Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Homemade Roti Canai Untuk Seisi Keluarga

Assalamualaikum.

Berhujung minggu duduk di rumah adalah perkara yang paling nikmat. Lagi melayan permintaan keluarga. Menebar roti canai. Dah lama tak tunjuk skill 😂. Kali ni pak mertua request.

Ini resepi yang tokei roti canai kelate bagi
1kg tepung gandum
2 sudu minyak
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Air

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, minyak, telur dan garam.
2. Kemudian tuangkan air sikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3. Buat bulat2 kecil Dan sapukan setiap doh tadi dengan minyak.
4. Simpan 2-3 jam sebelum ditebarkan untuk biarkan doh rehat dan lembut.

Alhamdulillah sedap tapi disebabkan immediately terus masak. Jadi tak lembut sangat la. Yang penting licin.

Selamat mencuba ye. Gambar tak dan snap. Akan saya masukkan.

Shidah Abdullah 
Read More

Resepi Piza Mudah dan Sedap Citarasa Melayu

Assalamualaikum

Atas permintaan En bos yang nak bawa piza ke tempat training akhir #scouts10, saya kongsikan resepi piza yang saya belajar dari abah. Inilah yang kami selalu makan kecil-kecil dulu. Bila besar saya la pembuat piza tegar 😅 untuk family. Ni piza untuk tekak kita orang melayu.



Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan A Untuk Doh 
1kg tepung gandum
1 paket yis
1 sudu kecil garam
2 cawan air

Doh ini boleh dapat 6 loyang 9cm. Boleh repeat makan banyak kali.

Bahan B untuk Daging
2 pek daging cincang brand Ramli
1 biji bawang (sederhana)
1 pek kecil serbuk kari
Garam
Air

Bahan C untuk Hiasan
1 tin cendawan butang
1 tin nenas
1@2 Mozzarella cheese
1 biji lada benggala
Parmesan cheese
Sos prego atau sos cili campur sos tomato

Cara membuat doh piza


1. Bancuh yis dengan air suam. Biar kembang dalam 5 minit.
2. Masukkan tepung ke dalam bekas. Tabur origano bagi bau wangi. Letakkan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan yis tadi ke dalam tepung. Gaul lagi.
4. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh. Janji tak melekat pada tangan.
5. Biarkan doh rehat. Tutup dengan kain lembap atau plastik makanan.

Doh akan naik macam dalam gambar. Gebu gitu. Tumbuh doh keluarkan angin sebelum mencanai ke dalam loyang. 

Cara membuat daging 

Biasanya kalau di pizza hut atau domino, dagingnya jenis slice. Untuk resepi ni saya buat daging cincang masa kari. 


Cara-caranya macam ni:-
1. Bawang saya blend semua. Bawang putih dan halia saya tak letak sebab tak nak bau terlalu kuat. Boleh je kalau nak blend sekali.
2. Tumis bawang dan kari sampai naik minyak
3. Masukkan daging cincang dan biar sehingga daging masak.
4. Bila daging empuk, letak garam secukup rasa ye.

Cara persiapan bahan hiasan

Untuk hiasan di atas piza, terpulang pada masing-masing nak letak apa. Macam saya biasanya memang letak daging cincang kari atau sardin. Memang terasa homemadenye. Lagi naik selera. 

1. Potong kecil-kecil atau dadu Lada Benggala. Bagi meriah warna piza. Kalau rajin beli warna lain sekali.

2. Sos untuk sedapkan lagi rasa. Biasanya memang guna sos cili dan sos tomato. Dulu-dulu mana ada tin prego ni. Tu la yang abah ajar guna dua sos ni.


3. Topping cheese jangan dilupa. Bukan le piza tak ada cheese. Saya gunakan mozarella dan taburkan parmezan cheese sekali.


4. Hiris nipis cendawan butang dan nenas ye.


Cara menyiapkan piza

Selepas semua persediaan dibuat. Boleh la terus sediakan loyang-loyang pembakar.

