Showing posts with label Tentang Shidah. Show all posts
Showing posts with label Tentang Shidah. Show all posts

Beli Rumah Orkid Di Nilai Impian Mac 2017

Assalamualaikum semua,

Sempena sambutan perayaan Deepavali hari ini saya ambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Deepavali" kepada yang merayakannya.

Yang lain-lain cuti pergi mana? Ok hari ni nak share impian nak beli rumah baru. Tak salah kan berimpian unthk keluarga kecil kami. Kami pergi showroom Sime Darby Property. Satu masa dulu masa kami beli rumah yang kami duduk, kami hanya berimpian dan start survey macam ni juga.




Orkid Launching Mac 2018

Ini rumah yang kami nak beli di Nilai Impian.


▪ Namanya Laman Orkid
▪ Rumah corner lot dua tingkat 22 × 65
▪ Ada 4 bilik. 3 bilik di atas untuk saya dan en bos, 2 bilik untuk anak-anak. 1 bilik lagi di bawah
▪ Bilik air ada 3; 2 di atas dan 1 di bawah
▪ Yang penting ada laman luas di tepi nak bercucuk tanam.


Harga

Rumah corner lot dalam anggaran RM560 ribu dan bagi rumah tengah dalam anggaran RM480 ribu. Tu la standard harga di Nilai.

Booking

Booking belum dibuka. Tapi boleh daftar untuk salesman inform directly melalui whatsapp, sms atau emel. Isi borang (sorry ada awan-awan. No telefon tak apa senang korang nak order vitamin shaklee) macam dekat bawah ni di showroom.


Semua orang yang berjaya bermula dengan berimpian. Ini impian saya. Korang pun tulis juga.


Shidah Abdullah 012-6240197
Read More

Tips Sambung Master Di UiTM

"Ya Allah, rasa tak mampu nak habiskan belajar ni. Penat sangat rasanya". Tapi...

Bila teringat pengorbanan mak abah, suami dan anak-anak setiap minggu sementara nak menghabiskan kelas, takkan nak undur diri saat akhir. Di paper terakhir "dissertation".

Assalamualaikum semua.. tu la perasaan bulan September 2016. Hampir nak give up weih!. Semalam akhirnya penamat perjuangan. Yeah semalam saya dah KONVO!

Sebelum tu intro sikit bagi yang nak sambung belajar terutama Master di UiTM.

1. Pilih Course yang bersesuaian

Master di UiTM ada dua jenis. Satu master by research dan satu lagi master by coursework.
▪ By research tak perlu pergi ke kelas. Pilih topic supervisor dan topik research sendiri. Hanya perlu buat jadual jumpa supervisor untuk update progress.
▪ By coursework pula kena pergi kelas untuk habiskan silibus dan ambil exam macam ambil diploma dan degree dulu. Paper terakhir baru ada 1 paper dissertation mcm kena buat research. 

Clearkan!

Saya pilih master by coursework. Kenapa?
▪ saya lebih suka belajar dan mengadap lecturer
▪ saya rasa banyak knowledge dah saya lupa sebab tak apply.
▪ yang penting saya risau tak cukup tekun mengadap supervisor selalu nak buat by research.

2. Fahami Tempoh Masa Belajar

Kebiasaanya master perlu dihabiskan dalam masa 2 tahun iaitu 4 semester seperti yang disusun fakulti. Tapi maksimum boleh buat 4 tahun iaitu 8 semester.

Saya bermula tahun 2012 dan tamat 2016. Maknanya saya ambil semaksimumnya. 2 kali ambil cuti khas dan selebihnya tidak lengkap atas approval supervisor.

3. Yuran Pengajian  

Yuran setiap semester bergantung pada jam kredit yang diambil. Kebiasaanya dalam lingkungan RM2500 ke RM3000. 

Yuran-yuran ni saya bukan bayar sendiri. Kalau ikut komitmen, tak berapa nak ada sambung belajar. Carilah penaja. Saya ditaja. Rezeki saya dulu masa diploma denga  ijazah tak pandai cari sponsor dan guna PTPTN. 

