Tip menghadapi tekanan ditempat kerja

Ada kaitan tak topik ini dengan anda? Pasti adakan.. Tekanan tempat kerja ni adakalanya akan terbawa-bawa sehingga ke rumah. Mana taknya kita berfikir dan beremosi sampai marah-marah orang di rumah pula..

Ish! Ish! Tak sihat.

Apa patut kita lakukan?

Kenal pasti masalah kenapa tekanan berlaku

Berdasarkan pemerhatian saya di pejabat, semua tahu tekanan mereka hadapi sama ada:

a) tekanan melakukan kerja

Ali bertugas sebagai seorang eksekutif perlu menyiapkan rekod pelanggan yang sangat banyak sehingga perlu berkerja lewat malam. Tekanan waktu dan kerja yang banyak dan perlu mengikut dateline penghantaran memberi tekanan pada Ali.

Macamana tahu Ali tertekan? Mudah sahaja bila Ali kerap berhenti untuk lung break atau hisap rokok.

b) tekanan karenah pelanggan

Abu pula seorang staf bertugas di bahagian kaunter di bank. Pagi-pagi masuk masih ceria. No QMS makin panjang. Pelanggan dah nampaknya kurang sabar. Ada yang mula buat ayat-ayat sentap seperti:-

"Kaunter banyak tapi buka 2 je!" - customer ingat semua orang tak rehat dan cuti atau MC

"Kenapa lama sangat untuk sorang customer ek. Tak ada limit time ke?" - kalau dah datang bawa buku anak 5, suami, isteri mau tak lama. Takkan setiap transaksi ambil nombor baru. Cuba kena diri sendiri pandai suruh orang sabar

c) tekanan dengan bos atau kakitangan.

Aminah seorang staf yang rajin menyiapkn tugas mengikut 'dateline'. Hebatkan tapi bos dia asal cuti kerja sendiri tak complete dan tak maklum awal minta sambungkan kerja sampai settle.

Sekali dua ok.. Tapi bila kerap jadi perkara sama stress juga. Macamana tahu? Bila Aminah mula membawang sebab geram.

Hah! Ada tak senario lebih kurang macam ni?

Bertenang dan Fikir Kemampuan Menghadapi

Bila rasa tertekan, pastinya kita akan cari ruang untuk melegakan. Adakalanya kita membuat perkara yang negatif seperti MC, produktiviti menurun dan tentu sekali akibatnya lebih menambah stress.

  • Berehar sebentar
  • Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan
  • Istighfar banyak
  • Cuba positifkan minda untuk lihat dari sudut pembelajaran dan kesan baik pada diri. "apa sebenarnya aku belajar dalam situasi ni"

Aktiviti yang boleh dilakukan

1. Hibernating sambil bekerja

Sebaiknya, ambil masa hibernating sambil buat tugasan hakiki sendiri supaya lebih fokus. hehe ni bahasa saya. Cari tempat yang ada komputer atau bawa laptop anda ke tempat tiada gangguan seperti bilik mesyuarat kecil atau library. Ia sangat membebaskan anda menyiapkan kerja tanpa gangguan. 

Tapi ingat anda masih perlu available untuk dihubungi oleh sesiapa ye melalui hp atau whatsapp. Jika ada no pejabat, divertkan ke hp anda adalah yang terbaik.

2. Ambil cuti untuk bertenang

Jika melibatkan kerja yang banyak dan pelanggan, ambil la cuti untuk membebaskan diri seketika untuk mendapat semangat baru.

Jika ada bajet lebih, pergi la bercuti di hotel yang selesa hanya untuk suasana yang tenang gitu.

3. Berterus terang dengan mereka yang memberi tekanan

Adakalanya sesetengah orang tak perasan dia sebenarnya menindas orang lain secaea tidak sengaja atau sengaja. Tak percaya? Iye memang betul terutama yang jadi bos ye. Kononnya nak mengajar tapi sebaliknya menyuruh membuat kerjanya. Lebih ketara kalau kerja yang disuruh tidak diperiksa dan perlu dihantar direct kepada pihak atasan. Serupa macam bos tak ada kan!

Saya lebih suka bercakap terus terang dengan cara baik. Mungkin saya mulakan dengan whatsapp kalau tak mampu berdepan. Bila cara ini, dia tahu kita tak suka caranya.

