Kelas Taranum Di Tahsin Tilawah Bestari Teras Jernang

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah hari ni dapat hadir juga ke kelas Taranum anjuran Tahsin Tilawah Bestari di bawah tenaga pengajar Ustazah Ruzana Natiah, Qariah Negeri Selangor.


Thank you kak angah teman ibu pergi kelas. Asalnya yang follow 3 orang tapi 2 dihantar pulang πŸ˜‚πŸ˜‚ sebab pergerakan diluar kawalan. Risau mengganggu yang lain. Angah nampak masih steady dan moga Angah berminat menjadi Qariah bersama Kak Long, Kak Chik dan Adik ye. Walaupun join tu banyak menung-menung tapi ibu tahu Angah mendengar.


Lama dah nak join. Sebelum ni ada tapi tak berkesempatan hadir. Dari dulu minat. Dulu masa dekat sek men ada kelas ni tapi tak lama.. Rasanya 3-4 kali je. Mungkin yang hadir makin susut. Kelas ni terus dibatalkan. 

Masa tu rasa nak memahaminya susah...

Tapi teknik Ustazah Nor Ruzana Natiah ajar hari ni mudah nak diikuti dan difahami. Walaupun tingkatan suaranya dari Qarar, Nawa, Jawab dan Jawabul Jawab agak mencabar nak follow tapi seronok dipelajari. Baru tahu potensi suara sendiri πŸ˜‚..

Moga dapat baca Taranum Murattal Bayati pun dah alhamdulillah..

Bagi yang berminat nak belajar, berikut adalah maklumat penting kelas ni

Kelas Taranum Bersama Ustazah Ruzana Natiah, Qariah Neger Selangor
Hari : Setiap hari Sabtu minggu ke-3 
Masa : 9.30 pagi 
Tempat :Tahsin Tilawah Bestari. 
Boleh la join ye..
.
Nak pergi sesama boleh roger saya ye 012-6
240197. Masih nak meneruskan kelas lg.. Insyaallah
.
Moga bermanfaat
Shidah Abdulaa
Read More

Kenapa Pentingnya Vitamin C

Assalamualaikum,

Hari ni dah 1 Oktober kan! Promo bulan ni Vitamin C.Vitamin C adalah vitamin larut air yang mempunyai pelbagai fungsi terhadap badan,
Fungsi utamanya adalah sebagai antioksida. Apa sebenarnya antioksidan ni? Ia adalah satu mekanisma pertahanan yang melawan radikal bebas. Radikal bebas ni datang dari banyak tempat seperti persekitaran, makanan dan boleh menyebabkan penyakit. 

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C
 Memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan juga kulit anda.
 Memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolagen dengan mengekalkan enzim-enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.




Apa Istimewanya Vitamin C Shaklee 

  • Produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. 
  • Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. 
  • Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam. 
  • Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya.


Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 
Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom





Read More

Percaya tak? Cuci Rambut Bantu Hilangkan Stress

Ada hari-hari memang terasa pressure sangat.. Kalau korang apa kalau ada hari-hari macam ni? Menjerit? Tak membantu.. Lagi tambah stress adalah.. Solat dan ngaji tu sudah tentu lakan.. Insyaallah tak la pulak lupa..

Tapi bila keadaan macam ni tau tak kalau dapat orang ramas-ramas kepala.. Picit-picit bahu yang urat tegang memang melegakan.. 

Hari ni saya pergi ke salon sahabat geng exercise saya. Baru tahu dia pakar bidang ni dari fbnya.. Lama juga dah skodeng tp kesempatan nak pergi tu tak ada. Kekonon bz la sangat.

Tapi hari ni half day untuk relaks seketika.. Inilah masa yang ditunggu-tunggu.. Whatsapp team ofis "Saya half day, hilangkan stress cuci rambut". Memang gelak je la bebudak ni kan.

Dah alang-alang cuci ambil package siap gunting dan cuci. Rambut pilihan "Janna Nick" πŸ˜‚πŸ˜‚. Adik manis berbakat ni namanya Munirah. Nama manja Moon. Mula beraksi menjadikan rambut akak Janna Nick uols. 


Lepas di gunting, rambut di cuci sambil di massage-massage kepala. Kenapa cuci rambut hilangkan stress?
  • Urutan di kepalakan melancarkan perjalanan darah
  • Bila darah berjalan baik rasa lega je
  • Masa ni otak akan rasa lapang


Kemudian di cuci pula, di sapu conditioner dan apa lagi tah.. Sebab dah syok sangat kita serahkan semua pada yang pakar.

