Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Bila Anak Raya Di Kampung, Baru Syoknya Raya!

Assalamualaikum



Selamat Hari Raya semua! Masih belum terlambatkan sebab masih di musim raya. Ramai yang cuti bersambung-sambung sebab raya jatuh hari Jumaat. Bolehlah beraya sakan Sabtu dan Ahad. Bagi yang tak nak kalah, sambung terus lagi seminggu sebab anak-anak masih cuti sekolah. Berganda rayakan.



Apa yang penting adalah aktiviti masa hari raya ni. Ye la, tak kan nak duduk di rumah dan mengadap TV je. Mana syok raya. Bermula dari solat sunat Aidil Fitri sehingga la sesi kunjung-mengunjung. Memang berbeza beraya di bandar dan di kampung. Beruntungnya korang kalau ada rumah kampung. Tak payah nak mengada geli la apa sebab kadang-kadang tak ada tiles cantik. Tapi suasana berayanya luar biasa.



Raya kena la bermakna untuk anak-anak. Bukan sekadar dapat duit raya je tau. Mesti ada value yang akan buat korang terkenang sampai bila-bila. So kena biar diorang rasa syoknya beraya.  

1. Rumah Kampung

Rumah kampung papan dan ada tangga.  Bila main keja-kejar terus berlari dekat tangga, bergegar rumah opah atuk. "Jangan Lari" Memang menjerit la opah atukkan. Anak-anak saya tak dapat fefeeling macam ni. Rumah opah atuk belah ayah dan ibu semua rumah taman. So kita tumpang posing dekat rumah moyang. Huhu ibu sampai rasa nak beli tanah dan buat sebiji rumah kampung untuk diorang rasai suasana ni. 







2. Mengenal sejarah keluarga

Hah posing sakan dekat batu. Tu la saki baki peninggalan rumah ayahnya membesar dulu. Rumah dah usang dan dirobohkan. Tinggal la batu-batu. Kata mak longnya "Hah tu jamban yang tinggal tompat ayah membosar" dalam loghat tolu. Korang kena tahu sebelum opah atuk dapat rumah taman, ada rumah lain yang berjasa dan meninggalkan beribu kenangan.


3. Permainan di kampung

Dari tercongok tengok youtube di handphone, ibu lagi suka tengok korang aktif macam ni. Lantak la berjubah bagai main sepak buah kelapa. Masa ni anak-anak sibuk main buah kelapa yang dah kering. Siapa paling jauh. Seronok pula bermain atas pasir. Kalau ibu dulu, memang berkaki ayam je. "Main puas-puas, tak payah nak geli geliman kalau ada pasir dekat selipar". 



4. Menziarahi Orang Sakit

Dalam seronok kita beraya, tak kurang juga yang kurang gembira disebabkan sakit. Ni di rumak saudara sebelah ayah. Bagi anak-anak saya ni pangkat moyang. Teringat-ingat lagi bila Opah Long setia menunggu depan pintu di atas kerusi rodanya. Katanya senang aku tahu siapa datang 




5. Kenal Saudara Mara






Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara Hilangkan Contengan Anak Dengan Selamat

Awal tahun hari tu beli meja tv warna putih. Berbunga-bunga hati. Beli pulak brand ikea. Untuk menjaga keselamatan meja tv, semua alat tulis yang bersepah saya dah kutip siap-siap baru tenang hati. Bukan apa, kalau boleh nak elak la anak-anak menconteng.




Ooooh rupanya langit tak selalu cerah. Kalau dah anak-anak, kreatif tu dah tentu la kan.. memang selamat. Dah ada contengan guna Magic Color 😭 di meja putih..

Dah conteng lap sendiri 26/10/2017 dengan Basic H

Tu belum kat dinding, penuh dengan nama masing-masing "NUR AIN.. ". Ni masa mula-mula masing-masing pandai mengeja. Kali ni guna permanent marker.

Mula-mula biar.. tapi sakit mata tengok.

