Showing posts with label Aktiviti Saya. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Saya. Show all posts

Kelas Taranum Di Tahsin Tilawah Bestari Teras Jernang

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah hari ni dapat hadir juga ke kelas Taranum anjuran Tahsin Tilawah Bestari di bawah tenaga pengajar Ustazah Ruzana Natiah, Qariah Negeri Selangor.


Thank you kak angah teman ibu pergi kelas. Asalnya yang follow 3 orang tapi 2 dihantar pulang 😂😂 sebab pergerakan diluar kawalan. Risau mengganggu yang lain. Angah nampak masih steady dan moga Angah berminat menjadi Qariah bersama Kak Long, Kak Chik dan Adik ye. Walaupun join tu banyak menung-menung tapi ibu tahu Angah mendengar.


Lama dah nak join. Sebelum ni ada tapi tak berkesempatan hadir. Dari dulu minat. Dulu masa dekat sek men ada kelas ni tapi tak lama.. Rasanya 3-4 kali je. Mungkin yang hadir makin susut. Kelas ni terus dibatalkan. 

Masa tu rasa nak memahaminya susah...

Tapi teknik Ustazah Nor Ruzana Natiah ajar hari ni mudah nak diikuti dan difahami. Walaupun tingkatan suaranya dari Qarar, Nawa, Jawab dan Jawabul Jawab agak mencabar nak follow tapi seronok dipelajari. Baru tahu potensi suara sendiri 😂..

Moga dapat baca Taranum Murattal Bayati pun dah alhamdulillah..

Bagi yang berminat nak belajar, berikut adalah maklumat penting kelas ni

Kelas Taranum Bersama Ustazah Ruzana Natiah, Qariah Neger Selangor
Hari : Setiap hari Sabtu minggu ke-3 
Masa : 9.30 pagi 
Tempat :Tahsin Tilawah Bestari. 
Boleh la join ye..
.
Nak pergi sesama boleh roger saya ye 012-6
240197. Masih nak meneruskan kelas lg.. Insyaallah
.
Moga bermanfaat
Shidah Abdulaa
Read More

Percaya tak? Cuci Rambut Bantu Hilangkan Stress

Ada hari-hari memang terasa pressure sangat.. Kalau korang apa kalau ada hari-hari macam ni? Menjerit? Tak membantu.. Lagi tambah stress adalah.. Solat dan ngaji tu sudah tentu lakan.. Insyaallah tak la pulak lupa..

Tapi bila keadaan macam ni tau tak kalau dapat orang ramas-ramas kepala.. Picit-picit bahu yang urat tegang memang melegakan.. 

Hari ni saya pergi ke salon sahabat geng exercise saya. Baru tahu dia pakar bidang ni dari fbnya.. Lama juga dah skodeng tp kesempatan nak pergi tu tak ada. Kekonon bz la sangat.

Tapi hari ni half day untuk relaks seketika.. Inilah masa yang ditunggu-tunggu.. Whatsapp team ofis "Saya half day, hilangkan stress cuci rambut". Memang gelak je la bebudak ni kan.

Dah alang-alang cuci ambil package siap gunting dan cuci. Rambut pilihan "Janna Nick" 😂😂. Adik manis berbakat ni namanya Munirah. Nama manja Moon. Mula beraksi menjadikan rambut akak Janna Nick uols. 


Lepas di gunting, rambut di cuci sambil di massage-massage kepala. Kenapa cuci rambut hilangkan stress?
  • Urutan di kepalakan melancarkan perjalanan darah
  • Bila darah berjalan baik rasa lega je
  • Masa ni otak akan rasa lapang


Kemudian di cuci pula, di sapu conditioner dan apa lagi tah.. Sebab dah syok sangat kita serahkan semua pada yang pakar.

Sambung pula sesi pengeringan rambut. Rambut blow2 dengan hair dryer yang suam2 melegakan.. Nak pulak moon  urut dibahu. Pergh! memang syok terasa sangat bahu sangat sakit sebab kita stress sangat.