▪ Tajaan pertama : myBrain yang taja RM10000 untuk sesiapa ambil masa. Ini antara sebab saya sambung. Menyahut cabaran kerajaan untuk rakyatnya belajar ke peringkat lebih tinggi. Chewah!

▪ Tajaan Syarikat : yuran selebihnya dibayar oleh syarikat tempat saya bekerja. Saya apply education sponsorship sebab dah kerja lebih 5 tahun dengan syarikat.

4. Ikut Kemampuan Diri

Dalam tempoh belajar ni, saya mengandung 2 kali. Kali pertama tahun 2012 dan kali kedua 2015. Dengan anak-anak kecil dan menyusu, memang mencabar terutama penyusuan. Anak-anak kalau menyusu ibu memang payah nak tinggal dengan orang lainkan. 

Tapi tetap lalu dengan kebal. Kadang-kadang saya dengan husband sama-sama ke kelas (husband tengah ambil degree). So mak la yang selalu jaga anak-anak. Bila petang je anak dah tak keruan. Saya kena cepat-cepat balik. 2012 sampai 2014 ok lagi sebab habiskan kelas dan exam. 

Hujung 2014 dan 2015 lebih mencabar sebab GST datang. Saya kerja bahagian akaun. Kena handle projek GST (sape nak tanya-tanya boleh la jawab sikit2). Balik malam sebab nak make sure sistem ok sebelum live 1 April 2015.

Masa ni la cuti khas saya ambil. Sem selepas tu tidak lengkap. Kerjanya bayar yuran sahaja. Tak apa la janji saya dapat teruskan. Sebab inikan pilihan sendiri.

5. Never Give Up

Di sem akhir dan saya dah tak boleh extend lagi. Saya pulun siang malam. Jumpa supervisor. Dalam tempoh ni kerja di ofis agak bertenang. Memang rasa nak nangis je. Asyik tanya diri sendiri "mampu ke nak habiskan ni". 

Saya kuatkan diri. Cakap kat diri sendiri "takkan nak give up sekarang". Dalam batch saya, ada seorang sahabat yang sama macam saya. Masi (nama manja) namanya. Kami bagi bagu semangat sama-sama. Bila ada yang nak give up. Sikit lagi. Teruskan. Kadang-kadang stuck mula la kami whatsapp dan share macamana masing-masing buat. Dan kami pastikan kami sama-sama submit.

Akhirnya..

14 Oktober 2017 semuanya berbaloi bila kami Konvo. Untuk kod kami. Hanya ada 4 orang aje. Geng tinggal keretapi. Orang lain semua dan konvo.. hahaha 


Ini gambar kami dekat Dewan Tunku Canselor semalam. Tengok muka-muka lega selepas berjaya menamatkan perjuangan. 


Apa yang penting, pesanan pada semua yang sambung belajar.
▪ Teruskan bersemangat. Allah dah aturkan.
▪ Ikutlah pace sendiri. Macam kita berlari. Ada yang lari pace 3 (3 minit/1 km). Ada yang pace 10. Tak kira pace mana. Janji ke garisan penamat.
▪ Mohon restu semua terutama keluarga. Selama mana mereka redha. Insyaallah semua berjalan lancar dan mereka terus menyokong.

Saya doakan semua terus bersemangat ye

Salam Sayang,
Shidah Abdullah 012-6240197

Read More

Impian Shidah Projek 4 Angka

Menjalani tugas harian yang ketat setiap hari sebagai ibu berkerjaya sememangnya sangat mencabar terutama3 anak dara (Nur'ain) yang masih kecil yang memerlukan perhatian yang lebih. Ibu pula hanya dapat meluangkan menghiburkan anak-anak pada waktu malam dan hujung minggu  sahaja. Alhamdulillah, ayah seorang yang sangat memahami dan sangat membantu:). Dalam sibuk-sibuk tu, alhamdulillah ibu masih gagah menyusukan Umairah yang sudah berumur 1 tahun 8 bulan.
Disebabkan ibu sibuk dan selalu balik lambat, anak-anak dah mula merungut. Pelbagai rungutan Kak Long atau Kak Ngah menyedarkan ibu. Ini semua gara-gara ibu sering ambil mereka lewat dari rumah pengasuh.
"Ibu ni asyik ambil lambat je amik kitorang" kata Kak Ngah

Kalau ibu datang  awal sekali-sekala, punyalah happy anak-anak ini bukan kepalang. Terkedu kadang-kadang mendengar respon anak-anak comel ini. Pilu pun ada.

