Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

10 Perkara Penting Yang Isteri Perlu Uruskan Selepas Kematian Suami

Assalamualaikum semua,

Lama dah tak menulis di blog. Sunyi blog ni sama seperti kesunyian kehilangan orang yang dikasihi 12 Disember 2018 yang lalu. Apapun kehidupan mesti diteruskan dan semangat perlu terus disemarakkan buat 4 orang permata dan seorang yang akan dilahirkan selepas raya nanti. Apa yang saya kongsikan mungkin dapat membantu sahabat-sahabat atau ada ahli keluarga yang mungkin diuji juga. Apapun yakinlah sesungguhnya Allah dah atur yang terbaik.


Berikut adalah beberapa perkara yang saya selesaikan buat arwah suami tercinta agar mudah urusan kita di dunia dan juga arwah di sana.

Gambar Hiasan

1. Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara

Sayu rasa hati masa melakukan proses ni tapi apakan daya ia mesti dilakukan. Prosidur ini mesti dilakukan dalam tempoh 7 hari dari tarikh kematian. Sama macam kalau mendaftarkan anak. 

Dokumen yang diperlukan;-
  • Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru Hari kejadian yang biru bagi pada masjid, so saya bagi yang kuning. Saya buat salinan untuk kegunaan yang lain.
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan)
  • Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital. Macam kes arwah, ada satu salinan menyatakan pending investigation yang dikeluarkan doktor.



Siapa yang boleh buatkan pendaftaran dan kutipan sijil kematian. 
  • Ibu atau bapa si mati;
  • Suami atau isteri si mati;
  • Anak-anak si mati;
  • Adik-beradik kandung si mati
Tiada bayaran pun dikenakan. Boleh rujuk ke website JPN ye.  

2. Mengumpul barang-barang penting milik arwah

Perkara ini sangat penting terutamanya kad pengenalan arwah. Kebetulan kami baru lepas kemalangan. Masa tu wallet arwah entah ke mana tapi kad-kad yang bertaburan dalam kereta sempat dikutip. Arwah suami memang seorang yang cermat. Diletak dalam satu beg kecil bagi memudahkan urusan walau belum sempat mencari wallet baru. Saya semak satu-satu kad-kad bank seperti IC anak-anak, kad bank, takaful, membership dan lain-lain.

Penting untuk saya tahu untuk tindakan lanjut saya bagi menyelesaikan segala urusan arwah. Harapan saya tidak ada harta dan hutang di dunia yang menyekat arwah di sana. Walaupun sedih, saya bertanggungjawab untuk selesaikan tugasan dan amanah ini.

3. Mengeluarkan Wang Tunai di bank

Saya mulakan dengan yang paling mudah iaitu pengeluaran wang tunai. Alhamdulillah mudah urusan arwah. Password memang kami sentiasa berkongsi. Tapi arwah tahu saya pelupa, arwah siap bagi hint untuk nombor pin dia sebenarnya nombor apa supaya senang ingat.

Paling utama keluarkanlah segala cash yang ada dibank semampu yang boleh sebelum diblock. Jangan tanya waktu bila bank akan block, saya juga tak pasti. So far, yang saya tengok selagi saya belum declare dibank, bank tak akan block immediately sehingga la saya selaku waris buat declaration.

Ada yang kata saya buat perkara illegal sebab keluarkan duit arwah. Tapi saya fikir saya perlu keluarkan untuk kelangsungan keluarga dan juga ia tugas saya sebagai pasangan untuk selesaikan urusan arwah terutama hutang dan untuk pembahagian faraid nanti. 

Pesanan saya bagi mereka yang masih berpasangan, berkongsikanlah segalanya maklumat bersama untuk memudahkan urusan. Kita tak tahu apa akan terjadi di masa akan datangkan. Antara yang boleh anda kongsikan ;-
  • pin nombor kad atm
  • password internet banking dan emel
  • berapa hutang sedia ada pasangan dan pada siapa terutama yang cash
  • apa yang henda dibeli sama ada secara tunai atau hutang
  • berapa kad kredit

Semua bendalah mesti kita kongsikan. Tak perlu terlalu terlalu berrahsiakan sebab maklumat-maklumat ini sangat penting jika berlaku perkara yang tidak kita jangkakan. 

