Showing posts with label Bisnes & Pemasaran. Show all posts
Showing posts with label Bisnes & Pemasaran. Show all posts

3 Langkah membina Habit atau Kebiasaan yang hebat

Tengah tekun membaca buku The 7th Habits of Highly Effective People. Rasa ada perkara yang mengganggu untuk beristiqamah dalam lakukan aktiviti harian yang dah tulis nak buat. Liat benor kata orang Perak.




Ada habit yang baik buat kita berubah lebih jauh dan lebih berjaya. Nak ada habit rupanya kena ada 3 asas utama. Contohnya nak buat sharing bisnes. Ye la sekarangkan semua orang bisnes.

Knowledge - Kena ada ilmu yang akan buat kita tahu apa nak buat (what to do).  dan sebab kenapa kita nak buat (why)
- bisnes apa nak buat
- kenapa pilih bisnes
- apa yang bagus tentang bisnes ni

Skill - Macamana cara nak buat (how to do) kena tahu dan belajar jika perlu. Kalau boleh cara yang paling  tepat. Kalau tak kita pun cepat putus asa nak buat.
- macamana nak mula
- macamana nak jual
- medium apa nak guna
- macamana nak bahagi masa kalau buat part time

Akhir sekali,

Desire - motivasi yang buat kita tak berhenti. Apa sebenarnya yang kita nak dari buat bisnes ni. Mesti spesifik.
- Nak beli rumah baru semi S
- Nak beli tanah di seremban
- Nak hantar anak sekolah asrama penuh
- Nak travel oversea dengan family 2x setahun

Dah ready nak buat habit sendiri? Tak kisah apa yang anda fokuskan seperti jadi suri rumah yang hebat, pelajar hebat, guru hebat. Fikirkan satu habit yang buat anda akan lebih hebat.


Dari Akak bisik2,
Shidah Abdullah
Read More

6 Pesanan Untuk Maju Dalam Bisnes

Ramai nak berbisnes dan mungkin ada terfikir nak join bisnes shaklee.. Ini pesanan saya untuk anda

1. Guna sendiri vitamin tu dan rasa #shakleeeffect sendiri. Banyakkan minum air untuk buang toksik.

2. Banyakkan bertanya bila ada rasa perubahan sebab biasanya ada "body adjustment".

Contohnya gatal2 sebab badan detox dulu toksik. Jangan salahkan vitamin tak efektif sbb tu tugas dia adjust semula badan ke asal.

3. Bila dah serasi, kongsi dengan keluarga. Ajak consume sama2.

4. Bila dah berani, kongsi dengan kawan2 offline atau di fb. Ajak ramai2 join ahli untuk enjoy manfaat harga ahli dan manfaat yang lain.


5. Bila dah syok, join semua kelas shaklee; kelas marketing, produk, motivasi, conference.

6. Follow leader rapat. Mulalah bahagi masa dengan baik macam leader. Memang berliku tapi kita akan sampai ke destinasi.

Senangkan!
Guna produk
Kongsi produk dan
Bina Empayar

Daftar ahli dan bimbingan penuh dari saya:-
Shidah Abdullah 
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
No telefon 012-6240197 atau
whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Cara Daftar Shaklee Percuma

Assalamualaikum dan hi semua,


Entri kali ini, nak kongsikan cara mudah nak daftar keahlian Shaklee PERCUMA. Memang bestkan dapat benda percuma ni. Rupa-rupanya masih ramai yang belum tahu dan faham  yang boleh mereka boleh JIMAT MELETOP KEBABOM dengan hanya mendaftar menjadi keahlian. Meh sini nak cerita sekarang. 



Untuk anda yang nak cepat, anda boleh klik je link Borang Daftar Ahli Shaklee atau SMS “DAFTAR AHLI” ke 012-624 0197 untuk akak uruskan Daftar Ahli Shaklee korang hari ini juga.

Bagaimana Cara Daftar Ahli Shaklee?

Perkara penting wajib anda tahu hak anda sebagai seorang customer sebelum Daftar Sebagai Ahli Shaklee. Mesti tahu Keistimewaan dan Kelebihan Daftar Ahli Shaklee dengan group kami (Group Shaklee Terbaik di Malaysia).