Bila lagi nak manjakan diri kan.. Bagi yang stay di area Nilai boleh la ke saloon ni ye

Molek The Saloon
96 - 97 Jalan BBN 1/3C
Putra Point 2B
Bandar Baru Nilai

Hubungi :
Munirah 
Call - 011-10907233
Whatsapp - 010-9397223

Waktu Beroperasi :
10.00 pagi - 7.00 petang

Special Punye!!! Appointment boleh dibuat waktu malam tau.

Apa lagi tunggu.. Cepat-cepat book timing ye untuk sesi memanjakan diri ye..

Tapi nak cari Vitamin Shaklee cari akak ye.
Shidah 012-6240197. Dah tentunya pengedar shaklee anda.
Read More

Musim Ke-3 Projek Beg Sekolah 2017

Pernah dengar tentang Projek Beg Sekolah? Projek Beg Sekolah (PBS) diasaskan Puan Salwa Saleh pada tahun 2015 bagi membantu pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan seperti anak yatim, asnaf, keluarga miskin, miskin bandar dan keluarga yang memerlukan untuk persiapan persekolahan.



Tahun 2017 adalah musim ketiga Projek Beg Sekolah setelah kejayaan perlaksanaan pada musim pertama dan kedua. PBS kini telah menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah berdaftar secara rasmi dengan nombor pendaftaran (PPM-001-10-25092017)

Objektif PBS

Program ini membantu adik-adik yang datang dari golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan beg. Ia disasarkan bagi mereka yang berada di pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menangah dan matrikulasi.

Bagaimana Projek ini beroperasi?

PBS menerima sumbangan dari orang ramai. Sumbangan boleh diberikan seperti berikut :-
1. Kewangan dan hanya boleh disalurkan secara terus ke akaun rasmi PBS iaitu Maybank 566010623957.
2. Sumbangan beg baharu kepada focal point berdekatan anda.

Beg-beg akan dikumpulkan oleh setiap focal person untuk diedarkan kepada pelajar yang terpilih.

Siapa Focal Person?

Focal person adalah sukarelawan yang terlibat dalam PBS. Tugasnya adalah menerima sumbangan beg, mencari pelajar yang layak, mencari sumbangan dalam bentuk beg atau dana kewangan dan menyerahkan sumbangan beg kepada pelajar yang layak.

Kejayaan PBS musim 1 dan 2

Alhamdulillah rakyat Malaysia sangat prihatin dan ramai yang turut bersama-sama memberi sumbangan.

PBS pada musim pertama berjaya membantu 3635 pelajar pada tahun 2015.

Musim kedua, PBS hanya mensasarkan sebanyak 10,000 buah beg. Namun telah berjaya mengedarkan sebanyak 13,837 beg di seluruh negara.



Sasaran PBS Musim Ketiga

PBS mengharapkan musim ketiga ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan kerana jumlah beg yang disasarkan pada tahun ini adalah sebanyak 15,000 buah beg.

Anda boleh rujuk FB PBS www.facebook.com/Projekbegsekolah

Tarikh Akhir Sumbangan

30 Disember 2017 untuk sumbangan beg sekolah bagi musim ketiga. Sumbangan selepas tarikh ini akan disalurkan kepada projek-projek amal lain di bawah seliaan PBS.

Anda ingin menyumbang?

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun rasmi PBS iaitu akaun Maybank 566010623957 di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah.

Sumbangan dalam bentuk beg baharu juga boleh disalurkan dengan menghubungi focal person terdekat dengan kawasan penyumbang.

Senarai focal person rasmi yang dilantik pada musim ketiga akan di paparkan di laman Page FB kami di www.facebook.com/Projekbegsekolah pada 20 November 2017.

Salam sayang,
Shidah Abdullah 
Focal Person Sepang Nilai
012-6240197
Read More

Iron Philip Rosak Hantar Ke Pusat Servis Philip

Siapa yang guna iron philip ini di rumah? Rasa ramai yang pakai iron ni dah sekarang. Memang senang sangat. Masa nak beli dulu jenuh la saya main kutu Amway RM160 sebulan nak dapatkan iron ni. 10 bulan menunggu. Eh rasanya lebih sebab stok selalu tak ada. Jenuh mak kutu carikan dan queue.