Sambung pula sesi pengeringan rambut. Rambut blow2 dengan hair dryer yang suam2 melegakan.. Nak pulak moon  urut dibahu. Pergh! memang syok terasa sangat bahu sangat sakit sebab kita stress sangat.

Bila lagi nak manjakan diri kan.. Bagi yang stay di area Nilai boleh la ke saloon ni ye

Molek The Saloon
96 - 97 Jalan BBN 1/3C
Putra Point 2B
Bandar Baru Nilai

Hubungi :
Munirah 
Call - 011-10907233
Whatsapp - 010-9397223

Waktu Beroperasi :
10.00 pagi - 7.00 petang

Special Punye!!! Appointment boleh dibuat waktu malam tau.

Apa lagi tunggu.. Cepat-cepat book timing ye untuk sesi memanjakan diri ye..

Tapi nak cari Vitamin Shaklee cari akak ye.
Shidah 012-6240197. Dah tentunya pengedar shaklee anda.
Read More

Jalan ke Bukit Fraser Kita Kome!

Assalamualaikum

Memulakan cuti 3 hari sempena hari 1 Malaysia pada 16 September ni dengan bergerak pulang ke kampung. Tapi ada 1 pitstop kena singgah dulu. Hantar barang sepupu yang belajar doktor di USIM. Kolejnya terletak di Kampung Pandan.


Sambil tu singgah minum di Kedai Mamak Al Falah berdekatan untuk sarapan. Masa ni la rancangan tambahan bertambah bila En Bos dapat tahu birasnya pergi memancing kolam air masin di Kuala Kubu Baru.

Dah alang-alang nak balik kampung boleh la join sekaki ye dak... Terus menuju ke sana skodeng.. Mana tahu dapat join sekali mengail. Rupanya time pancing diorang dah habis.


Sebelum kami gerak balik, En Bos sempat tegur otai pancing. Dapat ilmu baru geng pancing kita. Otai pancing ajar ikat mata kail style baru dan siap bagi sample free. Jadi rezeki lagi En Bos jumpa kawasan sekolah menengah SYS.


Hehe jauhkan nak sampai cerita Bukit Fraser ni.. Sebab dia memang tak ada dalam senarai langsung πŸ˜‚. Nak tahu macamana boleh pergi. Hanya sebab laluan nak ke kolam pancing tulis Bukit Fraser. Selesai menikmati cendol, nasi goreng, cempedak goreng dan rojak, terus decide ke Bukit Fraser. En Bos semangat kami lagi semangat. Dasyat tak! Semua dengan izinNya. Perancang terbaik πŸ‘.

Bermula la misi Bukit Fraser

Nak naik ke atas kami lalu ke satu empangan iaitu Empangan Sungai Selangor. Cerita la sikit empangan tu apa.
Masyaallah cantik sangat ciptaan Allah kan. Tak nampak la bahagian tadahan tu.


Bergambar la kami di sini buat kenangan. Dekat sini la baru ibu tahu telefon vivo ibu ada butang selfie dekat belakang. Kak long lagi advance. Katanya tengok iklan. Bagus2. Thumb up πŸ‘!

Perjalanan

Dari bawah ke atas mengambil masa anggaran sejam 20 minit mengikut google map. 

Ada beberapa perkara kena ready nak naik Bukit Fraser ni iaitu minyak cap kapak, air mineral dan air untuk basuh, plastik dan kain lap. 

Disebabkan jalannya berliku-liku, ada yang akan meloya. Angah muntah di tengah perjalanan 😭. Alhamdulillah masa tu ada ruang sebelah kiri untuk berhenti dan cuci dulu. Lepas tu baru sambung perjalanan sehingga ke atas.

Apa yang ada di atas?

Sampai sahaja di atas kami terus nampak pintu gerbang dan signage fraser hill. Seronok dah ni. Kak long pun kata.. "Ooo tempat ni ain ingat". Kami pernah datang masa anak ketiga masih baby. 

Terus menuju ke Clock Tower tempat yang paling menjadi tumpuan di tengah-tengah roundabout tu. Minta tolong orang ambilkan gambar tau. Baru best!.


Sejuk tak? Kebiasaannya sejuk lagi-lagi kalau selepas hujan dan berangin. Tapi disebabkan kami sampai waktu pukul 2 lebih. So rasa nyaman je la. Apa lagi misi mencari kudapan. Berdekatan tower ada la stall jual makanan. 4 dara nak makan jagung katanya.


Selain tu, di area ni ada taman burung dan tempat main golf. Tak la kami pergi. Sebab masa limited pergi hanya balik hari. Nak turun sebelum hari gelap tu la rancangannya.