4. Apply Keputusan Post Mortem

Tak semua orang yang meninggal dunia perlu melalui Post Mortem. Pada mulanya, kami sekeluarga menyatakan tak perlu. Tapi untuk kes arwah suami, arwah pergi diusia yang mudah dan meninggalnya di rumah. Polis memang suggest buat post mortem bagi memudahkan urusan yang hidup untuk elakkan ada kes. Bersangka baiklah dan doa dipermudahkan urusan. Arwah di bawa ke PPUM untuk urusan ini dan mengenalpasti punca kematian. 

Result tak dapat immediate. Kalau yang memang ada rekod sakit di hospital dan dalam rawatan lebih mudah. Untuk arwah, pelbagai sample perlu dihantar ke lab untuk ujian. Doktor beri anggaran dalam tempoh sebulan. 

Ini kesilapan saya. Saya ingatkan result doktor atau polis akan telefon saya maklumkan result post mortem siap. 

Rupanya result post mortem saya boleh request ke bahagian maklumat pesakit selepas selesai urusan pengebumian. Lebih cepat lebih baik. Dah request baru bahagian ini akan buat permohonan kepada doktor berkenaan untuk dapatkan result penuh dan akan menghubungi waris untuk mengambil keputusan.

Cara-cara permohonan
1. Isi borang permohonan
2. Sertakan dokumen seperti Sijil kematian JPN, Sijil Nikah dan kad pengenalan pemohon
3. Bawa juga dokumen original untuk semakan pegawai
4. Setiap permohonan perlu membayar RM80 (Ikut hospital yang dirujuk ye)

Salute akak dekat kaunter PPUM explain pada saya dengan tenang.. Tak senyum mana pun tapi tenang.. Khidmatmu ku kenang.. Syukur sangat

5. Permohonan Urusan Takaful/ Insuran 

Buat semakan sama ada arwah ada memiliki sebarang takaful atau insuran. Untuk claim, prosidur kedua di atas perlu diulang bagi setiap urusan takaful seperti takaful syarikat dan persendirian menggunakan borang yang telah disediakan oleh syarikat takaful/ insuran dengan dokumen yang sama.  Kalau boleh kumpulkan semua borang-borang berkaitan dan hantar serentak. Setiap satu permohonan dengan bayaran RM80 ye.

Alhamdulillah, saya dapat panggilan dari PPUM dalam tempoh 2 bulan menyatakan boleh datang ambil keputusan.  


6. Pengeluaran KWSP

Seperti yang kita ketahui KWSP sentiasa kita ingat untuk letak penama. Tapi unik kes akaun arwah, kami sentiasa ke KWSP bersama tapi arwah tak sempat letak penama. Mungkin ini ilmu yang Allah nak berikan pada saya untuk dikongsikan bersama.

Kenapa perlu penama? Penama ini memudahkan kita membuat pengeluaran penuh tanpa perlukan surat kuasa.  Bukan bermakna duit itu milik penama. Itu tetap harta arwah yang perlu difaraidkan. Bila ada penama, urusan lebih mudah.

Siapa yang kita nak letakkan penama?
1. Letak nama orang yang paling anda percaya dan boleh membantu pembahagian hak yang tinggal dan faraid lebih cepat.
2. Elakkan letakkan terlalu ramai nama. Kadang-kadang kita suka bahagi-bahagi ikut percent (%) tu.. Tapi ia akan menyukarkan pengeluaran nanti kerana ramai yang perlu turun untuk membuat pengeluaran. Mudahkan urusan dan pilih seorang sahaja adalah yang terbaik. Ingat yang anda rasa amanah untuk melakukan tugasan ini.
3. Jangan letak nama anak bawah 18 tahun. Ia menyukarkan keadaan dan perlu menunggu anak cukup umur baru boleh.. Kesian.

a) Memohon Semakan Penama

Anda perlu memulakan dengan menyemak siapakah penama akaun. Isi borang khas semakan penama dengan dokumen iaitu salinan sijil nikah, kad pengenalan pemohon dan sijil kematian. Ambil nama dan ke kaunter berjumpa pegawai KWSP untuk mereka semakan.

b) Memohon Pengeluaran

Isi borang pengeluaran kematian. 

