Cara memulihkan luka bersalin dengan berkesan

Hah topik hari ni tentang luka bersalin. Sesetangah ibu dipilih untuk bersalin secara normal dan ada pula yang dipilih melalui ceasarian. Ikut mana-mana cara pun tu semua anugerah terindah untuk mendapatkan anakkan!. Tak perlu la dipertikai siapa yang lebih sakitkan. Hanya yang merasa tahu.



Yang penting sebenarnya macamana nak jaga luka bersalin tu sendiri. Saya sendiri lalui 4 fasa melahirkan melalui kelahiran secara normal 2 kali keguguran. Semuanya tak sama. 
Memang seram tau kalau cik bunga terbuka dan perlu dijahit semula. Sakit jangan cerita la kan. 

1. Kurangkan berjalan 
Bila berpantang berjalan kena berhati-hati. Kalau mak saya tengok saya berjalan laju, memang kena sedas "hah jalan laju-laju terkoyak baru tahu!!" Glupp memang ngeri. So memang jalan terkepit-kepit tu sebab juga kita berbengkung supaya kita berjalan agak terhad.

2. Buat senaman ringan
Antara senaman yang biasa disarankan adalah senaman kegel. Bukan boleh sebarang-sebarang senaman tau. Senaman ini menggalakkan peredaran darah di tempat luka dan membantu luka cepat sembuh. 

Senaman ini buat dengan mengemut otot faraj dan otot pelvik dalam keadaan paha dan kaki dirapatkan perlahan-lahan sebanyak 20 kali (boleh dilakukan ketika berdiri, duduk ataupun baring). Anda perlu menahan nafas selama lima saat semasa melakukan kemutan. Nafas dilepaskan perlahan-lahan secara serentak ketika melepaskan kemutan dalam pengulangan empat hingga lima kali. Boleh tengok video ni ye




3. Tukar pad 
Dalam keadaan bernifas, tukar pad dalam tempoh 2 hingga 4 jam sekali. Dengan cara ini, dapat lagi selalu anginkan tempat jahitan tu. Elakkan membiarkan 5 hingga 6 jam baru nak tukar. Memang melecet nanti. Bukan tu je, kuman pun mudah merebak ye. Gatal tau bila dah ada kuman. Tempat jahitan akan lebih teruk ye. So baik tukar.

4. Air garam 
Saya biasanya semasa di hospital selepas 6 jam bersalin, nurse akan suruh masuk bilik air dan rendam cik bunga dengan air suam di campur garam. Ada kata garam ni cepatkan mereputkan benang jahitan. Ada juga yang cepat mencantumkan luka. Bila saya balik saya teruskan sehingga habis pantang. Buat sekali sehari pun ok. Saya buat bila mandi pagi dan petang. Ambil besen yang boleh muat size punggung kita dan buat la air garam tu. Kalau susah, gunakan spray pun ok juga.

5. Elakkan Mencanggung
Bagi mengelakkan regangan pada luka, seeloknya gunakan tandas duduk dan elakkan daripada mencangkung. Kalau di rumah hanya ada tandas duduk, berlunjur atau bersimpuh dalam keadaan selesa. Ini dapat menjaga luka jahitan kita. 


6. Perhatikan Tanda Jangkitan.
Kalau rasa luka macam lambat sangat sembuh, teruskan usaha-usaha di atas. Tapi kalau ada tanda-tanda di bawah, terus ajak husband ke hospital berjumpa doktor ye ;
  • Kemerahan.
  • Bengkak pada luka episiotomi.
  • Sakit yang teramat di kawasan luka terutama apabila bergesel sewaktu berjalan.
  • Pengeluaran discaj berbau.
  • Demam.

Bagaimana Vitamin Boleh Membantu Memulihkan Luka?


7. Elak sembelit

Sembelit memang akan mengganggu jahitan. Kalau meneran memang terasa sakit di jahitan. Minumlah air secukup tapi jangan berlebihan sebab kita akan kerap ke tandas juga tak elok. Pantang orang tua minum air banyak. 


Selain tu, makan buah, sayuran hijau dan kalsium juga boleh mengelakkan sembelit. Saya sendiri memang alami sembelit dari anak pertama sampai ketiga. Anak ke empat saya memang berhati-hati. Ambil kalsium dari mengandung memang sangat membantu. Kaki tak krem dan terus ambil berterusan sampai bersalin. Memang tak sembelit macam sebelum ni  BACA DISINI.



8. Ambil vitamin C dan zink
Biasanya dalam pantang macam-macam tak boleh makan. Memang berpantang makan. So jadi sumber vitamin C pun kurang. Arwah opah dulu oren sunkist pun tak bagi makan. Saya ambil vitamin C tambahan. Memang sangat bantu pulih luka. Beli je mudah. Asalkan kita cepat sembuh. Jika ada vitamin zink lebih baik di ambil untuk luka sembuh cepat.

Testimoni

Pengambilan set bersalin dan penyusuan anak juga sangat digalakkan kerana dapat meningkatkan penghasilan susu berkualiti. Double bonus untuk ibu dan anak. Anda akan happy macam Puan Nida


Jika berminat untuk dapatkan produk ni boleh hubungi saya, Shidah di 012-624 0197 atau direct wasap www.wasap.my/60126240197

Jika anda ada kredit atau debit kad dan ingin beli sendiri boleh terus klik sini 


Semoga bermanfaat ye semua.

Tentang penulis Shidah Abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...