Showing posts with label Kesihatan Umum. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Umum. Show all posts

8 Manfaat Detox Bersihkan Toksin Dalam Badan

Heboh orang buat detoks sana sini. Detoks ni adalah proses atau aktiviti mengawalan dan pemilihan makanan dengan tujuan menghapuskan toksin yang berkumpul dalam badan kita.

Biasanya semua cita-cita atau objektif nak menurunkan berat badan. Betul tak?

Orang kata detoks bagus. Bila tanya apa yang bagus, sengih je. So sebelum anda betul-betul buat detoks dengan cara yang betul, jom kita faham betul-betul dulu supaya tak ada salah tanggapan.

1. Penurunan Berat Badan

Kalau tanya orang perempuan, dah tentu inilah matlamat utamanya. Macamana dengan detoks je boleh turun berat.

Bila badan kita mengumpul toksin dari persekitaran dan pemakanan tak berkhasiat, ia menyebabkan keupayaan badan membakar lemak menurun. Bila ada toksin, kilang membakar menerima signal yang salah dan menyebabkan sel lemak meningkat. 

Akhirnya, makanan yang patut ditukar kepada tenaga tidak berkerja sepenuhnya dan mengganggu hormon badan. Bermaharajalela la toksin kalau kita tak detox. Bukan berat je naik, dengan pakej diabetes. Detoks secara tidak langsung meningkatkan metabolisma badan.

2. Lega dari Perut Kembung dan Sembelit

Nak kurus tapi sembelit. Tak boleh biar gitu sebab kolon adalah sebagai sistem badan yang membawa bahan buangan dari badan.

Tapi makanan tidak sihat seperti makann diproses, makanan segera akan menyumbat kolon dan berkumpullah toksin yang menyebabkan berat statik  dan perut sebu. Detokslah 

3. Meningkat tenaga

Tak bagus kita biarkan badan bertoksin tau. Bila terlalu banyak toksin, badan kita memerlukan tenaga lebih banyak untuk membakar. Ini menyebabkan kita kurang tenaga. Jadi dengan detoks tenga dapat ditingkatkan.

4. Ubati masalah "Craving"

Selain tukan, bagi yang hantu makan manis-manis dengan membuat detoks akan mula menghantar signal kepada otak bahawa sekarang saya hanya memilih makanan berkhasiat dan bernutrisi sahaja. Inilah cara terbaik nak buang "craving" terutama benda manis.

So bye-bye sayonara pada makanan manis dan tidak berkhasiat.

5. Kulit Lebih Cantik

Kulit adalah refleksi dalaman kita. Kulit juga organ yang membuang toksin melalui mengeluaran peluh. Kulit jadi bertoksin bila toksin terlaly overload. Toksik lagi cepat berkumpul dari mencegah. Bila kita detoks akan nampak kulit bersih cerah dan lembut.

6. Stress Berkurangan

Dah syantek-syantek tak kan stress lagi. Badan lebih mudah stress bila badan bertoksin. Toksin ni membuatkan nutrisi tidak diserap dari makanan. Otak lebih fresh dan tidur lebih selesa.

7. Tingkatkan sistem imun

Penting sangat sistem ni. Kalau tak, memang habis sel badan bila toksin berleluasa. Habis sel-sel rosak dan sistem pertahanan jadi lemak. Ni yang kita tak nak kan. Pilih detoks

Akhir sekali...

8. Tidur yang berkualiti

Jangan ingat tidur tak penting. Masa tu badn rehat sepenuhnya. Tidur yang berkualiti sehinggakan mimpi pun tak menyinggah. Detoks akan tingkatkan hormon untuk tidur dan berehat. Kalau tak, tu yang ada kena imsonia.

Ok la.. Jom tidur dan reset semua untuk hari yang lebih segar esok untuk terus detoks.

Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197
Read More

Cara Atasi Migrain Tanpa Ubat Untuk Elak Berulang

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Kalau yang kena teruk sampai tak boleh nak buat apa-apa aktiviti. Sakit kepala yang akan berulang-ulang. Biasanya berlaku dibahagian sebelah kepala je. Ada juga berlaku pada dua-dua belah kepala.

Antara simptom-simptom Migrain

  • Pening
  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sangat sensitif pada cahaya dan bunyi bising

Bagaimana Migrain Terjadi?

Saluran darah di kepala akn membekalkan dara ke kepala, kulit dan terus ke otak. Bila migrain berlaku, saluran ni kembang lebih dari biasa. Bila ini berlaku, urat saraf akan kesan sakit ada dinding saluran darah dan isyarat sakit dihantar ke otak.

Kenapa Migrain Terjadi

Berikut adalah checklist kenapa anda mengalami migrain :

  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok


Bagaimana nak rawat Migrain?

Seperti biasa ubahlah gaya hidup anda. Makan makan sihat dapat mengelak migrain terjadi. Rujuk doktor untuk lebih memahami jenis migrain yang anda hadapi.

Pengambilan Vitamin yang Dicadangkan untuk legakan migrain

1. B Complex 
Diformulakan dengan vitamin B yang sangat banyak khasiatnya. Antaranya adalah vitamin B2 iaitu Riboflavin dan vitamin B6 iaitu Pyridoxine yang dapat mengurangkan sakit yang disebabkan oleh migrain. 

B Complex Shaklee juga dapat membantu mengelakkan stress, depresi dan kemurangan juga mencegah dari penyakit Strok.

