Tentang Saya


Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Salam perkenalan saya ucapkan pada anda. Semoga apa yang saya kongsikan di blog ini memberi manfaat pada anda semua. Biar saya perkenakan diri saya terlebih dahulu.

Latar Belakang

Nama penuh saya ialah Norashidah binti Abdullah. Saya dilahirkan di Klang, Selangor.  Saya dibesarkan di Subang Jaya, Selangor. Saya merupakan anak ketiga dari enam orang adik beradik dan merupakan anak sulung perempuan. Kebiasaannya di rumah semua panggil saya Kak Idah. Mendirikan rumahtangga pada tahun 2007 dan kini ibu kepada 4 anak dara Nur’ain.

Pendidikan
Sejarah pendidikan kita meletakkan kita di mana sekarang. Penting untuk kongsikan dengan anda supaya kita kenal antara satu sama lain. Mungkin juga kita pernah menuntut ditempat yang sama.
  • 1990 – 1995 – Sekolah Rendah SS 19
  • 1996 – 2000 – Sekolah Raja Perempuan Taayah
  • 2001 – 2006 – Universiti Teknologi Mara

Kerjaya

Memulakan kerjaya sebagai akauntan sehingga sekarang di sebuah syarikat GLC. Dalam tempoh 10 tahun, Kak Idah mengembangkan minat berniaga. Dulu kecil-kecik, selalu tolong abah meniaga pau di kedai Cik Jah Subang Jaya. Masa sekolah menengah diberi peluang menjadi sebahagian Ahli Lembaga Koperasi.
Dari situ, Kak Idah teruskan minat berniaga bermula dari ;
  • 2011 – sekarang – Perniagaan takaful kenderaan bersama Etiqa. Siapa nak buat roadtax insuran boleh whatsapp 012-6240197
  • 2013 – sekarang – Pengedar Shaklee (ID 922949). Mula amalkan supplemen Shaklee untuk menyusukan anak. Kemudian kongsikan kebaikan Shaklee pada semua orang supaya bantu ramai orang terus sihat.
  • 2016 – sekarang –  Mengembangkan bakat dalam membuat Brownies Kedut
  • Sekarang Kak Idah pilih juga menjadi blogger untuk kongsikan pengalaman.
Kata orang “Cintai dan Sukai Apa Sahaja Yang Kita Lakukan”.  Insyaallah Allah permudahkan.

Kenapa berblogging?
Selalunya berceloteh sahaja dengan keluarga dan rakan-rakan sekeliling. Macam-macam topik.
  • Masalah tempat kerja
  • Masalah kesihatan
  • Masalah keluarga
  • Masalah ibu-ibu
Rupanya dalam berborak-borak tu banyak input-input penting boleh dikongsikan dengan kawan-kawan. Moga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat.

Salam Sayang,
Shidah Abdullah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...