Selalunya bila customer order mana-mana set seperti set kehamilan, mereka sendiri akan request untuk jadi ahli. Pertamanya sebab mereka dapat berjimat dari segi harga pembelian sehingga 15-30%. Lagi kalau setiap bulan ada promo yang hebat-hebat. 

Ada 3 pilihan nak jadi menjadi ahli Shaklee;-

1) Daftar Ahli dengan Yuran Keahlian RM80 
Kos ini adalah kos keahlian sebanyak RM68.90 dan selebihnya kos penghantaran Kit Bisnes dan barang yang anda order. Hah! combine dua-dua sekali dalam satu delivery. 

Perlu renew keahlian ke?. Dulu-dulu, keahlian ni seumur hidup tapi sebab nak menjaga tahap eksklusif ahli Shaklee, pembaharuan setiap tahun dengan pemberian voucher Percuma RM30. Bukan apa, hanya untuk kos pentadbiran sebagai ahli yang sangat ekslusif terutama yang nak membina empayar perniagaan sendiri. 

Saya dan suami sendiri dah Jadi Ahli Shaklee sejak 2013 hanya dengan makan sendiri dan sekarang menjadi FOUNDER DHUHA FIGHTER dan guide anak-anak shaklee berbisnes dan pemakanan vitamin yang betul. Anda pun boleh bina empayar sendiri.

2) Jadi Ahli Shaklee Percuma( Free Membership Shaklee) 
Kebanyakan customer yang beli Set Bersalin Premium, Set Mengandung Premium atau set Shaklee yang berharga RM800 akan dapat free Keahlian Shaklee.

dan yang terakhir.. 

3) Beli Vivix Shaklee 2 Botol dan dapat Daftar Ahli Shaklee Secara Percuma!
Tapi yang paling ramai orang suka ialah Beli Vivix Shaklee 2 botol dan terus dapat jadi ahli shaklee secara percuma. So, mereka akan dapat jimat RM69 kan?. 


Sebenarnya, setiap pembelian produk Shaklee bernilai RM800 (mengikut harga ahli) atau RM900 (harga customer) secara automatik layak jadi ahli shaklee secara percuma. 


Lagi best ialah selain dapat Keahlian Shaklee Percuma, anda juga akan dapat Cash Bonus RM35. 

Hah! Nak lagi... Kos penghantaran pun Shaklee tanggung tau. Special sangat-sangat.



Best kan? dah la dapat beli harga murah, dapat Cash Bonus lagi. So, memang jimat dan berbaloi-baloi.:). Cuba kira jumlah keseluruhan penjimatan dan bonus? Dah lebih daripada RM100 dah. Untung-untung!  

Peringatan Penting Ni!

Bila nak memilih Agen Shaklee pastikan pilih betul-betul. Bukan apa, ada ramai juga yang beli dengan harga RM800 tapi tak dapat jadi Ahli Percuma. Bila anda dah tahu ni, anda mesti jadi pengguna yang bijak tau!. Agen tak cerita habis. Kesian!

Ala Malaslah Nak Join, Nanti Suruh Buat Bisnes..

Ops! Berhenti dekat situ. Ramai yang kata, kalau Jadi Ahli Shaklee wajib buat bisnes. Buat bisnes atau tidak adalah pilihan masing-masing. Tiada paksaan sebab ramai saja yang mendaftar hanya untuk makan sendiri je. Ramai yang terlebih happy dari asal niatnya lain, jadi terlebih excited nak buat bisnes sendiri tanpa paksaan (haha saya la tu). Mana tak excited, siap boleh join kelas-kelas anjuran Shaklee secara Percuma lagi tau. Macam-macam kelas ada tau!

Ala nanti suruh maintain UV...

Tak perlu. Beli bila-bila sahaja yang anda nak sebab semuanya online di www.shaklee2u.com.my. Bukan tu sahaja, tiada pembelian minima wajib setiap bulan. Cuma kalau nak merasa bonus setiap bulan (Cash), rancang pembelian untuk sekeluarga dan cukupkan 150UV. Tu sahaja.