2.Ostematrix 
Mengandungi kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi. Magnesium berupaya mencegah kekejangan pembuluh darah. Kekejangan pembuluh darah merupakan salah satu punca berlakunya migrain. Magnesium juga berupaya mengurangkan sakit kepala dan frekuensi sakit kepala.

3. OmegaGuard
EPA dan DHA dalam omegaguard sangat membantu mengurangkan simptom migrain. Ia juga bertindak mengurangkan keradangan pada pembuluh darah.

Testimoni Pengguna Set 


Bagaimana nak dapatkan Set Migrain ni?

Hubungi saya Shidah Abdullah melalui nombor telefon 012-6240197 atau whatsapp dengan klik www.wasap.my/60126240197

Klik pada gambar untuk membeli terus secara online :


Moga bermanfaat ye. Adios!
Read More

Tips Kuatkan Ingatan Kurang Risiko Nyanyuk Bila Tua

Pagi-pagi lagi pak abu dah sampai ke kedai minum dengan kereta Volvo lama. Ramah pak abu ni kalau bersembang. Selesai minum pak abu ni akan balik ke rumah. Masalahnya dia sentiasa akan lupa mana letak kereta dia. Gitu la tiap-tiap hari.

Ini la penyakit nyayuk atau Alzheimer. Ini berlaku berpunca dari penurunan fungsi otak kita yang mengganggu fungsi-fungsi termasuk mengingat, berfikir dan tingkah laku.

Sebaiknya kita otak kita masih berfungsi dengan baik kita mesti jaga sebaiknya.
Nak ke jadi nyanyuk? Sure tak nak kan.. Apa kata amalkan tips ni...

1. Makan sayur-sayuran yang membekalkan mengurangkan risiko nyanyuk. Pastikan setiap kali mengambil makanan ada sayur-sayuran.

2. Elakkan persekitaran bertoksik seperti asap rokok. Kalau merokok apatah lagi kan. Ia akan memberi kesan sedikit demi sedikit pada otak kita.

3. Latihan minda. Minda kita tak boleh dibiarkan kosong tanpa berfikir. Banyakkan membaca buku dapat menggerakkan sel-sel otak untuk berhubung. Bagi yang muslim, membaca Al-Quran adalah yang terbaik.

4. Pilih makanan kaya DHA yang menghubungkan sel otak kita. Tu la pelincirnya. Mengamalkan pengambilan minyak ikan Omegaguard sangat membantu mengekalkan otak yang sihat.


5. Sumber boron seperti kekacang, pear, anggur sangat penting untuk otak melakukan aktiviti. Keperluannya sedikit tapi penting. Jika kekurangan boron menjadikan seseorang kurang peka dan lambat bertindak. Pengambilan vitalea sangat membantu

6. Sentiasa bertenang dan kurangkan tekanan adalah sangat penting. Tak di kawal macam-macam sistem tunggang terbalik. Hormon pun terganggu. Makan makanan kaya vitamin B sangat membantu mengawal saraf badan.

7. Bersenamlah untuk membekal oksigen yang cukup untuk otak berfungsi dengan baik. Badan pun sihat cergas dan dapat jauh dari penyakit.

Dan akhir sekali..

8. Cukupkan waktu tidur anda. Tidur pun kena tidur yang berkualiti. Baru rasa segar minda.

Cadangan vitamin untuk Alzheimer atau Nyanyuk




1. Vivix

Antioksida yang kuat untuk melindungi sel otak daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Kandungan Vivix iaitu resveratrol terbukti mengurangkan risiko Alzheimer atau nyanyuk.

2. ESP (Energizing Soy Protein)

Mengandungi kesemuan asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino adalah asas kepada neurotransmitter iaitu pembawa maklumat di otak.

3. VitaLea

Multivitamin yang mengandungi 28 zat dan mineral untuk membantu fungsi sel yang normal.

4. B Complex

Membantu kawal stress

5. OmegaGuard

Mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak yang sihat. Sangat sesuai untuk kanak-kanak juga.

Hubungi saya untuk dapatkan ye.
Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Mulakan Dengan Asas Nutrisi Yang Sempurna

Assalamualaikum, 

Hari ni nak kongsikan tentang nutrisi asas yang diperlukan badan. Mulakan dengan nutrisi lengkap baru berfungsi cemerlang juga...

1. Vitamin C sustained release - menga kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan semua di dalam badan kita

2. Omegaguard - Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat. 

3. Vita-Lea® Iron Formula - Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

4. B-Complex Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga

5. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder - Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. Jumlah protein soya yang
disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 

 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Masalah Kanser Serviks Pulih Dengan Vivix, Vitamin C dan Alfalfa

Hari ni gembira saya nak kongsikan pengalaman wanita yang mengalami masalah kanser serviks. Terfikir tak kita bagaimana la perasaan apabila doktor maklumkan sedemikian. Baca perkongsian suaminya di bawah;-

Alhamdulillah, wife saya disahkan kanser serviks pada Disember 2017. Allah je tahu macam mana rasa hati bila dapat berita ni. Walaupun muka rileks tapi hati kita suami ni, Allah & kita je tahu.

