaran matahari.
✅ Mencegah Diabetis
Vitamin C mampu untuk menurunkan kadar gula yang terdapat dalam tubuh dan dapat mencegah efek buruk daripada penyakit diabrtis pada penderitanya.
✅ Mengawal Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian pada orang yang menderitanya. Mengambil Vitamin C dengan dos yang di tetapkan secara rutin dapat mengawal tekanan darah dengan lebih baik.
✅ Meningkatkan Mood
Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan perubahan psikologi. Peneliti dari McGill Universiti mengatakan bahawa pengambilan suplemen vitamin C (500mg dua kali sehari) mampu memperbaiki mood dan menghilangkan rasa gelisah.
✅ Menurunkan Risiko Serangan Jantung
Vitamin C dapat menghilangkab aterosklerosis yang berada di dalam jantung. Aterosklerosi adalah suatu keadaan di mana arteri jantung menebal dan dapat meningkatkan terjadinya serangan jantung kerana darah menjadi tidak lancar.




OSTEMATRIX


Merawat gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat. Ia membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium,vitamin D dan mineral zink,tembaga,manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.


Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara mengatasi bengkak susu dengan berkesan

Proses penyusuan anak memang pengalaman yang paling istimewa yang dilalui ibu-ibu. Kagum sangat tengok semangat semua ibu-ibu muda dalam usaha memberi penyusan eksklusif pada bayi. Bagi yang berkerjaya, menyelitkan masa untuk mengumpul stok EBM untuk anak di pejabat walaupun sibuk dengan tugasan. Tak kurang juga kerjaya sebagai surirumah yang sentiasa sibuk tapi masih penuh stok diisi.

Siapa kata senang? Mencabar tau.. Antara cabaran yang akan dilalui seperti bengkak susu, puting melecet, puting tersumbat, penolakan penyusuan dari bayi dan juga kerosakan alatan seperti mesin pam memang mencabar.

Untuk kali ni nak kongsikan pengalaman bengkak susu. Boleh dikatakan setiap kali ada anak kecil saya akan laluinya. Tetapi yang paling mencabar semasa menyusukan anak yang keempat. Kebiasaannya selepas melahirkan anak, memang terus berurut dengan makcik saya. Nak jadikan cerita, saya kena tahan agak lama sebab doktor kata perut saya malas bekerja untuk mengeluarkan darah nifas. Terpaksalah diberikan drip supaya berlaku contraction di rahim.


Bagaimana rasa bengkak susu?

Masa ni la cabaran datang. Awal-awal anak sukar sangat menyusu mungkin disebabkan puting tersumbat dan saluran tidak lancar. Mula la rasa bengkak susu. Macamana rasanya

  • payudara mengeras dan tegang
  • terasa panas sehingga rasa nak demam
  • tangan tidak boleh diangkat
  • jangan la dilanggar, memang sengsara rasa sakitnya



Apa yang patut dilakukan bagi melegakan bengkak susu?


1. Mengepam susu

Mengepam susu sangat membantu mengalirkan susu dengan baik. Ia sangat membantu melegakan. Sebenarnya penggunaan pam mesti mengikut jadualnya. Jika terlalu kerap ia akan menyebabkan susu dihasilkan berlebihan dan kita akan sering mengalami bengkak susu. 

2. Membuat urutan

Walaupun keadaan yang sangat sakit, kena juga kita selesaikan sebelum kita mula rasa hendak demam. Mulakan dengan membuat urutan sendiri. Ia juga membantu mengurangkan bengkak susu. Urut dengan menggunakan jari sendiri dan urut dari atas ke bahagian tengah puting. Ini dapat  membantu pengaliran susu diruangan yang tersumbat. Boleh juga menggunakan sikat sebagai alternatif. Panggil la tukang urut atau bidan berpantang bagi mengurut penuh.

3. Tuaman Panas

Selain itu, anda juga boleh menuam bahagian yang bengkak. Antara caranya dengan menggunakan kain tuala yang direndam dalam air suam, atau pek air panas atau mandi dengan air suam. Ini juga melancarkan pengeluaran susu pada saluran tersumbat.

4. Menyusukan anak dengan kerap

Bagi ibu yang mempunyai hasil susu yang meriah, menyusukanlah anak dengan kerap. Anak kenyang ibu senang.