Jika ada penama urusan lebih mudah. 
Jika tiada penama, masih ada jumlah yang dibenarkan pengeluaran. 
1. Pemohon hanya akan diberi pendahuluan khairat kematian dan sejumlah amaun untuk permulaan dalam anggaran RM20,000 (Faraid)
2. Baki selebihnya, pegawai KWSP akan printkan penyata untuk dibawa kena ke mahkamah syariah atau permohonan surat kuasa di pejabat tanah untuk urusan pengeluaran.  Penyata ini perlu dikepilkan semasa membuat permohonan.

7. Permohonan Pencen Penakat PERKESO @ SOCSO

Pergilah ke Perkeso untuk semakan sama jika kita tahu pasangan ada membuat caruman bulanan Perkeso. Ada kelayakan semua yang memerlukan semakan pegawai. Alhamdulillah kami layak.

Cara Memohon
Isi borang 34 yang boleh diprint dari website dan sediakan dokumen diperlukan.

  • Salinan kad pengenalan 
  • Sijil kematian arwah (asal dan salinan)
  • Sijil nikah (asal dan salinan)
  • Kad pengenalan isteri (asal dan salinan)
  • Sijil lahir dan kad pengenalan anak-anak (asal dan salinan)
  • Salinan penyata bank untuk tujuan kemasukan duit

Salinan asal mesti sentiasa dibawa untuk pengesahan pegawai. Alhamdulillah akan diuruskan oleh Perkeso khairat kematian dan juga belanja bulanan isteri dan anak-anak. Sama seperti ketika arwah ada insyaallah. Moga pahala ini terus mengalir kepada arwah dengan setiap perbelanjaan ke jalan yang baik. Insyaallah.


8. Penutupan Akaun dan Pemindahan Saham (jika ada)

Selepas mengenalpasti semua bank yang arwah miliki, saya pergi menyelesaikan satu persatu dengan membawa dokumen penting original dan juga salinan. Setiap bank mungkin memerlukan dokumen yang berbeza tapi pastinya dokumen utama
1. Sijil Kematian arwah
2. Sijil Nikah
3. Kad pengenalan saya sendiri (waris)
3. Salinan Penyata Akaun Bank (untuk transfer sebarang baki ke akaun waris - faraid) 

a) Bank Rakyat

Saya tahu arwah merupakan anggota Bank Rakyat iaitu arwah memiliki saham arwah. Antara yang akan diterima oleh waris seorang anggota adalah ;-

  • khairat kematian (boleh digunakan)
  • pemindahan saham (faraid) dan 
  • baki akaun arwah (faraid). 
Urusan ini perlu declare dalam masa 3 bulan dari tarikh kematian arwah. 

Cara-cara permohonan
1. Bawa dokumen seperti di atas tadi
2. Isi borang penutupan saham arwah dan akaun simpanan
3. Isi borang permohonan transfer saham arwah pada isteri jika isteri juga merupakan anggota koperasi.
4. Isi juga penama untuk diri anda sendiri.

b) Tabung Haji

Saya usaha menutup akaun Tabung Haji arwah. Rupanya akaun ini juga ada penama yang saya sendiri tak perasan. Bila buat semakan pada akaun arwah, penama adalah mak dan abah arwah iaitu mertua saya. Penama perlu hadir ke bank. Akaun ini tidak dapat saya tutup disebabkan ayah mertua saya tidak berapa sihat. Doakan ayah mertua saya terus diberi kesihatan ye. 

Mengikut kata pegawai, 
1. Jika amaun baki lebih RM1,000, perlukan surat kuasa untuk pengurusan.
2. Jika amaun kurang dari RM1000 dan ada penama, boleh uruskan penutupan akaun terus.
3. Jika amaun kurang dari RM1000 dan tidak ada penama, perlu ada dua waris perlu isi borang ye untuk uruskan penutupan akaun.
4. Isi juga borang penamaan untuk diri sendiri ye.

Khairat kematian ada disediakan untuk jemaah haji sahaja.

c) Bank-bank lain termasuk ASB (jika ada)

Bagi akaun-akaun lain termasuk , penutupan akaun perlu dilakukan menggunakan dokumen yang sama. Mohon la borang dikaunter. 

9. Penyelesaian Hutang Tertunggak

Selain itu, saya kenal pasti hutang-hutang pada bank seperti hutang rumah, kenderaan, kad kredit. Ada yang mempunyai kelayakan untuk kita membuat claim takaful. Berhubung terus dengan call center atau terus ke kaunter bank. Semakan akan dibuat oleh pegawai. 

