10 Tips Berpantang Sendiri Di Rumah Untuk Ibu Muda

Assalamualaikum wahai ibu-ibu muda. Dah ready dah nak berpantang bagi yang sedang hamil terutama anak pertama. Atau yang sedang berpantang. Tak kisah anda yang mana satu, yang penting berpantang la dengan betul di rumah.


Kadang-kadang mak ayah jauh, tak dapat berpantang di kampung, buat persediaan yang rapi untuk berpantang sendiri. Kena ready mindset awal-awal kalau tak memang habis langgar semuanya. Kesannya pada badan kita juga.


1. Mandi awal pagi dengan air suam


Bangun awal pagi sebab biasanya baby bangun lewat sedikit. Tu la ruang untuk ibu segarkan diri. Mandi dengan bersih.

Tips :
a. Bagi yang bersalin normal digalakkan merendam bahagian punggung dan kemaluan dengan air garam. Tujuan kebersihan.
b. ikat tocang tinggi2 untuk elakkan kepal berangin.


2. Berstokin


Selepas bersiap berpakaian, pastikan terus memakai stokin. Kenapa? Ini bagi menjaga urat-urat kita supaya tidak sejuk. Memang jika tidak dijaga, akan terasa masa akan datang. Mudah kebas, sakit-sakit urat.

3. Bertungku


Sebelum mandi tadi, biasakan bakar batu tunggu di atas dapur siap-siap. Dah siap terus ikat dengan kain batik lama atau guni. Lebih elok lagi dialaskan dengan daun mengkudu yang memberi aroma yang wangi. Kalau tak ada, alas surat khabar je la untuk elak kain mudah terbakar.

Khasiat bertungku ni bagi melancarkan peredaran darah, mengeluarkan darah beke dari rahim dan memberi keselesaan pada badan. Bukan tu je, mengecutkan lemak yang berlapis di perut tu.

4. Urut


Kebiasaannya ibu berpantang digalakkan untuk berurut 3 kali diawal berpantang dan 3 hari sebelum 44 hari.

Berurut di awal sangat membantu terutamanya melancarkan pengeluaran susu dari payu dara ibu. Adakalanya salurannya tersumbat dan berurut sangat membantu.

Berurut di akhir pula dapat menghilangkan stress dalam tempoh berpantang. Nampak macam relaks tapi hakikatnya bangun malam menyusukan sambil duduk sangat menyakitkan bahu dan belakang. So berurutlah. Manjakan diri sikit.

Lebih baik lagi, kalau dapat tukang urut yang dapat bagi pakej bertangas sekali.

5. Jaga Makan Ketika Berpantang


Jaga makan sangat penting bagi mengelakkan ibu berpantang meroyan disebabkan badan berangin sebab makan main bedal. Jangan makan yang gatal-gatal dan berangin. Bukan ibu je rasa, anak pun boleh kembung perut.

Carilah sesiapa sama ada jiran atau saudara terdekat untuk masak yang simple2 untuk berpantang. Kalau husband anda rajin, hari-hari singgang apa salahnya. Hehe..pastikan cukup serat dan khasiatnya.

6. Minum air yang cukup


Memang orang tua selalu pesan jangan banyak minum air sebab risau kerap ke tandas dan nanti luka lambat baik.

So minum jangan sekali banyak. Jarakkan masa sebab sangat penting air ni untuk elakkan sembelit. Jangan cuba rasa sembelit tu macamana. Nak tau jugak? Klik SINI.

7. Pantang ais


Alahai mommy! Waktu ni jangan sesekali cuba minum ais langsung walaupun hari panas. Kesannya bila anda tua nanti akan rasa sakitnya. Kan dah jenuh masa mengandung ngidam tu ngidam ni. So masa berpantang ni sungguh-sungguh la. Ini masa memanaskan badan.

8. Jamu atau supplemen


Amalkan jamu atau supplemen untuk memberi tenaga sepanjang berpantang. Ia dapat melancarkan perjalanan darah bagi memastikan ibu segar sentiasa. Jangan kemut untuk invest untuk diri kita sendiri. Doktor pun amalkan tau. klik SINI

9. Maklumkan pada jiran 


Jangan terlalu risau untuk berpantang sendiri. Insyaallah anda boleh. Pastikan jiran tahu anda berpantang di rumah. Supaya mereka boleh bertanya khabar dan menjenguk anda semasa ketiadaan suami. Pastikan bateri handphone selalu ada.


10. Banyakkan berehat


Elakkan buat kerja-kerja berat terutamanya sibuk nak basuh kain, sidai kain. Mintak suami bantu dalam tempoh ini. Atau outsource ke kedai dobi. Fokus untuk recovery dan anak. Elakkan main telefon banyak yang akan buat anda sakit kepala.

Moga bermanfaat ye.

Shidah Abdullah
012-6240197
Tentang penulis shidah abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...