5. Pengambilan Lecithin

Lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat. Ia membantu mengurankan kelikatan susu dan dapat mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Ibu dicadangkan mengambil 3600 - 4800 mg lecithin sehari. sebiji lecithin bersamaan 1200 mg dan anda boleh ambil 3-4 biji selepas makan. Selepas lebih kurang seminggu sakit akan berkurangan dan turunkan dosnya.

Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu

  • Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah susu tersumbat
  • Membantu memecahkan lemak berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu.
  • Tambahkan pengambilan Alfalfa dapat membantu mengurangkan berat badan ibu. 
  • Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya anda akan lebih mudah lupa selepas bersalin
  • Memberikan perkembangan otak yang baik kepada bayi secara tidak langsung.
Di sini saya sharekan testimoni Lecithin dan Bengkak Susu untuk anda.

Berminat nak dapatkan Set ini, hubungi saya terus ye


Shidah Abdullah 

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Tips Elakkan Lesu Ketika Memandu

Assalamualaikum semua,

Entry hari ni santai-santai je.. Bagi relaks sikit minda. Ye la kan penat badan kita.. Saya kalau penat memandu pun mengantuk dan ada juga tahap terlelap. Alhamdulillah panjang umur.

Pertama, perkara penting nak elakkan lesu ketika memandu adalah buat persiapan awal. Jangan last minit sebab ia buat kita tergesa-gesa memandu kerana lewat. Lagilah kalau tersangkut pula di jalan raya yang sesak. Dah bertimpa-timpa. 

Persiapan ni bukan menyiapkan diri je tau, siapkan kereta dengan pastikan ada minyak dan enjin yang elok. Bagi yang berkeluarga siapkan ahli keluarga pun penting juga.

Kedua, jika masih rasa lesu dan mengantuk berehatlah sebentar di mana-mana hentian. Hehe macam saya kalau nak ke rumah mak yang dekat tu pun berhenti di R&R untuk lelapkan mata. Boleh juga singgah minum secawan kopi.

Ketiga, sediakan air untuk minum untuk berasa segar. Air kosong pun ok. Saya biasanya bawa standby air Performance Drink sejenis isotonik bagi cukup air dan gula.

Keempat, bagi memandu jauh standby la minyak ikan omegaguard bagi steady sikit sendi-sendi kita berkerja.

Terakhir sekali, amalkan vitamin b complex setiap pagi untuk menghasilkan tenaga bagi menjalani tugasan harian.

Saya kongsikan video ini yang diambil semasa saya outstation.



Dapatkan empat pilihan vitamin yang terbaik nak elakkan lesu ketika memandu ye. Contact saya terus tau.

Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

3 Tips Elak Pedih Ulu Hati

Rasa sakit sangat perut sampai nak kena baring mengerekot. Pedih ulu hati ditambah pula lenguh-lenguh badan. Makan apa la salah ni sampai berangin. Tu la yang kita sangka.

Tapi tahu tak ni la GERD.

Apa itu GERD?

Semua yang kita rasa tadi adalah tanda-tanda anda diserang Gastro Oesophageal Reflux Disease (GERD). Ia juga juga dikenali sebagai Asid Reflux Disease dimana kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan.

 

 Apa sebenarnya terjadi dalam perut kita?


Apabila kita makan, makanan akan masuk terus ke bahagian perut dan penutup saluran esofagus akan tertutup rapat bagi menghalang gas berpatah balik dan menyebabkan pedih ulu hati.


Antara sebab penutupnya lemah berpunca dari Asid ini yang menyebabkan sel antara saluran pemakanan dan perut lemah.  Bila gas naik kita akan rasa sebu, loya dan sakit kepala.

Apa terjadi kalau tak dijaga?

Don't play2... Ia boleh menyebabkan salur pemakanan menyempit, ulser dan paling bahaya berisiko mendapat kanser. Syuuuuh2..

Antara gejala yang akan dirasai


  • Kembung perut
  • Loya
  • Kurang selera
  • Sakit perut
  • Lenguh badan
  • Sakit kepala
  • Sendawa dan tidak dapat melepaskan angin 

Apa nak perlu kita buat untuk elakkan pedih ulu hati?


1. Makan ikut jadual
Amalkan pemakanan sihat dan mesti ikut jadual. Jangan biarkan perut kosong sangat penting untuk mengelakkan keadaan berterusan.

Ia dapat menghalang penghasilan asid dalam perut dan jika dibiarkan akan menyebabkan reflux atau pengaliran semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus).

2. Elakkan makanan berangin
Sesetengah makanan boleh menyebabkan angin. Kurangkan kuantiti pengambilan. Tu sebab orang kalau berpantang macam-macam perlu elak dimakan seperti timun, petola, cempedak, nangka, petai, kopi, teh dan bersantan, selain berhenti merokok dan minuman beralkohol.