Gunakan duit yang mana boleh dikeluarkan tadi untuk menyelesaikan hutang-hutang ini semampu yang boleh. Insyaallah kita memudahkan urusan arwah di sana. 

10. Permohonan Sebagai Pengurus Harta Alih dan Tak Alih

Selebihnya yang tidak dapat dikeluarkan, saya pergi ke pejabat tanah mengikut daerah masing-masing dan mengisi borang pembahagian pusaka kecil. Di dalam borang ini, kita perlu declare yang mana belum diselesaikan dan perlukan surat kuasa untuk diuruskan.

  • Harta tidak alih seperti rumah
  • Harta alih seperti tunai, saham, KWSP, kenderaan
  • Hutang arwah
  • Nama waris-waris
Borang ini perlu diisi dan mesti ke pesuruhjaya sumpah untuk pengesahan. Setiap satu detail mesti disertakan dokumen lampiran berkaitan. Selepas penghantaran, urusan ini mengambil masa 2 bulan lebih untuk mendapat surat kuasa ini. 


Selesai semua di atas saya rasa sangat lega kerana dah memudahkan urusan arwah. Selebihnya tugas kami sekeluarga terus mendoakan arwah agar ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga perkongsian saya ini, ada manfaat yang diterima arwah. Insyaallah

Shidah Abdullah
Aku seorang Isteri 


Read More

3 Langkah Penjagaaan Kesihatan Yang Tiptop Di Bulan Puasa


Kesihatan yang baik adalah paling berharga di dunia. Kalau kita tidak sihat, perkara lain dah jadi tidak bermakna. Sentiasa kenal pasti keadaan kesihatan kita. Setiap anggota atau organ akan bertindak balas dan menunjukkan tanda-tanda kita tidak sihat. Sebaiknya, buatlah pemeriksaan kesihatan yang kerap.



Untuk itu, Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita semua memperbaiki kesihatan kita dengan berpuasa. Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Di sini, saya kongsikan 3 langkah penting untuk menjaga kesihatan dengan baik di bulan Ramadan.




Makan Secara Sihat


Dari segi kesihatan, berpuasa akan merehatkan system penghadaman setelah 11 bulan bekerja keras. Dengan berpuasa, ia lebih mudah untuk kita mengurangkan berat badan, merendahkan kolestrol, merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah dan merendahkan tekanan darah.

Di bulan Ramadan nanti, yang paling mencabar adalah apabila pelbagai majlis buffet dan bazaar ramadhan tersedia. Belum lagi juadah berbuka di masjid dan moreh. Terlalu banyak pilihan makanan yang akan buat kita rambang mata. Pilihlah hanya makanan yang kita perlukan dan kawal pembelian dengan hanya hadkan pembelian.

Jalan terbaik adalah dengan memasak juadah yang mudah. Saya biasanya akan memasak satu juadah utama seperti kari ayam, sayur tumis dan cekodok pisang. Cukup untuk rasa nikmat berbuka kan!.

Yang penting, mulakan berbuka dan bersahur dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong. 3 biji kurma membekalkan 60 kalori, karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, B1 & B2 yang membekalkan nutrient untuk tubuh. Selain itu, gula ringkas di dalam kurma seperti fruktosa dan dekstosa yang bertindak sebagai tenaga segera mampu mengembalikan tenaga dan mencerdaskan badan.

Ambil hanya 1 gelas minuman manis ketika berbuka. Kurangkan pengambilan makanan yang boleh memudaratkan seperti berlemak, tinggi garam dan tinggi gula.

Bersenam dan Capai Berat Ideal

Puasa sebenarnya adalah masa terbaik untuk bersenam. Namun orang kata, kita buat sesuatu tidak masuk akal. Ada yang menghentikan semua aktiviti fizikal dan menyebabkan kualiti pekerjaan terjejas.


Melakukan aktiviti fizikal di bulan Ramadan akan mendapat impak lebih berkesan. Ini kerana ia meningkatkan proses pembakaran lemak dan melancarkan pengaliran darah. Bila kita bersenam jantung, paru-paru dan peredaran darah, system otot dan tulang dan system badan boleh meningkatkan dan menyingkirkan toksin yang menjadi punca penyakit.