Alhamdulillah syukur rahmatNya, pada hari selasa lepas, isteri saya buat check up semula di Hospital Shah Alam, 3 doktor sahkan rahim isteri saya bersih, perfect - no infection, no cancer anymore.
Rasa nak nangis je dengar berita tu. Tapi well you all know, tahan je air mata ego ni. Buat rileks je sambil sebut, "Alhamdulillah, tahniah. Allah beri hasil positif Sayang guna Vivix, Vita C Plus & Alfalfa Shaklee". Untuk isteri saya, hanya amalkan 2 bulan saja secara serius.

Bagaimana Vivix, Vitamin C dan Alfalfa membantu Masalah Kanser Serviks

Kanser terjadi disebabkan oleh sel badan kita yang sepatutnya menghasilkan sel baru yang sihat tapi menghasilkan sel baru yang rosak akibat kerosakan DNA yang menghantar maklumat yang salah. Banyak faktor mendorong perkara ini berlaku antaranya faktor pemakanan, kehidupan seharian, persekitaran yang tidak sihat dan ubat-ubatan. 

Oleh itu, keadaan kerosakan dan signal yang salah ini mesti dibendung. Pengambilan vitamin sangat membantu mengawal dan dengan izinNya ia akan sembuh.

Pertama....

ALFALFA sejenis vitamin yang membantu detoks toksin dari badan. Perkara ini penting sangat dilakukan supaya badan kita lebih bersih. Ia akan mengeluarkan kotoran ini dari badan dan biasanya dibuang semasa kita membuang air besar dan kecil. Apabila badan kita kurang toksik, makanan dan vitamin yang kita ambil akan memberikan khasiat yang optimum ke seluruh badan. 

Kedua....

VITAMIN C PLUS sangat membantu untuk menguatkan sistem imun. Berbeza dengan vitamin C lain, ia akan melepaskan vitamin C ini secara berperingkat dan memastikan badan lebih kuat dan sihat. Ia juga membantu luka dalaman dan luaran pulih dengan cepat. 

Akhir sekali,,,

VIVIX dimana berfungsi untuk memulihkan DNA badan yang rosak. Bila DNA ini dipulihkan ia akan memberi signal pada badan kita dengan memberitahu untuk menghapuskan sel yang rosak tadi. Sel-sel yang baru pula dipelihara dan memastikan ia menghasilkan sel yang sihat. Ia juga membantu setiap sel untuk menjanakuasa lebih baik bagi menghasilkan tenaga. 


Apa yang penting sekali.. pengambilan mestilah KONSISTEN. Kita berusaha dan yang menyembuhkan tetap Allah kan. Apa yang saya pelajari dari Puan Siti dan En Firdaus.


Sokongan keluarga. Memang sedih tapi ketenangan memang diperlukan terutama dari pasangan. Jangan cuba simpan dan sorok perkara penting seperti ni. Bila ramai tahu, usaha dan doa keluarga dan sahabat sangat diperlukan. Memang ada yang kata tak nak orang jumpa kita dan asyik simpati. Apabila ramai yang tahu, mereka lebih memahami dan mungkin akan cuba membantu sedaya upaya dari segi ilmu, doa, tenaga, penjagaan kesihatan dan pengalaman rakan sekeliling.

Sentiasa Rujuk Pada Pakar. Sentiasa membuat pemeriksaan susulan dan mengikuti nasihat dari doktor. Mereka lebih arif. Kawalan awal sangat membantu untuk tidak membiarkan kanser ini terus merebak. 

Usaha yang konsisten. Mereka memilih untuk Puan Siti mengambil Vivix, Alfalfa dan Vitamin C untuk membantu pemulihan. Dengan izin Allah, berkat usaha dengan konsisten Allah sembuhkan kanser serviks Puan Siti




Jika anda juga mengalami masalah yang sama, boleh terus hubungi saya,

Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara untuk mengatasi batuk berpanjangan dengan berkesan

Ramai yang akhir-akhir ni batuk... Ni mesti gara-gara sebat durian banyak la tu. Tengah musimkan. Kalau badan tak tahan sebab panas durian, mau demam dibuatnya. 

Macam biasa la.. Petua orang tu mesti dicarikan.. Sambil google petua-petua terjumpa post Dr Zubaidi tentang jenis-jenis batuk di mana batuk berasal dari beberapa tempat:-

1. Batuk berasal di kerongkong dan tidak berkahak - tentunya sebab jangkitan virus atau tindak balas akibat alahan. Biasa batuk macam ni seminggu je dah baik. Biasanya kerongkong rasa kering, tekak gatal dan perit dan batuk berkali-kali.

2. Batuk berasal di dada dan berkahak - Yang ni stage bahaya bila paru-paru keluarkan lendir dan kahak apabila kuman (virul dan bakteria). Kemudian kahak akan memasuki paru-paru dan tidak dihalang di tekak  dan boleh menyebabkan jangkitan paru-paru seperti bronchitis dan pneunomia. Kahaknya selalu berwarna hijau, kuning dan bercampur darah.

3. Batuk berasal dari dada tapi tidak berkahakBatuk begini berlaku bila terdapat perubahan struktur dalam paru-paru, Ia menandakan masalah yang serius dan menyebabkan rasa sesak nafas.

Penting juga untuk kita tahu batuk kita kategori mana. Tahap bahayanya kan berbeza.

Berdasarkan pengalaman saya, macam-macam cara jalan atasi batuk. Biasanya memang berjumpa doktor dan juga ambil ubat batuk, isap gula-gula tekak seperti yang dinasihatkan. Biasa saya kalau batuk memang pakej dengan tonsil bengkak. Kali ni bila saya batuk, saya tambahkan dengan pengambilan Omegaguard. Memang berbeza antaranya kahak cepat surut dan tekak tak perit.