Jejak Masjid

Tetiba dapat idea nak buat jejak masjid/surau di mana sahaja tempat kami pergi. Doa orang musafirkan makbul. Kena naik atas sikit untuk ke Masjid Sultan Mahmud. Selesaikan la urusan kita dengan Allah juga. Memang selesa sangat dengan suasana yang sejuk.


Bersebelahan masjid terdapat kedai makan dan di situ kami minum petang dan ibu sempat nyelit buat video vitamin apa nak bawa travel. Dah lama tak buat sebab agak sibuk dengan kerja.

Padang Permainan Kanak-kanak

Ini tempat yang paling semangat anak-anak nak pergi kan. Teruskan lagi perjalanan akan jumpa la kawasan ni.



Tengok punya semangatnya masing-masing dengan gaya tersendiri.

Tempat Makan

Dah penat berjalan jauh, perut pun dah lapar. Berdepan dengan taman permainan ada banyak pilihan tempat makan. Apa lagi kita soru la dulu..


Kami makan nasi campur. Ni package sampai malam. Tu kena nasi.. Nak turun nanti lagi sejam dan nak balik kampung terus. 


Ni la kedai yang kami makan tu Restoran Puncak. Ni kesannya kenyang perut suka hati πŸ˜‚.


Berakhirnya percutian balik hari kami. Bila nak turun kena bersedia sebab masa naik ada lori balak terbalik. Tahu tak? Sejam stuck masa nak turun dalam keadaan gelap sebab masa tu dah pukul 7 lebih. Hujan renyai mujur geng stuck ramai tak la seram sangat πŸ˜‚.


Syukur semuanya selamat dan happy sangat. Hilang stress kerja mak 😍.

Ibu4Dara,
Shidah Abdullah



Read More

Lawatan Ke Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak

Assalamualaikum.

Pernah ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak?. Saya pernah masa zaman sekolah dulu. Belum pernah bawa anak-anak ke situ. Tapi kami bawa kali ini. Biasa bila balik kampung, kami hanya lalu lalang je istana ni.. Hari ni atas permintaan anak-anak kami singgah ye.. Buat kenangan..


Bagi yang nak pergi ke Kellie's Castle ni.. Datang la pagi-pagi kalau nak posing-posing. Ia dibuka seawal 8 pagi hingga 6 petang. Kalau tak terkenyit-kenyit mata dek silau matahari.


Pemandangan memang cantik.. Macam dekat oversea. Bawak la stand hp kalau rasa tak ada siapa nak tolong tangkap gambar.. Senang.. Semua boleh masuk gambar sekali.


Kos adalah seperti berikut:-
Parking cuma RM2
Tiket Dewasa RM5
Tiket Kanak2 RM3 (3-12 tahun)


Ada juga sesi fotografi sebelum masuk ke dalam. Sebelum keluar nanti sebelum keluar boleh ke kaunternya.
Harga : Foto frame RM35 (Kalau nak)

Standby juga la duit nak beli keychain la gelang la badge la... Air bawa sendiri pun boleh.. Ada juga cafe untuk beli tapi harga boleh agak la kan.


Haha mengimbau kenangan ibu ayah posing masa kahwin dulu. πŸ˜‚πŸ˜‚


Read More

JIMAT! PROMOSI BULAN SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum semua...

Bulan ni promosi special untuk anda adalah seperti berikut:
  • Ostematrix Beli 3 Dengan Diskaun 5%
  • Set Kehamilan Penuh
  • Set YOUTH

Hubungi saya terus untuk dapatkan set-set diatas:-
Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Tip menghadapi tekanan ditempat kerja

Ada kaitan tak topik ini dengan anda? Pasti adakan.. Tekanan tempat kerja ni adakalanya akan terbawa-bawa sehingga ke rumah. Mana taknya kita berfikir dan beremosi sampai marah-marah orang di rumah pula..

Ish! Ish! Tak sihat.

Apa patut kita lakukan?

Kenal pasti masalah kenapa tekanan berlaku

Berdasarkan pemerhatian saya di pejabat, semua tahu tekanan mereka hadapi sama ada:

a) tekanan melakukan kerja

Ali bertugas sebagai seorang eksekutif perlu menyiapkan rekod pelanggan yang sangat banyak sehingga perlu berkerja lewat malam. Tekanan waktu dan kerja yang banyak dan perlu mengikut dateline penghantaran memberi tekanan pada Ali.

