Cara sedapkan hati sebab beli almari baru

Assalamualaikum

Raya dah dekat tapi Shidah masih belum habis mengemas. PKP 1.0 dulu duduk rumah mak. Lepas balik dari balik PKP 1.0 sampai nak masuk PKP 3.0 dah tak habis kemasnya. Barang 10 tahun tak pernah dibuang memang jenuh nak kena buat 5S. Memang kena memilih dan kena kental. Sebab apa tau? Akan ada satu perasaan sayangnya yang ni mahal beli dulu. Simpan la. Lastnya, rumah korang tak ke mana la kemasnya.

Dia nak lagi best, bila kita kemas anak pun mengemas semula. Anak Shidah yang nombor 4 tu ajenya. Dah disusun-susun. Tengok diusiknya dan semua di masuk dalam beg sekolah tadika dia. Tarik nafas panjang je la.

Untuk membantu mengemas, hehe Shidah beli almari make up. Selama 11 tahun kahwin tak pernah ada. Tapi Shidah pilh mengikut keperluan dan penggunaan. 

Masa beli tu syaratnya
1. Beli bila betul-betul ada keperluan
Shidah beli sebab rasa selerak sangat tudung-tudung yang ada sekarang. memang dalam almari laci tapi almari tu makan space dalam bilik shidah. Rasa tak sesuai di situ. Kukuh tak alasan? hahaha

2. Tujuan beli tu untuk apa :
Macam Shidah nak yang ada tempat boleh simpan tudung. Ada almari laci yang warna-warni tapi nak digunakan untuk beg-beg serbaguna yang lain

3. Ciri-ciri tambahan
Nak yang ada cermin dan nak yang ada tempat simpan barang bersolek

4. Warna kena match dengan almari sedia ada


Tada! Terbeli la almari ni. Ter! la sangat kan. Menepati ciri-ciri di atas.




Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 
 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Tentang penulis shidah abdullah

Ibu 4 orang anak dara. Seorang yang simple tetapi sangat teliti. sangat suka cabaran dan sabar. Sentiasa positif dalam apa sahaja.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...