Testimoni Kak Sharifah 

Sharing kak pah tentang contengan glamour "ALEESHA" memang membantu sangat-sangat. Senang sangat nak buat.. apa kak pah buah
1. Bancuh Basic H. Letak beberapa titik je. Bau semulajadi je.
2. Kemudian masukkan dalam botol spray
3. Ambil spray dan kain untuk mengelap

Bila jadi macam ni, lebih baik kita didik anak-anak bertanggungjawab atas kesilapan yang dibuat. Kita suruh anak-anak sendiri lap. Baru diorang belajar jaga rumah. Tak sampai 30 minit contengan hilang. Tak payah nak cari thinner nak lap. Cat pun tak tertanggal.

Tu baru satu kegunaan basic H. Basic H memang selamat digunakan. Sangat lembut di tangan. Dihasilkan dari bahan-bahan organik dan tidak bertoksik tapi masih power dan pelbagai guna.



Kegunaan Basic H

1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.


2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.

6. Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran, pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.

9. Mengasah Pisau (titiskan ketika mengasah)

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya

11. Menghapuskan kutu di atas kepala.

12. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

13. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.

14. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)

15. Sakit Gigi

16. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)

17. Ulser dan mulut berbau

18. Penyubur tanaman dan pengembur tanah

19. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.

20. Cuci puting dan botol susu anak



Alhamdulillah, kerja-kerja yang susah lebih mudahkan sekarang. Hanya rendam dengan air yang dititiskan Basic H membantu gembirakan hati ibu-ibu. kini. Saya dah cuba, anda bila lagi?

Bagaimana nak dapatkan Basic H?

Cara Pertama : Anda boleh hubungi saya Shidah Abdullah, SID anda di no telefon 012-6240197. Saya akan membantu menguruskan pembelian dan berkongsi tips dan pengalaman saya.

Cara Kedua : Klik terus gambar BUY NOW dibawah untuk pembelian terus dari portal Shaklee. Selepas selesai membeli, anda hubungi saya terus untuk konsultansi penuh ye.
Salam sayang dari saya
Shidah Abdullah
012-6240197

Read More

Aktiviti Riadah Anak Di Hujung Minggu

Hi semua. Korang macam saya tak? Bila hujung minggu terfikir apa aktiviti nak buat untuk dua hari dengan anak-anak. Ye la sekarang tak sama macam kita dulu, duduk rumah ada sahaja idea nak buat. Tapi sekarang kalau tak diisikan, asyik nak tengok handphone aje. 

Baru-baru ni bawa anak-anak beraktiviti di tempat yang lain. Biasa pergi taman dekat-dekat rumah sahaja, tapi kali ni pergi tempat baru.


1. Mandi Kolam di Dataran Gemilang

Sebelum ni lalu lalang di Dataran Gemilang cuma tahu ia sekadar roundabout. Ooo rupanya lebih dari itu. Saya tahu pun bila coach buat aktiviti HIIT sebab nak kurus sikit badan.

Baca : 5 Tips Nak Kurus

Happy sangat la anak-anak dapat mandi dekat kolam tu. Diorang dapat mandi masa second time datang sebab 1st time datang kolam tak bukak. Tempat ni sangat convinient untuk parent sebab banyak tempat boleh duduk menunggu sambil-sambil minum sebab ada orang jual air dan makanan. Yang penting anak-anak happy dan tak perlu bayar.





2. Bermain Layang-Layang dan Buih Sabun

Korang pandai main layang-layang tak?. Saya kecil-kecil dulu pernah la cuba tapi tak pernah naik. Haha. Tapi korang pergi dekat Putra Height start dari pukul 5.30 petang. Masa tu angin kuat dan memang sesuai main layang-layang. Lepas je memang naik layang-layangnya. Budak-budak seronok la tengok naik tinggi. Rasa la main di luar pula.

Tu layang-layang anak-anak

Selain tu, boleh main buih sabun sebab ada akak yang sewakan alatan main buih sabun di tepi. Satu talam RM7 dapat 2 kayu tiup buih sabun. Jangan kata budak bapak budak pun main.

Anak-anak main buih sabun

Snap gambar brother yg semangat buat buih besar


3. Bermandi di Laut

Saya perasan budak-budak sekarang pergi laut macam geli-geli. Sebab asyik pergi mandi dekat swimming pool. Bukan macam dulu-dulu, laut la tempat kita nak berenang-renang. So kami bawa family ke Bagan Lalang untuk berkelah. Siap bawa bekalan. 