Omegaguard ni antara fungsinya;-


  • mencegah keradangan dan imflamasi. Bila kita batuk, akan berlaku keradangan di tekak. lagi teruk kalau yang akan mengalami masalah tonsil bengkak. Omega akan  membantu dalam mengurangkan imflamasi di bahagian saluran pernafasan.
  • Minyak ikan tulen dari omega guard membantu mencairkan kahak dan memberikan kelegaan kepada penghidap.
  • Memang sangat sesuai untuk seisi keluarga. 
  • Ia juga sangat baik dalam melancarkan peredaran darah kita.
Jika anda atau sesiapa mengalami batuk berpanjangan, jangan lupa dapatkan omega guard sekarang.

Saya Gembira Membantu Anda!


Shidah Abdullah 
012-6240197 
Youtube Channel - shidotdotcom

Read More

Cara Hilangkan Gusi Berdarah

Terbaca topik gusi berdarah dari website berita harian. Menarik juga topik ni untuk kita tahu. Kebiasaannya yang saya perasaan bila menggosok gigi adakalanya berdarah. Kenapa ye?

Penyakit gusi ni dialami hampir 80% penduduk dunia. Ia dipanggjl penyakit periodontium.





Gusi berdarah bermula berlaku disebabkan keradangan pada gusi yang dipanggil gingivitis. Biasanya tak ada tanda-tanda ni sehingga kita tidak perasan mempunyai masalah ini. Ia mesti dirawat.

Jangan dibiar kerana ia akan merebak lebih terukan nanti ia akan menjadi lebih terus.
.

"Pada peringkat ini pesakit perlu memberi perhatian serius kerana tulang penyokong gigi juga musnah.

Malah, rawatan juga menjadi lebih rumit dan kemungkinan besar gigi terpaksa dicabut.

Namun, adakalanya ia tertanggal sendiri walaupun gigi tersebut tidak berlubang.

Beliau menegaskan, bukan semua radang gusi akan merebak menjadi periodontitis.

"Sesetengah individu yang mencecah usia 40 hingga 50 tahun menghidap penyakit radang gusi tanpa periodontitis kerana sistem pertahanan mereka kuat,'' jelasnya.

Menurut Dr. Rosnah, periodontitis bukan sejenis penyakit serius, ia hanya mengakibatkan gigi goyah sehingga terpaksa dicabut dan diganti dengan gigi palsu.

PUNCA
Pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di bahagian gigi berhampiran gusi adalah punca masalah ini.

Jika dibiarkan, plak yang berubah warna menjadi kuning dan kelabu ini menjadi lebih tebal.

Lama-kelamaan, plak yang tidak disingkir ini akan berubah warnanya menjadi kuning atau hitam, mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus).

Plak bakteria ini kemudiannya mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah serta membengkak.

Pada peringkat ini, ia dipanggil radang gusi. Bagaimanapun, jika tidak dikawal ia akan menjadi periodontitis.

Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi.

Kesannya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil pokok periodontium.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RADANG GUSI
Faktor etiologi primer - plak bakteria

* Plak bakteria adalah pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di permukaan gigi serta di bahagian gigi berhampiran gusi.

Plak di tahap minimum sukar dilihat secara kasar tetapi kehadirannya boleh dipastikan dengan menggunakan pewarna eritrosin.

Plak bakteria yang terdapat dalam mulut manusia mempunyai fungsi dan keperluan tertentu.

Bagaimanapun, plak bakteria yang dibiarkan membiak dan tidak dibuang akan menjadi lebih tebal sehingga memudaratkan gusi.

Lapisan plak yang tebal ini berwarna kuning atau kelabu.

Dalam beberapa minggu, plak ini akan mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus) yang berwarna kuning atau hitam.

Plak bakteria boleh mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi merah serta membengkak.

Peringkat ini yang dipanggil radang gusi jika tidak dikawal akan menjadi periodontitis.

Periodontitis ialah apabila plak bakteria serta kalkulus terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium dan tulang alveolus yang menyokong gigi.

Akibatnya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil poket periodontium.

Faktor etiologi sekunder pula terbahagi kepada:

a. Faktor ekstrinsik (setempat atau dalam mulut)

* Tampalan yang tidak sempurna atau permukaannya tidak licin.

* Karies gigi.

* Penggunaan alat seperti dentur atau aplians ortodontik.

* Kedudukan gigi yang tidak teratur.

* Kehadiran kalkulus atau karang gigi.

* Tabiat seperti menggigit benda asing dan bruksisma.

b. Faktor intrinsik (sistemik atau dalam badan)

* Penyakit yang berkaitan dengan pembekuan darah seperti leukemia, hemofilia dan Glanzmann's thrombaesthenia - gusi berdarah secara spontan.

* Penyakit diabetes mellitus (kencing manis).

* Penyakit HIV.

* Penyakit neutropenia seperti agranulositosis, cyclic neutropenia, chronic idiopathic neutropenia dan benign familial neutropenia.

* Pada awal kehamilan, wanita menghasilkan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan radang gusi bertambah teruk.

* Terdapat kemungkinan tumbesaran pada gusi (epulis penghamilan).

* Ubat-ubatan - yang dimakan oleh pesakit yang menjalani pemindahan organ (cyclosporin), ubat penyakit jantung (nifedipine) dan ubat penyakit sawan atau epilepsi (sodium dilantin) akan mengakibatkan pertukaran fibrosis pada gusi.