Bila ada kekuatan, berdepan dan cakap apa kita harapkan situasi sihat dipejabat. Maklumkan kita boleh membantu tapi bukan menanggung kemarahan pihak atasan kerana ada yang tidak menjalankan tanggungjawab seperti memeriksa kerja kakitangan.

Jika berdepan staf bermasalah, fahami masalah dan berikan pilihan tugas mengikut kemampuan. Tingkatkan kemampuan kerjanya dari semasa ke semasa.

4. Berdoa Dimudahkan Tugas
Untuk setiap langkah kita ingat semua kehendakNYA. Kita mencari keredhaanNYA. Allah pasti akan menguji orang berimankan. Sahut la cabaran dengan sabar. Sentiasa doa dari awal sampai habis. 

Merintih padaNYA. Waktu paling best masa nak pergi kerja sebab berseorangankan. Pasang surah Al Waqiah dalam kereta atau masa naik motor pasang earphone. Isikan dengan zikir-zikir atau bacaan mathurat. Insyaallah dilorongkan cara terbaik dan menenangkan untuk menghadapi tekanan ini.

Moga dengan tekanan yang ada kita menjadi insan hebat dan cemerlang.

Pesan dari Opah Shidah
Read More

Pentingnya asid folik untuk perkembangan bayi dalam kandungan

Masih teringat-ingat pesan doktor masa keguguran kali kedua, pastikan sebelum nak hamil ambil asid folik 3 bulan sebelum kehamilan. Tengok penting untuk bakal ibu bersedia sebelum kehamilan.

Kenapa pentingnya asid folik ni sebelum kehamilan?

  • Sangat membantu perkembangan saraf tulang belakang kandungan
  • Dapat mengelakkan daripada mengalami masalah spina bifida
  • Baik untuk tumbesaran fetus yang sihat

Ketika kehamilan, ia akan merangsang tumbesaran otak semasa dalam kandungan. Selain itu, pemakanan sihat terutama sayuran dan kekacang juga meningkatkan tumbesaran otak yang pintar dan cerdas.

Penting kan asid folik untuk ibu dan anak. Pilihan terbaik vitamin yang membekalkan asid folik adalah vitamin B-complex dan juga vitalea yang sememangnya nutrisi harian penting untuk setiap individu.

Dapatkan sekarang!
Shidah 012-6240197


Read More

Mulakan Dengan Asas Nutrisi Yang Sempurna

Assalamualaikum, 

Hari ni nak kongsikan tentang nutrisi asas yang diperlukan badan. Mulakan dengan nutrisi lengkap baru berfungsi cemerlang juga...

1. Vitamin C sustained release - menga kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan semua di dalam badan kita

2. Omegaguard - Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat. 

3. Vita-Lea® Iron Formula - Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

4. B-Complex Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga

5. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder - Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. Jumlah protein soya yang
disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 

 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

4 Perkara Perlu Tahu Tentang HFMD

Assalamualaikum, hari ni nak kongsikan tentang HFMD yang sedang menular dengan dasyat. Takut jugakan. Anak-anak kita bermain di luar terutama di sekolah, di rumah pengasuh dan juga bila kita membawa mereka berjalan diluar. Apa benda ye saya perlu tahu tentang HFMD ni ek? Jom kita gali sebagai nota sendiri... 


Apa itu HFMD?

Penyaki tangan, kaki dan mulut atau omputihnya Hand, foot, and mouth disease (HFMD) adalah jangkitan vrus yang biasanya menyerang kanak-kanak kecil di bawah umur 5 tahun sehingga umur 10 tahun. Hah! Orang dewasa juga boleh terkena jangkitan ini tau. Jangan rasa selamat ye. 

Tanda-tanda pertama penyakit ini akan muncul dalam masa 2 - 14 hari.


Bagaimana HFMD menular?

HFMD menular melalui sentuhan langsung dengan air liur atau najis dari mereka yang telah dijangkiti. Oleh sebab itu, bila kita berada di tempat awam dan tempat yang sesak memang sangat perlu berhati-hati. Antara tempat-tempat utama apabila kita gunakan kerusi bayi di tempat makan, di tempat-tempat ada toys awam, taman permainan, tandas awam, lapangan terbang dan juga di pusat jagaan kanak-kanak. 

Tak hairan lah bila seorang kanak-kanak dijangkiti HFMD, tempat asuhan akan diarahkan tutup seminggu bagi melakukan pembersihan. 