Waktu terbaik bersenam adalah di awal pagi dan sebelum berbuka. Ia boleh menyebabkan kita lebih bertenaga kerana kalori berkurangan disebabkan proses pembakaran lemak dan melancarkan pengaliran badan. Akhirnya mengurangkan berat badan. Kita akan menjadi lebih sihat.


Suplemen Secara Bijak

Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan akan melemahkan keupayaan semulajadi badan menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan toksin berkumpul yang boleh membawa penyakit. Oleh itu amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox adalah
- Menurunkan berat badan
- Kolon lebih sihat
- Meningkatkan tenaga
- Mengawal nafsu makan
- Kulit lebih cantik
- Menguatkan sistem imun
- Tidur lebih lena



Mulakan langkah detoksifikasi daripada system penghadaman yang sihat supaya kita tampil cantik di hari raya dengan kulit berseri, tubuh yang mantap dan cantik. Set detox membantu untuk menyokong proses detoksifikasi harian secara semula jadi.

DTX Complex



Membekalkan nutrisi yang menyokong dan merangsang fungsi hati.

Herb-Lax



Digunakan secara traditional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus.

Alfalfa

Dikenali sebagai gudang nutrient. Akar tunjangnya mencecah sedalam 6 meter membekalkan pelbagai nutrient dan mineral

Peppermint Ginger Plus


Membekalkan herba semulajadi untuk memberi kelegaan kepada system penghadaman.

Vivix

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Selamat berpuasa semua. Moga perkongsian ini bermanfaat.



Hubungi saya untuk konsultansi penuh detox

Shidah Abdullah (SID No. 922949)

No Tel : 012-6240197

Pengedar Shaklee Selangor Negeri Sembilan

Pengedar Shaklee Sepang - Nilai





Read More

Pesan Ayah

Bacaan menarik di kongsikan sahabat di dalam whatsapp. Memang betul apa yang di pesan kan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.
”Ada duit? Minta ayah sedikit…”
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulillah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.
”Emak, ayah asyik minta duit… Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit,” bisik saya kepada emak.
 
Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar di tebak reaksinya.
”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.
”5 ringgit?”
Emak mengangguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 RM…. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
 
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang ’permintaan’ ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan ’peruntukan’ khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ’ekonomi’ saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap permintaannya dan tetap senyum bila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ’ketajaman’ rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
 
Begitu pun, setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
 
Namun, secara bertahap-tahap, buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
”Nanti, besarlah kereta kamu ni…” ujar ayah senyum.
Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
 
”Eh, tak payahlah ayah…” Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
 
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya… Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana ’kekurangan’ atau ’kelebihan’ kami. Tetapi dia memberi kerana Allah… Mencontohi Allah Al Wahhab itu!
 
Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kita kongsi bersama:
 
”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu-ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenar mereka adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya…”
       
”Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. Keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa.”
 
Baiklah, anda pembaca bagaimana? Inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia ’perniagaan’ yang jarang diperkatakan oleh para korporat. Juga tidak ditulis dalam mana-mana buku perniagaan… Masih mempunyai ibu bapa? Memberilah kepada mereka. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja… Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi! 
Read More

6 Rahsia Sihat di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum, 

Hari ni saya terbaca artikel berkaitan rahsia sihat di bulan Ramadhan. Best gak kalau kongsi kat sini. Ye la puasakan tinggal 3 - 4 hari je lagi. Mental dan fizikal kita semua kena ready. Bukannye mak kita je yang kena ready bila nak puasa. Selalunya yang kita tau bila bulan ramadhan,  mak le orang yang paling sibuk buat persediaan terutama nak sahur dan berbuka ;). Moh kita pulak sibuk buat persediaan untuk diri sendiri.

Description: https://images-blogger-opensocial.googleusercontent.com/gadgets/proxy?url=http%3A%2F%2F3.bp.blogspot.com%2F-05uMuJhhUR4%2FU6s8K7OHdYI%2FAAAAAAAAKUw%2FahEkT3a1o78%2Fs1600%2Fdownload.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*


Tip #1 Bersahur

Bila kita berpuasa, perut akan kosong sepanjang hari. Dengan bersahur, ia akan membantu menguatkan orang berpuasa. Bila bersahur dapat keberkatan.