Pergi pagi dalam pukul 9.30 pagi. Kami pergi di sebelah kiri pusat peranginan AVANI Sepang Goldcoast. Masa tu air tengah surut. Dapat la pergi tengok ketam-ketam berjalan-jalan. Dalam takut-takut, anak-anak mengejar juga la ketam-ketam tu.



Anak-anak boleh la explore sikit. Rasa macamana pasir di tengah pantai. Bila air start pasang, kami bawa anak-anak berendam ke tengah sikit. Lepas dah penat main, kami makan-makan dan tukar baju.

Sambung lagi dekat taman permainan tepi pantai. Memang selesa sangat dekat sini. Toilet dan surau semua bersih. Nak tukar baju dan mandi selesa sangat. Korang pergi tau!


Ini antara aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga dihujung minggu. Tak la terperap di rumah sahaja. Kos pun tak terlalu mahal dan yang penting semua happy.

Shidah Abdullah

Read More

Hati Ibu Bila Anak Demam

Di pagi hari ni tiba-tiba terasa sangat sayu. Kenapa? Ini sebabnya..

Adik Demam

Adik demam tu biasa sahaja. Tapi bila adik demam, ibu kena bagi attention lebih sikit. Memang tak boleh tinggal pada babysitter. Babysitter terima je kalau adik demam..

Tapi sebab adik special. 37°C je adik dah boleh kena sawan. Dari ibu risau tak tentu arah. Baik ibu emergency leave.

Indahnya jika ibu sentiasa di rumah

Tu la yang buat ibu sayu. Bila ada anak-anak yang demam, rasa nak berhenti kerja. Tu la antara dalam wishlist ibu adik. 

Sentiasa menjalankan tugas di rumah. Fokus pada ayah, kak long, kak ngah, kak chik dan adik. Nak juga jadi supermom macam kawan-kawan yang lain. Happy update menu harian memasak di rumah. Ibu? Balik pun lambat.

Kenapa adik asyik demam?

Ibu tak boleh jawab bila ada orang tanya ibu soalan ni adik. Bukan ibu mintak adik demam selalu. Pada ibu, Allah mungkin nak ibu lebih beri perhatian pada keluarga dalam kesibukan kerjaya. Ibu kena bersyukur untuk itu adik.

Bagi makan apa asyik demam je?

Soalan ni lagi menguji minda ibu adik. Mungkin juga salah ibu. Tapi tak ada beza apa adik makan dan kakak-kakak makan. Sama sahaja. Cuma Allah jadikan adik berbeza. Memerap sentiasa dengan ibu. Tak ada yang lain selain ibu. Adik special hampir 2 tahun masih belum cakap. Tapi bila nangis masih terdengar panggilan untuk ibu.

Adik special sebab suka sangat makan vitamin. Adik suka vitamin sampai botol ibu adik punya juga. Adik paling suka vitalea for children. 

Ibu masih bersyukur sebab adik tak la teruk mana. Ramai lagi yang Allah duga lagi hebat. Kita sama-sama kental ye.

La Tahzan Jangan Bersedih

Betul la kata-kata Allah dalam Quran; Surah At-Taubah ayat 40 yang bermaksud "Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita"



Allah lapangkan hati ibu dengan dapat melihat kak chik buat haji dalam program Celik Haji Aulad 2017. Allah bagi lagi masa dengan adik jalan-jalan. Allah bagi lagi ibu daftar haji untuk ibu dengan ayah. Tak payah ada IC pun boleh. Banyaknya Allah legakan..

Moga hari ini lebih baik. Teruskan menyokong saya. Nak vitamin dan konsultansi percuma hubungi saya terus. Moga ini la amalan saya ke sana dengan membantu orang lain sihat beribadah. 

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang - Nilai. 
COD everywhere ok
012-6240197
Read More

Bancuh Minuman Pagi Yang Berkhasiat

Hari ni nak kongsikan resepi minuman pagi saya. Saya kongsikan sebab baru lepas buat HIIT iaitu high intensity interval training dengan coach Ahad 1 Oktober lalu di Dataran Gemilang Putrajaya.

Sebelum balik, nasihat coach banyakkan protein 
Jangan lupa minum whey atau lebihkan pengambilan protein, stretching dekat bahagian yg sakit dan kerap minum air kosong utk flush out acid lactic.
Hari kita buat terus minuman pagi dengan protein ESP yang sangat berkhasiat. 