Tanda-tanda dan gejala HFMD

Sekiranya anak-anak mengalami gejala di bawah, segera la berjumpa dengan doktor.


  • Ruam atau lepuh di tangan
  • Ruam atau lepuh di kaki
  • Ruam atau lepuh di mulut
  • Ruam atau lepuh di bahagian lain seperti kawasan lampin
  • Demam
  • Muntah


Bagaimana nak elakkan HFMD menular?

Ingat tau... HFMD tidak boleh dirawat tetapi boleh dicegah. Macamana? Jaga kebersihan anak-anak. Tu kunci utamanya.
  • Mandikan mereka dengan bersih dan kerap terutama selepas pergi berjalan-jalan di luar. 
  • Bersihkan alat-alat permainan, botol susu dan pakaian. 
  • Selain tu, pastikan mereka minum air yang banyak dapat membantu pembuangan
  • Elakkan daripada mendekati orang yang telah dijangkiti.
  • Bekalkan penutup mulut supaya dapat elakkan dijangkiti. 
  • Jika kerap keluar, sediakan sanitiser untuk cuci tangan selalu
  • Kuatkan sistem imun mereka dengan memberi nutrisi lengkap kepada anak-anak.seperti memberikan madu setiap pagi dan vitamin.

Antara cadangan penjagaan yang digunakan oleh ibu ayah yang mengalami masalah HFMD ini adalah seperti berikut;- 

1. Clean : Fresh Laundry Concentrated untuk mencuci baju

  • Dihasilkan dari bahan semulajadi sebagai agen pembersih daripada kelapa, pembuih semulajadi dan garam mineral.
  • Membersih banyak pakaian dengan mengguna serbuk yang sedikit dengan enzim pembersih yang aktif
  • Anda memang boleh jimat. 1 kotak kecik seberat 2.5kg boleh membasuh sehingga 88 muatan
  • Sangat sesuai dengan semua fabrik supaya kekal putih dan pakaian berwarna berseri.  

2. Wash : Mandian Baby Shaklee

Bila terkena jangkitan HFMD, kulit anak-anak menjadi terlalu sensitif. Pemilihan sabun mandi juga sangat penting. Memang sangat disarankan menggunakan sabun mandian baby shaklee. Set Baby Shaklee juga dilengkapi dengan Soothing Lotion dan Massage Oil.

  • Diuji oleh pakar pediatrik untuk kulit sensitif dan sangat selamat
  • Kulit akan menjadi lebih lembut
  • Formula yang tidak memedihkan mata
  • Bahan semulajadi dan organik
  • Tidak menimbulkan alahan
  • pH yang seimbang

3. Protect : Basic H melindungi dari kuman di sekeliling rumah dan anak-anak

Bila berlaku jangkitan, seluruh rumah atau tadika/ taska mestilah di cuci secara menyeluruh. Untuk itu, Basic H adalah pencuci yang paling sesuai kerana kuasa pembersihannya dan tidak meninggalkan sisa berbahaya dan kesan kotoran.

  • Bahan semulajadi dari jagung dan surfaktan berasaskan kelapa
  • Sangat pekat. Sebotol Basic H16 ouns bersamaan 5,824 botol pencuci tingkap 26 ouns. Guna sedikit sahaja. 
  • Pelbagai guna. Boleh menggantikan pembersih kaca, penghapus gris, pembersih bilik air, peluntur
  • Boleh digunakan di semua permukaan rumah.
  • Tidak perlu dibilas
  • Tiada kesan sisan dan tidak meninggal kotoran.


4. Herbal Blend melegakan kegatalan dan parut

Ruam dan lepuh sangat membuatkan anak-anak meragam dan tidak selesa. Sapukan herbal blend bagi melegakan kulit. 

  • Melembutkan kulit kasar dan keras
  • Formula tidak berminyak menjadikan kulit lembut dan segar
  • Formula methol menyejukkan 
  • Kaya dengan ekstrak semulajadi seperti rosemary, karmomile, minyak jagung dan salvia melegakan kulit.

Mudahkan untuk elak jangkitan HFMD. Apapun dengan memahami semua perkara di atas kita dapat menjauhi anak-anak kita dari jangkitan ini.

Moga bermanfaat ye.

Jika anda juga mengalami masalah yang sama, boleh terus hubungi saya,

Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 


Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Bagaimana nak bercinta dengan vitamin yang anda makan

Orang kata tak kenal tak cinta. Berkenalan pun kena la lama sikit. Baru rasa indahnyakan.
Macam tu la saya berkenalan dengan vitamin pertama saya dulu. Takkan sehari dua dah kata tak bagus kan. Paling kurang dua tiga minggu dan 'monitor' perbezaan.