* Kekurangan vitamin C.

* Penyakit Sindrom down - kekurangan faktor pertahanan.

* Masalah kekurangan air liur - akibat radioterapi, kimoterapi atau Sindrom sjogrens.

TANDA-TANDA

*Perubahan pada gusi

Gusi berubah warna menjadi merah kebiru-biruan, bengkak pada konturnya.

Pada peringkat ini, nafas pesakit mula berbau. Gusi yang sihat disokong dengan kuat oleh fiber periodontium dan tulang alveolus.

Ia berwarna merah jambu pucat, kukuh apabila disentuh dan tidak mudah berdarah apabila gigi digosok.

Bagaimanapun, sesetengah etnik yang berkulit hitam mempunyai warna gusi yang lebih gelap.

* Pempoketan

Gusi yang sihat dan tidak bermasalah akan rapat dengan gigi. Bagaimanapun, kemusnahan fiber periodontium serta tulang penyokong gigi menyebabkan berlakunya pempoketan.

Poket ini terbentuk apabila plak dan kalkulus menggantikan fiber periodontium.

Keadaan ini mengakibatkan gusi menjadi renggang. Kandungan poket yang terdiri daripada plak, kalkulus dan sisa-sisa makanan ini tidak boleh dibersihkan hanya dengan berus gigi.

Malah, penyakit ini dianggap telah kronik apabila berlakunya pembengkakan dan bernanah.

RAWATAN

Tunjuk ajar kebersihan mulut diikuti dengan rawatan mengikis plak dan karang gigi dikikis (penskaleran). Rawatan ini diikuti dengan menggilap permukaan gigi hingga licin (pengilapan).

Kerjasama pesakit untuk mengawal plak dengan berkesan amat penting supaya plak tidak berulang.

Bagaimanapun, jika radang gusi telah merebak menjadi periodontitis, gigi masih boleh diselamatkan jika kemusnahan pada tulang tidak serius.

Cara rawatan adalah sama seperti radang gusi, tetapi satu prosedur pengetaman akar gigi akan dilakukan.

Akar gigi yang berhadapan dengan poket periodontium dikikis untuk menghapuskan toksin yang melekat di permukaan akar gigi.

Ini bagi membolehkan fiber periodontium baru dibentuk dan gusi yang renggang itu boleh diperkukuhkan.

*Pembedahan

Jika masih terdapat poket periodontium selepas prosedur dilakukan, pembedahan periodontium perlu dilakukan.

Selepas pembedahan, kegoyahan gigi berkurangan dan nanah serta kejadian gusi berdarah akan berhenti.

Sebaliknya, jika penyakit itu di tahap lanjut terdapat kemungkinan gigi yang terbabit terpaksa dicabut. Rawatan periodontium mungkin mengambil masa yang panjang dan beberapa susulan.

Kejayaan rawatan periodontium juga bergantung kepada komitmen pesakit untuk meningkatkan kebersihan mulut supaya penyakit itu tidak berulang.

Pada masa yang sama, pesakit yang telah tamat rawatan disaran berjumpa doktor dalam fasa pengekal untuk memastikan ia tidak berulang.






SUSTAINED RELEASE VITAMIN C

Berfungsi untuk memperbaiki simpton pendarahan. Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah. Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vitamin C dengan pelepasan secara berperingkat dapat membantu menyalurkan vitamin C berterusan. Ia juga membantu dalam menyokong tulang,igi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Jom baca apa manfaat vitamin C kepada tubuh badan kita. 

✅ Melawan Kanser
Salah satu fungsi Vitamin C adalah melawan kanser. Mereka yang memilih makanan yang sarat dengan Vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payudara. Bahkan ada sumber mengatakan Vitamin C dapat dijadikan sebagai racun bagi sel-sel kanser tertentu.
✅ Memperbaiki Kulit
Vitamin C mengandungi antioksidan yang sangat di perlukan oleh kulit,di mana antioksidan berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang tersimpan akibat terkena sinaran matahari.
✅ Mencegah Diabetis
Vitamin C mampu untuk menurunkan kadar gula yang terdapat dalam tubuh dan dapat mencegah efek buruk daripada penyakit diabrtis pada penderitanya.
✅ Mengawal Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian pada orang yang menderitanya. Mengambil Vitamin C dengan dos yang di tetapkan secara rutin dapat mengawal tekanan darah dengan lebih baik.
✅ Meningkatkan Mood
Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan perubahan psikologi. Peneliti dari McGill Universiti mengatakan bahawa pengambilan suplemen vitamin C (500mg dua kali sehari) mampu memperbaiki mood dan menghilangkan rasa gelisah.
✅ Menurunkan Risiko Serangan Jantung
Vitamin C dapat menghilangkab aterosklerosis yang berada di dalam jantung. Aterosklerosi adalah suatu keadaan di mana arteri jantung menebal dan dapat meningkatkan terjadinya serangan jantung kerana darah menjadi tidak lancar.




OSTEMATRIX


Merawat gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat. Ia membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium,vitamin D dan mineral zink,tembaga,manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.


Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

3 Tips Elak Pedih Ulu Hati

Rasa sakit sangat perut sampai nak kena baring mengerekot. Pedih ulu hati ditambah pula lenguh-lenguh badan. Makan apa la salah ni sampai berangin. Tu la yang kita sangka.