Untungnya, Daftar Ahli Shaklee dengan Group kami ialah kami akan guide anda secara Percuma sampai anda mahir. Anda tinggal pilih je, nak bisnes Shaklee secara Online atau offline mengikut keselesaan anda. Anda contact je hotline kami 012-6240197.


Salam Ceria, Semangat dan Positif,
Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang Nilai
012-6240197
Read More

6 Adab Menuntut Ilmu Bagi Berbisnes Online.

Assalamualaikum. Hari ni nak berkongsi berkaitan adab menuntut ilmu. Penting untuk kita sentiasa ingat sebab setiap hari kita menuntut ilmu. Belajar secara formal di kelas-kelas atau pun tidak formal di pejabat. Sekarang lebih canggih, ada banyak kelas-kelas online seperti di facebook, telegram, whatsapp dan penggunaan go-to-meeting apps. Semua dihujung jari.

Jom kita mulakan...  

1. Niat Yang Baik

Bila kita nak menuntut ilmu kena mulakan dengan niat yang baik. Sejajar dengan hadith Rasullullah. Baginda bersabda:

Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya..

Penting sangat niat nak mulakan sesuatu. Dalam zaman online ni semua nak bersaing untuk dapat income lebih. Dalam kejar-kejar nak jadi kaya boleh terlupa tau niat sebenar kita belajar.

Duduk diam-diam. Angkat tangan dan doa "Ya Allah permudahkan aku menuntut ilmu, jaga la hatiku, lapangkan hati untuk memahami setiap ilmu dan ikhlaskan hati"

Jaga hati jangan sampai hati kita terdetik :
▪ "Eh! Aku copy saje la posting orang ni. Bukan dia tahu"
▪ "Ala dia ni bukan terror sangat pun. Cakap je pandai"

Jaga hak cipta orang lain terutama posting di fb atau di blog. Jangan sesekali copy paste. Belajarlah dengan sabar dan elakkan tindakan kita melukakan hati sesiapa. Moga jauhkan kita dari segala yang mazmumah.

2. Berbelanja

Tak ada benda dalam dunia free sekarang. Inikan pula ilmu. Pergilah cari guru untuk menuntut ilmu. Jangan biar guru cari kita. Kalau kena bayar yuran, bayarlah. Nak buat sales ribu-ribu bayar.

Bukan tu sahaja, nak jumpa cikgu tu kita akan belanja duit minyak, duit nak makan dan duit tol nak ke lokasi yang aBerbelanjalah juga untuk membeli bahan-bahan rujukan. Setiap yang kita belanja Allah hitung ganjarannya.

3.Berkorban

Lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sangat terkesan.
Berkorban apa sahaja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sehati dan sejiwa.

Berkorban apa sahaja untuk ilmu. Kalau tengok orang-orang kaya dan berjaya, mereka banyak berkorban.
Korban masa terutama masa tidur. Jangan sesekali korbankan masa untuk keluarga.
Korban wang ringgit. Kebiasaannya mereka yang berjaya mememang berbelanja untuk membeli buku. Akan ada masa spesifik untuk membaca.
Korban tenaga. Menuntut ilmu dengan guru kena berkorban tenaga. Ini juga dipanggil berkhidmat; khidmat pada guru. Teringat satu majlis ilmu dan masa tu bekas penyanyi dangdut Iwan ada menjadi jemputan. Dia berkhidmat pada guru dan kami yang tetamu dengan cara tuang nasi makan tengahari.


4. Istiqomah

Istiqomah adalah bahasa arabnya yang bermaksud tetap teguh mengikut satu jalan atau bahasa senangnya konsisten dalam tindakan. 

Bermula dengan konsisten hadir ke kelas online untuk belajar. Yang free ada berbayar ada. Kemudian konsisten dalam mengaplikasi ilmu tersebut. Kalau belajar, kena belajar dengan konsisten untuk dapat result cemerlang. Bila berbisnes seperti mesti konsisten sharing info berkaitan produk atau perkhidmatan. Baru seronok tengok hasilnya nanti.

5. Terus sepanjang zaman

Bila ada ilmu, teruskan sepanjang zaman. Ilmu yang luas ni mesti dikongsikan dan disampaikan. Contohnya macamana nak schedule post fb. 