Jelas Tujuan

Bila beli vitamin kena jelas tentang fungsi vitamin pada badan. Boleh je beli sebab kawan suggest tapi usaha sedikit dengan bertanya. Tak tahu nak tanya apa? Senang je.

  • Bertanya la tentang fungsinya. 
  • Bagaimana cara makan yang betul
  • Ada kesan sampingan tak?
  • Kalau makan ubat klinik boleh tak ambil vitamin
  • Vitamin ni bantu tak selesaikan masalah yang anda hadapi.

Banyak tau boleh tanya. Sebagai SID tu la tugas saya untuk jelaskan. Yang penting mulakan bervitamin dengan positif. Jangan ada bersangka-sangka. 

Jimat

Soalan seterusnya... Perlu ke jadi ahli? Mesti la perlu.. Harga RM65 je tak mahal.. Nak jadi ahli free pun boleh KLIK SINI 
  • Pertama mesti nak harga jimat dari 15% hingga 25%. Memang cover dah duit ahli tadi.Tu belum promo bulanan lagi. tiap bulan promo berbeza.
  • Untung anda join sekarang. Buku membership colourful sebab dah upgraded.  Jauh sangat beza dia dari zaman saya jadi member dulu. Guidancenya jelas. 
  • Dapat join group knowledge yang banyak. Janji anda semangat nak belajar. Dalam group tu tanya la dengan sepupu sepapat shaklee yang lain. Insyaallah akan dibantu. 

Ikut cara yang disyorkan


Bila dah tahu kena amal. Catit perbezaan yang anda rasai. Jika ada yang luar biasa, tanya semula saya. Akan ada body adjustment iaitu penyesuaian dan pemulihan. Sendiri kena rasa. Kena bertenang jika berlaku dan jangan cepat nak viral. Hahaha ni yong pesan siap-siap. 

Paling utama 


Pengambilan vitamin adalah tambahan. Asalnya tetap pemakanan sihat dan bersenam untuk tingkatkan metabolisma badan supaya nutrien dibekalkan dapat diserap dengan baik. Jangan biarkan ia lalu hai hai bye bye tanpa meninggalkan manfaat. Gitu..

Ok la.. Cukup la pesanan saya hari ni. Seterusnya saya kongsi manfaat vitamin satu persatu selain berkongsi aktiviti harian. 

Jangan lupa tinggalkan link blog anda untuk saya singgah meninggalkan jejak..

Bertemu lagi ya... 
Read More

Senarai Harga Vitamin Shaklee Untuk Keperluan Harian Anda

Berikut adalah senarai harga vitamin Shaklee bagi memudahkan anda merancang pembelian mengikut keperluan harian. Ini adalah harga terbaru selepas perubahan dalam sistem GST iaitu pada harga pada kadar 0% GST





Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin di atas hubungi saya Shidah 012-6240197. Insyaallah servis terbaik untuk anda.
Kod Produk
Senarai Vitamin
Kandungan
Harga RM
10162
Alfalfa Complex (L)
700 biji
 RM   102.50
10159
Alfalfa Complex (S)
330 biji
 RM     57.50
10164
B-Complex
120 biji
 RM     58.75
10113
CarotoMax
30 biji
 RM     77.50
10621
Chewable-C Plus
90 biji
 RM     51.25
11000
Collagen Powder
15 sachets
 RM   298.00
11026
CoQ-Trol Plus
30 biji
 RM   148.75
10330
DTX Complex
90 biji
 RM   156.25
11003
ESP Mixed Soy Protein Isolate
850g
 RM   161.25
10127
Garlic Complex
60 biji
 RM     56.25
10620
GLA Complex
60 biji
 RM     91.25
11007
Herb Lax
120 biji
 RM     57.50
10163
Lecithin
180 biji
 RM     55.00
11001
Meal Shakes - French Vanilla
544g
 RM   120.00
10250
NutriFeron
30 x 1.2g
 RM   181.25
10236
OmegaGuard
90 biji
 RM   136.25
10128
OsteMatrix
120 biji
 RM     61.25
10126
Peppermint Ginger Plus
90 biji
 RM     47.50
11002
Performance Orange
539g biji
 RM     86.25
11006
Phytocol-ST
120 biji
 RM   197.50
10104
Sustained Release Vita-C Plus
180 biji
 RM     97.50
10112
Vita E Complex
120 biji
 RM   156.25
10131
Vita Lea Iron Formula
120 biji
 RM     93.75
11005
Vita-Lea for Children
60 biji
 RM   111.25
10320
Vivix
150 ml
 RM   475.00
Read More

Kulit Memang Ketara Berbeza Selepas Guna YOUTH

Membelek gambar yang backup di google. Terjumpa gambar selfie.. Dasyat juga muka dulu tapi memang ignore je. Sebab dah penat mencuba..