3. Pengambilan vitamin yang bersesuaian
Biasanya orang akan ambil ubat-ubatan membuang angin seperti simetricon, dimetricon atau ubat antisid.

Berdasarkan pengalaman suami sendiri, beliau mengambil vitamin dengan konsisten. Risau juga asyik ambil ubat. Antara vitamin yang saya aturkan untuk beliau ambil.

1. Peppermint ginger yang sangat membantu buang angin dari badan

2. ESP minuman kaya protein yang membantu mengelakkan perut kosong dan lapar yang menyebabkan angin.

3. B complex yang memberi ketenangan pada saraf. Selain tu, ia menukarkan makanan kepada tenaga untuk kegunaan harian.

Bila sakit badan, boleh tambahkan ostematrix untuk melegakan otot dan sakit.

Nak dapatkan set ni!
Hubungi Shidah terus melalui whatsapp atau sms www.wasap.my/60126240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara Hilangkan Beguk Di Leher

Apakah Beguk?

Beguk atau nama lainnya 'mumps' merupakan sejenis keradangan akut (acute). Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan kelenjar air liur parotid membengkakkan dan rasa sakit.



Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.

Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.


Apakah gejala atau tanda-tanda beguk?


  • Bengkak pada satu atau dua-dua belah wajah
  • sakit dan kemerah-merahakan di bahagian rahang
  • Mulut kering
  • Demam
  • Selsema
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit Otot
  • Hilang selera makan


Apa perlu dilakukan jika terkena beguk?

  1. Turunkan suhu badan kerana kebiasaannya anda akan berasa hendak demam. Kawal suhu badan dengan makan ubat, lap badan dan minum air suam.
  2. Banyakkan minum air terutama air masak bagi mengelakkan penghidratan dan ia juga dapat mengelakkan jus yang berasid yang merangsang kelenjar air.
  3. Tuam kawasan yang bengkak dengan merendam kain ke dalam air panas atau sejuk. Ia akan memberi keselasaan  kepada pesakit. Guna juga petak air..Anda juga menggunakan pek ais untuk menuam.
  4. Sapukan Nila atau cuka makanan untuk mengurangkan bengkak

Vitamin Shaklee Yang Sesuai Untuk Beguk dan Cara Makan Yang Sesuai


Set Beguk Shaklee membantu mengurangkan bengkak dengan cepat. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan virus pada organ badan kita yang lain. Set ini terdiri daripada;-


  • Lecithin yang berfungsi menyurutkan bengkak dan mengurangkan keradangan.
  • Nutriferon membantu mengatasi jangkitan virus yang berlaku dan mengurangkan risiko berjangkit pula pada orang lain. Ia jua membantu menguatkan imuniti dan menurunkan suhu badan akibat demam.
  • Vitamin C pula membantu meningkatkan sistem imuniti badan yang lemah akibat beguk.

Nak order?

Boleh hubungi saya Shidah Abdullah 012-6240197 atau boleh klik sahaja gambar set di bawah untuk membuat pesanan terus




Jangan lupa lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara Kekal Muda Dengan Kolagen

Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen. Lebih banyak kedutan dan garis halus kelihatan. Kulit juga akan mula nampak kendur.

Umur bukanlah faktor menyebabkan kekurangan kolagen dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen dipercepatkan oleh faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain lagi.


Shaklee Collagen Powder 

Collagen mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisi semulajadi dan memperlahan kehadiran kedutan.

Selain dari itu, collagen membantu:-
  • Rambut : Membantu menguatkan rambut dan meransang pertumbuhan semula 
  • Kuku : Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
  • Kulit : Kulit akan lebih lembab dan elastisiti bertambah baik. Kulit juga akam sembuh dengan cepat dan membantu mengurangkan parut. Membantu menghilangkan tanda penuaan. 
  • Tulang : Kolagen juga penting untuk tulang di mana ia menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan tulang rapuh. 
  • Sendi : Ia juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi. 
  • Mata : kornea memerlukan kolagen dan ia sangat membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • Otak : memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen.

Kolagen sangat penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda tetap berkeadaan baik walau meningkat usia. 

