Percaya tak? Cuci Rambut Bantu Hilangkan Stress

Ada hari-hari memang terasa pressure sangat.. Kalau korang apa kalau ada hari-hari macam ni? Menjerit? Tak membantu.. Lagi tambah stress adalah.. Solat dan ngaji tu sudah tentu lakan.. Insyaallah tak la pulak lupa..

Tapi bila keadaan macam ni tau tak kalau dapat orang ramas-ramas kepala.. Picit-picit bahu yang urat tegang memang melegakan.. 

Hari ni saya pergi ke salon sahabat geng exercise saya. Baru tahu dia pakar bidang ni dari fbnya.. Lama juga dah skodeng tp kesempatan nak pergi tu tak ada. Kekonon bz la sangat.

Tapi hari ni half day untuk relaks seketika.. Inilah masa yang ditunggu-tunggu.. Whatsapp team ofis "Saya half day, hilangkan stress cuci rambut". Memang gelak je la bebudak ni kan.

Dah alang-alang cuci ambil package siap gunting dan cuci. Rambut pilihan "Janna Nick" 😂😂. Adik manis berbakat ni namanya Munirah. Nama manja Moon. Mula beraksi menjadikan rambut akak Janna Nick uols. 


Lepas di gunting, rambut di cuci sambil di massage-massage kepala. Kenapa cuci rambut hilangkan stress?
  • Urutan di kepalakan melancarkan perjalanan darah
  • Bila darah berjalan baik rasa lega je
  • Masa ni otak akan rasa lapang


Kemudian di cuci pula, di sapu conditioner dan apa lagi tah.. Sebab dah syok sangat kita serahkan semua pada yang pakar.

Sambung pula sesi pengeringan rambut. Rambut blow2 dengan hair dryer yang suam2 melegakan.. Nak pulak moon  urut dibahu. Pergh! memang syok terasa sangat bahu sangat sakit sebab kita stress sangat.

Bila lagi nak manjakan diri kan.. Bagi yang stay di area Nilai boleh la ke saloon ni ye

Molek The Saloon
96 - 97 Jalan BBN 1/3C
Putra Point 2B
Bandar Baru Nilai

Hubungi :
Munirah 
Call - 011-10907233
Whatsapp - 010-9397223

Waktu Beroperasi :
10.00 pagi - 7.00 petang

Special Punye!!! Appointment boleh dibuat waktu malam tau.

Apa lagi tunggu.. Cepat-cepat book timing ye untuk sesi memanjakan diri ye..

Tapi nak cari Vitamin Shaklee cari akak ye.
Shidah 012-6240197. Dah tentunya pengedar shaklee anda.
Read More

Jalan ke Bukit Fraser Kita Kome!

Assalamualaikum

Memulakan cuti 3 hari sempena hari 1 Malaysia pada 16 September ni dengan bergerak pulang ke kampung. Tapi ada 1 pitstop kena singgah dulu. Hantar barang sepupu yang belajar doktor di USIM. Kolejnya terletak di Kampung Pandan.


Sambil tu singgah minum di Kedai Mamak Al Falah berdekatan untuk sarapan. Masa ni la rancangan tambahan bertambah bila En Bos dapat tahu birasnya pergi memancing kolam air masin di Kuala Kubu Baru.

Dah alang-alang nak balik kampung boleh la join sekaki ye dak... Terus menuju ke sana skodeng.. Mana tahu dapat join sekali mengail. Rupanya time pancing diorang dah habis.


Sebelum kami gerak balik, En Bos sempat tegur otai pancing. Dapat ilmu baru geng pancing kita. Otai pancing ajar ikat mata kail style baru dan siap bagi sample free. Jadi rezeki lagi En Bos jumpa kawasan sekolah menengah SYS.


Hehe jauhkan nak sampai cerita Bukit Fraser ni.. Sebab dia memang tak ada dalam senarai langsung 😂. Nak tahu macamana boleh pergi. Hanya sebab laluan nak ke kolam pancing tulis Bukit Fraser. Selesai menikmati cendol, nasi goreng, cempedak goreng dan rojak, terus decide ke Bukit Fraser. En Bos semangat kami lagi semangat. Dasyat tak! Semua dengan izinNya. Perancang terbaik 👍.

Bermula la misi Bukit Fraser

Nak naik ke atas kami lalu ke satu empangan iaitu Empangan Sungai Selangor. Cerita la sikit empangan tu apa.
Masyaallah cantik sangat ciptaan Allah kan. Tak nampak la bahagian tadahan tu.


Bergambar la kami di sini buat kenangan. Dekat sini la baru ibu tahu telefon vivo ibu ada butang selfie dekat belakang. Kak long lagi advance. Katanya tengok iklan. Bagus2. Thumb up 👍!

Perjalanan

Dari bawah ke atas mengambil masa anggaran sejam 20 minit mengikut google map. 

