10 Tips Berpantang Sendiri Di Rumah Untuk Ibu Muda

Assalamualaikum wahai ibu-ibu muda. Dah ready dah nak berpantang bagi yang sedang hamil terutama anak pertama. Atau yang sedang berpantang. Tak kisah anda yang mana satu, yang penting berpantang la dengan betul di rumah.


Kadang-kadang mak ayah jauh, tak dapat berpantang di kampung, buat persediaan yang rapi untuk berpantang sendiri. Kena ready mindset awal-awal kalau tak memang habis langgar semuanya. Kesannya pada badan kita juga.


1. Mandi awal pagi dengan air suam


Bangun awal pagi sebab biasanya baby bangun lewat sedikit. Tu la ruang untuk ibu segarkan diri. Mandi dengan bersih.

Tips :
a. Bagi yang bersalin normal digalakkan merendam bahagian punggung dan kemaluan dengan air garam. Tujuan kebersihan.
b. ikat tocang tinggi2 untuk elakkan kepal berangin.


2. Berstokin


Selepas bersiap berpakaian, pastikan terus memakai stokin. Kenapa? Ini bagi menjaga urat-urat kita supaya tidak sejuk. Memang jika tidak dijaga, akan terasa masa akan datang. Mudah kebas, sakit-sakit urat.

3. Bertungku


Sebelum mandi tadi, biasakan bakar batu tunggu di atas dapur siap-siap. Dah siap terus ikat dengan kain batik lama atau guni. Lebih elok lagi dialaskan dengan daun mengkudu yang memberi aroma yang wangi. Kalau tak ada, alas surat khabar je la untuk elak kain mudah terbakar.

Khasiat bertungku ni bagi melancarkan peredaran darah, mengeluarkan darah beke dari rahim dan memberi keselesaan pada badan. Bukan tu je, mengecutkan lemak yang berlapis di perut tu.

4. Urut


Kebiasaannya ibu berpantang digalakkan untuk berurut 3 kali diawal berpantang dan 3 hari sebelum 44 hari.

Berurut di awal sangat membantu terutamanya melancarkan pengeluaran susu dari payu dara ibu. Adakalanya salurannya tersumbat dan berurut sangat membantu.

Berurut di akhir pula dapat menghilangkan stress dalam tempoh berpantang. Nampak macam relaks tapi hakikatnya bangun malam menyusukan sambil duduk sangat menyakitkan bahu dan belakang. So berurutlah. Manjakan diri sikit.

Lebih baik lagi, kalau dapat tukang urut yang dapat bagi pakej bertangas sekali.

5. Jaga Makan Ketika Berpantang


Jaga makan sangat penting bagi mengelakkan ibu berpantang meroyan disebabkan badan berangin sebab makan main bedal. Jangan makan yang gatal-gatal dan berangin. Bukan ibu je rasa, anak pun boleh kembung perut.

Carilah sesiapa sama ada jiran atau saudara terdekat untuk masak yang simple2 untuk berpantang. Kalau husband anda rajin, hari-hari singgang apa salahnya. Hehe..pastikan cukup serat dan khasiatnya.

6. Minum air yang cukup


Memang orang tua selalu pesan jangan banyak minum air sebab risau kerap ke tandas dan nanti luka lambat baik.

So minum jangan sekali banyak. Jarakkan masa sebab sangat penting air ni untuk elakkan sembelit. Jangan cuba rasa sembelit tu macamana. Nak tau jugak? Klik SINI.

7. Pantang ais


Alahai mommy! Waktu ni jangan sesekali cuba minum ais langsung walaupun hari panas. Kesannya bila anda tua nanti akan rasa sakitnya. Kan dah jenuh masa mengandung ngidam tu ngidam ni. So masa berpantang ni sungguh-sungguh la. Ini masa memanaskan badan.

8. Jamu atau supplemen


Amalkan jamu atau supplemen untuk memberi tenaga sepanjang berpantang. Ia dapat melancarkan perjalanan darah bagi memastikan ibu segar sentiasa. Jangan kemut untuk invest untuk diri kita sendiri. Doktor pun amalkan tau. klik SINI

9. Maklumkan pada jiran 


Jangan terlalu risau untuk berpantang sendiri. Insyaallah anda boleh. Pastikan jiran tahu anda berpantang di rumah. Supaya mereka boleh bertanya khabar dan menjenguk anda semasa ketiadaan suami. Pastikan bateri handphone selalu ada.