"Yea! Yea! Ibu amik masa hari cerah" kata Kak Long
Walauapapun, ibu tetap perlu meneruskan perjuangan dalam apa sahaja yang ibu lakukan untuk menjadikan hidup keluarga kita lebih baik. Ibu kena kuat semangat dan badan kena sihat. Untuk Umairah yang masih menyusu, Alfalfa Shaklee ibu ambil untuk pastikan impian menyusukan Umairah sehingga 2 tahun tercapai. Walaupun asalnya makan alfalfa pun nak tercekik-tercekik sebab tak suka makan ubat biji. Memang tak sangka pergi sejauh ini sebab tak pernah anak ibu yang menyusu dengan gaya-gaya yang extraordinary.
Untuk ibu pastikan semuanya berjalan lancer di rumah atau di pejabat, fizikal dan mental ibu perlu terus kuat dan cekal. Jangan cerita la sakit belakang dan kaki yang sering dialami. Pastinya disebabkan sentiasa tegak di depan PC dan mesyuarat-mesyuarat yang perlu dihadiri. Ini bukan complaint tapi hakikat yang ibu terima sebagai tanggungjawab dan amanah. Ibu dah buat sesuatu untuk ia terus kekal sihat dengan bantuan Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet.
Melalui hari-hari ibu berkerjaya membuatkan ibu mencari satu kelainan. Mencari sesuatu diluar tugasan hakiki yang dapat dilakukan bersama anak-anak. Alhamdulillah anak-anak ibu memang rajin membantu terutama yang memang perlu kita keluar berjalan. Memang korang happy sangat. Shaklee bukan sebarang MLM. Shaklee lebih dari MLM kerana mentor-mentor dan sahabat-sahabat yang positif. Group yang sangat membantu memberi semangat dan berkongi cerita satu sama lain. Sentiasa mengingatkan tentang keimanan dan berserah sepenuhnya pada Allah. Ilmu blogging juga yang dipelajari dari blog sahabat-sahabat.
Dengan ini semua, ibu belajar membina impian yang lebih hebat dari sekarang dengan membaca kisah-kisah ibu-ibu hebat yang lain. Rupanya ibu bukan setakat menjadi ibu berkerjaya tetapi IBU LUAR BIASA.
Lebih menyeronokan memori ke Shaklee pada hari Sabtu 5/7/2014 bila dapat order Performance Drink dari sahabat di pejabat untuk tujuan bersahur. Ibu pergi bersama anak-anak ibu dan ayah ke Shaklee Empire Subang sebab dekat sangat dengan rumah opah. Ayah parking di P2 dan tunggu dalam kereta. Anak-anak je follow ibu.

Kak Ngah yang tersangat excited dengan laju masuk lift tak tunggu ibu dan tiba-tiba.... lift nak tutup. Nasib baik ibu sempat selit kaki kalau tak, tentu ibu menangis kat situ risaukan Kak Ngah. Bila ibu dapat masuk lift, lift pulak rosak. Guard kata naik tangga. Adoi yang terfikir kat otak naik tangga bawa 3 orang anak sampai tingkat 3. Naik-naik sampai tingkat 1 ada pagar. Adoi tak boleh naik ikut tangga sampai 3A. Turun semula ke Ground Floor dan baru tau ada lift lain ke 3A. Kak Long kata "Apalah ibu tak tau ada lift lain" Haha dah penat puasa, memang ibu tak terfikir dah. Memang PENGALAMAN HEBAT bersama anak-anak ke Shaklee.
Ibu perlu UBAH kehidupan kita sekeluarga agar lebih hebat dari sekarang dan membantu orang lain.
  • FINANCIAL FREEDOM itu yang paling utama iaitu jauh dari hutang rumah, kereta, festival loan, kad kredit dan segala jenis kredit yang ada.