“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”.
 (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain itu, dapatlah kita elakkan gastrik perut. Bila kita tak bersahur, badan akan sedikit terjejas akibat kurang tenaga. Kalau tak nak makan yang berat-berat, kita boleh juga bersahur dengan Oat dan Bijirin.


Tips #2.  Banyakkan minum air

Bila satu hari dah berpuasa, pastikan kita minum dengan banyak sekurang-kurangnya 1/2 liter selepas berbuka. Sambung lagi minum pulak selepas solat terawih sampai sebelum tidur. Bukan apa, kita kena selaraskan cecair dalam badan untuk puasa esoknya pulak. Lagi-lagi dalam keadaan panas sekarang ni. Nak tunggu sahur baru nak minum, memang jenuh. Kalau boleh elakkan minum terlalu banyak air manis dan bergas. Memang terkejut perut kita.


Tips #3. Kunyah Makanan Perlahan-lahan

Bulan ramadhan ni memang kaya dengan makanan sedap-sedap. Walaupun banyak makanannya, jangan la amalkan makan banyak-banyak sekali harung dalam satu masa. Bila makan perlahan-lahan, dapat membantu proses penghadaman lebih teratur. Tak la terkezut kejap perut kita nanti nak proses banyak-banyak sekali. Bukan tu je, kita dapat elakkan tercekik makanan :P

Tips 4. Jangan makan secara berlebihan 

Bila kita berbuka, jangan la makanan berlebih-lebihan. Tu yang elok berbuka dimasjid. Waktu berbuka makan kurma je dulu dan terus solat maghrib. Lepas maghrib baru berbuka dengan nasi. Kalau dah ramai-ramai makan, insyaallah kita pun tak akan makan berlebih-lebihan. Makan sedang-sedang aje. Bila makan berlebihan ni, buatkan badan kita jadi letih selepas berbuka. Memang kantoi le aktiviti selepas berbuka seperti solat tarawih. Insyaallah kita tak macam tu kan :)

Tips #5. Kurangkan mengambil makanan berminyak, berlemak dan terlalu pedas

Bila pergi bazar ramadhan tu pastikan pilih makanan yang kurang berminyak, berlemak dan pedas. Tu sebab masak sendiri lebih baik, paling kurang kita dapat kawal kuantiti minyak digunakan, kurangkan lemak-lemak dan kawal kepedasan. Kita dapat elakkan pedih ulu hati dan masalah penghadaman selepas berbuka. Bukan tu je, berat badan pun akan bertambah. 


Tips #6. Amalkan senaman ringan

Memang bulan puasa kita akan berasa keletihan tapi tak bermakna kita tak boleh bersenam. Sebelum berbuka tu, buatlah senaman ringan seperti berbasikal, jalan pusing taman. Ia dapat meningkatkan metabolisme badan yang akan membantu membakar lemak-lemak yang tersimpan di dalam badan. Dapat juga membantu kita mengurangkan berat badan secara sihat


Persediaan Puasa Dengan Shaklee

Berpuasa dengan Shaklee boleh diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Set Might 3 GEMS dapat membantu kita untuk kekal cergas berpuasa. Yang paling penting kita kekal cergas melakukan ibadah-ibadah di bulan ramadhan ini seperti solat tarawih, solat tahjud, khatam al-quran.


Description: https://images-blogger-opensocial.googleusercontent.com/gadgets/proxy?url=http%3A%2F%2F2.bp.blogspot.com%2F-64HZSEmgG2c%2FUbRjdNNBsNI%2FAAAAAAAABEE%2FuUgUqSETQhY%2Fs400%2Fmighty%2B3%2Bgems%2Bset.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*

Ketiga-tiga produk di atas dapat membantu membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas. Sesuai untuk diambil ketika bersahur.

Bagaimana ketiga-tiganya berfungsi di bulan Ramadhan?

ESP 
  • Membuatkan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama. 
  • Dapat mengekalkan tenaga dengan mengamalkan secara berterus
Mealshake 
  • Membekalkan protein, vitamin dan mineral untuk kekal cergas. 
Performance Drink 
  • Namanya yang hebat membantu mengurangkan kehilangan bendalir (air) dari tubuh kita terutama ketika berpuasa
  • Badan kita akan kekeringan air (di dalam) kesan daripada metabolisma badan dan kerja-kerja seharian yang dilakukan. 
  • Ia dapat mengawal tahap hidrasi dan menjaga kandungan air dalam tubuh kita.

