Showing posts with label Kesihatan Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Lelaki. Show all posts

Cara meningkatkan bilangan sperma dengan selamat

Topik ni ada yang malu nak dibincangkan tapi sangat penting untuk lelaki dan wanita untuk kita tahu sama ada untuk diri sendiri atau pasangan anda. Ia menentukan tahap produktiviti dan kesuburan lelaki. Ia juga sangat diperlukan bagi mendapat zuriat.



Jom kita fahami lebih mendalam lagi.


Bagaimana Bilangan Sperma Ditentukan?

Bilangan sperma merujuk kepada purata jumlah kuantiti sperma di dalam sampel air mani. Ia adalah salah satu syarat penentuan yang digunakan semasa kajian air mani dalam menentukan kesuburan.

Mengikut garis panduan "bilangan sperma yang sihat" World Health Organisation (WHO) adalah:-
1. 15 juta setiap milimiter (ml) air mani atau
2. Sekurang-kurangnya 39 juta setiap sampel

Jika bilangannya kurang dari 10 juta setiap ml, ia dikategori TIDAK NORMAL dan KURANG SUBUR. Ini yang paling merisaukan lelaki-lelaki diluar sana untuk tidak membuat ujian kesuburan. Helo bang! Jangan malu untuk buat ujian ini kerana lebih baik tahu lebih awal supaya anda cepat sedar dan segera bertindak. Ini baru SADO!!


Perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan bilangan sperma.


1. Bersenam dan tidur yang cukup

Kajian menunjukkan penurunan berat dan bersenam sangat membantu memperbaiki dan meningkatkan bilangan sperma terutama bagi yang mengalami masalah obesiti (lebihan berat badan).

Bagaimana ia membantu? Satu kajian 2017 Bila kita bersenam sekurang-kurangnya 50 minit secara moderate 3 kali seminggu meningkatkan bilangan sperma. Ini adalah disebabkan oleh kitaran darah yang disebabkan oleh jantung mengepam dengan lebih baik.

Teringat pula Dr Sariah cakap semasa saya hamil bulan Disember 2017. Saya pergi ke klinik untuk pengesahan dan sambil bercerita saya memang aktif bersenam dan dalam program penurunan berat badan. Dr Sariah kata "memang bila kita bersenam tak kira lelaki ke perempuan akan tingkatkan kesuburan. Kalau perempuan macam awak ni, ovum akan timbul ke permukaan bagi memudahkan disenyawakan. Lelaki pun sama juga macam tu". Saya angguk-angguk faham. Memang logik.

2. Kurangkan stress atau tekanan

Apa sahaja bentuk stress menyebabkan badan akan bertindak secara berlawanan dan akan menyimpan tenaga. Jadi badan kita jadi degil dan tak peduli untuk lebih produktif dan mengganggu sistem badan. Dia lebih fokus untuk bertahan dengan stress tadi sahaja. Selebihnya badan tak ambil peduli. Bila seseorang mengalami stress yang terus, doktor akan berikan ubat antistress.

Pilih la untuk kurangkan stress dengan cara bersukan dan juga penjagaan pemakanan yang sihat. Elakkan la makan fast food atau makanan tidak sihat yang lain kerana ia memberi lebih tekanan pada badan kita.

3. Berhenti merokok

Satu kajian 2016 terdapat 20 kajian berbeza dengan jumlah peserta kajian anggaran 6,000 orang menunjukkan merokok mengurangkan bilangan sperma.

Bukan saya kata ye!! Kenapa merokok memberi tekanan pada badan untuk berfungsi dengan baik. Sama juga dengan pengambilan alkohol dan dadah. Kesan yang sama pada badan.

5. Elakkan pengambilan ubatan tertentu

Ubat-ubatan adalah sejenis dadahkan. Dadah memudaratkan badan. Tetapi kita masih memerlukan dalam keadaan tertentu untuk tujuan rawatan. Awas!! Sesetengah ubatan menyebabkan tahap kesuburan menurun dan bilangan sperma berkurang. Bila pengambilam ubatan ini dihentikan, bilangan sperma akan kembali normal atau meningkat. Antara ubat-ubatan yang digunakan sekali-sekala seperti antibiotik, anti-inflamasi, antipsychotics, corticosteroids, steroids dan methadone. Banyakkan bertanya doktor tentang ubatan yang kita ambil adalah yang terbaik.

6. Cukup Vitamin D dan Kalsium

Kurang pengambilan vitamin D dan kalsium dalam sehari boleh menyebabkan kurang bilangan sperma. Ini adalah antara faktor panjang hayat sel sperma di mana ia tidak mampu hidup lama bila berada diluar badan. Pengambilan vitamin D sangat membantu dan membantu penyerapan kalsium dalam badan.

7. Tingkatkan pengambilan makanan kaya antioksidan.

Antioksidan adalah molekul yang membantu membunuh radikal bebas dari merosakkan badan dan seterusnya menyebabkan pengurangan bilangan sperma. Beberapa kajian menunjukkan peningkatan bilangan sperma bila mengambil makanan kaya antioksida antaranya makanan kaya vitamin C, vitamin E, Coenzyme Q10

8. Tingkatkan pengambilan Lemak Sihat dan Kurangkan Lemak Tidak Sihat

Lemak sihat seperti Omega-3 dan Omega-6 sangat membantu perkembangan membran sperma. Pengambilan supplemen Omega-3 dapat membantu pembentukan dan pertumbuhan sperma sihat. Lemak tidak sihat pula perlu dikurangkan.