Yang saya tahu telan je la vitamin untuk kesihatan. Alfalfa, vitamin c yang standard.. Bila berangan nak flawless sikit vivix dengan colagen. Tapi tetap tak memerhati.. Tak dan nak godek2 muka sangat.

Basuh muka pun laju-laju. Tapi memang mula dengan nutriwhite dan sekarang YOUTH. tetap perangai sama pakai tak memerhati. Ni la perasan orang dah penat..

Tapi bila gatal tangan guna photogrid compare dulu dan sekarang. Masyaallah dah banyak berubah.

Dulu selfie memang tak ada dalam checklist tapi sekarang penat dah jari klik2 😁. Ujikaji biasa pada saya la. Kemudian dua adik perempuan jadi mangsa Noratiqah Abdullah Norsyafiqah Abdullah haha.. Ujikaji seterusnya kan kan..  So far diorang pun happy guna YOUTH. memang berbaloi..

Memang lain confidentnya kome oi.  Rasa la sendiri. Lihatlah perbezaannya.




Dapatkan cepat YOUTH dengan harga istimewa bulan ni.

Set YOUTH Renew & Maintain


Harga kalau beli loose
1. Cleanser RM193
2. Toner RM200
3. Serum RM412.50
4. Moisturizer RM206.25
5. Night Cream RM250

Total semua RM1,262.50

Tapi memang JIMAT beli full set RM1,010
- membership percuma
- free skincare guide
- paper bag
- facial device. Ni memang Limited Edition Aug 2018



Mana nak dapatkan? Hubungi terus no dibawah:-
Shidah Abdullah
012-6240197
Read More

Cara Mengecilkan Pori Di Wajah Dengan YOUTH

Pori di wajah yang besar selalu menyebabkan muka terdedah kepada kulit bermasalah. Biasanya ia datang dengan pakej kulit berminyak. Ia menyebabkan sebum berminyak menyumbatkan pori-pori dan berlakulah keradangan kulit seperti jerawat.

Bagaimana nak kecilkan pori-pori ni?

1. Cucikan wajah dengan bersih


Bagi yang mempunyai pori besar, pemilihan pencuci muka memang kritikal. Sebaiknya pilih yang tidak bersabun dan PH seimbang.

Pencuci muka Luminous Gel Oil Cleanser memang sangat sesuai bagi yang mengalami masalah ini. Jika dilihat bahan-bahan digunakan seperti polifenol dan alga menghaluskan kulit. Ia juga digabungkan dengan vitamin yang dipaten menjadikan kulit lembut. Barulah langkah penjagaan lain lebih efektif.


2. Segarkan muka dengan toner


Lepas muka dibersihkan, ambil kapas dan letakkan Perfecting Skin Toner. Ia membantu membuang sel-sel mati yang tertinggal dikulit. Jika dibiarkan kulit akan menjadi kusam.

Terasa kulit segar. Bahan-bahan sweetie polifenol, campuran vitamin dan bahan botanikal di dalam toner ni buat kulit lebih berseri-seri.


3. Tegangkan kulit dengan kolagen dan serum

Amalkan kolagen terutama bila umur melebihi 25 tahun kerana penghasilan kolagen badan dah menyusut. Ia sangat membantu kulit lebih sihat dan membina benteng pertahanan dengan menegangkan kulit dan memelihara pori.

Sapukan serum ke kulit anda agar dapat memulihkan masalah kulit


4. Lindungi kulit dari cahaya matahari

Semasa menghadiri kelas YOUTH, pakar kulit menyatakan di Malaysia kita terdedah lebih banyak kepada cahaya matahari berbanding tempat lain. Disebabkan itu, sapukan pelembap atau moisturiser YOUTH berspf 50. Kenapa? Sinaran UV merosakkan kolagen kulit kita. Dengan sapuan harian dapat mengurangkan kerosakan kulit




Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom


Read More

Cara Mengatasi Kulit Berlupang Bekas Jerawat Dengan YOUTH

Semalam membelek gambar di google. Ada yang auto backup. Mula-mula keluar gambar anak-anak masa kecil. Tetiba lalu gambar muka sendiri. Baru tahu teruknya muka saya dulu.