Tapi tahu tak ni la GERD.

Apa itu GERD?

Semua yang kita rasa tadi adalah tanda-tanda anda diserang Gastro Oesophageal Reflux Disease (GERD). Ia juga juga dikenali sebagai Asid Reflux Disease dimana kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan.

 

 Apa sebenarnya terjadi dalam perut kita?


Apabila kita makan, makanan akan masuk terus ke bahagian perut dan penutup saluran esofagus akan tertutup rapat bagi menghalang gas berpatah balik dan menyebabkan pedih ulu hati.


Antara sebab penutupnya lemah berpunca dari Asid ini yang menyebabkan sel antara saluran pemakanan dan perut lemah.  Bila gas naik kita akan rasa sebu, loya dan sakit kepala.

Apa terjadi kalau tak dijaga?

Don't play2... Ia boleh menyebabkan salur pemakanan menyempit, ulser dan paling bahaya berisiko mendapat kanser. Syuuuuh2..

Antara gejala yang akan dirasai


  • Kembung perut
  • Loya
  • Kurang selera
  • Sakit perut
  • Lenguh badan
  • Sakit kepala
  • Sendawa dan tidak dapat melepaskan angin 

Apa nak perlu kita buat untuk elakkan pedih ulu hati?


1. Makan ikut jadual
Amalkan pemakanan sihat dan mesti ikut jadual. Jangan biarkan perut kosong sangat penting untuk mengelakkan keadaan berterusan.

Ia dapat menghalang penghasilan asid dalam perut dan jika dibiarkan akan menyebabkan reflux atau pengaliran semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus).

2. Elakkan makanan berangin
Sesetengah makanan boleh menyebabkan angin. Kurangkan kuantiti pengambilan. Tu sebab orang kalau berpantang macam-macam perlu elak dimakan seperti timun, petola, cempedak, nangka, petai, kopi, teh dan bersantan, selain berhenti merokok dan minuman beralkohol.

3. Pengambilan vitamin yang bersesuaian
Biasanya orang akan ambil ubat-ubatan membuang angin seperti simetricon, dimetricon atau ubat antisid.

Berdasarkan pengalaman suami sendiri, beliau mengambil vitamin dengan konsisten. Risau juga asyik ambil ubat. Antara vitamin yang saya aturkan untuk beliau ambil.

1. Peppermint ginger yang sangat membantu buang angin dari badan

2. ESP minuman kaya protein yang membantu mengelakkan perut kosong dan lapar yang menyebabkan angin.

3. B complex yang memberi ketenangan pada saraf. Selain tu, ia menukarkan makanan kepada tenaga untuk kegunaan harian.

Bila sakit badan, boleh tambahkan ostematrix untuk melegakan otot dan sakit.

Nak dapatkan set ni!
Hubungi Shidah terus melalui whatsapp atau sms www.wasap.my/60126240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara Hilangkan Beguk Di Leher

Apakah Beguk?

Beguk atau nama lainnya 'mumps' merupakan sejenis keradangan akut (acute). Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan kelenjar air liur parotid membengkakkan dan rasa sakit.



Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.

Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.


Apakah gejala atau tanda-tanda beguk?


  • Bengkak pada satu atau dua-dua belah wajah
  • sakit dan kemerah-merahakan di bahagian rahang
  • Mulut kering
  • Demam
  • Selsema
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit Otot
  • Hilang selera makan


Apa perlu dilakukan jika terkena beguk?

  1. Turunkan suhu badan kerana kebiasaannya anda akan berasa hendak demam. Kawal suhu badan dengan makan ubat, lap badan dan minum air suam.
  2. Banyakkan minum air terutama air masak bagi mengelakkan penghidratan dan ia juga dapat mengelakkan jus yang berasid yang merangsang kelenjar air.
  3. Tuam kawasan yang bengkak dengan merendam kain ke dalam air panas atau sejuk. Ia akan memberi keselasaan  kepada pesakit. Guna juga petak air..Anda juga menggunakan pek ais untuk menuam.
  4. Sapukan Nila atau cuka makanan untuk mengurangkan bengkak

Vitamin Shaklee Yang Sesuai Untuk Beguk dan Cara Makan Yang Sesuai


Set Beguk Shaklee membantu mengurangkan bengkak dengan cepat. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan virus pada organ badan kita yang lain. Set ini terdiri daripada;-


  • Lecithin yang berfungsi menyurutkan bengkak dan mengurangkan keradangan.
  • Nutriferon membantu mengatasi jangkitan virus yang berlaku dan mengurangkan risiko berjangkit pula pada orang lain. Ia jua membantu menguatkan imuniti dan menurunkan suhu badan akibat demam.
  • Vitamin C pula membantu meningkatkan sistem imuniti badan yang lemah akibat beguk.

Nak order?

Boleh hubungi saya Shidah Abdullah 012-6240197 atau boleh klik sahaja gambar set di bawah untuk membuat pesanan terus




Jangan lupa lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara Merawat Buasir dengan Berkesan

Apakah buasir?

Buasir atau nama saintifiknya Hemnoroid berlaku apabila saluran darah mengembang dan membengkak disekitar dubur.

Punca ia terjadi adalah disebabkan tekanan dalam darah rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan 'memberi' dan membenjol. Lebih teruk ia boleh pecah bila kita meneran dan itulah ia pecah.

Apakah Punca Buasir Boleh berlaku?