Kadang-kadang perkara simple-simple ilmu seperti ilmu jaga kesihatan dari segi penjagaan makanan, tips nak kurus, cara bersenam, cara timbang berat

Blogging adalah cara terbaik untuk berkongsi ilmu supaya ia berterusan. Bayangkan ilmu yang dikongsi jadi bekalan kita di alam sana. Amin

Yang terakhir sekali..

6. Berkawan dengan guru

Orang kata nak pandai kawan rapat-rapat dengan guru. Sayang guru sepenuh hati. Hormat guru setinggi-tingginya. Tapi pilih la guru yang sentiasa ingatkan kita tentang Allah. Insyaallah segala urusan kita juga tau.

Semoga bermanfaat ye.

Terima kasih pada group Smarties Shaklee yang memberi peluang untuk saya berkongsi dan memberanikan diri berkongsi. Saya kongsikan juga video yang saya rekodkan untuk kawan-kawan...

Nak belajar berbisnes tapi tak tahu macamana?
Jom join saya Shidah Abdullah (SID 922949) No tel : 012-6240197
Read More

Cara Mengurus Pasukan Kerja Lebih Effektif dan Bersemangat





Assalamualaikum




Hujung minggu korang semua buat apa?

Ada yang pilih untuk rehat di rumah je.
Ada yang suka pergi shopping @ window shopping
Ada yang bercuti dengan keluarga
Ada yang rajin pergi kelas hujung minggu











Saya pilih bawa suami dan anak-anak ke Hotel Sri Petaling. Sebenarnya saya dah register kelas Leader Build Leader by Master Norita & Naquib. Biasanya anak-anak join sekali ke kelas yang maknya. Tapi kali ni bagi diorang relaks kat bilik dengan ayahnya.Boleh la anak-anak berehat dalam bilik.








Anak-anak seronok
5 Tips Pengurusan


Kelas hari ini fokusnya adalah pengurusan diri. Ini saya olah sendiri ye sebab skill yang sama boleh digunakan di pejabat sebab saya pernah gunakan untuk uruskan team di pejabat tetapi tidak teratur seperti yang dikongsikan oleh Master.

Malam di Sri Petaling






(1) Beri ruang untuk team member berkongsi kelebihan diri sendiri

Setiap orang ada kelebihan sendiri. Contohnya dia lebih pakar untuk buat pengurusan fail ("Filing"). Sebagai supervisor kita wajib kembangkan bakat dia dalam bidang kepakaran tersebut dengan cara memberi tugasan khas untuk dia uruskan dengan cara di tersendiri.

(2) Tuliskan target bulanan

Tetapkan target bulanan dan tahunan untuk dicapai. Letakkan target lebih tinggi sedikit dari kemampuan. Orang kata jangan buat kerja Business as Usual (BAU). Tak akan dapat result yang luar biasa. Memang betul pun.  

(3) Senaraikan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan secara harian

Sebagai supervisor, kita bertanggungjawab memastikan mereka faham checklist tugasan mereka secara harian, mingguan dan bulanan. Minggu lepas, saya lakukan perkara yang sama dengan team saya dan memang nampak perubahan ketara. Pastikan aktiviti yang disenarai membantu untuk mencapai target.


(4) Kenali dan dekati team masing-masing menggunakan SWOT analysis

SWOT analysis ni kita dah belajar masa zaman sekolah dulu atau pun di tempat kerja. Tapi kita jarang guna untuk kehidupan harian. Sayang sangat. Kita boleh gunakan untuk mengenali seseorang dan meningkatkan produktivi dia jika kita kenali dia

Strength (Kekuatan) - bila kita kenal kekuatan dia dan gunakan sepenuhnya memang akan tiptop. Contoh kalau dia suka bercakap dan jumpa orang, jangan suruh dia duduk ofis. Rugi-rugi.

Weakness (Kekurangan) - kita semua ada kekurangan masing-masing. Tapi kalau dah kurang disitu contohnya ada sifat malu yang extra, tak bermakna kita tak berusaha perbaiki. Sebagai supervisor, kena bantu tingkatkan dan perbaiki.