Akhirnya bulan Feb 2017 saya dapar iron ni. Tapi minggu lepas hari jumaat 13 Oktober 2017, wap dibawah tapaknya keluar banyak. Dah buat decalc pun tak berjaya. Tu la heavy user sangat. Hari-hari gosok baju 30 pasang sehari. Mujur waktu cuti sekolah Deepavali dia sakit.


Hantar Ke Pusat Servis

Sebab umur iron yang baru tak sampai setahun jagung, kami bawa jumpa doktor di Pusat Servis Philip. Specialkan. Ada centre sendiri.

Ini alamatnya :
R-Logic Sdn Bhd
6, Jalan Kilang 51/206,
Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Hotline : 1800 880 180

Rupanya baru tahu rupanya ada beza iron yang kami beli dengan yang diluar. Iron yang dibeli melalui Amway kapasiti airnya 2.5 liter berbanding di luar 1.8 liter sahaja. Harga mungkin berbeza sedikit. Rupanya pun beza macam dalam gambar ni. Dua-dua kawan jumpa doktor.


Artikel Baru Di blog : 

Tempoh Waranti

Bila kita beli barang kena tahu tempoh waranti berapa lama. Iron kami beli ni 2 tahun warantinya. Lega masih dalam tempoh waranti. Tengok ada brother tu datang boleh tahan juga kalau bayar sendiri.

Penjagaan Iron Wap

Cerita la apa masalah iron kita tu. Ooo rupanya decalc tak payah tunggu lampu merah keluar. Buat je tiap-tiap minggu. Haha. Sebab air dalam tu bila lama buat berlumut dan berkeladak. Kena la tinggalkan dekat sini. Tengok semangat abang kita bercerita. Hehe. Jaga iron ni sama macam kita jaga kesihatan kita juga tau. Bukan hantam saje 😂.


PENTING! Panjangkan tempoh waranti iron anda!

Disebabkan harga spare part yang mahal, ada plan pemanjangan tempoh waranti dari 2 tahun ke 3, 4 dan 5 tahun. 

Tapi offer ni sekali je boleh buat. Kalau dah pilih 3 tahun hari ni dah tak boleh extend lagi akan datang. So better ambil ke 5 tahun. Ini under coverage insuran ye. So rasa lega sikit. Isi je borang. Tak susah. Saya punya dah extend tau. Customer service officer kata datang je ke centre untuk extendkan ye. 



Beli barang mahal sikit tak apa la.. janji ada after sales service. Anggaran masa siap lebih kurang seminggu. Harap dapat la sebelum start sekolah balik.

Sama macam beli vitamin juga. Jangan main beli je. Kena tanya yang pakar Shaklee sirap merah macam saya. 

Semoga bermanfaat ye. Jemput komen dan share.

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang -Nilai
COD di mana-mana sahaja
012-6240197
Read More

Jimat Bila Baiki Mesin Basuh Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nak kongsi pasal mesin basuh kami yang rosak dan macamana kami decide nak repair sendiri.
Lama juga mesin kami rosak dari bulan April 2016. Adoi jenuh betul tak ada mesin basuh. Ye la anak kak idah semua anak dara. Bab tukar baju memang cekap.
Selama tu kami asyik bawa ke kedai dobi favourite macam yang kak idah kongsikan dalam posting sebelum ni.
Kami dah usaha dah panggil orang datang. Soalan biasa dia tanya rosak apa dan mesin jenis apa.. lepas dah jawab idak juga dia datang. Kami siap tunjuk video part yang rosak. Bahagian dalam yang dah loose. Ketatkan pun loose gak.
Semalam husband decide nak repair sendiri. Dia pergi kedai hardware dekat Taman Semarak dan tanya. Tokei kata  "lu mali angkat itu balang datang sini". Laju je husband balik pergi amik.
Rupanya gigi pemutar tu dah rosak. Rezeki kami stok spare part untuk mesin kami ada. Baru RM75 compare orang datang tengok RM50 kalau tambah spare part mau nak dekat RM200. So repair sendiri memang jimat.
Sebab husband rajin repair sendiri dan berjaya menyelamatkan duit dari beli baru. Kak idah belanja satu performance drink baru RM87.94. Masih ada balance dari panggil orang repair

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...