8 Manfaat Detox Bersihkan Toksin Dalam Badan

Heboh orang buat detoks sana sini. Detoks ni adalah proses atau aktiviti mengawalan dan pemilihan makanan dengan tujuan menghapuskan toksin yang berkumpul dalam badan kita.

Biasanya semua cita-cita atau objektif nak menurunkan berat badan. Betul tak?

Orang kata detoks bagus. Bila tanya apa yang bagus, sengih je. So sebelum anda betul-betul buat detoks dengan cara yang betul, jom kita faham betul-betul dulu supaya tak ada salah tanggapan.

1. Penurunan Berat Badan

Kalau tanya orang perempuan, dah tentu inilah matlamat utamanya. Macamana dengan detoks je boleh turun berat.

Bila badan kita mengumpul toksin dari persekitaran dan pemakanan tak berkhasiat, ia menyebabkan keupayaan badan membakar lemak menurun. Bila ada toksin, kilang membakar menerima signal yang salah dan menyebabkan sel lemak meningkat. 

Akhirnya, makanan yang patut ditukar kepada tenaga tidak berkerja sepenuhnya dan mengganggu hormon badan. Bermaharajalela la toksin kalau kita tak detox. Bukan berat je naik, dengan pakej diabetes. Detoks secara tidak langsung meningkatkan metabolisma badan.

2. Lega dari Perut Kembung dan Sembelit

Nak kurus tapi sembelit. Tak boleh biar gitu sebab kolon adalah sebagai sistem badan yang membawa bahan buangan dari badan.

Tapi makanan tidak sihat seperti makann diproses, makanan segera akan menyumbat kolon dan berkumpullah toksin yang menyebabkan berat statik  dan perut sebu. Detokslah 

3. Meningkat tenaga

Tak bagus kita biarkan badan bertoksin tau. Bila terlalu banyak toksin, badan kita memerlukan tenaga lebih banyak untuk membakar. Ini menyebabkan kita kurang tenaga. Jadi dengan detoks tenga dapat ditingkatkan.

4. Ubati masalah "Craving"

Selain tukan, bagi yang hantu makan manis-manis dengan membuat detoks akan mula menghantar signal kepada otak bahawa sekarang saya hanya memilih makanan berkhasiat dan bernutrisi sahaja. Inilah cara terbaik nak buang "craving" terutama benda manis.

So bye-bye sayonara pada makanan manis dan tidak berkhasiat.

5. Kulit Lebih Cantik

Kulit adalah refleksi dalaman kita. Kulit juga organ yang membuang toksin melalui mengeluaran peluh. Kulit jadi bertoksin bila toksin terlaly overload. Toksik lagi cepat berkumpul dari mencegah. Bila kita detoks akan nampak kulit bersih cerah dan lembut.

6. Stress Berkurangan

Dah syantek-syantek tak kan stress lagi. Badan lebih mudah stress bila badan bertoksin. Toksin ni membuatkan nutrisi tidak diserap dari makanan. Otak lebih fresh dan tidur lebih selesa.

7. Tingkatkan sistem imun

Penting sangat sistem ni. Kalau tak, memang habis sel badan bila toksin berleluasa. Habis sel-sel rosak dan sistem pertahanan jadi lemak. Ni yang kita tak nak kan. Pilih detoks

Akhir sekali...

8. Tidur yang berkualiti

Jangan ingat tidur tak penting. Masa tu badn rehat sepenuhnya. Tidur yang berkualiti sehinggakan mimpi pun tak menyinggah. Detoks akan tingkatkan hormon untuk tidur dan berehat. Kalau tak, tu yang ada kena imsonia.

Ok la.. Jom tidur dan reset semua untuk hari yang lebih segar esok untuk terus detoks.

Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197
Tentang penulis Shidah Abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...