Ingin mendapatkan collagen, hubungi saya:



Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : www.wasap.my/60126240197 

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara Meningkatkan Prestasi Pembelajaran Anak-anak

Jumaat lepas saya terima result anak-anak melalui whatsapp dari suami. Result sekarang kan boleh tengok secara online. Mudah sangat. Sebenarnya result ni boleh dapat lebih awal masa sesi bertemu ibubapa tetapi terpaksa memohon maaf pada cikgu kerana tidak dapat hadie kali ni atas kekangan masa.

Bila tengok result pertama tengok huruf apa yang ada. Ada juga huruf selain A dan B. Teliti subjek apa yang perlu diperbaiki. Berbincang la saya dengan husband tentang prestasi kak long dan kak ngah. 

Keseluruhan ada subjek yang lemah sebelum ni seperti bahasa inggeris, matematik dan karangan bahasa melayu menunjukkan peningkatan.

Apa expectation kami ada anak-anak? Pastinya nak mereka dapat top 3 at least. Tapi kami sedar keadaan sekarang dan effort yang diletakkan agak sukar untuk ke situ. 

Antara perkara yang kami rancang untuk membantu anak-anak


1.  Selesaikan Kerja Rumah (homework)

Fokus pada perkara utama seperti menyiapkan kerja rumah memang penting. Ia menguji pemahaman anak selepas sesi pembelajaran bersama cikgu di sekolah. Ia juga membantu cikgu untuk mengenal pasti masalah setiap murid. Jangan biarkan anak abaikan sahaja homework mereka.

2. Menghantar Tuisyen

Menghantar tuisyen pada umur kak long 10 tahun ni mengulangi trend tuisyen saya dulu. Tuisyen menggalakkan mereka membuat latihan berulang-ulang kali dan sangat bagus.

Selain itu, tempoh 1 jam 15 minit dari pukul 8 malam hingga 9.15 malam melatih mereka untuk menyiapkan latihan dalam tempoh masa tersebut.


3. Memberi galakan dan semangat 

Ucapkan tahniah pada mereka atas peningkatan. Dengan cara ini, kita memberi semangat lebih untuk mereka terus belajar bersungguh-sungguh. Bila mereka rasa dihargai mereka akan lebih seronok.


4. Raikan perubahan

Kami bawa mereka ke kedai buku Popular untuk meraikan peningkatan. Masing-masing diberi pilihan untuk memilih sebuah buku bacaan. Ini juga nak menggalakkan mereka membaca.




5. Membuat latihan bersama ibubapa di rumah


Kasihan juga mereka. Saya mengambil inisiatif untuk tuisyen tambahan. Membeli buku kerja kerja yang sama supaya mereka boleh buat bersama-sama. Nampaknya mereka sangat bersemangat.

Moga keputusan mereka lebih baik untuk peperiksaan seterusnya.

Bukan markah sahaja yang kita perlu lihat. Usaha mereka juga.

Salam sayang dari saya,
Shidah Abdullah, Ibu Nurains
Read More

Cara atasi masalah lupa dan kurang daya ingatan

Lupa ni kadang-kadang kita anggap biasa je kan tapi sebenarnya ia sangat berkaitan dengan otak kita di mana zat-zat tidak mencukupi untuk sel-sel berhubung dengan baik. Banyak juga sebab lain yang juga boleh menyebabkan keadaan ni lebih teruk.
1. Gangguan emosi atau stress
2. Pemakanan yang tidak sihat
3. Sakit seperti diabetes

Antara makanan membantu untuk kuatkan ingatan


Omega guard
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang hanya ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).

Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik.

Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.

Lecithin
Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain.

Boleh dapatkan Set Ingatan Terbaik ini dengan menghubungi saya seperti di bawah:

Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : www.wasap.my/60126240197 

 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara Merawat Buasir dengan Berkesan

Apakah buasir?

Buasir atau nama saintifiknya Hemnoroid berlaku apabila saluran darah mengembang dan membengkak disekitar dubur.

Punca ia terjadi adalah disebabkan tekanan dalam darah rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan 'memberi' dan membenjol. Lebih teruk ia boleh pecah bila kita meneran dan itulah ia pecah.

Apakah Punca Buasir Boleh berlaku?

Ia selalu dikaitkan dengan masalah sembelit.  Apabila sembelit ini aberterusan dikatakan antara punca utama yang menyebabkan buasir berlaku.

Sembelit yang berterusan dikatakan antara punca utama yang menyebabkan buasir berlaku. Selain sembelit, buasir boleh berpunca daripada :-


  • Meneran berlebihan ketika buang air.
  • Kerap cirit birit
  • Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.