Mighty 3 GEMS sesuai diambil ketika bersahur dan berbuka. Lagi-lagi kalau yang dah lewat bangun sahur. Memang cepat, mudah dan pantas. Ia cukup untuk membantu berpuasa dengan cergas sepanjang hari. Jika kita ambil ketika berbuka, insyaallah kita sangat bertenaga menunaikan ibadah.




Anda berminat dengan MIGHTY 3 GEMS untuk berpuasa! Whatsapp saya Shidah Abdullah @ 012-6240197 segera untuk pastikan MIGHTY 3 GEMS sampai sebelum hari pertama puasa  
Read More

Hari Ini Hari Jadi Angah. Ibu Tetap Lewat

Seperti biasa hari-hari lewat. Tapi hari ini niat nak balik awal sikit. Dah semangat turun pukul 6.30 dengan niat nak pergi beli kek kak ngah. Kereta pulak tak boleh start. Tah kenapa pagi tadi pergi kerja bukak lampu.. memang tak perasan..

Tetiba teringat ada orang kongsi di whatsapp.. betapa ketenangan itu penting

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapakan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
Tenung mata & baca "ayat ayat pengasih"..
Hehehe...

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

* Catatan ini tulisan
Dato' Roslan Ab Hamid...
Read More

Imam Besar Masjid Shah Alam Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga arwah. Bermula dari tempoh ustaz masuk ke hospital banyak update diterima dari sahabat-sahabat whatsapp. Ada juga yang berkongsi gambar ustaz sekeluarga bersama anak kecil yang baru 3 bulan. Sayu hati menatap gambar keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di golongan kanan seperti yang dikhabarkan di dalam surah Al-Waqiah.


Dengan ini, ingin dikongsikan update Ustaz Dasuki di dalam fb bagi sesiapa ingin membuat sumbangan kepada keluarga arwah. 

Kompleks Darul Thibbunnabawi
No.2, Jalan Jejala 8/11
40000 Shah Alam, Selangor
03-55237378

Akaun Maybank 
Darul Thibbunnabawi
562106623665

Akaun Bank Islam 
Darul Thibbun Nabawi12038010118203





Shidah Abdullah
012-6240197
Ad
Read More

Bayangan Padang Masyar

Assalammualaikum semua. Renungan untuk kita sebagai hambaNya yang lemah dan tidak perlanh lari dari melakukan dosa.


Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye, mahsyar kat mane?

Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.


1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2)tak ingat
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.

Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin..
ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...



Don't be afraid to change. You may lose something good, but you may gain something even better
Dipetik dari perkongsian emel
Read More

Ustaz Don Daniyal: Keberkatan yang dicari

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal yang dikongsikan di Whatsapp. Message yang disampaikan penting untuk kita fikirkan bersama.

Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak tercampur dengan darah daging. Nasi yg dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yg ditipu pun ragu juga statusnya. Yang jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja..... 

  • guna talian internet ofis berjam2 melayan Facebook peribadi, lepak2 di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien utk bisnes sendiri Ataupun 
  • pergi rumah kawan utk dgr gosip terbaru.


  • Mkn ayam goreng yg JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yg diada2kan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi mtg, tetapi melencong shopping sblm pulang ke ofis.


  • Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. 
  • Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kdg2, badan asyik sakit2, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa2..bukan sbb Tuhan tak syg. Bukan sbb org aniaya. Bukan sbb santau atau kerja jin. Tetapi puncanya drpd diri sendiri yg tak mengawal hati.
Fikir dlm2.

Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun brtanggung jwb atas perilaku sendiri". 

Tazkirah paling baik yg perlu disebarkan & diingatkan selalu kpd mereka yg bekerja.    


KEBERKATAN YG DICARI



6 cara utk mendpt pahala setelah mati: 
1. Beli Al-Quran kpd sseorg, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.         
2. Sedekah kerusi roda kpd hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.         
3. Turut serta dlm pembinaan masjid.         
4. Meletak watercooler di tmpt awam.         
5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.         
6. Cara yg terakhir & paling mudah adalah kongsi mesej ini kpd semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.
Subhanallah
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...