Ia selalu dikaitkan dengan masalah sembelit.  Apabila sembelit ini aberterusan dikatakan antara punca utama yang menyebabkan buasir berlaku.

Sembelit yang berterusan dikatakan antara punca utama yang menyebabkan buasir berlaku. Selain sembelit, buasir boleh berpunca daripada :-


  • Meneran berlebihan ketika buang air.
  • Kerap cirit birit
  • Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.

Ini vitamin Shaklee dalam Set Buasir Shaklee yang wajib


1. Vivix

Resvetarol akan membaiki sel sehingga ke peringkat DNA. Jika Sel dalaman badan anda sihat, maka anda juga akan sihat. Sebab tu sesiapa yang menjalani pembedahan pesakit amat sesuai ambil Vivix. Vivix membantu anda menjadi lebih sihat secara keseluruhan

2. Alfalfa

Bersifat alkali dan sebagai detox untuk membersihkan bahagian dalaman terutamannya usus dan melegakan tekanan kepada rektum.

3.Omega Guard

Membantu kurangkan bengkak pada rektum akibat tekanan ke atas otot dubur dan kawasan yang sakit atau bengkak.

4. Ostematrix

Mengelakkan sembelit, memelihara usus dan melancarkan pembuangan air besar.

5. Herblax

Herblax adalah kombinasi herba yang boleh digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Jika anda mempunyai masalah sembelit dan buasir

Jika anda ingin mendapatkan supplemen Shaklee seperti di nyatakan di atas, anda boleh hubungi saya


Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

5 Cara kempiskan perut paling cepat dan berkesan

Perut Buncit? Stresskan kalau perut buncit tapi apa yang kita lakukan.. Kadang-kadang dah bersenam tapi masih tak susut juga. Tapi tak bermakna kita tak perlu bersenam. Salah tu. Bersenam tu dah betul tapi pemakanan harian kita tak dijaga dengan baik. 

Antara yang perlu dilakukan adalah;- 


1. Rancang menu pemakanan harian

Perancangan menu harian sangat bagus untuk menjaga pemakanan harian. Menjaga kualiti makanan mengikut tema suku-suku separuh iaitu suku karbohidrat, suku protein, separuh sayur dan buah-buahan. 

  • Elakkan makanan bergula dan manis. Makanan yang mengandungi gula, kurang khasiatnya. Makan secara berlebihan hanya akan menambah kalori dan sangat sukar untuk berhenti makan manis. 
  • Tidak mengambil makanan mengandungi garam atau sodium. Jika mengambil makanan masin, tubuh anda akan menyimpan cecair atau air di dalam tubuh badan. Terjadi water resistance. Jika terjadi terlalu lama akan mengganggu metabolisma menyebabkan tekanan darah tinggi.
  • Makan makanan tinggi proteinKenapa? Jika diet kurang protein, kulit akan kendur. Protein juga penting untuk memulihkan keadaan dan memperbaiki sel-sel tubuh badan terutama yang aktif bersukan.
  • Lebihkan buah-buahan dan sayuran yang membantu penghadaman kerana seratnya yang tinggi.

2. Minum banyak air putih 

Pengambilan 3 hingga 5 liter mengikut berat badan sangat membantu meningkatkan metabolisma dan melancarkan perjalanan darah dalam badan. Selain itu, membantu menahan rasa lapar di antara waktu makan.


3. Membuat senaman ringan 

Bersenam mesti dilakukan. Ia dapat meningkatkan metabolisma badan. Mulakan yang ringan lebih baik. Jika buat yang berat, kita akan mudah rasa lapar dan makan banyak selepas pulak diet tu. Hancur diet.

Bagi yang sibuk, ambil masa 10 - 15 minit untuk buat di rumah. Buat la senaman seperti lompat bintang. Nak yang lebih teratur buat la tabata. Lama- lama sure mantap..


4. Tidak makan lewat malam

Rakyat Malaysia ramai yang suka makan lewat malam. Tak percaya! Tengok negara mana yang paling banyak kedai mamak yang buka 24 jam. Maknanya bukan sahaja malam, makan sehingga lewat pagi.

Waktu terbaik makan adalah sebelum pukul 7 malam. Ye la kita Bila makan di waktu malam, zat yang menama BMAL1 akan menukarkan makanan menjadi lemak. Berganda la lemak kita. 


5. Mengambil supplement yang membantu membakar lemak 

Kadang-kadang, ada juga yang kurus tapi perut masih buncit. Maknanya memerlukan bantuan pihak luar untuk membakar lemak yang dah tepu dikumpul bertahun-tahun. 3 vitamin yang sangat dicadangkan

a. Alfalfa (Detox) 

  • Membantu untuk meneutralkan asid dalam perut. Baru badan kembali kepada normal (beralkali). 
  • Barulah proses penghadaman lebih baik. 
  • Ia juga membantu menyingkir toksin, lemak dan kolestrol 
  • Bila badan dah bersih, barulah badan tak rasa letih lagi kan.

Sebaiknya minggu pertama detox dengan alfalfa dulu. Baru senang nutrisi diserap dengan baik. Banyak lagi khasiat alfalfa ni.


b. Omegaguard (Burn)

Kemudian, anda amalkan pengambilan Omegaguard dengan konsisten. Asid lemak omega 3 yang tak dihasilkan badan yang membantu membakar lemak disekeliling organ kita. Lemak-lemak ini menyukarkan organ untuk berfungsi dengan baik.