1. Sapukan minyak atau butter pada loyang pembakar supaya tidak melekat. Sorry tak ada loyang piza. Guna loyang biasa aje. Saya guna loyang 9cm


2. Leperkan doh ke dalam loyang. Kali ni saya timbang doh dalam 300g untuk loyang saiz ini.  Nak mudah sapu minyak masa meleperkan. Kemudian cucuk-cucuk doh bagi pengudaraan.


3. Sapukan sos prego atau campuran sos tomato dan cili tadi. Taburkan parmesan cheese sedikit di atas sos.


4. Letakkan daging kari tadi di atas sos dan ratakan sekata.


5. Susunlah bahan hiasan piza tadi.


6. Taburkan cheese menutupi semua bahagian bulatan.

7. Bakar pada susu 160° darjah dalam masa 30 minit. Tarra... siap dan ngap.


8. Kita mungkin tak bakar semua terus. Buat je piza tu banyak-banyak. Tutup dengan plastik dan masuk ke tempat beku.

Nak makan nanti defroze dan bakar. Ni contoh yang defroze dan bakar.


Selamat mencuba!
Shidah Abdullah
Read More

Resepi Ikan Siakap Stim

Assalamualaikum

Entri kali ni nak kongsikan resepi yang simple iaitu Ikan Siakap Masak Stim. Menu ni dibuat untuk support yang sedang berdiet. Protein kena cukup juga. Minggu ni En bos saya sedang tukar menu dietnya dari ayam ke ikan. Inilah hasilnya


Bahan-bahannya :-

1 ekor ikan siakap
1/2 biji bawang
4 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili padi
1 batang serai
1/2 biji lemon untuk perahan
Sedikit garam
Air


Cara-cara membuatnya:

1. Ikan dibasuh bersih dan dikelar supaya bahan-bahan diserap ketika dikukus. Letakkan ikan di dalan bekas yang akan digunakan semasa mengukus.
2. Sapukan garam pada ikan.
3. Hiris semua bahan-bahan lain


4. Taburkan bawang, bawang putih, halia, cili padi dan serai di dalam dan di atas ikan.
5. Perahkan air lemon ke atas ikan
6. Tambahkan sedikit air untuk mendapatkan kuah untuk dihirup-hirup nanti.

Saya gunakan aluminium foil untuk elakkan ikan melekat pada bekas. Kebetulan kukus saya kecil, kena ikan dalam loyang bulat. Kukus dalam tempoh 20 - 30 minit.


Rasanya memang sedap. Walaupun resepi simple tapi ini dah kali kedua buat dalam 1 hari. Hehe selamat mencuba.

Dari saya,
Chef Shidah Abdullah
Read More

Air Asam Kicap

Tahun 2017 ni.. impian blogging dengan tekun setiap hari.. tak kisah topik apa pun.. mesti update setiap hari.. ni sebab pegi rumah mak makan ikan goreng mak masak.. sedap betul..
Resepi hari ini...

Air Asam Kicap


Bahan-bahan:-

1 biji bawang merah (dihiris)
1 biji cili masak/ cili padi (dihiris)
Kicap manis
Cuka

Cara-cara membuat:-
Masukkan bawang dan cili yang dihiris ke dalam satu bekas.
Kemudian, masukkan kicap dan cuka secukup rasa.
Memang sedap di makan dengan ikan goreng @ ayam goreng.
Selamat mencuba
Read More