Bahan-bahannya

Bancuhan untuk 2 orang minum
3 sudu milo 
2 sudu ESP
2 sudu susu cair (kalau nak manis) 

Sebab dah guna milo Kaw yang promo masa Sukan Sea Hari tu. Kurangkan la manisnyam sebab tinggi juga kcalnya.


Cara membancuh

Campurkan semua bahan-bahan tadi. Saya gunakan air sejuk supaya protein di dalam ESP terpelihara. Tak boleh bancuh dengan air panas. Kenapa? Contohnya macam kita masak la bila masak terlalu lama hilang dah khasiatnya. 
Baca : 10 Soalan dan Jawapan Tentang ESP yang perlu anda tahu

Posting di FB untuk Misi Jom Kurus

Sesi macam ni sebulan sekali dengan coach. Selebihnya aktiviti sendiri.



Macamana nak dapatkan ESP?

Mudah sahaja. Ikut sahaja langkah-langkah dibawah
a) Beli secara online sendiri dengan hanya click esell dibawah. Ikut sahaja langkah-langkah di dalam esell.


b) Nak lebih mudah, biar saya uruskan pembelian anda dan poskan terus kepada anda. Hubungi saya
Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom

Read More

Review : Abang Long Fadil 2 Memang Mantop

Salam 1Malaysia.

Alhamdullillah kita masih aman di Malaysia. Walaupun dugaan hidup sekarang mencabar tapi rakyat Malaysia masih cekal usaha.

Ops! Tak nak cakap pasal politik.

Cuti-cuti ni kami berfikir-fikir nak bawa anak-anak pusing-pusing tapi tak tahu ke mana. Akhirnya decide nak untuk tengok movie "ABANG LONG FADIL 2". Tengok komen sangat memberansangkan. 

Asal rancangan nak dating berdua je tapi sebab nak cuti pun susah. Bawa anak-anak sekali. 

Harga Tiket?

Harga tiket bagi dewasa ialah RM14 dan bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dikenakan RM7.50. Semuanya termasuk GST. Kami pergi menonton di Golden Screen Cinema di Alamanda Putrajaya.

Berapa Rating nak bagi?

Rating untuk movie ni saya bagi 10 bintang dari 10 bintang.

1. Watak 

Dengan watak Abang Long Fadil yang kelakar dari mula. Tapi dia semakin lama makin serius untuk membersihkan nama sendiri disebabkan dituduh membunuh Puan Mona. Lakonan Zizan Razak makin mantop dan lebih memberi impak.

2. Elemen Lucu dan Serius

Watak polis yang dimainkan oleh Shuib Sepah2 sebagai Inspektor Shuib pula memang lucu sebab dia sangat skema gila. Sampai rakan sekerja iaitu Shamsul Yusuf sebagai Inspektor Wahab dah tak tahan nak layan karenah.

Ditambah oleh lakonan watak jahat A. Galak (Taji Samprit) dan Wak Doyok sebagai geng jahat tapi masing-masing nak pangkah diri masing-masing walaupun mereka anak beranak. Juga ingin menghapuskan KingKong lakonan Dato' AC Mizal

3. Jalan Cerita Tersusun

Cerita lebih hebat bila misi mencari pembunuh sebenar iaitu Tiger dibantu oleh wartawan bernama Yana (Tania Hudson) dan jurukamera (Achey) KLTV. 


Jalan ceritanya buat kita berfikir siapa di antara mereka sebenarnya jahat sebab polis juga seakan-akan bersengkongkol tapi sebenarnya ada spy dalaman. 

4. Aksi-aksi yang hebat

Aksi stunt yang dilakukan semua hebat dan real. Bayangkan semua pelakon boleh berpusing-pusing setiap kali berlawan. Yang lawak-lawak berlawan pun berdesup-desup.

5. Lagu Tema

Lagu tema untuk cerita ini Senorita dan Cobaan memang sangat bersesuai dengan konsep dan jalan cerita movie ni.

Apapun.. Tahniah kepada Skop Produktion terutama pengarahnya Syafiq Yusuf untuk cerita yang A+++ (macam periksa pulak). Moga-moga boleh dapat award.

Tak sia-sia pergi tengok.. korang pergi tengok baru korang akan tahu siapa pembunuh sebenarnya.

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...