10. Banyakkan berehat


Elakkan buat kerja-kerja berat terutamanya sibuk nak basuh kain, sidai kain. Mintak suami bantu dalam tempoh ini. Atau outsource ke kedai dobi. Fokus untuk recovery dan anak. Elakkan main telefon banyak yang akan buat anda sakit kepala.

Moga bermanfaat ye.

Shidah Abdullah
012-6240197
Read More

Cara Mengatasi Masalah Anxiety Disorder

Perasaan bimbang memang semua orang ada mungkin sebab kerja, sebelum masuk dewan periksa. Tapi bagi sesetengah orang mereka mengalami kebimbangan lebih dari orang lain. Ini yang dipanggil Anxiety Disorder.

Apakah Anxiety Diorder?

Anxiety disorder atau dalam bahasanya gangguan kebimbangan yang dirasai seseorang yang melebihi dari biasa.

Bagi mereka yang mengalami masalah ini, masalah bimbang ini tidak hilang dan semakin teruk. Ia akan mengganggu prestasi kerja, tugasan harian dan perhubungan.

Apakah simptom-simptomnya?

  • Cepat rasa keletihan
  • Mudah jatuh pengsan
  • Sukar fokus pada sesuatu dan otak menjadi blank
  • Otot menjadi tegang
  • Cepat berasa marah
  • Sukar kawal perasaan bimbang
  • Mengalami masalah tidur dan tidak nyenyak
  • Rasa gelisah

Bagaimana nk mengatasi masalah anxiety disorder ni?

1. Ambil nafas yang panjang bila anda merasai kebimbangan. Ini dapat membantu berfikir lebih tenang.

2. Kenal pasti perkara yang membuatkan anda sentiasa ada tidak perlu bimbang.

3. Tutup mata seketika dan bertenang.

4. Berjumpa doktor yang dapat membantu menangani.

5. Pengambilan vitamin dan mineral penting seperci vitamin B, kalsium dan omega 3 sangat membantu menenangkan saraf.

Testimoni pengambilan supplemen set Anxiety Disorder



Bagi yang berminat boleh menghubungi saya:-

Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197
Read More

8 Manfaat Detox Bersihkan Toksin Dalam Badan

Heboh orang buat detoks sana sini. Detoks ni adalah proses atau aktiviti mengawalan dan pemilihan makanan dengan tujuan menghapuskan toksin yang berkumpul dalam badan kita.

Biasanya semua cita-cita atau objektif nak menurunkan berat badan. Betul tak?

Orang kata detoks bagus. Bila tanya apa yang bagus, sengih je. So sebelum anda betul-betul buat detoks dengan cara yang betul, jom kita faham betul-betul dulu supaya tak ada salah tanggapan.

1. Penurunan Berat Badan

Kalau tanya orang perempuan, dah tentu inilah matlamat utamanya. Macamana dengan detoks je boleh turun berat.

Bila badan kita mengumpul toksin dari persekitaran dan pemakanan tak berkhasiat, ia menyebabkan keupayaan badan membakar lemak menurun. Bila ada toksin, kilang membakar menerima signal yang salah dan menyebabkan sel lemak meningkat. 

Akhirnya, makanan yang patut ditukar kepada tenaga tidak berkerja sepenuhnya dan mengganggu hormon badan. Bermaharajalela la toksin kalau kita tak detox. Bukan berat je naik, dengan pakej diabetes. Detoks secara tidak langsung meningkatkan metabolisma badan.

2. Lega dari Perut Kembung dan Sembelit

Nak kurus tapi sembelit. Tak boleh biar gitu sebab kolon adalah sebagai sistem badan yang membawa bahan buangan dari badan.

Tapi makanan tidak sihat seperti makann diproses, makanan segera akan menyumbat kolon dan berkumpullah toksin yang menyebabkan berat statik  dan perut sebu. Detokslah 

3. Meningkat tenaga

Tak bagus kita biarkan badan bertoksin tau. Bila terlalu banyak toksin, badan kita memerlukan tenaga lebih banyak untuk membakar. Ini menyebabkan kita kurang tenaga. Jadi dengan detoks tenga dapat ditingkatkan.

4. Ubati masalah "Craving"

Selain tukan, bagi yang hantu makan manis-manis dengan membuat detoks akan mula menghantar signal kepada otak bahawa sekarang saya hanya memilih makanan berkhasiat dan bernutrisi sahaja. Inilah cara terbaik nak buang "craving" terutama benda manis.