Ini vitamin Shaklee dalam Set Buasir Shaklee yang wajib


1. Vivix

Resvetarol akan membaiki sel sehingga ke peringkat DNA. Jika Sel dalaman badan anda sihat, maka anda juga akan sihat. Sebab tu sesiapa yang menjalani pembedahan pesakit amat sesuai ambil Vivix. Vivix membantu anda menjadi lebih sihat secara keseluruhan

2. Alfalfa

Bersifat alkali dan sebagai detox untuk membersihkan bahagian dalaman terutamannya usus dan melegakan tekanan kepada rektum.

3.Omega Guard

Membantu kurangkan bengkak pada rektum akibat tekanan ke atas otot dubur dan kawasan yang sakit atau bengkak.

4. Ostematrix

Mengelakkan sembelit, memelihara usus dan melancarkan pembuangan air besar.

5. Herblax

Herblax adalah kombinasi herba yang boleh digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Jika anda mempunyai masalah sembelit dan buasir

Jika anda ingin mendapatkan supplemen Shaklee seperti di nyatakan di atas, anda boleh hubungi saya


Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

3 Tips Kekal Bertenaga Tunaikan Haji dan Umrah

Menunaikan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji di Mekah sangat didambakan oleh semua umat islam. Jemputannya sungguh istimewa.  Ada yang berkeupayaan pula boleh menunaikan umrah terlebih dahulu sebelum dapat menunaikan haji. Apapun semua itu rezeki. 

Entry saya kali ini buat persediaan diri sebelum menunaikan haji atau umrah agar lebih bertenaga dan lebih bersemangat menjalani ibadah dalam tempoh yang ditetapkan. 





1. Sentiasa Bersangka Baik

Sentiasa bersangka baik sebab ujian diberikan berbeza-beza. Bukan itu sahaja kena sentiasa positif yang kita akan menyempurnakan ibadah dengan keizinanNya dengan sempurna dalam keadaan sihat

Buat la persediaan kerohanian dari awal. Sentiasa bersihkan hati dan dan istiqamah beribadah. Bukan beribadah sebab nak pergi haji atau umrah tau. Tapi ketaatan kita padanya. Istiqamah paling penting.


2. 'Keep Fit' sebelum menunaikan haji

Sebelum pergi pastikan badan kita sihat. Buat la senaman secara konsisten sebagai latihan ketahanan untuk memastikan kita kekal bertenaga. Bila badan kita cergas, ibadah kita juga berbeza rasanyakan. Senang ambil contoh kalau kita demam, nak solat pun rasa nak merangkak. Ni kan ibadah yang hebat ini.

Keadaan di sana berbeza dengan negara kita Malaysia. Perjalanan untuk menunaikan ibadah ini sungguh jauh bagi merasai suasana di zaman para anbiya. Cuaca yang panas kering dan jarang dibasahi hujan mungkin membuatkan kita cepat lelah. 


3. Persediaan Vitamin Wajib Untuk Haji dan Umrah

Vitamin yang digalakkan diambil sebelum dan berterusan ada  3.

a. Vitamin C - sangat penting untuk meningkat ketahanan badan melawan demam dan selsema dan penyakit lain di sana

b. B complex - diperlukan oleh badan untuk menjana tenaga berpanjangan. Kita nak kekal cergas bertenaga untuk mengerjakan ibadah di sana. 

c. Ostematrix - membantu menguatkan otot badan dan tulang. Ia juga membantu menghilangkan sakit badan lenguh, sendi, kekejangan disebabkan berjalan jauh. 

d.  Performance Drink - membantu menurunkan darjah kepanasan dalam badan. Pengambilan performance drink dapat membantu mengekalkan tenaga semasa beribadah. Tidak mudah haus walaupun dalam jangka masa yang lama.

e. Herbal Blend - Krim sapu yang membantu menghilangkan rekahan di tumit. Rekahan ni kalau dibiarkan akan sakit dan mengganggu pergerakkan kaki. Bukan itu sahaja, cuaca yang panas boleh juga menyebabkan bibir berdarah. Boleh juga disapukan dibibir kerana herbal blend selamat digunakan kerana tanpa bahan kimia berbahaya.


Semoga kita lebih bersedia ke sana,  bumi Mekal al-mukaramah.


Dapatkan set persediaan haji dan umrah dengan menghubungi saya :


Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 

 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

5 Cara kempiskan perut paling cepat dan berkesan

Perut Buncit? Stresskan kalau perut buncit tapi apa yang kita lakukan.. Kadang-kadang dah bersenam tapi masih tak susut juga. Tapi tak bermakna kita tak perlu bersenam. Salah tu. Bersenam tu dah betul tapi pemakanan harian kita tak dijaga dengan baik. 