Opportunity (Peluang) - Bila kita tahu kekurangan, kadang-kadang disitu kita Nampak peluang untuk dia perbaiki dengan cara-cara lain. Cadangankan pada mereka dan berikan kepercayaan untuk dia berkembang.

Thread (Ancaman) - Cuba tengok disekeliling atau tanya apa yang buat dia rasa susah nak bertindak. Mungkin ada sesuatu yang menghalang dia untuk berjaya. Mungkin kita ada idea-idea bernas untuk bantu selesaikan ancaman tu. 

Tulis atas kertas semua ni untuk dirujuk dan ditambah lagi.


(5) Monitor, monitor dan monitor
Tugas kita sebagai mentor tak pernah selesai. Dah guide, monitor la anak-anak buah kita. Kita sendiri kena ada specific time dan checklist nak monitor apa. Follow up selalu dan ingatkan.

Yang ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Insyaallah betulkan niat untuk membantu. Mereka akan berkembang dengan baik. Tegur dan ingatkan jika mereka tergelincir dari landasan.


Amacam ok tak tips...







Vitamin apa saya bawa kalau pergi travel kali ini?

Kali ni, Set Detox jadi pilihan kami travel. Kami baru bermula untuk detox seluruh badan. Setiap produk memberi manfaat yang berbeza. Kasi cuci dan support organ-organ dalaman.


Set Detox ini akan membantu detox toksin-toksin dan kerak-kerak dalam 5 bahagian organ badan iaitu Paru-paru,  usus, buah pinggang, hati dan kulit. Kelima-lima organ ini adalah tempat toksik masuk dan kita perlu bantu badan membuangnya.







Kenapa Berniaga?

Masyaallah, memang betul perniagaan adalah lapangan yang akan beri kita banyak sangat ilmu. Dalam membina empayar group saya sendiri bersama team dan mentor, saya sendiri perlu mencari skill kepimpinan untuk pastikan yang bersama dengan kita juga Berjaya.


Geng Tsunami Shaklee jumpa di kelas
Perniagaan Shaklee memang sangat berbeza. Saya dah join macam-macam jenis business, bermula dengan MLM lain, takaful dan menjual brownies dan puding hasil air tangan sendiri (nak order boleh ye), Shaklee memang sangat jauh bezanya. Saya sangat suka orang-orangnya tidak lokek berkongsi ilmu secara offline mahupun online. Perspektif saya tentang MLM bertukar dan saya memang banyak grab skill dengan Shaklee. 

Bersama cikgu



Jom jadi member Shaklee dengan saya, insyaallah kita belajar sama-sama untuk membina empayar perniagaan. Ambil handphone terus whatsapp saya dan isikan click borang keahlian Shaklee dan isikan detail korang terus,






TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b




FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom














Read More

Tempahan Brownies untuk Majlis Perkahwinan, Khatam dan Jamuan

Alhamdulillah. Tempahan brownies kedut semakin menjadi-jadi. Tu la namanya rezeki. Datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Niat hanya nak makan tapi rezeki sampai dapat mengikut sunnah nabi iaitu berniaga.



Ni la antara gambar yang buat orang terliur. Hehe


Kami menerima tempahan untuk;
  • Majlis Khatam Al-Quran (1 pek = 6 pieces)
RM5/pek

Gambar brownies siap untuk delivery Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Perkahwinan untuk goodies (1 pek = 3 pieces)
RM3.00/Pek siap reben

Brownies sebagai goodies untuk tetamu

  • Jamuan Makan (1 kotak = 60 pieces )
RM50/sekotak

Brownies untuk jamuan makan


NAK TEMPAH BROWNIES BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN KAMI
SHIDAH ABDULLAH 012-6240197
HELMY IRWAN 019-3939895

Yang paling happy sekali bila dapat komen-komen "WIN" dari semua yang order. Maknanya semua happy makan. So kami pun happy sangat.


NAK TEMPAH BROWNIES BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN KAMI
SHIDAH ABDULLAH 012-6240197
HELMY IRWAN 019-3939895

The making.......
Semoga kami memberi kepuasan dalam setiap order korang ye. Insyaallah.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...