  • AD DHUHA HEALTH & WEALTH mesti diteruskan walau apa juga rintangan yang datang.  Shaklee dah selari dengan nama syarikat dan juga aktiviti syarikat yang didaftarkan iaitu Takaful Kenderaan dan Agen Komisen


  • Berhenti FIKIR APA ORANG KATA, FIKIR APA LEBIH BAIK UNTUK KELUARGA

  • TERUSKAN BINA STRATEGI HEBAT tanpa perlu menoleh lagi apa yang telah terjadi kebelakang.

  • Buat perkara baik pada orang sekeliling dengan MEMBINA UKHUWAH. Insyaallah
Terus menggapai impian IBU NUR'AIN
Shidah Abdullah
012-6240197
Read More

Impian Untuk Mak Abah Menunaikan Umrah

Assalamualaikum..


Impian terbesar jangka masa pendek saya ialah impian untuk menghantar mak abah menunaikan umrah. Semoga Allah permudahkan mencapaikan hajat ini. Orang kata kalau nak buat sesuatu mesti dimulakan dengan niat. Kalau ikutkan sekarang saya memang tak ada baget pun. Tapi insyaallah kalau kita yakin, ada rezekinya.


Bila waktu yang sesuai?
Masa untuk pergi sana kena diambil kira terutama faktor cuaca. Ada masanya terlalu panas mungkin tidak sesuai untuk kesihatan orang tu. Alhamdulillah, setelah disurvey dengan Kak Maria di Marli Travel bulan Mac 2014 adalah mada yang sesuai. Masa tu di Mekah musim sejuk. Mudahlah mak2 dan abah2 menunaikan umrah.


Siapa yang akan saya hantar ke sana?
Tentunya seperti yang saya katakan, 4 orang istimewa dalam hidup saya. Semoga dipanjangkan umur mak-mak dan abah-abah saya untuk ke sana. Seronokkan tengok gambar diorang dah sampai di Mekah :)


Kenapa ini impian saya?
Mereka yang membuatkan saya berjaya. Mak abah la yang berdoa supaya segalanya dipermudahkan. Tapi bila dah berkerjaya dan berkeluarga, banyak sangat komitmen lain yang ditanggung. Hanya mampu memberi belanja bulanan yang saya rasa sangat sikit dibanding dengan apa yang telah mak abah  lakukan. 

Berapa Perlu Dibayar?
Bila cakap pasal Umrah, kos pakej adalah yang paling utama orang akan tanya. Dari pelbagai range harga ada. Yang membezakan setiap pakej selalunya adalah jarak hotel ke Masjidilharam.

Untuk booking tempat untuk pergi, perlu booking seorang RM500. Bermakna untuk permulaan booking penuh yang perlu dibayar adalah RM2,000. Jangkaan belanja lebih kurang RM7,500 seorang.

Macamana nak kumpul duit sebanyak tu?
Bumi Allah luas untuk kita berusaha. Selagi mana kita yakin dan terus berdoa, insyaallah dipermudahkan. Untuk deposit, saya dah ada baget istimewa yang Allah bagi ilham untuk saya dahulukan. Hehe festival loan perayaan tanpa faedah. Selalunya nak raya dapat pinjaman ni dan tak tahu habis ke mana. Lebih baik saya sedia untuk impian untuk mak abah menunaikan umrah.

Selebihnya insyaallah akan datang dari 

  • business Shaklee RM10000 sebulan
  • business takaful kenderaan RM10000 sebulan
  • business air zam-zam RM5000 sebulan

Tolong doakan sama2 untuk saya ye :) Insyaallah saya akan terus berusaha

Shidah Abdullah
012-6240197 



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...