Antara yang perlu dilakukan adalah;- 


1. Rancang menu pemakanan harian

Perancangan menu harian sangat bagus untuk menjaga pemakanan harian. Menjaga kualiti makanan mengikut tema suku-suku separuh iaitu suku karbohidrat, suku protein, separuh sayur dan buah-buahan. 

  • Elakkan makanan bergula dan manis. Makanan yang mengandungi gula, kurang khasiatnya. Makan secara berlebihan hanya akan menambah kalori dan sangat sukar untuk berhenti makan manis. 
  • Tidak mengambil makanan mengandungi garam atau sodium. Jika mengambil makanan masin, tubuh anda akan menyimpan cecair atau air di dalam tubuh badan. Terjadi water resistance. Jika terjadi terlalu lama akan mengganggu metabolisma menyebabkan tekanan darah tinggi.
  • Makan makanan tinggi proteinKenapa? Jika diet kurang protein, kulit akan kendur. Protein juga penting untuk memulihkan keadaan dan memperbaiki sel-sel tubuh badan terutama yang aktif bersukan.
  • Lebihkan buah-buahan dan sayuran yang membantu penghadaman kerana seratnya yang tinggi.

2. Minum banyak air putih 

Pengambilan 3 hingga 5 liter mengikut berat badan sangat membantu meningkatkan metabolisma dan melancarkan perjalanan darah dalam badan. Selain itu, membantu menahan rasa lapar di antara waktu makan.


3. Membuat senaman ringan 

Bersenam mesti dilakukan. Ia dapat meningkatkan metabolisma badan. Mulakan yang ringan lebih baik. Jika buat yang berat, kita akan mudah rasa lapar dan makan banyak selepas pulak diet tu. Hancur diet.

Bagi yang sibuk, ambil masa 10 - 15 minit untuk buat di rumah. Buat la senaman seperti lompat bintang. Nak yang lebih teratur buat la tabata. Lama- lama sure mantap..


4. Tidak makan lewat malam

Rakyat Malaysia ramai yang suka makan lewat malam. Tak percaya! Tengok negara mana yang paling banyak kedai mamak yang buka 24 jam. Maknanya bukan sahaja malam, makan sehingga lewat pagi.

Waktu terbaik makan adalah sebelum pukul 7 malam. Ye la kita Bila makan di waktu malam, zat yang menama BMAL1 akan menukarkan makanan menjadi lemak. Berganda la lemak kita. 


5. Mengambil supplement yang membantu membakar lemak 

Kadang-kadang, ada juga yang kurus tapi perut masih buncit. Maknanya memerlukan bantuan pihak luar untuk membakar lemak yang dah tepu dikumpul bertahun-tahun. 3 vitamin yang sangat dicadangkan

a. Alfalfa (Detox) 

  • Membantu untuk meneutralkan asid dalam perut. Baru badan kembali kepada normal (beralkali). 
  • Barulah proses penghadaman lebih baik. 
  • Ia juga membantu menyingkir toksin, lemak dan kolestrol 
  • Bila badan dah bersih, barulah badan tak rasa letih lagi kan.

Sebaiknya minggu pertama detox dengan alfalfa dulu. Baru senang nutrisi diserap dengan baik. Banyak lagi khasiat alfalfa ni.


b. Omegaguard (Burn)

Kemudian, anda amalkan pengambilan Omegaguard dengan konsisten. Asid lemak omega 3 yang tak dihasilkan badan yang membantu membakar lemak disekeliling organ kita. Lemak-lemak ini menyukarkan organ untuk berfungsi dengan baik.

  • Ia juga meningkatkan sistem imun badan dan menyihatkan baru-baru
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi kita ketika kita bersenam
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok.

dan yang terakhir sekali.

c. Herblax (Clean) 

Setelah semua dibuang dan dibakar, ke mana lagi ia akan pergi kan. Tentunya ditempat pembuangan. 
  • Ia berfungsi membersihkan najis yang tersekat di dalam usus kita yang mungkin dah terkumpul sedikit demi sedikit.
  • Merangsang usus mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu mereka yang sembelit
  • Yang penting, mengempiskan perut.


Anda boleh mendapatkan Set Kempis Perut ini dengan menghubungi saya terus seperti di bawah;-





Shidah Abdullah 


 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...