Showing posts with label Pesan Opah. Show all posts
Showing posts with label Pesan Opah. Show all posts

Tip menghadapi tekanan ditempat kerja

Ada kaitan tak topik ini dengan anda? Pasti adakan.. Tekanan tempat kerja ni adakalanya akan terbawa-bawa sehingga ke rumah. Mana taknya kita berfikir dan beremosi sampai marah-marah orang di rumah pula..

Ish! Ish! Tak sihat.

Apa patut kita lakukan?

Kenal pasti masalah kenapa tekanan berlaku

Berdasarkan pemerhatian saya di pejabat, semua tahu tekanan mereka hadapi sama ada:

a) tekanan melakukan kerja

Ali bertugas sebagai seorang eksekutif perlu menyiapkan rekod pelanggan yang sangat banyak sehingga perlu berkerja lewat malam. Tekanan waktu dan kerja yang banyak dan perlu mengikut dateline penghantaran memberi tekanan pada Ali.

Macamana tahu Ali tertekan? Mudah sahaja bila Ali kerap berhenti untuk lung break atau hisap rokok.

b) tekanan karenah pelanggan

Abu pula seorang staf bertugas di bahagian kaunter di bank. Pagi-pagi masuk masih ceria. No QMS makin panjang. Pelanggan dah nampaknya kurang sabar. Ada yang mula buat ayat-ayat sentap seperti:-

"Kaunter banyak tapi buka 2 je!" - customer ingat semua orang tak rehat dan cuti atau MC

"Kenapa lama sangat untuk sorang customer ek. Tak ada limit time ke?" - kalau dah datang bawa buku anak 5, suami, isteri mau tak lama. Takkan setiap transaksi ambil nombor baru. Cuba kena diri sendiri pandai suruh orang sabar

c) tekanan dengan bos atau kakitangan.

Aminah seorang staf yang rajin menyiapkn tugas mengikut 'dateline'. Hebatkan tapi bos dia asal cuti kerja sendiri tak complete dan tak maklum awal minta sambungkan kerja sampai settle.

Sekali dua ok.. Tapi bila kerap jadi perkara sama stress juga. Macamana tahu? Bila Aminah mula membawang sebab geram.

Hah! Ada tak senario lebih kurang macam ni?

Bertenang dan Fikir Kemampuan Menghadapi

Bila rasa tertekan, pastinya kita akan cari ruang untuk melegakan. Adakalanya kita membuat perkara yang negatif seperti MC, produktiviti menurun dan tentu sekali akibatnya lebih menambah stress.

  • Berehar sebentar
  • Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan
  • Istighfar banyak
  • Cuba positifkan minda untuk lihat dari sudut pembelajaran dan kesan baik pada diri. "apa sebenarnya aku belajar dalam situasi ni"

Aktiviti yang boleh dilakukan

1. Hibernating sambil bekerja

Sebaiknya, ambil masa hibernating sambil buat tugasan hakiki sendiri supaya lebih fokus. hehe ni bahasa saya. Cari tempat yang ada komputer atau bawa laptop anda ke tempat tiada gangguan seperti bilik mesyuarat kecil atau library. Ia sangat membebaskan anda menyiapkan kerja tanpa gangguan. 

Tapi ingat anda masih perlu available untuk dihubungi oleh sesiapa ye melalui hp atau whatsapp. Jika ada no pejabat, divertkan ke hp anda adalah yang terbaik.

2. Ambil cuti untuk bertenang

Jika melibatkan kerja yang banyak dan pelanggan, ambil la cuti untuk membebaskan diri seketika untuk mendapat semangat baru.

Jika ada bajet lebih, pergi la bercuti di hotel yang selesa hanya untuk suasana yang tenang gitu.

3. Berterus terang dengan mereka yang memberi tekanan

Adakalanya sesetengah orang tak perasan dia sebenarnya menindas orang lain secaea tidak sengaja atau sengaja. Tak percaya? Iye memang betul terutama yang jadi bos ye. Kononnya nak mengajar tapi sebaliknya menyuruh membuat kerjanya. Lebih ketara kalau kerja yang disuruh tidak diperiksa dan perlu dihantar direct kepada pihak atasan. Serupa macam bos tak ada kan!

Saya lebih suka bercakap terus terang dengan cara baik. Mungkin saya mulakan dengan whatsapp kalau tak mampu berdepan. Bila cara ini, dia tahu kita tak suka caranya.

Bila ada kekuatan, berdepan dan cakap apa kita harapkan situasi sihat dipejabat. Maklumkan kita boleh membantu tapi bukan menanggung kemarahan pihak atasan kerana ada yang tidak menjalankan tanggungjawab seperti memeriksa kerja kakitangan.

Jika berdepan staf bermasalah, fahami masalah dan berikan pilihan tugas mengikut kemampuan. Tingkatkan kemampuan kerjanya dari semasa ke semasa.

4. Berdoa Dimudahkan Tugas
Untuk setiap langkah kita ingat semua kehendakNYA. Kita mencari keredhaanNYA. Allah pasti akan menguji orang berimankan. Sahut la cabaran dengan sabar. Sentiasa doa dari awal sampai habis. 

Merintih padaNYA. Waktu paling best masa nak pergi kerja sebab berseorangankan. Pasang surah Al Waqiah dalam kereta atau masa naik motor pasang earphone. Isikan dengan zikir-zikir atau bacaan mathurat. Insyaallah dilorongkan cara terbaik dan menenangkan untuk menghadapi tekanan ini.

Moga dengan tekanan yang ada kita menjadi insan hebat dan cemerlang.

Pesan dari Opah Shidah
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...