9. Elakkan kawasan pencemaran atau pekerjaan bertoksik

Persekitaran yang tercemar seperti udara kotor dan bertoksik menyebabkan sel badan kita teroksida dan tidak sihat dan mudah rosak. Jadi, nak kekal subur pilih tempat yang bersih. Elak tempat yang banyak kenderaan dan asap rokok. Gunakan mask muka bagi mengelakkan terhirup udara kotor. Gunakan sanitizer untuk mengelakkan kekotoran dan kuman.

10. Ambil cukup zink

Dalam prostat lelaki mengandungi 10 kali ganda Zinc berbanding organ lain.Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zink menyebabkann masalah seperti
- kematangan organ seks yang lambat
- impoten
- perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual,penuaan pra-matang dan gugur rambut. 

Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja ke umur tua.

Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara elak gout sampai sakit nak berjalan

Assalamualaikum,

Entry kali nak berkongsi tentang gout. Hehe tetiba je kan nak kongsikan tentang ni. Ada terjumpa seorang kenalan tapi tak rapat sangat. Lelaki dan lebih muda umurnya tapi jalannya macam terdengkot-dengkot. Macam sakit dan susah nak berjalan. Riki-riki... rupanya kena gout. Tu terfikir nak baca dan kongsikan dengan anda semua.


Apa sebenarnya gout?


Gout dikelaskan sebagai penyakit artritis. Ia sejenis penyakit berpunca dari berlebihan asid urik. Kedua, badan gagal berkerja untuk membuang asid urik dengan berkesan daripada badan. Katanya dulu-dulu kalau kena penyakit gout memang tak boleh buat apa dan cacat. Tapi sekarang dunia perubatan dah maju. Alhamdulillah penyakit gout boleh dirawat dan dikawal.

Bagaimana sebenarnya Gout terjadi?

Dalam badan kita ada Asid Urik. Ia merupakan bahan kumuhan berasas protein (purin) yang akan dibuang melalui air kencing. Bila asid urik gagal dibuang oleh badan, ia berkumpul di dalam sendi. Berlakunya pembentukan kristal pada sendi ini menyebabkan keradangan dan bengkakan dan membataskan pergerakkan. 


Asid urik yang berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan tu dipanggil TophiIa juga boleh berkumpul dalam saluran air kencing dan menjadi batu karang. Lebih teruk lagi, tophi akan membesar dan boleh pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur. Ujian microscopi akan dilakukan untuk menguji bendalir yang disedut dari sendi.




Terdapat 4 kategori gout iaitu;-
  1. Asimptomatil – yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau gejala
  2. Akut – tanda-tanda gaot muncul dengan cepat dan secara tiba-tiba; biasanya pada tisu lembut beberapa sendir dan sakit akan hilang dengan kadar yang cepat
  3. Interkritikal – fasa di mana tiada serangan gout dan ini boleh berlangsung selama beberapa bulan atau tahun
  4. Kronik – serangan berlaku berulang kali dipanggil Polyarticular Gout; boleh mengyebabkan kerosakan ginjal; hipertensi; batu karang

 Tanda-tanda anda seorang pesakit gout?




  • Bengkak pada Ibu jari kaki dan sendi
  • Merah panas bengkak dan tersangat sakit
  • Boleh diikuti dengan demam
  • Serangan tiba-tiba dan kerap kali pada waktu malam


Siapa yang terdedah gout?

  • Gout biasanya dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun. 
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid tapi boleh juga terkena selepas putus haid. 
  • Ketidakseimbangan asid urik kemungkinan sebab factor keturunan
  • Pengambilan makanan kaya dengan protein yg lebih
  • Obesity
  • Pengambilan alcohol berlebihan
  • Kerosakan buah pinggang
  • Pengambilan ubatan tertentu seperti diuretic dan aspirin
  • Kekurangan air yg serius burukkan keadaan


Bagaimana rasanya terkena penyakit ini?

  • Sendi yang diserang menjadi teramat sakit sehinggakan jika tergeser dengan selimut pun terasa sangat seksa.
  • Sakit boleh berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk red ajika tidak dirawat
  • Sakit boleh menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan
  • Ia boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, siku;pergelangan tangan dan jari.

Kesan lain apabila terkena gout?
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes

Apakah supplemen yand dicadangkan untuk pesakit gout? 


1. Vivix
  • Melindungi dan memperbaiki DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel
  • Melambatkan pembetukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel

2. Alfalfa

  • Membantu menyingkirkan toksik secara lembut dari badan
  • Jika pesakit mengambil alfalfa, pastikan minum air banyak untuk tujuan detox

3. OmegaGuard

  • Kaya dengan DHA dan EPA iaitu asid lemak dari ikan laut dalam. 
  • Sangat membantu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

4. Performance Drink

  • Memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup 
  • Dapat membantu mengelakkan pesakit dehidrasi.

Tiada suntikan... dan tiada ubat tahan sakit...

Untuk dapatkan Set Gout ini terus hubungi saya;-

 Shidah Abdullah

Whatsapp/sms : 012-6240197

 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...