Macamana tahu Ali tertekan? Mudah sahaja bila Ali kerap berhenti untuk lung break atau hisap rokok.

b) tekanan karenah pelanggan

Abu pula seorang staf bertugas di bahagian kaunter di bank. Pagi-pagi masuk masih ceria. No QMS makin panjang. Pelanggan dah nampaknya kurang sabar. Ada yang mula buat ayat-ayat sentap seperti:-

"Kaunter banyak tapi buka 2 je!" - customer ingat semua orang tak rehat dan cuti atau MC

"Kenapa lama sangat untuk sorang customer ek. Tak ada limit time ke?" - kalau dah datang bawa buku anak 5, suami, isteri mau tak lama. Takkan setiap transaksi ambil nombor baru. Cuba kena diri sendiri pandai suruh orang sabar

c) tekanan dengan bos atau kakitangan.

Aminah seorang staf yang rajin menyiapkn tugas mengikut 'dateline'. Hebatkan tapi bos dia asal cuti kerja sendiri tak complete dan tak maklum awal minta sambungkan kerja sampai settle.

Sekali dua ok.. Tapi bila kerap jadi perkara sama stress juga. Macamana tahu? Bila Aminah mula membawang sebab geram.

Hah! Ada tak senario lebih kurang macam ni?

Bertenang dan Fikir Kemampuan Menghadapi

Bila rasa tertekan, pastinya kita akan cari ruang untuk melegakan. Adakalanya kita membuat perkara yang negatif seperti MC, produktiviti menurun dan tentu sekali akibatnya lebih menambah stress.

  • Berehar sebentar
  • Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan
  • Istighfar banyak
  • Cuba positifkan minda untuk lihat dari sudut pembelajaran dan kesan baik pada diri. "apa sebenarnya aku belajar dalam situasi ni"

Aktiviti yang boleh dilakukan

1. Hibernating sambil bekerja

Sebaiknya, ambil masa hibernating sambil buat tugasan hakiki sendiri supaya lebih fokus. hehe ni bahasa saya. Cari tempat yang ada komputer atau bawa laptop anda ke tempat tiada gangguan seperti bilik mesyuarat kecil atau library. Ia sangat membebaskan anda menyiapkan kerja tanpa gangguan. 

Tapi ingat anda masih perlu available untuk dihubungi oleh sesiapa ye melalui hp atau whatsapp. Jika ada no pejabat, divertkan ke hp anda adalah yang terbaik.

2. Ambil cuti untuk bertenang

Jika melibatkan kerja yang banyak dan pelanggan, ambil la cuti untuk membebaskan diri seketika untuk mendapat semangat baru.

Jika ada bajet lebih, pergi la bercuti di hotel yang selesa hanya untuk suasana yang tenang gitu.

3. Berterus terang dengan mereka yang memberi tekanan

Adakalanya sesetengah orang tak perasan dia sebenarnya menindas orang lain secaea tidak sengaja atau sengaja. Tak percaya? Iye memang betul terutama yang jadi bos ye. Kononnya nak mengajar tapi sebaliknya menyuruh membuat kerjanya. Lebih ketara kalau kerja yang disuruh tidak diperiksa dan perlu dihantar direct kepada pihak atasan. Serupa macam bos tak ada kan!

Saya lebih suka bercakap terus terang dengan cara baik. Mungkin saya mulakan dengan whatsapp kalau tak mampu berdepan. Bila cara ini, dia tahu kita tak suka caranya.

Bila ada kekuatan, berdepan dan cakap apa kita harapkan situasi sihat dipejabat. Maklumkan kita boleh membantu tapi bukan menanggung kemarahan pihak atasan kerana ada yang tidak menjalankan tanggungjawab seperti memeriksa kerja kakitangan.

Jika berdepan staf bermasalah, fahami masalah dan berikan pilihan tugas mengikut kemampuan. Tingkatkan kemampuan kerjanya dari semasa ke semasa.

4. Berdoa Dimudahkan Tugas
Untuk setiap langkah kita ingat semua kehendakNYA. Kita mencari keredhaanNYA. Allah pasti akan menguji orang berimankan. Sahut la cabaran dengan sabar. Sentiasa doa dari awal sampai habis. 

Merintih padaNYA. Waktu paling best masa nak pergi kerja sebab berseorangankan. Pasang surah Al Waqiah dalam kereta atau masa naik motor pasang earphone. Isikan dengan zikir-zikir atau bacaan mathurat. Insyaallah dilorongkan cara terbaik dan menenangkan untuk menghadapi tekanan ini.

Moga dengan tekanan yang ada kita menjadi insan hebat dan cemerlang.

Pesan dari Opah Shidah
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...