  • Ia juga meningkatkan sistem imun badan dan menyihatkan baru-baru
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi kita ketika kita bersenam
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok.

dan yang terakhir sekali.

c. Herblax (Clean) 

Setelah semua dibuang dan dibakar, ke mana lagi ia akan pergi kan. Tentunya ditempat pembuangan. 
  • Ia berfungsi membersihkan najis yang tersekat di dalam usus kita yang mungkin dah terkumpul sedikit demi sedikit.
  • Merangsang usus mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu mereka yang sembelit
  • Yang penting, mengempiskan perut.


Anda boleh mendapatkan Set Kempis Perut ini dengan menghubungi saya terus seperti di bawah;-





Shidah Abdullah 


 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara Atasi Badan dan Mulut Berbau

Assalamualaikum

Cuba bayangkan sedang berjalan-jalan, lalu seorang depan kita dengan bau yang kurang enak atau pun yang bercakap dengan kita dengan bau mulut yang menyengat. Adakah anda akan terus memberi tahu orang tersebut? 
Dari menegur, biasa ramai memilih mengasingkan diri. Jom kita fahami.  


Punch Bau Mulut

Pasti pernah alami masalah bau mulut. 
Ni masalah biasa tapi sensitive
Tapi bila ditegur ramai yang akan sentap
Lagi kalau tengah sembang-sembang, bau mulut yang 

Punch Bau badan 


  • Perubahan hormon androgen meningkat. Peluh akan bertemu dengan bakteria menyebabkan bau yang kurang meal.
  • Tempat-tempat bisa berpeluh:-
  • Rambut; berpeluh sebab bertopi; kerja luar; shampoo
  • Mulut; ada makanan sampu di gigi; periksa; kumur mulur; infeksi tekak; Masalah pencernaan
  • Ketiak; sebab dibahagian lipatan
  • Kangkang; pakaian dalam pilih cotton
  • Kaki; boleh keluar peluh hingga 1 liter


Faktor badan dan mulut busuk


  • Makan makanan seperti bawang putih, petai, ada makanan tersangkut digigi. Mouth wash tak membantu
  • Gigi rosak juga menyebabkan.
  • Makanan tinggi Menyakit limpa atau diabetes ada potensi mulut berbau
  • Suka makan berempah
  • Banyak makanDaging merah; lambat diproses boleh keluarga bau minum alkoho
  • Junk food mengganggu pencernaanh


Cara mengurangkan bau mulut


  • Hindari gula; bateria tumbuh dengan cepat
  • Consume kanan tinggi serat dan probiotik
  • Lemak baik
  • Supplemen seperti peppermint
  • Makan parsley bersifat alkali/timun atau saderi)Hisap hirisan lemon
  • Minum banyak air putih


Bagaimana setiap dari vitamin ini dapat membantu masalah nafas berbau? :

Garlic Complex -  Merupakan antibiotik semulajadi yang befungsi memusnahkan bakteria

Herblax - Pembersihan usus

Alfafa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan membantu mendetoksififkasikan bau

Peppermint  - Berkesan membunuh bakteria penyebab bau mulut


Vitamin C - Menyembuhkan gusi dan detoksifikasi yang bagus 

Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Cara Mengatasi Resdung Kronik Sampai Hidung Nak Tercabut

Semua orang ada resdung. Bezanya teruk ataupun tidak. 

Antara tanda-tanda awal resdung; 
1. Gatal-gatal dibahagian hidung,
2. Kerap bersin terutama di waktu pagi
3. muka berjerawat batu dan meninggalkan kesan teruk pada muka

Tak kan kita nak biarkan sampai menjadi teruk dan mungkin berkulat...


Kenapa sebenarnya resdung berlaku?

Resdung berlaku disebabkan berlakunya keradangan dalam hidup kita pada membran di dalam hidung. Keradangan ini menghalang hingus kita keluar dan menyebabkan bakteria dan kulat membiak. 

Jika kita biarkan, ia akan menjadi teruk. Kalau kita biarkan masalah resdung kronik boleh membawa maut dan menyebabkan barah hidung. Jika tidak dirawat maut menanti. Kalau di"googgle' tentang kisah viral tentang bekas pemain bola sepak selangor yang menghidap barah pasti anda jumpa. 

Cadangan Vitamin Bagi Mengatasi Masalah Resdung Teruk


Selain menjaga pemakanan seperti mengelakkan makanan yang gatal-gatal seperti makanan laut. Ambil makanan tambahan atau supplemen sangat bagus membantu untuk memperbaiki secara dalaman badan kita. Berikut adalah vitamin yang sangat 

1. Alfalfa sangat kaya dengan klorofil dapat mengurangkan keradangan dalam hidung. 

2. B Complex mempunyai vitamin B6 yang sangat penting memelihara selaput dalam hidung. Ia juga membantu membina antibodi dalam badan. Terkenal sebagai vitamin anti stress ia membantu mengawal dan membantu menstabilkan hormon. Kurang la sikit rasa sakitnya.

3. Vitamin C meningkatkan sistem imun badan. Daya tahan tinggi dapat melawan penyakit. Luka-luka dalaman dapat dipulihkan dengan lebih cepat dan meningkatkan metobalisma badan.



Macamana nak dapatkan Set Resdung ni, anda boleh hubungi saya terus ye!.
Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : www.wasap.my/60126240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...