15 Cadangan MENU Yang Biasa Dibawa Ke Jamuan Sekolah

Ibu, esok ada jamuan la kan? Ibu nak kasi saya bawa apa? Hadoi Kak Ngah! Ibu lupa la.. Ala ibu ni lupa pulak.. Jap ibu cari idea nak masak apa lepas tu kita pergi cari barang.
HaaH! Apa korang gelak sorang-sorang tu? Teringat zaman sekolah dulu-dulu la tu. Asal nak cuti sekolah je, sure cikgu bagitau ada jamuan kan!. Ingat lagi.. menu biasa yang saya selalu bawa pergi sekolah kalau ada jamuan sure air gas botol perisa Mirinda Merah atau kacang Cap Tangan Ngan Yin. Masa tu bukan senang sangat. Mak abah sediakan apa yang ada dan mudah je. Kadang-kadang malas nak bagitau ada jamuan, risau susahkan diorang.
Ok Mr Google.... Jom tengok senarai menu yang selalu dibekalkan oleh ibu-ibu pada anak-anak bila nak jamuan. Huish dasyat-dasyat juga ibu-ibu sekarang memasak. Tak kurang hebat juga cikgu-cikgu sekolah punya menu. Mana tau ada resepi mudah-mudah.

Read More

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Kenduri

Bulan ramadhan memang seronok. Bulan dimana kita dapat lihat semua surau penuh dengan umat islam berjemaah dari berbuka puasa, solat fardhu dan tak lupa solat tarawih.. memang meriah sangat-sangat..:).. Nak lagi meriah dan multinational kalau kita tengok dekat bazaar ramadhan.. Sesak dengan orang ramai.



So hari ni nak share Resepi Nasi yang saya berjaya masak masa hari kedua.. Tengah on the way balik tu google hp dapat la resepi dari blog Dari Hati Sarah. Memang senang sangat nak masak

Bahan-bahan Nasi Tomato

2 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih
1 helai daun pandan (kalau ada)
3 sudu besar sos tomato/ tomato puri
2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
Beras

  1. Panaskan butter bersama dengan minyak tadi. Pastikan api kecil takut hangit pulak nanti
  2. Masukkan semua bahan hiris bersama dengan daun pandan
  3. Kacau sampai sebati dengan butter. Masa ni api still kecik tau.. Karang hangit tak sedap pulak rasa nasi tu
  4. Bila dah agak-agak garing dan naik bau, masukkan sos tomato.. Bagi yang menggunakan tomato puri memadai guna 2 sudu sahaja sebab tomato puri ni masam.. Kacau sampai sebati
  5. Bila dah agak-agak sebati tu, masukkan air mengikut sukatan beras yang korang gunakan
  6. Masukkan garam
  7. Bila air dah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan
  8. Kemudian, masukkan dalam rice cooker. Jangan lupa kacau.

Bahan-bahan Ayam Masak Merah

½ ekor ayam (basuh + tos)

Bahan Dihiris:
3 biji bawah merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Dikisar :
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan Lain :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
4 sudu cili kisar
2 biji tomato- potong 4

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam.. Goreng separuh masak.. Kalau kita goreng bagi betul-betul masak, keras pulak ayam tu nanti..Kalau kita goreng separuh masak, ayam akan jadi lembut sebab separuh lagi dia akan masak dengan kuahnya..
  2. Tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai layu
  3. Masukkan bahan kisar
  4. Masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili. Gaul sampai rata dan pecah minyak
  5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.. 
  6. Bila nampak kuah dah agak kering, masukkan air dan biar ia mendidih




Read More

Resepi Capati Untuk Orang Diet

Dihujung minggu, masak sendiri adalah yang terbaik. Pagi ini resepi capati lauk sardin jadi pilihan. Memang sedap. Sesuai untuk meneruskan diet. Capati pun sedap.


Resepi Capati

2 cawan tepung
1 cawan air panas
Sedikit garam
1sudu butter jika mahu

1. Bancuhkan semua di atas dengan sudu sebab guna air panas
2. Biar sejuk sedikit baru uli jadi doh lembut
3. Canaikan. Untuk tidak melekat gunakan tepung macam yang kita selalu tengok di kedai mamak ; p
4. Masak capati dalam kuali leper
5. Capati akan mula menggelembung menunjukkan tepung telah masak

Selamat Mencuba & Beri Komen sedap atau tidak ye.. :)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...