Pores besar dengan parut-parut. Masa tu tak kisah sangat nak jaga. Bila anak-anak dah start membesar ni tengok diorang pun dah kena mula perlu menjaga kulit.

Mula menggunakan Youth memang ketara perbezaannya, lubang makin mengecil sampai terlupa yang pernah seteruk tu dulu.

Mulakan langkah
1. Pencuci muka
2. Toner
3. Serum
4. Day cream

Disebelah malam menggunakan
5. Night cream dan
6. Vitamin C + E cream.

Hubungi saya yeah untuk sama-sama Menjaga kulit

Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Pengalaman Menginap Di The Zenith Hotel Kuantan

Minggu ni kami ke Kuantan menziarahi pakcik saudara di sini. Sambil tu sempat la kami shortvacay dengan anak-anak, mak dan adik.

Permulaannya kami booking Shahzan Inn  melalui agoda. Tapi bukan rezeki kami untuk menginap di situ selepas complain bilik kami di tingkat 13 aircondnya tidak sejuk walaupun maintenance datang repair. Kebetulan bilik lain penuh untuk digantikan.

Kami decide pindah ke hotel yang lain ditempat pakcik-pakcik yang lain menginap iaitu The Zenith Hotel. Hotelnya memang kerlas ko 😂.


Kami tumpang kad kerajaan pakcik saya dan dapat diskaun 30%. Baru tau special siapa kerja kerajaan dapat jimat banyak.

Ruang Bilik

Ye la dah last minit tukar. Pilihan bilik pun tak ada. Dapat bilik 2 single bed pun dah selesa sangat. Janji aircond fungsi kan! Memang berbaloi dengan harganya untuk kami keluarga yang ramai. 


Disediakan juga kerusi sofa yang boleh juga dibuat tempat melelapkan mata. Kerusi empuk ditambah bilik sejuk seminit pun dah terlena.


Tengok anak dara sorang ni bukan main happy lagi melompat-lompat dan terbaring-baring atas katilnya. 



Bilik Air 

Paling penting bilik airnya. Mudah la sikit mak-mak anak ramai nak berperang menyiapkan seorang demi seorang. 


Ada juga bathtab untuk berendam air. Tuangkan air suam dan berendam... Pergh! Maunya sampai tertidur dekat situ disebabkan keletihan. 


Pakej dengan 2 Sarapan Percuma

Macam biasa akan ada sarapan percuma untuk 2 orang. So 2 orang je la turun makan. Yang lain kami dah siap pergi beli di pasar tani hari ahad depan UTC Kuantan. Ada laksam, nasi lemak dan macam-macam lagi pilihan lain. 

Untuk breakfast, memang banyak pilihan makanan dari makanan utama orang kuantan iaitu nasi minyak dengan ayam sambal sehingga la yang western seperti pasta. Pilih sahaja di tempat buffet ni. Memang puas hati. Berbaloi la menginap di sini.



Kolam Renang

Pastinya untuk anak-anak tak sah kalau tak mencari kolam renang yang berada di tingkat 4. Di tingkat yang sama ada juga fasiliti yang lain seperti gym, spa, zumba dan taman permainan kanak-kanak.


Untuk mandi kolam ni kena pakai swimming suit ye. tak boleh pakai baju biasa. Kalau tak bawa, di ground floor hotel ni terdapat kedai yang menjual swimming suit ni dalam range harga RM50 (bawah 3 tahun), RM109 (bawah 12 tahun) dan dewasa RM160. Huhuhu memang la tahu sebab kena belikan untuk anak-anak dara ni. Tak beli kesian pulak. Beli bersyarat tu... Guna duit raya diorg.. Biar diorang tahu bukan senang nak dapat kan... hehe


Bagi yang mencari hotel di Kuantan kami memang suggest sangat anda ke sini ye.

Jalan Putra Square 6
Putra Square
25200 Kuantan, Pahang
Klik sini Google Map

Tel : +609-565 9595
E-mail: enquiries@thezenithhotel.com



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...