So bye-bye sayonara pada makanan manis dan tidak berkhasiat.

5. Kulit Lebih Cantik

Kulit adalah refleksi dalaman kita. Kulit juga organ yang membuang toksin melalui mengeluaran peluh. Kulit jadi bertoksin bila toksin terlaly overload. Toksik lagi cepat berkumpul dari mencegah. Bila kita detoks akan nampak kulit bersih cerah dan lembut.

6. Stress Berkurangan

Dah syantek-syantek tak kan stress lagi. Badan lebih mudah stress bila badan bertoksin. Toksin ni membuatkan nutrisi tidak diserap dari makanan. Otak lebih fresh dan tidur lebih selesa.

7. Tingkatkan sistem imun

Penting sangat sistem ni. Kalau tak, memang habis sel badan bila toksin berleluasa. Habis sel-sel rosak dan sistem pertahanan jadi lemak. Ni yang kita tak nak kan. Pilih detoks

Akhir sekali...

8. Tidur yang berkualiti

Jangan ingat tidur tak penting. Masa tu badn rehat sepenuhnya. Tidur yang berkualiti sehinggakan mimpi pun tak menyinggah. Detoks akan tingkatkan hormon untuk tidur dan berehat. Kalau tak, tu yang ada kena imsonia.

Ok la.. Jom tidur dan reset semua untuk hari yang lebih segar esok untuk terus detoks.

Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197
Read More

Masalah Jantung Omega 3 Penyelesaian Terbaik

Takut tengok statistik penyakit jantung sekarang. 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia yang berumur 50 tahun ke bawah mengalami masalah sakit jantung.

Tak lain tak bukan puncanya adalah:-

  • Kerap stress atau tertekan tak kira la masalah kerja atau keluarga
  • Tak cukup pula waktu tidurnya. Sekurang-kurangnya 6 jam rehat. Tu belum lagi mengambil kira kualiti tidurnya.
  • Lebih teruk jika anda perokok
  • Pemakanan paling mencabar untuk rakyat Malaysia di mana pengambilan makanan yang tinggi gula dan garam

Antara tanda-tanda jantung anda bermasalah :-

  • Tekanan darah tinggi berpunca dari keradangan atau inflamasi pada saluran darah yang menjadikan ia sempit.
  • Degupan jantung menjadi tidak konsisten
  • Akan mula rasa sakit dibahagian dada

Bagaimana Omega 3 membantu jantung berfungsi dengan baik?


  • Omega 3 membantu menyingkirkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik HDL dalam badan. Kolestrol ni merbahaya dan boleh menyumbat saluran darah
  • Ia juga memastikan degupan jantung berjalan dengan baik dan konsisten supaya darah, nutrien dan oksigen dihantar dengan sempurna.
  • Saluran darah yang sempit sangat merbahaya dan Omega 3 membantu mengembangkan salur darah.
  • Bila semua di atas dalam keadaan baik. Sudah pastinya tekanan dan peradaran darah dapat dikawal dengan baik.

Kenapa Mesti Pilih OmegaGuard Shaklee?

Ni penting bila memilih sesuatu produk. Jangan beli sebab orang yang menjual tapi beli disebabkan kualiti sesuatu barangan. Ini berdasarkan ujian dan penjelasan pakar nutrisi Shaklee sendiri.


  • Minyak ikan Omegaguard melalui penyulingan 3 peringkat untuk memastikan ketulenan minyaknya dan selamat untuk pengguna. Analoginya macam kita beli filter air, kita tengok kualiti air yang ditapiskan!
  • Berkepekatan tinggi. Dengan harga berpatutan anda mendapat kualiti terbaik dengan kadar penyerapan 99%. Kadar penyerapan sesuatu produk yang kita ambil sangat perlu dititik beratkan. Ia memberi kesan berbeza bagi pengambilnya.
  • Dari sumber ikan kecil dan laut dalam. Kenapa ikan kecil? Ikan kecil bila kecil kurang terdedah dengan pencemaran dan laut dalam adalah sangat bersih dari pencemaran.
  • Diiktiraf oleh Friend of The Sea
  • Lengkap dengan 7 spektrum asid lemak Omega 3 tulen sama seperti makan ikan. Sangat sesuai bagi mereka yang vegetarian.
  • Paling penting bau dan rasa hanyirnya sangat minimum. 

Testimoni Pengguna


Nak mendapatkan Omegaguard anda boleh terus klik pada gambar di bawah :



Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197
Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...