Ada beberapa perkara kena ready nak naik Bukit Fraser ni iaitu minyak cap kapak, air mineral dan air untuk basuh, plastik dan kain lap. 

Disebabkan jalannya berliku-liku, ada yang akan meloya. Angah muntah di tengah perjalanan 😭. Alhamdulillah masa tu ada ruang sebelah kiri untuk berhenti dan cuci dulu. Lepas tu baru sambung perjalanan sehingga ke atas.

Apa yang ada di atas?

Sampai sahaja di atas kami terus nampak pintu gerbang dan signage fraser hill. Seronok dah ni. Kak long pun kata.. "Ooo tempat ni ain ingat". Kami pernah datang masa anak ketiga masih baby. 

Terus menuju ke Clock Tower tempat yang paling menjadi tumpuan di tengah-tengah roundabout tu. Minta tolong orang ambilkan gambar tau. Baru best!.


Sejuk tak? Kebiasaannya sejuk lagi-lagi kalau selepas hujan dan berangin. Tapi disebabkan kami sampai waktu pukul 2 lebih. So rasa nyaman je la. Apa lagi misi mencari kudapan. Berdekatan tower ada la stall jual makanan. 4 dara nak makan jagung katanya.


Selain tu, di area ni ada taman burung dan tempat main golf. Tak la kami pergi. Sebab masa limited pergi hanya balik hari. Nak turun sebelum hari gelap tu la rancangannya.

Jejak Masjid

Tetiba dapat idea nak buat jejak masjid/surau di mana sahaja tempat kami pergi. Doa orang musafirkan makbul. Kena naik atas sikit untuk ke Masjid Sultan Mahmud. Selesaikan la urusan kita dengan Allah juga. Memang selesa sangat dengan suasana yang sejuk.


Bersebelahan masjid terdapat kedai makan dan di situ kami minum petang dan ibu sempat nyelit buat video vitamin apa nak bawa travel. Dah lama tak buat sebab agak sibuk dengan kerja.

Padang Permainan Kanak-kanak

Ini tempat yang paling semangat anak-anak nak pergi kan. Teruskan lagi perjalanan akan jumpa la kawasan ni.



Tengok punya semangatnya masing-masing dengan gaya tersendiri.

Tempat Makan

Dah penat berjalan jauh, perut pun dah lapar. Berdepan dengan taman permainan ada banyak pilihan tempat makan. Apa lagi kita soru la dulu..


Kami makan nasi campur. Ni package sampai malam. Tu kena nasi.. Nak turun nanti lagi sejam dan nak balik kampung terus. 


Ni la kedai yang kami makan tu Restoran Puncak. Ni kesannya kenyang perut suka hati 😂.


Berakhirnya percutian balik hari kami. Bila nak turun kena bersedia sebab masa naik ada lori balak terbalik. Tahu tak? Sejam stuck masa nak turun dalam keadaan gelap sebab masa tu dah pukul 7 lebih. Hujan renyai mujur geng stuck ramai tak la seram sangat 😂.


Syukur semuanya selamat dan happy sangat. Hilang stress kerja mak 😍.

Ibu4Dara,
Shidah Abdullah



Read More

Lawatan Ke Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak

Assalamualaikum.

Pernah ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak?. Saya pernah masa zaman sekolah dulu. Belum pernah bawa anak-anak ke situ. Tapi kami bawa kali ini. Biasa bila balik kampung, kami hanya lalu lalang je istana ni.. Hari ni atas permintaan anak-anak kami singgah ye.. Buat kenangan..


Bagi yang nak pergi ke Kellie's Castle ni.. Datang la pagi-pagi kalau nak posing-posing. Ia dibuka seawal 8 pagi hingga 6 petang. Kalau tak terkenyit-kenyit mata dek silau matahari.


Pemandangan memang cantik.. Macam dekat oversea. Bawak la stand hp kalau rasa tak ada siapa nak tolong tangkap gambar.. Senang.. Semua boleh masuk gambar sekali.


Kos adalah seperti berikut:-
Parking cuma RM2
Tiket Dewasa RM5
Tiket Kanak2 RM3 (3-12 tahun)


Ada juga sesi fotografi sebelum masuk ke dalam. Sebelum keluar nanti sebelum keluar boleh ke kaunternya.
Harga : Foto frame RM35 (Kalau nak)

Standby juga la duit nak beli keychain la gelang la badge la... Air bawa sendiri pun boleh.. Ada juga cafe untuk beli tapi harga boleh agak la kan.


Haha mengimbau kenangan ibu ayah posing masa kahwin dulu. 😂😂


Read More

JIMAT! PROMOSI BULAN SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum semua...

Bulan ni promosi special untuk anda adalah seperti berikut:
  • Ostematrix Beli 3 Dengan Diskaun 5%
  • Set Kehamilan Penuh
  • Set YOUTH

Hubungi saya terus untuk dapatkan set-set diatas:-
Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...